You are on page 1of 5

b) Apa yang telah dilalui sepanjang praktikum

MINGGU 1

Pada minggu ini, saya telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau. Saya telah diperkenalkan kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau sebagai guru pelatih yang akan berada di sekolah mereka selama tiga bulan. Seterusnya, saya dan rakan praktikum di perkenalkan kepada semua guru-guru sekolah tersebut dan kami menerima ucapan alu-aluan daripada puan Guru Besar.

Pada minggu ini juga saya dan rakan praktikum telah mendapatkan maklumat berkaitan dengan sekolah secepat mungkin bagi mendekatkan diri serta mengenali dengan lebih mendalam tentang sekolah ini. Pengumpulan maklumat ini telah melibatkan ramai pihak seperti pengurusan sekolah, guru pembimbing dan guruguru sekolah tersebut. Saya juga telah menerima jadual waktu persendirian untuk tugasan mengajar sepanjang 3 bulan berpraktikum di sekolah ini.

Akhir sekali, pada minggu ini saya dan rakan praktikum telah menjalankan ujian diagnostik kepada murid-murid pemulihan. Ujian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah serta tahap kemahiran yang telah di kuasai. Ujian ini juga dijalankan bagi merancang sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) mengikut tahap murid.

MINGGU 2

Pada minggu ini sesi Pengajaran dan Pembelajaran telah dijalankan mengikut jadual persendirian yang telah diterima pada minggu lalu. Pada sesi P&P minggu ini, saya lebih menekankan pembinaan hubungan antara guru dan murid.

Seterusnya, pada minggu ini juga pensyarah pembimbing subjek major telah datang untuk lawatan sosial pertama kali. Puan Harlina telah menyemak dan memberikan panduan pelaksanaan perjalanan praktikum pada fasa ini. Beliau juga

telah membimbing cara serta membuat pembetulan penyediaan buku rancangan pengajaran harian agar lebih menepati format yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, pada minggu ini saya dan rakan praktikum telah menerima pelatikan guru persatuan dan kelab, sukan dan permainan serta satu murid satu sukan (1M1S). Pelantikan ini telah dilakukan oleh guru penolong kanan kokurikulum, En. Nasir. Namun begitu, kokurikulum tidak dapat dilaksanakan pada minggu ini disebabkan atas kekangan tertentu yang tidak dapat dielakkan.

MINGGU 3

Pada minggu ini sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan seperti biasa mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Namun begitu, pada hari Isnin (10.02.2014) saya tidak dapat menjalankan sesi P&P disebabkan mempunyai temu janji untuk perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Seterusnya, pada minggu ini saya telah diberi tanggungjawab untuk melatih murid bermain bola baling untuk wakil sekolah ke peringkat PKG Pokok Sena di bawah bimbingan guru jurulatih bola baling sekolah tersebut. Latihan dijalankan pada setiap petang jam 5.30 petang.

Akhir sekali, kokurikulum pada minggu ini sekali lagi terpaksa ditunda atas sebab ramai guru terlibat dengan pertandingan bola sepak.

MINGGU 4

Pada minggu ini sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan seperti yang dirancang. Selain itu, pensyarah pembimbing Puan Harlina telah datang untuk penyeliaan pertama dan memantau sesi P&P yang dijalankan pada hari Rabu (19.02.2014). Penambahbaikan penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH),

penambahbaikan aktiviti dan kaedah pengajaran serta lain-lain perkara telah dibimbing oleh beliau.

Pada minggu ini aktiviti kokurikulum melibatkan persatuan sekali lagi tidak dapat dijalankan kerana semua guru terlibat dengan mesyuarat selepas tamat sesi persekolahan. Namun begitu, latihan bola baling masih diteruskan pada sesi lewat petang.

MINGGU 5

Pada minggu ke-5 ini, penyelian guru pembimbing subjek elektif iaitu Matematik telah dilaksanakan. Penyeliaan ini dilaksanakan pada hari Isnin (24.02.2014). Selain itu, murid juga terlibat dengan ujian Bahasa Melayu dan sesi P&P tidak dapat dijalankan pada hari Isnin untuk subjek Major iaitu Bahasa Melayu pemulihan.

Aktiviti kokurikulum melibatkan kelab telah dijalankan. Kelab yang disertai dan mendapat pelantikan daripada pihak sekolah ialah Kelad Alam Sekitar. Pada perjumpaan pertama ini, pelantikan jawatankuasa telah dilakukan. Senarai pelantikan telah direkodkan di dalam fail induk kelab oleh Puan Hamidah selaku guru kelab tersebut.

MINGGU 6

Pada minggu ke-6 ini sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berjalan seperti biasa

c) Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum?

Pengalaman praktikum Fasa 3 ini amat bernilai buat saya kerana banyak pengalaman yang saya timba dan peroleh baik daripada guru. Bermula dari hari pertama saya sehinggalah minggu terakhir saya di sana bersama-sama dengan rakan-rakan. Banyak kenangan dan ragam murid-murid dapat saya perhatikan sepanjang berpraktikum pada kali ini. Ada diantara murid tersebut yang sepatutnya mendapat pendidikan khas tidak dimasukkan ke kelas yang sepatutnya. Walaupun

perbincangan telah dilakukan dengan pihak ibu bapa namun tiada tindakan diambil daripada pihak mereka. Berdasarkan apa yang terjadi, ini memberikan pengalaman kepada saya agar peka dengan murid-murid yang diajar kelak. Tidak semua ibu bapa memandang berat hal anak-anak mereka dan malu dengan keistimewaan anak mereka. Seminggu sebelum berakhir praktikum Fasa 3 ini, saya berasa amat bersyukur kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh pihak institut telah saya laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain. Tugasan pihak institut yang telah di amanahkan ialah dengan menjalankan pengajaran setiap minggu mengikut keperluan yang telah ditetapkan dapat dilaksanakan di samping menjalankan penyelidikan tindakan di sekolah tersebut. Namun tugasan pihak sekolah yang telah diberikan masih dalam proses dan mengikut perancangan akan dapat disiapkan pada minggu ke 12 iaitu minggu terakhir kami berpraktikum di sekolah itu. Tugasan yang telah diberikan pihak sekolah untuk pratikum fasa ke-3 ini ada kelainannya. Kelainannya ialah kami dikehendaki melatih murid bola baling untuk peringkat PKG di bawah bimbingan

guru jurulatih bola baling. Selain itu, kami juga diberi tanggungjawab untuk menghias dan memberikan sentuhan baru kepada bilik pemulihan di sekolah ini agar dapat memberikan manfaat dan ilmu baru kepada murid pemulihan sekolah ini. Semua tanggungjawab ini merupakan cabaran serta amanah untuk kami supaya di masa akan datang, kami dapat memanfaatkan semua pengalaman ini sebagai seorang guru nanti. Semua pengalaman yang telah dikutip dan di timba sepanjang praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin dalam kehidupan di masa akan datang.

You might also like