You are on page 1of 5

PENGENALAN

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA

Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminarseminar, persidangan -persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

LOGO HARI GURU

Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah - Menunjukkan keteguhan semangat. Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah. Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan muridmurid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

TEMA HARI GURU

2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 1975 Guru dan Pembangunan Negara 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

You might also like