You are on page 1of 2

1

Selamat sejahtera dan Salam 1Malaysia,


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi majlis,
Yang diraikan, Bonda Pn Hajah Saimah Ahmad, Pengetua SMK Sungai Pelek,
Yang Berusaha, Encik Onn Teck Eng, Yang Dipertua PIBG SMK Sungai Pelek serta barisan
ahli jawatankuasanya,, Barisan pentadbir,
Guru-guru Kanan Mata pelajaran,
Guru-guru Cemerlang,
guru-guru, rakan-rakan serta hadirin warga SMK Sungai Pelek yang dikasihi sekalian.

Pada pagi yang cerah disinari dengan cahaya matahari yang membahang, sebenarnya tidak
menggambarkan hati dan emosi kami. Saya selaku wakil pelajar telah diamanahkan oleh
seluruh warga pelajar SMK Sungai Pelek untuk menyampaikan sepatah dua kata di majlis
persaraan pengetua yang kami kasihi.
Hadirin yang dihormati,

Hari ini merupakan hari terakhir Pengetua SMK Sg Pelek Pn Saimah Ahmad bersama kami
setelah berkhidmat selama 9 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pelek. Saya
percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperoleh menjadi memori dan
panduan dalam menjalani hidup kita pada masa hadapan. Segala sumbangan dan
pengorbanan pengetua di sekolah ini akan sentiasa kami kenang.

Dalam satu karya agung Johann Paul Freidrich Ritcher iaitu seorang penulis tersohor dari
Jerman menyatakan man feelings are always purest and most glowing in the hour of
meeting and farewell. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, yang pastinya setiap
perpisahan pasti amat menyedihkan.

Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang Pengetua yang amat
kami kasihi dan sayangi. Pada kami, Bonda Puan Hajah Saimah Ahmad bukan sahaja seorang
Pengetua tetapi ibarat ibu dalam sebuah keluarga besar SMK Sungai Pelek.

Hadirin yang dihormati,

Memory is the way of holding onto the things you love, the things you are, the things you
never want to lost. Itulah Pengetua kami, Bonda Pn Hajah Saimah Ahmad, lembut, tenang
namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat
digambarkan mengenai Bonda kami.

Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah
mementingkan kebajikan pelajar. Beliau juga seorang prihatin, berhati mulia, dan sentiasa
memberikan yang terbaik buat para pelajar. Saya sering melihat beliau memantau keadaan
pelajar di dalam kelas terutamanya kelas-kelas peperiksaaan. Hal ini membuktikan Bonda
Pengetua kami amat mengutamakan pelajar-pelajar SMK Sungai Pelek supaya sentiasa fokus
terhadap pembelajaran di dalam kelas.

Sikap beliau yang mudah dibawa berbincang, easy going dan tidak lokek untuk
memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu
urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh semua terutama warga
SMK Sungai Pelek. Sebagai salah seorang pemimpin pelajar , saya berasa bangga dan
2

terharu atas sokongan beliau kepada semua aktiviti Lembaga Pengawas Sekolah dan untuk
meningkatkan prestasi pelajar-pelajar SMK Sg Pelek.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Sungai Pelek merakamkan setinggi-
tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada Bonda Puan Hajah
Saimah Ahmad yang tidak pernah kenal erti jemu mentadbir sekolah ini dan mengorbankan
waktu dan tenaga demi kami pelajar-pelajar SMK Sungai Pelek. , kami berharap pengetua
sentiasa sihat sejahtera dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Tak tumbuh tak melata. tak sungguh orang tak kata, benarlah kata pepatah Melayu, yang
patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama dengan
yang berganti. Walau bagaimanapun, yang hilang tetap akan diingati, kekal abadi di sanubari.

Akhir kata, saya mewakili seluruh warga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai
Pelek memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan yang telah kami lakukan dan
menyusahkan pengetua

Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara bonda Puan Pengetua dengan anak-
anak didik dan warga SMK Sungai Pelek akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa yang
ditabur tidak akan dapat dibalas dan tentunya akan dikenang selama-lamanya.

Buah pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak tuhan siapa tahu

Xie xie xiao zhang
Nandri,
Thank you principle
Terima kasih pengetua.
Sekian, terima kasih Puan pengetua.

You might also like