You are on page 1of 2

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN MATEMATIK

SK SUNGAI BONG, TINJAR



1. Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang
kemaskini.

2. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan, penggal dan
mingguan.

3. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata
pelajaran.

4. Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia dihantar ke pihak pentadbir
sekolah.

5. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut
keperluan untuk AJK jadual waktu.

6. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.

7. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahan-bahan rujukan
untuk Pusat Sumber Sekolah.

8. Menentukan penggunaan alat antu mengajar, kaedah-kaedah pembelajaran terkini.

9. Penyelaras menyediakan soalan-soalan peperiksaan/ujian dan pemeriksaan kertas
jawapan

10. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke
bilik cetak.

11. Menganalisis keputusan peperiksaan/ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan
dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang
tidak mencapai tahap yang dikehendaki.

12. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan.

13. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancang
oleh pihak sekolah.

14. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman
kepada ahlinya apabila diperlukan.

15. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran
PPD, JPN, Kementerian Pendidikan dan lain-lain.

16. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan
akademik.Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang
berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan.

17. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya.

18. Membantu guru kanan mata pelajaran membuat pemantauan P&P.

19. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi
peperiksaan dalaman dan UPSR.

20. Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat-alat antu mengajar
diselenggarakan dengan baik.

You might also like