You are on page 1of 8

RAWATAN PENYAKIT KUNING UNTUK MASYARAKAT LUAR BANDAR

DISEDIAKAN OLEH: ANTI HAPISAH

PENGENALAN

Secara istilah penyakit ini dikenali sebagai neonatal jaundice atau nama saintifiknya hyperbilirubinaemia. Penyakit ini lebih dikenali sebagai penyakit kuning kerana badan bayi kelihatan kuning di permukaan kulit terutamanya di bahagian mata.

PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT KUNING


Pemecahan sel darah merah yang berlaku terlalu cepat iaitu dalam masa kurang daripada 21 hari. Pada masa ini, hati bayi masih matang untuk membentuk sel darah merah. Dalam keadaan biasa, hati akan sentiasa mengeluarkan sel darah merah yang telah pecah untuk memastikan badan mempunyai sel darah merah yang cukup.

KESAN-KESAN PENYAKIT KUNING


KECACATAN

SEUMUR

HIDUP.
IQ

YANG RENDAH.

KEMATIAN.

MASALAH RAWATAN PADA MASA KINI


Rawatan hanya di sediakan di hospital sahaja di mana masyarakat luar bandar perlu mengeluarkan KOS:1. Tempat tinggal ketika bayi ditahan di hospital 2. Kos pergi dan balik 3. Makan minum PENJAGAAN ANAK-ANAK LAIN yang berada di rumah


KESIHATAN IBU khususnya keadaan fizikal ibu akan terjejas kerana ibu perlu pergi ke hospital dalam keadaan yang masih lemah. Ibu akan mengalami emosi yang tidak stabil kerana perlu memikirkan kesihatan bayi dan anak-anak yang ditinggalkan di rumah. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan, mereka akan mengambil langkah mudah dengan menjemur bayi di bawah sinaran matahari yang menyebabkan berlakunya dehydration.

CADANGAN
Menyediakan rawatan penyakit kuning di klinik desa. Mesin fototerapi, iaitu mesin yang digunakan di hospital sekarang adalah mahal dan tidak efektif kepada kesihatan keluarga kerana mudah rosak apabila kerap dialihkan. Secara alternatif, alat tersebut boleh dibuat sendiri dengan menggunakan bahan tempatan yang mana kosnya lebih murah dan ia mampu dimiliki.

KESIMPULAN
Mengurangkan beban di hospital. Rawatan penyakit kuning dapat diberikan dengan lebih efektif kepada bayi apabila rawatan dibuat dalam skala yang kecil. Sokongan keluarga yang kuat di mana ibu bapa dan adik beradik yang lain dapat bergilir-gilir menjaga bayi tanpa melibatkan kos yang banyak.

You might also like