You are on page 1of 6

Hafal

Archived Posts from this Category

Thu 22 Nov 2007

Ilmu Hafal - Hasil Tulisan Cik Fasiha


Posted by Osman Affan under Hafal, Motivasi, Petua
[4] Comments

“Saya pernah menjadi Jurulatih program IT kepada guru-guru di sekolah. Master trainer mewajibkan para
trainer mengingat semua nama guru di dalam sessi tersebut yang mana jumlahnya 20 orang bagi satu sessi.
Latihan yang dilakukan ialah membuat bayangan didalam rumah kita sendiri bermula dari pintu masuk
apakah yang pertamanya kita nampak, bayangkan hingga sampai ke pintu dapur. Hasilnya saya boleh
lakukan dan respond diterima “macammana awak boleh ingat semua?”TENIK-TEKNIK MENGUATKAN
OTAK KANAN

1. Banyak membaca dan menghayati sejarah. (saya sendiri ketika sekolah hampir hampir gagal dalam
kertas sejarah setiap kali ujian tetapi sekarang buku sejarah dan biografi menjadi bahan bacaan
paling disukai)
2. Banyak membaca pengetahuan umum (general knowledge) kurangkan majalah hiburan kerana
hiburan biasanya mengandungi gambar yang agak keterlauan dan bahan gossip berlebihan.
3. Bermonolog.
4. Memperbanyakkan ekspedisi, pengembaraan, lawatan, berkelah dan melancong.
5. Selalu menyertai seminar, forum, pameran, ekspo dan lain-lain.
6. Menatap dan merenung Al-Quran.
7. Selalu melakukan latihan menguatkan konsentrasi.
8. Selalu berfikir secara kreatif. (waktu kecil saya suka bayangkan bagaimamana keadaannya kalau
sudu plastic ditumbuk dengan batu lesung dan bagaimana rasanya kalau saya hempas gelas kaca
dengan kuat).
9. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penciuman dan merasa secara
imaginasi.
10. Bertafakur atau berfikir tentang makhluk Allah dan alam semesta.
11. Memikirkan sesuatu kejadian, peristiwa-peristiwa dan isu-isu semasa. Belajarlah dengan alam
semesta dan kehidupan ini.
12. Membaca, memahami, merenung dan menghayati isi Al-Quran sedalam-dalamnya. Fikirkan apa
yang tersurat dan tersirat di dalam kandungannya. Lakukan begitu juga terhadap hadis-hadis
Rasullullah s.a.w.
13. Bermain catur.
14. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri-sendiri dengan menggunakan kata kunci ‘apa, siapa, bila,
di mana, kenapa dan bagaimana‘.
15. Selalu menambah pengetahuan umum dengan membaca, mengikuti program-program berbentuk
maklumat dengan menonton televisyen, mendengar radio, internet dan sebagainya.

 Dengan membaca Al-Quran secara automatiknya kita melakukan senaman muka, leher, kerongkong dan
fikiran. Profesor Arnold Ehret, pengasas kepada Sistem Perubatan “Ehretisme” dan “Mucusless Diet
Healing” melaporkan bahawa menurut pendapat dan pengalaman peribadinya bahawa sebaik-baik latihan
jasmani untuk kesihatan dan penyembuhan ialah menyanyi. Al-Quran pun merupakan sejenis ‘nyanyian’
kerana Rasullullah s.a.w. menyuruh umatnya membaca dengan berlagu, atau dengan kata lain ialah dengan
menyanyi. Nyanyian yang dimaksudkan adalah taranum.Prof. Arnold mengakui bahawa apabila seseorang
itu bernyanyi atau berlagu dengan fikiran khusyuk dan penuh perasaan, maka ia akan menjadi perhubungan
dan rangsangan dari tempat sebutannya kepada organ-organ dalaman. Ia merupakan sejenis rangsangan
yang terbagus kepada organ-organ dan membentuk ketenangan kepada berjuta-juta saraf di dalam tubuh.
Apabila membaca Al-Quran, otot-otot di muka dan leher akan bergerak-gerak dan terurut. Pergerakan otot-
otot di seluruh muka dan leher akan menyegarkan wajah dan menghindarkan penyakit-penyakit yang
menyerang muka seperti ‘Bell’s Palsy’ iaitu sejenis penyakit lumpuh pada bahagian muka. Membaca Al-
Quran juga akan menegangkan kulit dan sekaligus sebagai awet muda. Yang penting sekali, ia melatih otak
kita kepada konsentrasi fikiran (concentration of the mind) di mana kekuatan konsentrasi ini amat diperlukan
untuk belajar dan mengingat. “Saya berpendapat ramai orang yang dah tahu tentang pemakanan untuk otak.
Saya sendiri menjadikan madu dan halia sebagai makanan harian saya tetapi setelah mendapat rahsia 
CARA makan didapati amalannya memang memberi perubahan pada saya. Ini saya pelajari dari rakan
blog”:Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka.
Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan
orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali
kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk
mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang
membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan : 1)
MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai “shifa’” iaitu
penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Ubat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.

Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga
dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan
madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. CARA MINUM : 2 sudu teh
pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan
oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang
mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan
kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu
mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan
badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral
dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.

Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing,
biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu. CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca “Bismillah” dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli
kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan
bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, “Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana
dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur”. Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur
ayam kampung dan yang masih baru.5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia
yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

”Kegemaran saya ialah makan telur goreng yang campur hirisan halia. Ketika makan gigit halia dan
hancurkan baru ditelan”
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi
s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, “Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya,

sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.” DAGING BURUNG MERPATI


Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak,
kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap
lebih awal dari kebiasaannya. 9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara
bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM


Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang
paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan
membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI


Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan
hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk
kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang
pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.
Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa
Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM


Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA’FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)


Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan
sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)


Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS


Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH


Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., “Makanlah labu kerana ia

mencerdaskan akal”. Baginda juga berkata, “Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan
memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)


Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI


Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR


Juga membantu meningkatkan akal dan memori

“Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah
pada Allah S.W.T”  TAMBAHAN 1.Lebihkan sayuran sebolehnya organic dan dimasak celur.3.Jangan
tidur selepas Asar hingga masuk Maghrib.4.Mulakan tidur dengan doa dan disapu diseluruh badan dan tidur
mengiring ke kanan selain mengikut sunnah nabi, baik untuk sistem penghadaman. Ketika bangun tidur,
jangan terlalu tergesa-gesa bangun dari tempat pembaringan.5.Jauhkan diri dari perkara yang membuat kita
hilang konstrensasi seperti mengumpat dan mendekati maksiat.6.Buat penghayatan pada perkara yang
hendak dihafal ketika 1/3 malam selepas solat sunat hajat/taubat dll di waktu yang sunyi dan tenang.(lebih
kurang jam 3pg dan jika kita berdoa waktu ini paling mustajab kerana malaikat turun paling dekat dengan
bumi). Dan ulangan boleh dibuat waktu yang lain.7. Jika Al-Qur’an hendak dihafaz hanya menggunakan 1
mushaf bagi 30 juzuk, bagi hafalan ilmu pelajaran gunakan ikut kesesuaian. (penting gunakan teknik
fotografi) “Setiap orang ada kelebihan. Saya selalu mencari kelainan dalam adik-beradik untuk tampil
positif. Kelainan yang boleh menjadi amalan ialah menghafal/menghafaz. Ini dirangsang oleh kekaguman
terhadap ibu dan ayah saya. Mereka tidak berpelajaran tinggi dan sudah berusia (ayah-70an, ibu 60-
an)tetapi mempunyai sel otak yang masih kuat dimana kemampuan untuk menghafaz dengan baik. Cara
pemakanan mereka juga agak berbeza dari orang lain dan menjadi contoh kepada saya. Mungkin ada
banyak amalan dan cara untuk fungsi otak tetapi ini adalah amalan yang sesuai dengan kemampuan saya.
Jika isi kandungan tip anduan ini hendak dipublis,h sifu boleh sunting ikut kesesuaian. Saya doakan agar
ilmu yang sedikit ini akan menjadi amalan bagi masyarakat kita dan berharap martabat bangsa kita akan
meningkat lagi ke tahap yang lebih baik. Insya Allah”

TEKNIK SARANAN DIRI YANG BERKESAN

 Hajat atau matlamat yang hendak diperolehi mestilah jelas dan tepat.
 Dilakukan dengan hasrat yang menyala-nyala, bersungguh-sungguh dan penuh harap.
 Yakin sepenuhnya bahawa akan memperolehi apa yang kita sarankan kepada diri sendiri.
 Berimanigasi bahawa kita sedang mendapat apa yang dihajati.
 Konsisten, amalkan pada setiap malam sebelum tidur dan pagi selepas bangun dari tidur secara
berterusan 6-7 minggu atau sehingga berjaya.

Kalau anda bercita-cita untuk mendapatkan kekuatan intelek, inilah rahsianya : BANYAK MEMBACA,
MEMAHAMI, MERENUNG DAN MENGHAYATI SEJARAH MEMBUAT LATIHAN MENGEMBANGKAN
KEKUATAN KONSENTRASI Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai jenis
latihan dan yang saya selalu buat ialah memberi focus kepada rentak drum sahaja dalam sebuah lagu dan
kemudian dipraktikkan dengan tangan sendiri dengan berpandukan bayangan.Apabila melihat
iklan/brocure/pamphlet saya akan halusi setiap design yang ada walaupun hanya sebentuk garis
lurus.Apabila membaca Al-Qur’an, bawa mata untuk menghayati garis lengkuk setiap huruf , baris dan
bayangkannya ketika menghafaz. Kekuatan konsentrasi boleh dilatih dan dikembangkan melalui pelbagai
jenis latihan :
1. Letak segelas air di hadapan anda. Pejam mata sambil membayangkan kembali di dalam fikiran
anda kewujudan gelas itu. Pertahankan bayangan tersebut seberapa lama yang boleh. Jika
konsentrasi anda terganggu, buka mata sambil melihat gelas itu dan teruskan kembali konsentrasi.
Selain segelas air, anda juga boleh menggunakan benda-benda lain yang terdapat di hadapan anda
seperti TV, pasu bunga,jam dan sebagainya.

2. Pada waktu malam, tutup lampu di bilik dan pasang sebatang lilin. Duduk pada jarak satu meter dari
lilin itu. Konsentrasi pandangan anda pada lilin tersebut selama 10 minit tanpa mengerdipkan mata.
Panjangkan tempoh konsentrasi tetapi jangan melebihi dari 30 minit. Pada peringkat permulaan,
mata akan berair. Tetapi jangan risau kerana itu adalah fenomena biasa.
3. Letak jam di hadapan anda. Pusatkan tumpuan terhadap putaran jarum saatnya selama dua minit
atau lebih. Apabila fikiran anda menerawang, berhenti sebentar dan mulakan kembali.
4. Solat dengan penuh konsentrasi dan khusyuk. Hayati setiap makna surah di dalam solat. Lebih baik
dilakukan ketika solat sunat pada sebelah malam kerana fikiran kita pada ketika itu mudah khusyuk
dan segala ibadah yang dilakukan adalah lebih berkesan.
5. Membaca Al-Quran dengan melihat pada terjemahannya serta menghayati sedalam-dalam
maknanya.
6. Berlatih mencongak sifir matematik yang mudah di dalam fikiran seperti mencampur, menolak,
membahagi dan mendarab nombor-nombor selama 20 minit pada setiap hari. Buku latihan
matematik sekolah rendah boleh digunakan untuk tujuan ini. Alex Osborn telah berjaya
membuktikan individu yang melakukan amalan ini selama 20 hari berturut-turut mampu
meningkatkan daya tumpuan dan daya konsentrasinya.
7. Pendengaran secara imaginasi :
Tutup mata, dengarkan bunyi-bunyi berikut secara imaginasi dan pertahankan bunyi tersebut
seberapa lama yang mungkin. Sebelum itu cuba bayangkan situasi di mana anda pernah medengar
bunyi tersebut.
o Bunyi ayam berkokok.
o Bunyi azan.
o Bunyi enjin kenderaan milik anda.
o Bunyi cerek yang sedang mendidih.
o Bunyi siren ambulan.
o Bunyi hujan lebat.
8. Penglihatan secara imaginasi :
Tutup mata, abatangkan perkara-perkara yang berikut secara imaginasi dan pertahankan imaginasi
tersebut selama yang boleh :
o Anda sedang membaling bola.
o Anda berada di halaman rumah anda.
o Sahabat karib anda sedang ketawa.
o Kapal terbang.
o Permandangan di sebuah pantai.
9. Merasa, mencium dan melakukan pergerakan secara imaginasi. Pertahankan imaginasi tersebut
selama yang mampu:
o Bayangkan anda sedang mendayung perahu.
o Bayangkan anda sedang mengayuh basikal.
o Bayangkan anda sedang melakukan gerakan-gerakan dalam sembahyang.
o Menghidu bau durian.
o Merasa kepedasan cili.

Latihan-latihan ini menuntut usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Pada peringkat awal, anda
tentu menemui kesukaran dan kesusahan kerana tidak dapat memusatkan daya penumpuan dengan
sepenuhnya. Mungkin anda merasa sakit kepala dan jemu. Tetapi bersabarlah, lama-kelamaan anda akan
dapat menguasai kemahiran membuat penumpuan dan menjadi individu yang memiliki daya konsentrasi
yang hebat dan mampan. Lakukan mana-mana latihan di atas selama 20-30 minit pada setiap hari secara
konsisten. Selain meningkatkan kekuatan konsentrasi fikiran, latihan-latihan ini dapat menambahkan
kreativiti dan mencergaskan fungsi otak kanan. Aktiviti-aktiviti ini menyuburkan keseluruhan neuron di dalam
otak dan hubungan antara sel-sel glia semakin teguh. Ini menjadikan otak semakin aktif serta kuasa
mengingat dan keupayaan menyerap pelajaran, ilmu dan maklumat bertambah. Selain itu, faedahnya yang
lain ialah :

 Mempunyai minat yang lama.


 Sukakan perkara-perkara yang abstrak
 Sering didatangi ilham, intuisi, bisikan dan gerak hati.
 Kemampuan mengeluarkan idea-idea yang unik dan berkualiti.
 Daya kreativitinya tinggi.
 Selalunya pintar dan berkebolehan menyelesaikan masalah dengan cara yang unik dan berlainan
daripada orang lain.
 Memiliki daya ingatan yang sangat baik terutamanya pada perkara-perkara yang diminati.

You might also like