You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1
PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1

Cetakan 2014

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

KANDUNGAN
BIL
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENDAHULUAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN OBJEKTIF MATA PELAJARAN OBJEKTIF PENTAKSIRAN TAFSIRAN KERANGKA STANDARD PRESTASI PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA PEMETAAN PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

PERKARA

MUKA SURAT
1 2 3 3 4 5 6 7 8 10

PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Ekonomi Rumah Tangga serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Ekonomi Rumah Tangga sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

MATLAMAT MATA PELAJARAN


Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN


OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit. OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan menghasilkan produk. OM3 OM4 OM5 OM6 OM7 Menjalankan kerja buat sendiri, menyenggara dan membaik pulih mudah kerja elektrik dan paip dalam kehidupan harian. Menghasilkan artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit. Menghasilkan tumbuhan hiasan untuk kecerian kawasan tertentu. Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul. Mengenal pasti kepentingan perniagaan, perkembangannya pada masa depan yang berciri k-ekonomi dan perniagaan dalam negeri dan antarabangsa. OM8 OM9 OM10 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan. Menerangkan faktor utama dalam pengeluaran, kaitannya dengan permintaan dan proses pengeluaran serta membuat pengiraan kos. Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat keputusan rekaan dan penghasilan projek. OM11 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

OBJEKTIF PENTAKSIRAN
Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 OP2 OP3 OP4 OP5 OP6 OP7

Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem

(Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

TAFSIRAN
o o o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. o o o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi dan ujian amali. Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran, peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

KERANGKA STANDARD PRESTASI

6
5
4
3
2
1

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab

Tahu Tahu Tahu

Faham Faham

Boleh Buat

PENYATAAN STANDARD KHB EKONOMI RUMAH TANGGA


BAND 6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali) 5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji) 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab) 3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat) 2 (Tahu dan Faham) 1 (Tahu) PENYATAAN STANDARD Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan. Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan. Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, ekonomi rumah tangga serta perniagaan dan keusahawanan.

PEMETAAN DESKRIPTOR BERDASARKAN TAJUK DAN BAND


BIL 1 2 TAJUK Organisasi bengkel dan keselamatan Reka bentuk dan penghasilan projek BAND B1 B1 B1 B2 B3 B4 B5 B6 3 Elektrik B1 B2 B3 B4 4 Kerja paip B1 B2 B3 B4 5 Jahitan B1 B2 B3 B3 6 Tanaman hiasan B1 B2 B3 B4 7 8 Pemakanan dan pengurusan sajian Bater B1 B2 B1 B2 B3 B4 B5 JUMLAH 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

BIL 9 10 11

TAJUK Kuih tempatan Pakaian Jahitan

BAND B3 B1 B1 B2 B3 B4

JUMLAH 1 1 1 1 1 1 1 1 39

12

Perniagaan dan keusahawanan JUMLAH

B1 B2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID KHB EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 1

10

BIL 1

TAJUK Organisasi bengkel dan keselamatan

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan memberikan empat amalan 4M. Menerangkan tentang organisasi bengkel dan keselamatan dengan menjelaskan dua amalan 4M.

BIL 2

TAJUK Reka bentuk dan penghasilan projek

BAND B1 B2 B3 B4

DESKRIPTOR Menyatakan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan memberikan empat faktor utama reka bentuk dan tujuh alatan tangan termasuk mesin. Menerangkan tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan menjelaskan lima alatan tangan termasuk mesin dari segi fungsinya. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah mengikut prosedur1. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan daya usaha1.

B5

prosedur1 daya usaha1 nilai tambah1

B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif dengan membuat lakaran reka bentuk merujuk penyataan masalah dengan nilai tambah1. : Lakaran mesti menggunakan pensel tanpa menggunakan pembaris. Lakaran mesti dalam bentuk oblik atau isometrik. : Lakaran mesti: (i) kemas (boleh menggambarkan idea yang dihasratkan) (ii) Bersih : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu mengambarkan idea tersendiri murid. B6 11

BIL 3 Elektrik

TAJUK

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang asas elektrik dengan memberikan tiga jenis wayar. Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan tiga alatan tangan dari segi fungsinya. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan membuat pendawaian plag 3 pin 13A mengikut prosedur2.

B3

B4

prosedur2

: Mengikut urutan langkah kerja yang betul.

BIL 4 Kerja paip

TAJUK

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang kerja paip dengan memberikan tiga jenis paip. Menerangkan tentang kerja paip dengan menjelaskan tiga paip yang disambung pada tangki simpanan air dan enam jenis penyambung paip dari segi fungsinya. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip dengan membuat penyenggaraan perangkap. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kerja paip secara sistematik dengan membuat penyenggaraan perangkap mengikut prosedur2.

B3

B4

12

BIL 5 Jahitan

TAJUK

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang asas jahitan dengan memberikan enam bahagian mesin jahit. Menerangkan tentang asas jahitan dengan menjelaskan enam bahagian mesin jahit dari segi fungsinya. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas jahitan dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas jahitan secara sistematik dengan menjahit kertas tanpa benang pada garisan lurus, berpenjuru dan melengkung mengikut prosedur2.

B3

B4

BIL 6

TAJUK Tanaman hiasan

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang tanaman hiasan dengan memberikan dua jenis keratan batang. Menerangkan tentang tanaman hiasan dengan menjelaskan nisbah campuran medium semaian. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan dengan menyemai keratan dalam medium semaian. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang tanaman hiasan secara sistematik dengan menyemai keratan dalam medium semaian mengikut prosedur2.

B3

B4

13

BIL 7

TAJUK Pemakanan dan pengurusan sajian

BAND B1 B2

DESKRIPTOR Menyatakan tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan memberikan dua prinsip memasak. Menerangkan tentang pemakanan dan pengurusan sajian dengan menjelaskan pengertian memasak dengan haba lembap atau haba kering.

BIL 8 Bater

TAJUK

BAND B1 B2 B3

DESKRIPTOR Menyatakan tentang bater dengan memberikan dua jenis bater. Menerangkan tentang bater dengan menjelaskan pengertian bater. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang bater dengan memasak satu jenis makanan daripada bater. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang bater secara sistematik dengan memasak satu jenis makanan daripada bater mengikut prosedur2. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang bater secara berinisiatif dengan memasak satu jenis makanan daripada bater dengan daya usaha2.

B4

B5

daya usaha2

: Rasa, tekstur, warna dan hiasan yang betul.

14

BIL 9

TAJUK Kuih tempatan

BAND B3

DESKRIPTOR Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang kuih tempatan dengan memasak satu jenis kuih tempatan.

BIL 10 Pakaian

TAJUK

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang pakaian dengan memberikan prinsip pemilihan pakaian.

BIL 11

TAJUK Jahitan (elektif)

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang jahitan dengan memberikan dua jenis penghilangan gelembung. Menerangkan tentang jahitan dengan menjelaskan langkah menjahit lisu pemadan dan langkah memanjang atau memendekkan pola skirt berkasing. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan dengan menjahit contoh jahitan lisu pemadan dan memanjang atau memendekkan pola skirt berkasing. Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang jahitan secara sistematik dengan menjahit lisu pemadan dan memanjang atau memendekkan pola skrit berkasing mengikut prosedur2.

B2

B3

B4

15

BIL 12

TAJUK Pengenalan kepada perniagaan

BAND B1

DESKRIPTOR Menyatakan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan memberikan empat alat pembayaran masa kini. Menerangkan tentang pengenalan kepada perniagaan dengan menjelaskan perniagaan runcit, borong dan antarabangsa.

B2

16

LembagaPeperiksaan, KementerianPelajaranMalaysia Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, KompleksKerajaan Parcel E, PusatPentadbiranKerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web :http://www.moe.gov.my/lp e-mel : weblpm@moe.gov.my

17

You might also like