You are on page 1of 7

JEREBU

Maksud:



Jerebu ialah keadaan kehadiran partikel terampai di
atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di
dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena
jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.

Punca-punca berlakunya jerebu

Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks
Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk
ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada
kegiatan manusia iaitu pertama melalui pambakaran hutan
secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap
alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan
dan Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah
jerebu di negara kita.

Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari
kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang
menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api.
Selain itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada
proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan
perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah
Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang
masalah masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa
industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan
serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara
dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon
di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara
yang kesemuanya boleh manambah-burukkan lagi masalah
pencemaran udara dan jerebu.Selain itu, asap hasil dari
pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga
menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan
sekitarnya.

Ketiga,masalah jerebu juga berpunca daripada faktor
semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino,
suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi
berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di
tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang
sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang
kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku
di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke
ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga
menghasilkan keadaan yang berjerebu.

Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung
berapi.Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam
tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah
banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara

Kesan-kesan jerebu


Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya
ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta
binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan.
Kesan kesihatan manusia yang paling ketara ahla terhadap
sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma,
sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan
terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-
tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun.
Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang
memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan
makanan.

Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak
penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya
menyerap dan menyerakkan cahaya matahari.
Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar
kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan
mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta
ketidaklancaran perjalanan darat.

Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan
papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin
besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak
merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah
angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama
hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti
ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah
terpaksa ditutup.

Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada
sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya
matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan
menjalankan proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran
tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.

Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun.
Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu
berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan
merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai
keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu
keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik,
ekosistem hutan dan ekosistem muara.


Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu


Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera
untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka
dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara
kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang
canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan
masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat
perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu
yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.

Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan
untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita.
Kesesakan lalu lintas menambahkan arbn dioksida,
karbn monoksida dan sebagainya yang menambahkan
keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan
kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di
kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur
haruslah disekat atau dikurangkan.

Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha
pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah
pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan
Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn.
Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan
khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.

Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan
menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk
mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu.
Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke
semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada
pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi

Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui
persepakatan bersama antara negara jiran dan pada
peringkat global diperlukan untuk menangani masalah
alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi
perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian
saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani
masalah ini.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook























1. Memakai penutup hidung
apabila terpaksa
berada di luar kawasan
rumah


2. Sentiasa meminum
air yang banyak
3. Kurangkan
aktiviti sukan di
luar rumah




4. Sentiasa membasuh
muka dan bahagian kulit
yang terdedah kepada
jerebu dengan air bersih
5. Dapatkan nasihat
perubatan sekiranya
mengalami penyakit-
penyakit seperti
batuk, selesema,
asma, sakit mata,
6. Jangan merokok
BAGAIMANAKAH UNTUK
MENGURANGKAN KESAN
JEREBU KEPADA KESIHATAN
KITA?

You might also like