You are on page 1of 7

Unit 5 PENJAGAAN DAN PENINGKATAN IMEJ SEKOLAH

Pengenalan 1. Menjaga dan meningkatkan imej sekolah merupakan tanggungjawab setiap pelajar. 2. Cara-cara menjaga dan meningkatkan imej sekolah termasuklah: (a) Menampilkan sahsiah dan imej yang positif; (b) Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah; (c) Mewujudkan keceriaan sekolah.

Menampilkan Sahsiah dan Imej yang Positif 1.Warga sekolah yang mempunyai sahsiah dan imej yang positif akan memberikan imej yang baik kepada sekolah. 2. Ciri-ciri pelajar yang bersahsiah dan berimej positif: (a) berdisiplin iaitu senantiasa mematuhi peraturan sekolah seperti datang awal ke sekolah, tidak ponteng kelas atau sekolah, tidak membuli rakan, dan sebagainya; (b) mengamalkan kesopanan dalam pergaulan seperti beradab sopan dengan guru, rakan-rakan, dan kakitangan sekolah, (c) menjalinkan hubungan yang baik dengan guru, rakan, dan kakitangan sekolah; (d) menjaga kekemasan diri dan sebagainya.

3. Kebaikan mengamalkan sahsiah dan imej yang positif: (a) dapat belajar dengan selesa dan selamat kerana tiada gangguan daripada pelajar yang tidak berdisiplin; (b) sekolah menjadi pusat kecemerlangan murid; 8 (c) dapat memupuk budaya penyayang; (d) sekolah diyakini dan mendapat sokongan ibu bapa dan komuniti di sekitar sekolah.

Melibatkan Diri dalam Pelbagai Aktiviti Sekolah 1. Aktiviti sekolah adalah program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk kepentingan pelajar, dan sekolah. 2. Cara-cara menjayakan aktiviti di sekolah. Contohnya: (a) Hari Sukan: i. melibatkan diri dalam acara sukan; ii. membantu menghias rumah sukan; iii. bersorak kepada peserta untuk memberikan sokongan. (b) Hari Guru: i. melibatkan diri dalam acara persembahan; ii. membantu menghias pentas; iii. datang memberikan sokongan kepada pelajar yang terlibat dalam persembahan.

3. Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah banyak faedahnya. Antaranya: (a) melahirkan pelajar yang sihat, cergas, minda yang sihat, dan berdaya saing; (b) memupuk bakat kepemimpinan dalam kalangan pelajar; (c) dapat mengasah bakat dan potensi diri; (d) merapatkan hubungan dengan rakan-rakan pelbagai kaum dan mewujudkan perpaduan; (e) menanamkan sikap bangga terhadap sekolah.

Mewujudkan Keceriaan Sekolah 1. Sekolah yang bersih dan ceria akan memberikan imej yang baik kepada sekolah. 2. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar agar menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. 3. Antara cara-cara mewujudkan keceriaan sekolah: (a) tidak membuang sampah merata; (b) menjaga kemudahan sekolah dengan baik; (c) tidak melakukan vandalisme dan sebagainya; (d) membantu mengecat sekolah; (e) melukis mural di dinding sekolah. 9

You might also like