You are on page 1of 1

Seperti yang dimaklumi, tujuan penubuhan Sekolah Wawasan ialah untuk mengeratkan perpaduan yang sudah sedia terjalin

kukuh dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Semangat perpaduan dan integrasi antara kaum yang mula ditekankan sejak di bangku sekolah rendah adalah lebih baik kerana kanak-kanak mudah dilenturkan. Pada pendapat saya sekolah wawasan telah berjaya menjalinkan hubungan etnik yang kuat di kalangan pelajar dengan menyediakan peluang untuk menjalankan aktivitiaktiviti kokurikulum yang integrasi dan interaksi dengan matlamat memantapkan semangat dan amalan muhibah dan perpaduan di kalangan murid-murid disamping memantapkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di kalangan pelajar. Selain itu, penubuhan sekolah wawasan juga memberi peluang kepada para pentadbir, guru-guru dan kakitangan sokongan dari setiap sekolah untuk berinteraksi dengan lebih kerap, berkongsi dan bertukar-tukar pendapat, pengalaman dan adangan demi kemajuan sekolah masingmasing dan seterus memberi man!aat yang besar kepada para pelajar dan memberi kesempatan mengkonkritkan semangat permua!akatan melalui pembinaan projek-projek guna sama. Mewujudkan persaingan yang sihat dari aspek akademik di kalangan pelajar serta mewujudkan perkongsian kemahiran pengajaran dan kemudahan peralatan pengajaran dan pembelajaran. "isamping itu, peluang mewujudkan masyarakat sekitar yang lebih harmonis terutama nya kepada para pelajar melalui hubungan mesra ibu bapa yang kerap bertemu di kawasan sekolah semasa menghantar atau mengambil pulang anak masing-masing, atau pun semasa menjalankan aktiviti-aktiviti bersama seperti gotong royong dan sebagainya yang akan memberi ontoh teladan yang baik kepada para pelajar agar menjadi ikutan pada masa hadapan.

You might also like