You are on page 1of 24

T TTo oop ppi iik kk. ....5 55 Gimnastik.

Artistik HASIL PEMBELAJARAN Setelah anda mengikuti topik ini, anda akan dapat: 1. menyatakan sejarah gimnastik; 2. mencirikan dan menyenarai alat gimnastik; 3. menyenaraikan alatan yang diperlukan untuk pertandingan gimnastik; dan 4. menyenaraikan gaya pemarkahan dalam pertandingan gimnastik. PENGENALAN Gimnastik merupakan sukan yang memerlukan seseorang ahli gimnastik mempunyai kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan diwakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan. 5.1 SEJARAH Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman beramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah menggunakan senaman beramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100 tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains kemasyarakat. Hipocrates, Gelen yang

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 105 terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik. Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan. Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda. Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya. Buku Gymnastics for Youth oleh Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun 1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah ditubuhkan. Gambarajah 5.1: Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea Jane yang telah mendapat sambutan keseluruh Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19 sukan gimnastik telah mendapat sambutan dinegaranegara Scandinavia dan Jerman. Terdapat dua pandangan tentang gimnastik.

106 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK Gimnastik Jerman lebih menumpu kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan. Gimnastik Swedeish berdasarkan pergerakan berirama. Dinegara Eropah yang penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam matapelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan olimpik 1896 acara gimnastik pertama telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia, Jepun, Czechosolivakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara gimnastik yang di pertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helisinki pada tahun 1952.Rusia telah memenagi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang di pertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu: x Sukan Olimpik x Kejohanan Dunia x Kejohanan Eropah Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali bergitu juga dengan kejohanan gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan kejohanan tidak di pertandingkan dalam tahun yang sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja di pertandingkan dan dihadkan penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita. Gambarajah 5.2: Pasukan Malaysia mula di segani dalam sukan gimnastik semenjak kejayaan dalam Sukan Komanwel 1988

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 107 Bagi kejohanan dunia dan sukan olimpik acara yang di pertandingkan ialah kejuaraan berpasukan, kejuaraan keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Selain daripada sukan-sukan serantau seperti Sukan Komanwel, sukan Asia, Sukan SEA dan juga peringkat kebangsaan mempertandingkan sukan gimnastik sebagai komponen sukannya. Sukan serantau seperti ini di iktiraf oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG). 5.2 BENTUK PERTANDINGAN Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. Dalam kejohanan seperti kejohanan gimnastik dunia dan sukan olimpik setiap pasukan akan merebut tiga kategori kejuaraan iaitu berpasukan, keseluruhan dan individu untuk setiap alatan. Satu pasukan akan di wakili oleh enam orang peserta yang akan mempersembahkan kedua-dua pergerakan wajib dan pilihan. Kebiasaannya cuma seorang gimnas sahaja yang akan membuat persembahan pada suatu masa namun kadangkala persembahan perlu dilakukan serentak. Kesemua ini bergantung kepada besar atau kecil sesuatu kejohanan tersebut. Dalam satu kejohanan besar biasanya peserta yang terlibat adalah ramai sehingga berjumlah lebih dari 300 orang peserta dengan melibatkan lebih 30 negara yang bertanding dalam masa lima hari. Kekangan ini sudah pasti memaksa dua atau lebih acara terpaksa dijalankan serentak. Ini bermakna mereka akan melakukan persembahan mengikut urutan acara yang berlainan. Ahli gimnastik lelaki bertanding dalam enam acara mengikut susunan berikut: x senaman lantai x kekuda berpelana x gelang x lombol x palang sejajar x palang tunggal. Gimnas wanita pula bertanding dalam empat acara mengikut susunan berikut: x senaman lantai x lombol x palang bertingkat x batang titian

108 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK Pada hari terakhir, setiap alatan akan ditandangi oleh enam peserta terbaik bagi merebut kejuaraan individu dan mereka dikehendaki mempersembahkan pergerakan pilihan sahaja. Seorang peserta lelaki boleh memenangi maksimum lapan kejuaran (6 acara lelaki kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Seorang peserta wanita pula boleh memenangi maksimum enam kejuaraan (4 acara wanita, kejuaraan keseluruhan dan kejuaraan berpasukan). Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik di adakan. Sukan Olimpik yang dianjurkan empat tahun sekali merupakan kejuaraan kedua terbesar selepas kejohanan dunia di mana ramai gimnas berhimpun. Satu lagi pertandingan yang penting dalam kalender gimnastik ialah Kejohanan Piala Dunia yang dianjurkan empat tahun sekali untuk 40 gimnas terbaik dunia. Selain daripada itu kejohanan-kejohanan peringkat benua Eropah, Amerika, Afrika juga boleh dianggap besar. Dalam kejohanan dunia, setiap negara yang menyertainya akan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita. Setiap pasukan lelaki dan wanita mengandungi enam peserta. Dua belas pasukan lelaki dan wanita yang terbaik dari kejohanan ini layak untuk bertanding di Sukan Olimpik pada tahun berikutnya. Gimnas terbaik bagi negara-negara yang kurang berjaya, boleh bertanding dalam Sukan Olimpik dan kejohanan dunia dengan cara menyertai negara yang mempunyai kurang dari enam orang. Pertandingan I Pertandingan antara pasukan bagi acara lelaki dan wanita dikenali sebagai pertandingan I. Pertandingan ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu: x senaman wajib (IA) Pergerakan senaman wajib mempunyai displinya telah digubal oleh Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) yang merupakan badan dunia yang bertanggungjawab mengawal segala jenis aktiviti gimnastik. x senaman pilihan (IB). Senaman pilihan pula merupakan pergerakan pilihan dan mengiku kretiviti pasukan atau peserta itu sendiri. Namun pergerakan ini mesti mengandun gi beberapa pergerakan dari tiga peringkat kesukaran, iaitu mudah, pertengahan dan sukar.

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 109 Pertandingan II Di pertandingkan selepas pertandingan I, 36 gimnas lelaki dan 36 gimnas wanita terbaik akan dipilih untuk bertanding dalam pertandingan individu. Pertandingan II mengandungi senaman campuran. Pertandingan ini melibatkan senaman pilihan untuk menentukan juara keseluruhan. Pertandingan III Pertandingan III pula melibatkan pertandingan antara lapan peserta terbaik bagi setiap alatan. Terdapat 6 acara alatan bagi lelaki dan 4 acara alatan bagi wanit a. 5.3 PERALATAN Peralatan yang disediakan dalam sukan gimnastik bergantung kepada jenis atau kategori acara yang dijalankan. Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan. Biasanya semua peralatan atau alatan ini di tempatkan disusun di dalam satu dewan atau gimnasium khas. Sila rujuk rajah Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik. Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. Selain itu, pegawai teknik dan pegawai lain perlu memastikan aspek-aspek keselamatan, yang antara lain meliputi perkara-perkara berikut: 1. Susunan atau kedudukan setiap alatan hendaklah memikirkan aspek keselamatan peserta. 2. Tebal tilam untuk latihan senaman lantai hendaklah sesuai dengan pertandingan. Tilam-tilam keselamatan harus diletakkan di kawasan yang berisiko. 3. Peralatan di gimnasium mestilah diperiksa pada setiap kali hendak digunakan disamping pemeriksaan berkala. 4. Para peserta hendaklah mengelakkan daripada melakukan kemahiran sukar atau yang berisiko tinggi, tanpa latihan yang cukup. 5. Sukan gimnastik boleh dijalankan dengan syarat diawasi oleh pegawai yang berkelayakan.

110 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK

Pelan lantai gelangan pertandingan gimnastik Gambarajah 5.3: Susunan alatan gimnastik perlu agar tidak menganggu tumpuan pengadil

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 111

Kawasan untuk senaman lantai ALATAN Gambarajah 5.4: Alatan gimnastik

112 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK Kekuda Lombol Gambarajah 5.5: Aksi kekuda lombol Rajah 5.1: Peralatan untuk acara kekuda lombol

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 113 Kekuda Berpelana Gambarajah 5.6: Aksi kekuda berpelana Rajah 5.2: Peralatan untuk acara kekuda berpelana

114 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK Palang Bertingkat Gambarajah 5.7: Aksi palang bertingkat

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 115 Palang Tunggal Gambarajah 5.8: Aksi palang tunggal

116 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK Gelang Gambarajah 5.9: Aksi gelang

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 117 5.4 MARKAH PERTANDINGAN Persembahan Senaman Lantai Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan di beri sepuluh (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan. Potongan markah akan dibuat sekiranya peserta melakukan perkara berikut: x Kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran yang dikehendaki (ditolak 0.5 markah setiap kemahiran yang ditinggalkan). x Kegagalan peserta melakukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran (ditolak 0.3 markah tiap-tiap satu yang dilakukan). x Kelemahan menggunakan cara yang berlainan, kelajuan dan dinamik, yakni pembinaan persembahan (ditolak sehingga 1.00 markah). x Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (ditolak sehingga 4.00 markah), x Setiap saat yang lebih dari masa yang dihadkan, iaitu 40 saat (ditolak 0.1 markah setiap saat) Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan ialah: Unsur-unsur kemahiran 5.0 markah (10 unsur @ 0.5) Perlaksanaan 4.0 markah Pembinaan 1.0 markah 10.0 markah

118 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK

Gambarajah 5.10: Senaman lantai Persembahan di Alatan Peserta diberi sepuluh (10.00) markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan markah akan dibuat mengikut perkara berikut: x Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dari variasinya (dipotong 0.5 markah bagi tiap-tiap kemahiran yangtertinggal). x Kegagal menggunakan tiap-tiap alatan (dipotong 1.00 markah @ alatan). x Pembinaan persembahan yang lemah, iaitu kemahiran yang berbeza jenisnya, (dipotong sehingga 1.00 markah). x Kelemahan bentuk dan teknik atau perlaksanaan (dipotong sehingga 5.00 markah). x Pada setiap saat yang lebih dan 40 saat yang diperuntukkan (dipotong 0.1 markah setiap saat). Sementara itu jumlah markah yang diperuntukkan lalah seperti berikut: Unsur-unsur kemahiran 4.0 markah (8 unsur @ 0.5) Perlaksanaan 5.0 markah Pembinaan 1.0 markah 10.0 markah

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 119

Gambarajah 5.11: Senaman menggunakan alatan 5.5 KEMAHIRAN ASAS DALAM GIMNASTIK Senaman Lantai Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. Senaman lantai mempengaruhi pergerakan gimnas di alatan. Pergerakan seperti dirian tangan dan kuang hadapan biasanya dijadikan salah satu pergerakan di palang bertingkat, kekuda lombol, batang titian, palang sejajar, gelang dan palang tunggal. Acara Lombol Kekuda lombol merupakan direka oleh Ludwig Jahn, yang dikenali sebagai bapa gimnastik moden. Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. Lombol mempunyai enam fasa, iaitu larian penujuan, lonjakan, penerbangan awal, tunjalan, penerbangan akhir dan pendaratan.

120 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK

Acara Palang Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. Para gimnas wanita pernah mengunakan palang sejajar sehingga tahun 1930. Selepas itu, satu daripada palang telah direndahkan dan dikenali sebagai palang bertingkat khas untuk wanita. Pergerakan di kedua-dua alatan ini lebih menumpukan kepada pergerakan ayunan daripada pergerakan kekuatan. Kekuda Berpelana Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. Kebanyakan peserta memperolehi markah yang rendah dalam acara ini dan merupakan acara yang kurang disukai. Alatan ini lebih sama bentuk dengan kekuda lombol, tetapi mempunyai dua pemegang kayu di atasnya digelar bonjol pelana. Peserta akan menggunakan bonjol pelana ini untuk memindahkan keseluruhan berat badannya di atas sebelah atau keduadua lengannya. Kejayaan persembahan dalam acara kekuda berpelana bergantung kepada tumpuan, imbangan dan rentak.

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 121 Batang Titian Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. Ciri-ciri terpenting dalam acara batang titian ialah pergerakan imbangan yang mesti dilakukan dengan berhati-hati di atas alatan yang lebarnya hanya 10 cm. Pergerakan ini mestilah mengandungi unsur-unsur akrobatik yang mengandungi pergerakan maju dan undur, putaran penuh (termasuk satu di atas sebelah kaki), pergerakan menapak, berlan, lompatan dan lonjakan. Persembahan ini juga mestllah meliputi unsur-unsur imbangan dalam kedudukan berdiri, duduk dan kedudukan baring atau meniarap. Keseluruhan persembahan, para peserta mestilah melakukannya di atas sepanjang batang titian dengan licin dan kemas, juga perlu mempamerkan perubahan rentak. Masa yang dihadkan bagi keseluruhan persembahan lalah antara satu rnmit 10 saat, sehingga tidak melebihi satu minit 30 saat. Acara Gelang Gelang juga telah direkacipta oleh Ludwig Jahn dalam tahun 1980. Acara gelang telah menjadi salah satu acara penting dalam sukan gimnastik. Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. Jika peserta ini terjatuh dari gelang, dia mempunyai 30 saat untuk naik semula. Semasa mendarat peserta tidak dibenarkan melangkah, tetapi boleh membetulkan imbangannya tanpa ditolak markah. Purata masa persembahan dalam acara gelang ini ialah di antara 40 saat hingga satu minit.

122 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK

Acara Palang Tunggal Dalam kejohanan gimnastik, acara palang tunggal merupakan satu persembahan yang paling menarik perhatian dibandingkan dengan acara yang lain. Acara Palang Tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan. Semua gerakan di atas palang tunggal ini melalui tangan dan bahagian depan lengan. SEMAK KENDIRI 5.1 x Nyatakan tiga kejohanan besar dalam kalendar gimnastik dunia x Berikan lima alatan yang di gunakan dalam pertandingan gimnastik x Huraikan dengan ringkas kemahiran yang terdapat dalam pertandingan gimnastik

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 123

x Sukan gimnastik di percayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu x Orang-orang Greek telah menamakan pergerakan senaman sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gymnasium x Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa yang terbesar dalam kalender persekutuan gimnastik antarabangsa x Seseorang ahli gimnastik dinilai dari segi kekuatan, keseimbangan dan ketepatan pergerakan. x Kejohanan Gimnastik Dunia merupakan kejohanan yang paling besar dan kenal di dunia. Kejohanan ini diadakan setahun sebelum dan sesudah setiap Sukan Olimpik di adakan. x Peralatan lengkap yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita perlu disediakan untuk latihan atau kejohanan. x Pegawai teknik hendaklah memeriksa dengan teliti akan ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut specifikasi. x Markah penuh dalam senaman lantai ialah 10.00. Setiap peserta akan di beri sepuluh (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan. x Senaman lantai merupakan asas pergerakan dalam sukan gimnastik. x Apabila melakukan lombol, gimnas lelaki dan wanita menggunakan papan anjal untuk mendapatkan anjalan yang lebih tinggi. x Palang sejajar telah dicipta bertujuan membantu gimnas membina kekuatan lengan dan bahu bagi melakukan pergerakan. x Acara kekuda berpelana bagi peserta lelaki merupakan satu acara yang sukar dalam sukan gimnastik. x Batang titian merupakan satu alatan gimnastik yang membantu perkembangan pembentukan dirian tubuh, kordmasi dan gaya yang baik. x

Dalam acara gelang setiap gimnas akan dibantu oleh jurulatih untuk mendapatkan pegangan pertama. x Acara Palang Tunggal merupakan acara terakhir dan selalu dapat mewujudkan suasana kemuncak pertandingan.

124 TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK

Gymnasium ombol palang sejajar Gymnastics for Youth palang tunggal. Pehr Ling Kejohanan Eropah Jonan Ludwin Jahn Senaman wajib (IA) Sukan Olimpik Senaman pilihan (IB). Kejohanan Dunia Pertandingan II senaman lantai Pertandingan III kekuda berpelana gelang Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills. Champaign, IL : Human Kinetics. Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For Todays Children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark. Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher. Champaign, IL : Human Kinetic. Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education: A Guide For Curriculum And Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics. Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education : Physical Activity, Sports and Recreation. N. Jersey : Prentice Hall. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. K. Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. _____________________________ (1997). Buku Panduan Pendidikan Pergerakan: Gimnastik Artistik. K.Lumpur : DBP. _____________________________ (2001). Kurikulum Kebangsaan Prasekolah K.Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Mosston, M. (1981). Teaching Physical Education.London Sydney : Charles E. Merill Pub, Co, A. Bell, Howell.

TOPIK 5 GIMNASTIK ARTISTIK 125 Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary School Children (10th ed.). N.Y. Macmillan. Randall L.E. (1992). The Student Teachers Handbook For Physical Education. Champaign IL: Human Kinetics. Salmah Ayub. (1992). Pergerakan Kreatif dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise. Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam: Fajar Bakti.

You might also like