You are on page 1of 11

MASJID JAMEK AR RAHIMAH JALAN PAHANG, 44000 KUALA KUBU BHARU TEL/FAX :03- 60651285/ HP:019-6967613 mjarkkb@yahoo.

com

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PENGIMARAHAN MASJID JAMEK AR RAHIMAH KUALA KUBU BHARU KALI KELIMA TAHUN 2013 TARIKH MASA TEMPAT : : : 11 SEPTEMBER 2013 (RABU) 10.00 MALAM BILIK MESYUARAT MASJID JAMEK AR RAHIMAH KUALA KUBU BHARU KEHADIRAN 1. Tn Abdul Wahid bin Ishak 2. Tn Supian bin Khalid 3. Tn Mohamad bin Said 4. Tn Alias bin Ahmad 5. Tn Mohd Razlan bin Mohd Bakri 6. Ahmad Kamal bin Mohamd 7. Tn Hj Mohd Kassim bin Samsuri 8. Tn Mohd Asri bin Khatib 9. Tn Hj Rahim bin Omar 10. Puan Siti Hawa binti Shamsudin 11. Tn Shaiful Rizza bin Piamin Pengurus Masjid Pen.Setiausaha Imam 1 Imam 2 Kariah Imam 3 Bilal Bilal Kariah AJK AJK AJK AJK

12. Tn Idris bin Main @ Arnain

Siak 1 Kariah

TANPA HADIR

1. Tn Mohammad Iqbal bin Abu Suhod 2. Puan Nor Chahya binti Mohd Tahir 3. Tn Abd Aziz bin Jantan

Setiausaha AJK Siak 2 Kariah

1.0

UCAPAN ALU- ALUAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan sama-sama membaca surah Al fatihah. Makluman

1.2

Beliau seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Pengimarahan Masjid Jamek Ar Rahimah Kali Ke lima 2013. Makluman

2.0

PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Setiausaha 2013. Makluman 2.2 2.3 Hj Rahim mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. Hj Idris menyokong minit mesyuarat diterima dan disahkan. Makluman membentangkan minit mesyuarat kali empat tahun

3.0

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (MAKLUM BALAS)

3.1

Mesin minuman automatic akan diusahakan lagi sekali oleh En Shaiful Rizza. Tindakan : Tn Shaiful Rizza

3.2

Masalah

peniaga

yang

masih

berniaga

ketika

khutbah

sudah

diberi surat peringatan Cuma perlu ada salinan kepada MDHS.

Tindakan: Tn Setaiausaha

3.3

Tandas

wanita

yang

rosak

sudah

dibaiki

melalui

peruntukan

wang Jemaah yang berkursus haji. Makluman

3.4

Kolah

di

bahagian

hadapan

masjid

telah

dipersetuji

untuk

dibuang. Makluman

3.5

Tempahan baju Imam dan Bilal masih belum dilaksanakan lagi atas sebab ketiadaan masa tukang jahit. Tindakan: Tuan Pengurus

3.6

Masjid akan cuba hubungi pihak JKR Kuala Kubu Bharu untuk mengenalpasti status pengambilan data kerosakan. Tindakan: Tuan Pengurus

3.7

Cadangan untuk menukar karpet yang lama hanya boleh dilakukan setelah masalah bumbung bocor diselesaikan. Makluman

3.8

Cadangan membuat 10 tabung masjid untuk diletakkan di kedai-kedai Muslim diserahkan kepada Imam Mohamad. Tindakan: Tuan Mohamad

3.9

Tuan Pengurus memaklumkan bahawa pencuri yang mencuri duit masjid sudah berjaya ditangkap oleh orang awam dan diserah kepada pihak polis. Makluman

3.9.1 Kecuaian pihak May Bank dalam menguruskan cek masjid akan dipanjangkan kepda pihak Kementerian Perdaganagn dan Pengguna. Makluman

3.9.2 Pejabat masjid sudah dipasang dengan alarm dan ada keberkesanannya. Makluman

3.9.3 Mesyuarat bersetuju untuk mengadakan kursus pengurusan jenazah untuk mencari pelapis dan diberi elaun kepada setiap pengurusan jenazah yang diuruskan. Tindakan: Tuan Pengurus

3.9.4 Cadangan untuk memberikan elaun panggilan telefon sebanyak RM30 kepada Hj Idris bagi memudahkan pengurusan jenazah. Tindakan: Tuan Bendahari 3.9.5 Imam dan bilal yang bertugas hari Jumaat perlu meletakkan sendiri tanda larangan parking untuk kereta masing-masing. Tindakan: Imam dan Bilal Bertugas 3.9.6 Cadangan untuk membuat kutipan wakaf parking kereta berbumbung di sekitar masjid tetapi perlu siapkan lakaran rekabentuk untuk paparan umum. Tindakan: Tn Pen.Setiausaha & Tn Pengurus

3.9.7 Bilik azan perlu dikunci dan kunci perlu diberi kepada setiap AJK yang memerlukan. Mesin perakam waktu perlu dipindahkan ke tempat lain. Tindakan: Tn Pengurus

3.9.8 Cadang buat suis altenatif untuk P.A Sistem bagi memudahkan para Jemaah azan jika sekiranya bilal tidak dapat hadir. Tindakan: Lajnah Penyelenggaraan Masjid 3.9.9 Perlu buat satu penerangan khas mengenai kedudukan saf semasa solat sebelum solat Jumaat. Tindakan: Para Imam bertugas

4.0

PERBINCANGAN IBADAH QURBAN 4.1 Satu bahagian RM450. Makluman

4.2

Tn Pengurus dan Pen.Setiausaha ditugaskan untuk mencari lembu Tindakan: Tn Pengurus & Pen.Setiausaha

4.3

Mesyuarat khas AJK ibadah qurban akan dibuat pada 18 September 2013. Tindakan: AJK Ibadah Qurban

4.4

Penyediaan borang, iklan dan makluman ibadah qurban perlu dilakukan segera. Tindakan: AJK Ibadah Qurban

4.5

Tarikh tutup penyertaan ibadah qurban ialah seminggu sebelum Hari Raya Idul Adha. Makluman

4.6

Ibadah qurban akan dilaksanakan selepas solat Hari Raya Idul Adha. Makluman

5.0

TUGASAN PEGAWAI MASJID 5.1 Tn Razlan memaklumkan bahawa beliau tidak dapat bertugas pada hari raya idul adha kerana berada di Kemboja. Makluman

5.2

Tn

Pengurus

memaklumkan

akaun

masjid

berjumlah

lebih

kurang RM22 ribu dan akaun jenazah berjumlahlebih kurang RM30 ribu. Tindakan: Tuan Pengurus

5.3

Tn Shaiful mencadangkan supaya laporan kewangan dibuat pada setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Kariah. Tindakan: Tn Bendahari

5.4

Tn Pengurus memaklumkan Hj Harun kerani masjid telah menamatkan perkhidmatannya dan akan diganti oleh pegawai kewangan dari Agama Daerah yang akan bertugas pada sebelah petang sahaja. Makluman

6.0

HAL-HAL LAIN 6.1 Tn Shaiful menerangkan bahawa beliau akan memasang lampu untuk penceramah. Tindakan: Tuan Shaiful

6.2

Ustaz

Alias

membangkitkan para

masalah

kelewatan Bagi

pembayaran masalah diberikan

saguhati

kepada

penceramah. wang saguhati

mengatasi

dicadangkan

supaya

penceramah

kepada imam atau bilal bertugas. Tindakan: Tn Bendahari

6.3

Cadangan memaklumkan kepada mana-mana penceramah yang belum mendapat bayaran saguhati melalui pesanan ringkas (SMS) untuk mendapat maklum balas Tindakan: Tn Pengurus

6.4

Cadangan menyediakan sebuah buku catatan kehadiran penceramah untuk memudahkan urusan bayaran saguhati. Tindakan: Tn Pengurus

6.5

Ustazah Siti Hawa mencadangkan dibuat satu tabung masjid di bahagian solat wanita atas permintaan Jemaah wanita. Tindakan: Tn Bendahari

6.6

Hj Idris meminta dibuat satu papan kenyataan larangan memungut derma tanpa kebenaran di masjid. Tindakan: Imam Muhammad b Said

6.7

Hj Asri membangkitkan isu barangan yang bersepah di hadapan bilik jenazah supaya dikemaskinikan untuk mengelakkan

pandangan kurang baik daripada para Jemaah luar yang hadir ke masjid. Tindakan: Tn Hj Idris

6.8

Tn Hj Mohamad menyarankan supaya setiap surau dalam kariah masjid menghantar 2 orang peserta bagi penyertaan kursus

jenazah anjuran masjid. Tindakan: Tn Pengurus

6.9

PSU mencadangkan supaya dibuat dua sinki basuh tangan di bahagian belakang masjid bagi memudahkan para Jemaah membasuh tangan semasa jamuan. Tindakan: Lajnah Penyelenggaraan Masjid

6.9.1 Tanah masjid yang berhampiran stesen minyak Shell di Rasa perlu dapatkan maklumat dari MAIS untuk mencari sumber

bulanan masjid. Tindakan: Tuan Pengurus

6.9.2 Tn

Pengurus

mencadangkan

supaya

diadakan

jamuan

kecil

selepas kuliah Isyak Ustaz Mohd Hazri Hashim untuk 10 orang. Tindakan: Tuan Pengurus

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.15 malam.

DISEDIAKAN : ................................................................. (SUPIAN BIN HJ KHALID) PEN. SETIAUSAHA MJAR KKB.

DISEMAK :

............................................................... (ABDUL WAHID BIN ISHAK) PENGURUS Tarikh : 28 Mei 2013

10

CADANGAN DISAHKAN:

( )

DISOKONG OLEH:

( )

11

You might also like