You are on page 1of 6

Lahir daripada latarbelakang dan pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya

mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara. Sebagai contoh,
murid yang beragama islam dan murid beragama budha pastinya mempunyai
pandangan tersendiri terhadap agama dan budaya mereka. Oleh hal demikian, guru
perlu peka dengan perbezaan pemikiran itu dan mendengar segala pandangan atau
idea yang murid sampaikan. Guru pelu memberi respon dan ulasan yang positif yang
boleh menyebabkan mereka saling menghormati dan sedia mendengar pandangan
sahabat mereka. Respon yang baik daripada guru akan meningkatkan pemahaman
mereka dan meningkatkan perasaan ingin tahu dalam diri murid. Di samping itu, guru
juga perlu menekankan budi bahasa dan tutur kata yang sopan ketika menyampaikan
pandangan bersesuaian dengan nilai-nilai murni yang dinyatakan dalam konsep
1Malaysia.

Tembok perkauman perlu diruntuhkan bagi mewujudkan bangsa Malaysia yang
bersatupadu. Di dalam kelas, guru perlu mengelakkan diskriminasi kaum agar murid
daripada kaum lain tidak merasakan diri mereka dipinggirkan oleh guru dan muri-murid
lain. Guru juga perlu mengelakkan daripada menyentuh atau mempertikai agama dan
kepercayaan yang dianuti oleh murid-murid. Perancangan proses pengajaran dan
pembelajaran perlulah seiring dan sesuai dengan semua agama,nilai dan kepercayaan
mereka.

Bahasa pengantar juga perlu diberi penekanan serius oleh guru. Murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum dan latarbelakang ini menyebabkan berlaku pertembungan
dialek yang memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru
haruslah menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mampu
difahami oleh semua agar penglibatan murid di dalam aktiviti pembelajaran dapat
dioptimumkan dan lebih berkesan.
Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama dan
persekitaran. Oleh itu, kewujudan murid pelbagai kaum dan sosio budaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup
mereka. Maka, murid perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-
rakan mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara
mereka bagi memudahkan proses pembelajaran.
Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika di dalam kelas
ataupun ketika berada di kawasan sekolah. Penggunaan bahasa ibunda ataupun dialek
di dalam kelas seharusnya di kawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan
lancar. Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan
murid bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain.
Perbendaharan kata yang tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan
sosial.

Murid perlu mengambil peluang daripada kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas
untuk berinteraksi antara kaum dan jantina berlainan. Corak pemikiran antara lelaki dan
perempuan adalah berbeza dan interaksi yang sihat seperti belajar secara berkumpulan
dapat memberi gambaran kepada murid tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas.
Dalam masa yang sama, batas pergaulan antara jantina perlu diberikan penekanan
agar tidak bertentangan dengan tuntutan agama.
Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu isu yang amat sensitif. Oleh hal
demikian, agama dan kepercayaan murid tidak harus dipertikaikan. Proses sosiolisasi
antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses
pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Kelas yang mempunyai pelbagai kaum dan sosio budaya memerlukan sikap
percaya antara satu sama lain. Aktiviti yang di rangka mestilah berupaya untuk
menanam semangat saling mempercayai dalam jiwa murid. Semangat kepercayaan
yang tinggi akan meruntuhkan tembok perkauman dan secara tidak langsung
perpaduan antara kaum akan terjalin.
Kepelbagaian sosio budaya di dalam kelas turut merangsang kewujudan
masalah didiplin. Rakan sebaya amat mudah mempengaruhi tingkah laku seseorang.
Sebagai contoh, seorang murid yang baik akan terpengaruh dengan tingkah laku
sahabatnya yang bermasalah apabila sering berinteraksi dan bergaul. Guru perlu peka
terhadap perubahan murid agar tingkah laku yang tidak dingini dapat di bendung dan
murid bermasalah dapat di kawal dan di ubah sikapnya.

Sistem pendidikan negara mempunyai pelbagai jenis pilihan sekolah yang boleh
diikuti oleh murid. Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri
daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan
teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-budaya ini.
Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan kepercayaan dan nilai dalam
masyarakat.Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira
latar sosio-budaya mereka. Murid juga harus sentiasa diingatkan agar sentiasa
mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan
pengetahuan murid, hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti
yang dirancang oleh pihak sekolah.
Pihak berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan
tersebut selain daripada sekolah. Program Intergrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah
salah satu aktiviti yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan
perpaduan dipupuk di kalangan murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum,
jantina dan sebagainya. Pihak-pihak berwajib boleh menyumbangkan sokongan
samada dalam bentuk moral ataupun material bagi mengembangkan lagi pengetahuan
dan perpaduan di kalangan murid.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan
murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara
satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam.
Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak
peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang
hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat
perpaduan dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah
rendah kerana ia akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di
masa akan datang.
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum
tersirat pula merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui
pendidikan formal dan interaksi di sekolah.
Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai
kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-
kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.
Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang dibentuk oleh warga sekolah
sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur di sekolah. Ianya
dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru, guru
mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan
sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam
persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna
terhadap amalan hidup murid
Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai
konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal
seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap
kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal
pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan
memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke
arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat setempat.

You might also like