You are on page 1of 5

Bahagian A (i): Meringkaskan Karangan Baca petikan di bawah dengan teliti.

Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentanglangkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakkan kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Malaysia dianggarkan menghasilkan sebanyak 15 000 tan sampah dalam sehari. Jumlah ini dijangka akan meningkat pada kadar dua peratus pada setiap tahun. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan program kitar semula sebagai satu cara mengelakkan pembaziran wang dan tenaga kerja yang banyak untuk menguruskan sampah yang semakin banyak. Selaras dengan pelancaran tersebut, pihak berkuasa tempatan telah mengambil langkahmeletakkan tong-tong kitar semula di tempat-tempat yang sesuai seperti di kompleks beli-belah, sekolah dan pusat perniagaan. Setiap set tong kitar semula terdiri daripada tiga buah tong iaitu tong coklat untuk bahan-bahan kaca, tong biru untuk kertas, serta tong jingga untuk plastik dan logam. Selain dapat mengurangkan jumlah tapak pelupusan sampah, program kitar semula juga bermatlamat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar kepada masyarakat. Apabila tong-tong kitar semula itu penuh, bahan-bahan yang terkumpul akan dibawa ke pusat pengumpulan barang terpakai. Barangan kitar semula yang dibawa akan dinilai dan pusat pengumpulan akan memberikan bayaran kepada syarikat yang membawanya. Pengguna yang membawa barangan terpakai terus ke pusat pengumpulan akan mendapat bayaran yang berpatutan juga. Sehubungan itu, kerajaan telah menawarkan beberapa galakan yang lain seperti pengecualian cukai bagi mesin dan peralatan yang digunakan untuk kitar semula. Selain pihak kerajaan, pihak swasta digalakkan turut serta dalam rangkaian aktiviti kitar semula. Misalnya, mereka menggalakkan pekilang-pekilang menggunakan bahan kitar semula sebagai asas dalam pembuatan produk mereka. Dalam hal ini, negara dapat juga menjimatkan penggunaan bahan mentah. Bahagian A(ii): Pemahaman 1. Berikan maksud rangkai kata mengambil langkah dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah matlamat-matlamat program kitar semula? [4 markah] 3. Program kitar semula di negara tidak mendapat sambutan daripada seluruh masyarakat. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentangmengapa remaja perlu membaca bahan bacaan yang bermutu?. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jika remaja tidak berminat membaca mereka akan ketinggalan tentang perkembangan pesat yang berlaku di dunia pada hari ini. Dunia pada era globalisasi ini adalah bertunjangkan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca, tambahan pula jika mereka hanya membaca bahan bacaan yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahayul, kisah-kisah artis dan penghibur semasa, ilmu mereka tidak akan berkembang. Remaja perlu membaca bahan-bahan bacaan yang bermutu untuk melatih diri supaya berfikir dan menganalisis. Generasi yang membaca bahan bacaan yang bermutu akan dapat menghasilkan idea-idea yang bermakna untuk diri, masyarakat dan negara. Dalam bahan bacaan yang bermutu terkandung maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja. Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat, tetapi juga menjadi santapan jiwa. Bagi mereka, mendapat bahan bacaan yang digemari ibarat mendapat teman yang sangat dikasihi. Kalau remaja rajin membaca bahan bacaan yang bermutu nescaya pada masa hadapan merekamampu menempa kejayaan dan perubahan yang berguna untuk masyarakat dan negara seperti orang Barat dan Jepun tersebut. Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak-anak yang masih kecil patut didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang bermutu supaya daya pemikiran mereka akan berkembang dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Sekiranya remaja membaca bahan bacaan yang tidak bermutu mereka hanya berupaya memikirkan perkara-perkara yang remeh sahaja. Justeru, apabila dewasa mereka tidak akan berupaya menghadapi desakan hidup yang kian mencabar. Sebagai negara yang sedang menuju tahap negara maju dan berpendapatan tinggi Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang berminat membaca kerana kemajuan negara banyak bergantung kepada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya supaya kita tidak akan terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan pada era globalisasi yang sedang kita tempuh. Proses memajukan negara harus seimbang dengan darjah kemampuan rakyatnya berfikir.

Bahagian A (ii) 1. Berikan maksud mampu menempa kemajuan dalam petikan. [2 markah] 2. Apakah kesan-kesannya sekiranya remaja kita hanya berminat membaca bahan bacaan yang tidak bermutu? [4 markah] 3. Kebanyakan remaja kita kini kurang gemar membaca. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentangcara-cara membendung jenayah dalam kalangan pelajar. Panjang ringkasan anda hendaklahtidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan remaja. Hal ini telah menggambarkan betapa seriusnya kejadian jenayah dalam kalangan mereka. Segala jenayah ini dapat dibendung melalui pendekatan yang lebih berkesan, misalnya ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan remaja hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula di rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara yang baik dan yang buruk. Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana remaja mudah terpengaruh dengan kawan-kawan mereka, tetapi kini kebanyakan ibu bapa tidak mengambil peduli dengan siapa anak mereka berkawan. Pengaruh hiburan melalui media massa juga hendaklah dibendung. Pihak sekolah pula perlu memantapkan lagi kawalan disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahan. pelajar seperti ponteng sekolah, merokok, mengambil dadah, atau membuli pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Masalah ini sukar dibendung kerana ibu bapa tidak mahu meluangkan masa datang ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal sebelum masalah anak-anak mereka menjadi semakin serius. Malahan, ada juga antara ibu bapa yang sanggup mengambil tindakan undang-undang terhadap guru-guru jika pihak sekolah mengambil tindakan disiplin terhadap anak mereka. Masalah ini dapat dibendung jika penguatkuasaan undang-undang hendaklah diperketat, tamsilannya remaja bawah umur yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori sama seperti pesalah dewasa. Golongan remaja adalah aset negara pada masa depan. Kita tidak mahu mereka yang mewarisi negara ini terlibat dengan jenayah. Oleh itu, mereka haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa melalui kempen-kempen dan perkhemah motivasi supaya mereka mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Bahagian A (ii) Pemahaman 1. Berikan maksud mudah terpengaruh dalam petikan? [2 markah] 2. Mengapakah masalah jenayah dalam kalangan pelajar sukar dibendung? [4 markah] 3. Kebanyakan masyarakat kita pada masa tidak mahu mengambil peduli tentang masalah remaja di sekitar mereka. Pada pendapat anda mengapakah keadaan ini berlaku? [4 markah]

You might also like