You are on page 1of 6

MINGGU 6

Kaedah Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran, Soal Jawab, Projek Dan Kertas Kerja PENILAIAN KONTRAK PEMBELAJARAN Pengenalan Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.

Cara Pelaksanaan 1. Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 2. Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 3. Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. 4. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas. 5. Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan. 6. Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan. Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yang berasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : 1. Pelajar mengenal pasti dan merekod,

MINGGU 6
2. Menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, 3. Mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? a. Penilaian objektif tugasan b. Hasil Pembelajaran c. Penilaian d. Format / Bentuk

Format Kontrak Pembelajaran Keperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukan kontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. Sebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidak formal tetapi terancang dan jelas.

PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB Teknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, Bahasa Melayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secara berkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsepkonsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar. Cara Pelaksanaan Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaan penggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik menyoal.

MINGGU 6
PENILAIAN MELALUI PROJEK Pengenalan Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah,projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. "Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins,1989).

Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut: 1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab. 2. Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi. 3. Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. Ciri-ciri Penilaian Projek 1. Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ). 2. Jangka masa yang panjang 3. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar. 4. Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar. 5. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan. 6. Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu. 7. Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain. 8. Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu. 9. Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu. 10. Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

MINGGU 6
Jenis-jenis penilaian Projek 1. Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis. 2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model. 3. Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi. 4. Tugasan prestasi drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

Langkah-langkah untuk menjalankan Projek. Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek. Langkah 2 : Penilaian awal projek. Langkah 3 : Pelaksanaan strategi. Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat. Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

PENILAIAN MELALUI KERTAS KERJA Kertas kerja merupakan hasil usaha tentang sesuatu yang dicatatkan atau dituliskan untuk dikemukakan kepada sesebuah kumpulan atau orang ramai dalam sesuatu bengkel atau seminar. Kertas kerja juga dibentangkan untuk urusan-urusan lain seperti perancangan sesuatu projek, kajian dan penyelidikan bagi sesebuah jabatan, syarikat atau institusi tertentu. Draf kertas kerja perlu diserahkan terlebih dahulu kepada pihak tertentu untuk disemak dengan teliti bagi memastikan cadangan yang dikemukakan boleh diluluskan atau sebaliknya. Terdapat dua ciri umum kertas kerja iaitu Kertas Kerja Seminar dan Kertas Kerja Projek atau Kajian. 1. Sebelum kertas kerja ditulis, penulis perlu melaksanakan tindakan-tindakan berikut : a. Mengenal pasti audien sasaran b. Audien ialah khalayak langsung dan serta merta c. Sasaran terdiri daripada khalayak langsung dan pembaca umum kertas kerja tertentu

MINGGU 6
d. Pertimbangan sewajarnya perlu diambil terhadap kedua-dua kumpulan sasar sebelum menulis kertas kerja berkaitan

2. Mengenal pasti bentuk penulisan a. Pastikan kertas kerja itu untuk memberi panduan bagi menerokai bidang-bidang pengetahuan baharu. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk tinjauan b. Tentukan kertas kerja itu untuk tujuan memberi penerangan terperinci tentang sesuatu. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk deskriptif c. Pastikan kertas kerja itu untuk memberi penjelasan terperinci terhadap sesuatu kejadian yang berlaku. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk penjelasan d. Tentukan kertas kerja itu mencadangkan tindakan-tindakan tertentu. Kertas kerja sebegini adalah berbentuk rumusan.

3. Mengenal pasti bahasa yang digunakan a. Penulis perlu mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan gaya bahasa yang digunakan b. Penulis juga perlu mengikut gaya penulisan yang baik c. Keseragaman dari segi ejaan, tanda baca dan cara menulis petikan yang seragam serta selalu merujuk kamus d. Kebolehbacaan iaitu perkataan, istilah, laras dan wacana yang sesuai dengan latar belakang pengetahuan dan pendidikan audien e. Memenuhi kehendak pembaca iaitu menggunakan gaya bersahaja tetapi jelas

4. Mengenal pasti teknik penulisan a. Ditaip langkau 2 baris b. Petikan-petikan yang melebihi 2 baris hendaklah diketengahkan dan ditaip dengan langkau 1 baris c. Panjang setiap kertas kerja seelok-eloknya tidak melebihi 4000 patah perkataan

MINGGU 6
5. Mengenal pasti bahagian-bahagian kertas kerja a. Bahagian sinopsis merupakan ringkasan atau abstrak bagi kertas kerja. Bahagian ini penting untuk memberikan gambaran umum terhadap intisari utama kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi 200 patah perkataan b. Bahagian pengenalan merupakan mukadimah, iaitu bahagian yang

menerangkan latar belakang terhadap kandungan kertas kerja yang lazimnya tidak melebihi 2 muka surat c. Bahagian utama merupakan bahagian yang meliputi huraian tajuk, keterangan, penjelasan dan sebagainya yang dipecahkan kepada bahagian-bahagian kecil d. Bahagian penutup memuatkan (rumusan atau saranan) jika ada dan ringkasan kertas kerja berkaitan e. Lampiran meliputi bibliografi, gambar rajah, glosari dan sebagainya.

You might also like