You are on page 1of 2

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama orang. Kata
Ganti Nama Diri terdiri daripada 3 jenis,iaitu:
Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata Ganti Nama Diri Ketiga

Kata Ganti Nama Diri Pertama
1. Saya : digunakan dalam situasi rasmi,semasa bercakap dengan
orang yang lebih tua.
2. Aku : bercakap dengan orang yang rapat, doa kepada tuhan.
3. Beta : digunakan oleh raja.
4. Patik : digunakan oleh rakyat biasa semasa bertutur dengan
raja.
5. Kami : tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
6. Kita : digunakan untuk orang yang bertutur dan termasuk
orang yang diajak bercakap.


Kata Ganti Nama Diri Kedua
1. Anda : digunakan apabila tiada hubungan langsung atau
pertemuan.
2. Awak : digunakan untuk bercakap dengan kawan.
3. Engkau: digunakan antara dua pihak yang rapat hubungannya,
digunakan untuk membahasakan Tuhan semasa berdoa.
4. Kamu : digunakan oleh orang yang lebih tua terhadap orang
yang lebih muda.
5. Kalian : digunakan untuk diri kedua yang lebih muda daripada
orang yang bercakap atau lebih daripada seorang.
6.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1. Dia/Ia : digunakan untuk orang biasa.
2. Beliau : digunakan untuk orang yang terhormat.
3. Baginda : digunakan untuk raja.
4. Mereka : digunakan untuk diri ketiga yang lebih daripada
seorang.

You might also like