You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Bajet Nasional merupakan bajet yang disediakan oleh kerajaan untuk pembangunan dan
perbelanjaan negara. Bajet nasional bersifat inklusif dan mesra rakyat. Melalui bajet ini perkara
yang diharapkan ialah peruntukan perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan mengurus itu
wajar digunakan secara efisien agar ia benar-benar dapat menjana pertumbuhan ekonomi
negara secara positif. Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengawal segala bentuk kekeliruan
dan pembaziran untuk mengelak kesan negatif kepada ekonomi negara.


2.0 HURAIKAN KAITAN ANTARA PERUNTUKAN BAJET NASIONAL DENGAN ISU
SOSIAL TERKINI DI MALAYSIA.

Melalui fokus kesihatan asas kesejahteraan, masalah kesihatan akan dapat ditampung dengan
pembukaan Klinik 1 Malaysia. Pembukaan klinik ini mendapat sambutan baik dan memberi
manfaat kepada rakyat dalam meringankan kos rawatan selain memudahkan akses bagi
mendapatkan rawatan. Oleh itu, Kerajaan telah memperuntukkan 20 juta ringgit pada tahun
2013 untuk membuka tambahan 70 cawangan Klinik 1 Malaysia. Klinik ini juga menyediakan
perkhidmatan ujian kolestrol serta ujian urine kepada yang memerlukan. Kerajaan juga akan
membaik pulih dan menaik taraf 350 klinik di seluruh negara. Kerajaan juga memberi
pemeriksaan percuma monogram untuk 100 ribu wanita bagi mengesan kanser payudara. Di
samping itu, bajet ini juga dapat meringankan beban pekerja-pekerja yang menghadapi
penyakit terminal. Kerajaan telah bersetuju supaya pekerja-pekerja yang mencarum boleh
mengeluarkan simpanan mereka sepenuhnya dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) tertakluk pada syarat yang ditentukan. Dengan adanya bajet sebegini , masalah
kesihatan penduduk di Malaysia akan dapat dikurangkan dan kualiti hidup rakyat akan terus
bertambah baik.
Selain itu, melalui fokus Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tumpuan juga
diberikan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah dalam
memastikan agar mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan negara. Oleh sebab itu,
program kebajikan rakyat 1 Malaysia atau kar1sma di bawah Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan. Bantuan ini diperuntukkan sebanyak 1.2
bilion ringgit termasuklah program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja
orang kurang upaya dengan bantuan penyakit kronik. Kerajaan juga melancarkan 3

1

program AZAM atau akhiri zaman miskin yang bertujuan menyediakan peluang untuk golongan
berpendapatan rendah menjana pendapatan mereka. Seterusnya, kerajaan telah menyediakan
dua pusat Anjung Singgah yang bertujuan untuk menempatkan warga emas , kanak-kanak
jalanan dan mereka yang memerlukan tempat tinggal sementara sebelum mendapat tempat
tinggal. Selain itu juga, kerajaan menambahkan lagi pusat Anjung Singgah untuk ahli-ahli
keluarga yang mengiringi pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan agar menjamin
keselesaan kepada ahli keluarga. Jelaslah bahawa peruntukkan bajet nasional untuk
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dapat meringankan beban hidup rakyat.
Seterusnya, fokus perumahan untuk rakyat juga merupakan salah satu bajet nasional yang
disediakan oleh kerajaan . Kerajaan menyedari bahawa perumahan selesa dan mampu milik
adalah keperluan asas paling utama kepada rakyat. Oleh sebab itu, kerajaan memperuntukkan
1.9 bilion ringgit bagi membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan -
kawasan strategik. Inisiatif akan dilaksanakan oleh PRIMA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad
(SPNB) DAN Jabatan Perumahan Negara. Sebanyak 500 juta ringgit akan dibelanjakan oleh
PRIMA untuk membina 50 ribu unit rumah di bandar-bandar utama di seluruh negara dengan
harga jualan antara 100 hinggan 400 ribu ringgit seunit. Pada masa yang sama , bagi
membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah yang pertama, Skim Rumah
Pertamaku yang telah dilancarkan. Di samping itu, syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit
serta tempoh minimum bekerja 6 bulan juga akan dimansuhkan . Oleh itu, perumahan untuk
rakyat ini dapat membantu rakyat agar mereka dapat memiliki rumah sendiri. Tambahan pula,
masalah setinggan dapat dikurangkan.

Melalui fokus mengurangkan kos pembelajaran pelajar dapat membantu rakyat Malaysia
untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan memberikan
bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Kerajaan juga memberikan
bantuan seperti program Baucar Buku 1 Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan Pra Universiti
sebanyak RM250. Melalui bantuan pendidikan yang diberikan ini akan dapat mengurangkan
beban rakyat dan dapat mengurangkan masalah sosial seperti kadar buta huruf dan lain-lain. 4

2

3.0 KESIMPULAN

Bajet Nasional ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara dan memastikan
pertumbuhan ekonomi mapan. Selain itu, dapat mengurangkan defisit fiskal negara dengan
matlamat keseluruhan untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, kerajaan akan
memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik serta manfaat yang maksimum hasil
daripada perlaksanaan program dan projek pembangunan bagi bajet ini. Melalui bajet ini juga
mampu mendorong Malaysia ke arah pencapaian wawasan nasional.

3

RUJUKAN

Bajet 2013 [diakses pada 17 Oktober 2013] Diperoleh daripada World Wide Web:
http://www.treasury.gov.my/pdf/bajet/ub13.pdf
Bajet 2013 Jana Ekonomi Negara Beri Kesejahteraan Kepada Rakyat [diakses pada 3 Oktober
2013]. Diperoleh daripada World Wide Web:
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/524-kolumnis-
akhbar/14169-bajet-2013-jana-ekonomi-negara-beri-kesejahteraan-kepada-rakyat.html

You might also like