You are on page 1of 17

BENGKEL PEMURNIAN MBKPI

TAJUK : PERKAHWINAN DAN PROSEDUR


Slide 2 Dari segi Bahasa: Asal Baru

Himpun, kumpul dan cantum.

Dari segi Istilah: Akad yang menghalalkan pergaulan lelaki dan wanita yang diharuskan berkahwin. 3 TUJUAN PERKAHWINAN Tuntutan fitrah. Sunnah Rasulullah. Mendapatkan zuriat. Menghindarkan diri daripada melakukan kemungkaran/ maksiat.

MATLAMAT PERKAHWINAN Ketenangan ( ) . Kasih sayang ( ). Belas ihsan ( ).

FIRMAN ALLAH SWT

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa ia mencipta untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (ar-Rum: 21) 6 HUKUM PERKAHWINAN Harus. Sunat. Wajib. Makruh. Haram.

HIKMAH PERKAHWINAN

Memelihara diri daripada melakukan perkara yang haram. Memelihara kesucian keturunan. Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat. Menghubungkan silaturrahim. 8 RUKUN PERKAHWINAN 9 Calon Suami Pengantin lelaki. Calon Isteri Pengantin perempuan. Wali. Dua orang saksi lelaki. Sighah (Ijab dan Qabul).

SUSUNAN WALI Bapa. Datuk dan ke atas. Saudara lelaki seibu sebapa (adik-beradik). Saudara lelaki sebapa (adik-beradik). Anak lelaki daripada saudara lelaki seibu sebapa (anak saudara). Anak lelaki daripada saudara lelaki sebapa dan ke bawah (anak saudara). Saudara lelaki bapa seibu sebapa (bapa saudara). Saudara lelaki bapa sebapa (bapa saudara). Sambungan.. Anak lelaki daripada saudara lelaki bapa seibu

10

11

sebapa (sepupu). Anak lelaki daripada saudara lelaki bapa sebapa dan ke bawah (sepupu). Saudara lelaki kepada bapa kepada bapa seibu sebapa (datuk saudara). Saudara lelaki kepada bapa kepada bapa sebapa (datuk saudara). Anak saudara lelaki kepada bapa kepada bapa seibu sebapa (sepupu kepada bapa). Anak saudara lelaki kepada bapa kepada bapa sebapa (sepupu kepada bapa). Wali Hakim/ Wali Raja.

PERSEDIAAN SEBELUM BERKAHWIN Ilmu fardhu ain dan kifayah. Fizikal/ mental/ spiritual. Ekonomi. Sosial (kemasyarakatan).

12

KRITERIA CALON SUAMI Menghayati agama. Mampu memimpin keluarga. Memiliki akhlak mulia. Berharta dan dari keturunan yang Sekufu.

baik.

13

SABDA RASULULLAH SAW

Maksudnya: Apabila datang kepada kamu (wali) orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar. (At-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim) 14 KRITERIA CALON ISTERI 15 Menghayati agama. Keturunan yang baik. Rupa paras yang cantik. Berharta.

SABDA RASULULLAH SAW

16

Maksudnya: Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: har tanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat. (Muttafaqun Alaih) LARANGAN SEMASA BERTUNANG Dilarang berdua-duaan.

Dilarang menghampiri atau mukaddimah zina (pergaulan bebas). Diharamkan hubungan kelamin sebelum akad nikah. 17 SABDA RASULULLAH SAW

Maksudnya: Janganlah seorang lelaki duduk berduaduaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya yang ketiga antara keduanya ialah syaitan melainkan mahram (orang yang haram dikahwini). (Riwayat Ahmad) 18 PERKAHWINAN DAN WALIMAH 19 Majlis akad nikah. Kenduri kahwin (walimah). Saat yang bahagia (bulan madu). Perubahan kalendar hidup.

KEPENTINGAN KENDURI KAHWIN (WALIMAH) Menjauhkan (diri) daripada fitnah. Mengembirakan pasangan pengantin. Mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Mendapatkan keberkatan dan meningkatkan ketaqwaan. Melaksanakan perkara yang dituntut (sunat

muakkad). 20 PERKAHWINAN SABDA RASULULLAH SAW:

Maksudnya: Mengadakan kenduri kahwin pada hari pertama perkahwinan adalah dituntut dan pada hari kedua adalah satu kebiasaan dan pada hari ketiga adalah bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. (Riwayat Abu Daud) 21 TANGGUNGJAWAB SUAMI Menunaikan hak Allah SWT. Memberi Nafkah. Membimbing isteri melakukan perkara dan meninggalkan perkara mungkar. Berlaku adil sekiranya berpoligami. Melayani isteri dengan makruf (baik). Memberi perlindungan/ keselamatan.

makruf

22

TANGGUNGJAWAB ISTERI Menunaikan hak Allah SWT. Mentaati suami dalam perkara yang

tidak

bertentangan dengan syarak. Melayan suami dengan makruf (baik). Menghias diri untuk suami. Memelihara kehormatan diri dan harta suami. 23 TANGGUNGJAWAB BERSAMA 24 Saling menyayangi dan mengasihi. Bekerjasama. Amanah. Istimta dan hubungan kelamin. Menghormati pasangan dan persemendaan. Merancang bersama bagi kesejahteraan keluarga. Saling berbincang. Mendidik anak-anak. Mengurus rumahtangga. Menjaga maruah. YANG MENJEJASKAN

PERKARA PERKAHWINAN Zihar. Ila. ZIHAR

25

26

Lafaz suami menyamakan mana-mana anggota zahir isteri dengan anggota wanita mahram muabbad kepada suami. KAFFARAH ZIHAR Mengikut tertibnya: 1. Memerdekakan seorang hamba muslim. 2. Berpuasa dua bulan berturut-turut.

3. Memberi makanan 60 orang miskin (secupak seorang). 27 FIRMAN ALLAH SWT

28

Maksudnya: Dan orang-orang yang zihaarkan isterinya, kemudian mereka berbalik dari apa yang mereka ucapkan (bahawa isterinya itu haram kepadanya), maka hendaklah (suami itu) memerdekakan seorang hamba abdi sebelum mereka berdua (suami isteri) bercampur. Dengan hukum yang demikian, kamu diberi pengajaran (supaya jangan mendekati perkara yang mungkar itu) dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (memerdekakan hamba), maka hendaklah ia berpuasa dua bulan berturutturut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur. Akhirnya sesiapa yang tidak sanggup berpuasa, maka hendaklah ia memberi makan enam puluh orang miskin. Ditetapkan hukum itu untuk membuktikan keimanan kamu kapada Allah dan Rasul-Nya dengan mematuhi perintah-

Nya ser ta menjauhi adat jahiliyyah). Dan itulah batasbatas hukum Allah; dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (al-Mujadalah: 3- 4) 29 ILA Sumpah suami untuk tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya dalam masa 4 bulan atau lebih dan hukumnya haram 30 KAFFARAH ILA Berdasarkan surah al-Maidah ayat 89, kita boleh memilih salah satu daripada kaffarah berikut: Memberi makan kepada 10 orang miskin atau Memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau Memerdekakan seorang hamba muslim atau Berpuasa selama 3 hari.

31

FIRMAN ALLAH SWT

32

Maksudnya: Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin, dari jenis makanan sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa selama 3 hari... (al-Maidah: 89) PROSEDUR PERKAHWINAN Tiada halangan perkahwinan. Perjanjian untuk berkahwin (bertunang). Mematuhi Akta/ Enakmen/ Ordinan Undang Keluarga Islam Negeri-negeri. Undang-

Hadir kursus Pra perkahwinan Islam. Sijil kursus diakui oleh Jabatan Agama Islam (sah laku untuk selama-lamanya). Mengisi borang permohonan kebenaran berkahwin (yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan). 33 PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

34

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN BAGI KARIAH/ JAJAHAN/ MUKIM/ BAHAGIAN/ DAERAH YANG SAMA Borang permohonan kebenaran kahwin boleh diperolehi dari Pejabat Agama Islam Daerah, Negeri yang berkenaan. Pemohon mengemukakan borang yang telah lengkap diisi kepada Penolong Pendaftar Nikah bagi Kariah/ Jajahan/ Mukim/ Bahagian dan Daerah yang sama untuk pengesahan. Borang yang telah disahkan oleh Penolong Pendaftar beserta dengan dokumen lampiran yang berkaitan hendaklah dikemukakan secara bersama kepada Pejabat Agama Islam Daerah/ Jajahan/Mukim/ Bahagian yang sama.

35

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN BAGI KARIAH/ MUKIM/

36

37

DAERAH/JAJAHAN/ BAHAGIAN YANG BERLAINAN Pemohon (lelaki) dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin bagi kariahnya. Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Penolong Pendaftar kariahnya untuk pengesahan. Borang permohonan yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin luar kariah. Serahkan surat kebenaran berkahwin luar kariah kepada pasangan SAMBUNGAN Pemohon (perempuan) dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin bagi kariahnya. Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Penolong Pendaftar kariahnya untuk pengesahan. Borang permohonan yang telah disahkan beserta dengan kebenaran berkahwin luar kariah bagi pihak lelaki hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Serahkan surat kebenaran berkahwin kepada Penolong Pendaftar Nikah untuk tujuan akad nikah. PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN PASANGAN BAGI NEGERI YANG BERLAINAN Pemohon (lelaki) dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin bagi kariah di negerinya. Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada Penolong Pendaftar

38

39

kariah di negerinya untuk pengesahan. Borang permohonan yang telah disahkan hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah di negerinya untuk mendapatkan kebenaran berkahwin luar negeri. Serahkan surat kebenaran berkahwin luar negeri kepada pasangan. SAMBUNGAN Pemohon (perempuan) dapatkan borang permohonan kebenaran berkahwin bagi kariah di negerinya. Kemukakan borang permohonan beserta dengan dokumen yang berkaitan kepada penolong Pendaftar Kariah di negerinya untuk pengesahan. Borang permohonan yang telah disahkan beserta dengan kebenaran berkahwin luar negeri pihak lelaki hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Agama Islam Daerah di negerinya untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Serahkan surat kebenaran berkahwin kepada Penolong Pendaftar Nikah kariah di tempat perempuan bermustautin untuk tujuan akad nikah DOKUMEN YANG PERLU DILAMPIRKAN Salinan kad pengenalan pemohon, wali dan saksi. Sijil Kursus Praperkahwinan Islam. Surat pengesahan status bujang daripada majikan/ akuan sumpah bujang dari Pesuruhjaya Sumpah. Kebenaran berkahwin daripada Pendaftar Nikah,Cerai dan Rujuk daerah atau negeri yang berkaitan.

40

SAMBUNGAN Surat Perakuan Cerai. (jika berkaitan) Surat Perakuan Kematian. (jika berkaitan) Laporan Pemeriksaan Kesihatan (mengikut negeri). Surat Perakuan Masuk Islam (saudara baru). Surat Akuan Sumpah status perkahwinan dan surat kedutaan (bagi warga asing). Surat kebenaran daripada imigresen (bagi pemegang pas lawatan kerja sementara).

41

PERKAHWINAN YANG MEMERLUKAN KEBENARAN MAHKAMAH Poligami. Kahwin bawah umur. Menggunakan Wali Hakim. Janda berhias

42

PERKAHWINAN YANG MEMERLUKAN WALI HAKIM Tiada wali nasab. Wali tidak mempunyai syarat wali dan wali yang berikut tiada. Wali enggan/ ingkar tanpa sebab yang munasabah. Wali ghaib (hilang) tidak dapat dikesan. Wali dipenjara dan tidak dapat dihubungi. Wali sengaja menangguhkan akad nikah tanpa sebab.

Anak tidak sah taraf. Saudara baru yang tiada wali nasab. Wali akrab berkahwin dengan pemohon (wanita) dan tiada wali setaraf. 43 PROSES PERKAHWINAN Surat kebenaran kahwin. Isi borang maklumat berkahwin. Upacara akad nikah. Bacaan taklik oleh pengantin lelaki. Bayaran (fee). Surat nikah dan kad nikah dikeluarkan tempoh sebulan. 44 KESALAHAN/ PENALTI Perkahwinan tanpa kebenaran. Memberi kenyataan palsu. Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan. Perkahwinan poligami tanpa kebenaran. Perceraian tanpa kebenaran mahkamah. Tidak melaporkan rujuk. Tidak mendaftarkan perkahwinan luar negara yang belum didaftarkan dalam tempoh 6 bulan setelah kembali. dalam

You might also like