You are on page 1of 6

Modul Latih Bimbing SJ KThn3

Arahan Am
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada
satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf
yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih.

Soalan 1 hingga Soalan 30
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pada setiap pagi Ahad, Ramu dan kawan-kawannya bermain bola di ____________
A padang
B kolam
C tasik
D hutan

2. Arif dan Suzana tekun membaca buku di ____________ sekolah.
A rumah
B perpustakaan
C taman
D bilik

3. Swee Bee berenang menggunakan ____________ semasa berekreasi di taman
tema air.
A belon
B sampan
C pelampung
D Kapal

4. Cikgu Ganesh memandu kereta ____________ yang baharu dibelinya.
A Acer
B Toshiba
C Yamaha
D Proton Waja

5. Perompak yang berjaya ditangkap itu di bawa ke ____________.
A Balai Polis Taiping
B Hospital Tapah
C Pejabat Pos Parit
D Bukit Merah


6. Pemburu itu terselamat daripada dibaham oleh____________.
A Si Tompok
B Pak belang
C Sang Kancil
D Si Putih

7. Sang Kancil dikenali sebagai haiwan yang ____________ .
A bodoh
B cantik
C cerdik
D kurus

Modul Latih Bimbing SJ KThn3

8. Kita tidak mungkin menjadi pelajar yang cemerlang jika ____________ dan hanya
berangan-angan sahaja.
A tamak
B kuat
C rajin
D malas

9. Mohan sungguh ____________ bercerita dalam Bahasa Melayu.
A petah
B mudah
C sukar
D senang

10. Kerja yang dilakukan secara bergotong-royong ____________ banyak faedahnya.
A sana
B ini
C sini
D situ

11. Murid-murid ____________ sedang membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.
A sini
B sana
C itu
D situ


12. .Saya mahu ke seberang jalan ____________,. jawab Roslan.
A sana
B situ
C itu
D ini

13. Cikgu Zuraini ialah guru kelas saya. ____________ seorang guru yang baik dan
tegas.
A Beliau
B Dia
C Saya
D Awak

14. Sarah , Amrita dan Ah Seng kawan sekelas. ____________ saling bergotongroyong
membersihkan bilik darjah.
A Kami
B Mereka
C Kita
D Kalian

15. .Maafkan ____________ kerana terlewat sampai,. kata Andy kepada J oseph.
A kami
B saya
C beta
D anda


Modul Latih Bimbing SJ KThn3

16. ____________ , saya tidak sangka Patricia begitu bijak !


A Wah
B Oh
C Eh
D Nah

17. ____________ , cantiknya pemandangan di pantai Batu Feringghi !
A Aduh
B Aduhai
C Syabas
D Amboi


18. ____________ , sakitnya gigi saya !
A Oh
B Aduh
C Cis
D Eh

19. Sebatang pokok ____________ badan Sang Buaya.
A memotong
B menarik
C meletakkan
D menghempap

20. Tun Abdul Razak banyak ____________ kepada Negara Malaysia.
A berjaya
B berusaha
C berjasa
D berjuang

21. Ying Xi ____________ sungguh bangga kerana berjaya mewakili negara dalam
acara gimnastik.
A bersukan
B berasa
C berbahasa
D berlakon

22. Sarah ____________ internet untuk menghantar e-mel kepada rakannya.
A melayari
B menaip
C mencari
D menulis

23. Ibu rusa amat ____________ kepada Si Anak Rusa kerana telah
menyelamatkannya.
A mencari akal
B panjang akal
C menyerah diri
D terhutang budi



Modul Latih Bimbing SJ KThn3

24. Pak Cik Goh ____________ dengan kedatangan anak-anak saudaranya ke Pulau
Pinang.
A bulat hati
B buah fikiran
C senang hati
D makan angin

25. Murid-murid Tahun 3 Aman geli hati ____________ gambar yang terpapar itu
sungguh melucukan.
A lalu
B kerana
C supaya
D untuk

26. Fadli melayari internet ____________ mendengar lagu kegemarannya.
A sambil
B tetapi
C atau
D dan

27. Semua murid diam ____________ guru besar masuk ke dalam kelas.
A apabila
B serta
C lalu
D atau

28. ____________ kelas komputer itu akan bermula?
A Apakah
B Bilakah
C Siapakah
D Berapakah

29. ____________ lamakah perjalanan dari Bukit Merah ke Pulau Pinang?
A Siapakah
B Mengapa
C Berapa
D Bagaimana

30. ____________ Suriati memerlukan bahan rujukan?
A Bagaimanakah
B Siapakah
C Berapakah
D Mengapakah


Modul Latih Bimbing SJ KThn3

Soalan 31 hingga 35.


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Hobi Arman ialah mengail ikan. Dia suka mengail ikan pada waktu petang. Dia mengail
ikan di tepi sungai. Dia mengail menggunakan joran buluh. Arman menggunakan cacing sebagai
umpan. Pada hari Sabtu dan Ahad, dia pergi mengail bersama kawan-kawannya. Ikan yang dapat
dipancing oleh mereka seperti ikan keli, ikan talapia dan ikan haruan. Mereka suka mengail kerana
mengail dapat merehatkan fikiran. Di samping itu, mengail juga dapat memberi ketenangan dan
menguji kesabaran seseorang. Hobi mengail ikan adalah satu kegemaran yang menarik.

31. Apakah kegemaran Arman?
A Memancing ikan
B Menunggang basikal
C Membaca buku
D Mencari cacing

32. Bilakah Arman dan kawan-kawannya pergi mengail ikan?
A Isnin dan Selasa
B Sabtu dan Ahad
C Rabu dan Khamis
D J umaat dan Sabtu


33. Apakah yang digunakan oleh Arman sebagai umpan mengail ikan?
A Lalat
B Katak
C Cacing
D Belalang

34. Ikan yang biasa dikail oleh Arman ialah ____________.
A ikan laga , ikan sungai dan ikan laut.
B ikan talapia , ikan keli dan ikan sungai.
C ikan haruan , ikan laga dan ikan talapia.
D ikan keli , ikan haruan dan ikan talapia.

35. Mengapakah Arman dan kawan-kawannya suka mengail ikan?
A Dapat merehatkan fikiran
B Dapat memberi keseronokan
C Dapat menangkap ikan
D Dapat menjual ikan

Modul Latih Bimbing SJ KThn3


Soalan 36 hingga 40.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Nama ku Acer. Aku dibuat di sebuah kilang di Ipoh. Setelah siap, aku dipamerkan di
sebuah kedai menjual komputer. Anggota badan aku terdiri daripada unit pemprosesan
pusat , monitor , tetikus , papan kekunci dan pembesar suara. Seorang wanita telah membeli aku.
Wanita tersebut membeli aku untuk dihadiahkan kepada anaknya. Aku dapat menolong anak tuan
aku membuat kerja sekolahnya. Maklumat daripada badan aku dapat dikeluarkan dengan
mencetaknya. Tuan menjaga aku dengan baik dan teliti. Selepas digunakan, aku dibalut dengan
plastik. Saya berasa sungguh gembira kerana tuan mengmbil berat terhadap aku.

36. Di manakah Acer diperbuat?
A Bengkel
B Kilang
C Dewan
D Padang

37. Acer ialah sebuah____________ .
A basikal
B motosikal
C komputer
D kereta

38. Mengapakah wanita itu membeli Acer?
A Sebagai hiasan
B Sebagai permainan
C Sebagai kawan
D Sebagai hadiah

39. Apakah tugas Acer kepada tuannya?
A Membantu membuat kerja sekolah
B Menyimpan maklumat yang penting
C Melayari internet
D Menghantar e-mel

40. Bagaimanakah perasaan Acel bersama tuannya?
A sedih
B gembira
C takut
D malang

You might also like