You are on page 1of 2

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP atau OSHA) diwartakan oleh Kerajaan.

 
Akta ini membuat peruntukkan lanjut daripada Akta Kilang dan Jentera 1967 untuk memastikan
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja dan melindungi mereka-mereka
selain pekerja yang berada di tempat kerja.
 
Semua jenis sektor pekerjaan tidak kira samada ia swasta atau kerajaan, tertakluk kepada
pemakaian Akta ini kecuali bagi pekerjaan di atas kapal dan angkatan tentera.
 
Akta ini memperincikan kewajipan majikan setakat yang boleh dipraktikkan seperti berikut:
 
1. Kewajipan am majikan terhadap isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) kepada
pekerja dan tempat kerja
2. Membentuk dasar atau polisi KKP

3. Kewajipan melindungi mereka-mereka selain pekerja yang berada di tempat kerja

Akta ini juga memperuntukan kewajipan am pekerja seperti:


1. Tanggungjawab KKP kepada diri sendiri
2. Tidak mengganggu atau menyalahguna apa-apa yang disediakan oleh majikan bagi
tujuan KKP

3. Untuk tidak didiskriminasikan oleh sebab melaksanakan aktiviti KKP

Mengikut kepada situasi tempat kerja dan keperluan Akta, Akta ini juga memperuntukkan
majikan untuk mengambil seorang Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SHO) untuk
menjalankan aktiviti dan memastikan pematuhan KKP di tempat kerja dan menubuhkan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (SHC).
 
Seterusnya, sekira berlaku kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit
pekerjaan, majikan wajib melapor kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
untuk tujuan penyiasatan dan penambahbaikan KKP di tempat kerja.
 
Perkara-perkara lain di dalam Akta ini ialah kewajipan perekabentuk, pengilang dan pembekal,
penggunaan tataamalan industri, larang-larangan tertentu, penguatkuasaan dan penyiasatan,
liabiliti dan rayuan.
 
Bagaimanapun, peruntukkan undang-undang hanyalah sebahagian perkara utama yang perlu
diberi perhatian. JKKP ada menyediakan kidmat latihan menerusi Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), khidmat nasihat, kempen kesedaran, kerjasama antara
industri dan JKKP dan juga hebahan mengenai pembangunan KKP melalui badan-badan bukan
kerajaan dan juga pengamal-pengamal KKP yang boleh membantu kepada peyumbangan
pembangunan KKP.
 
diharap lebih banyak kesedaran kepada KKP dapat diterapkan dan tidak hanya tertumpu
kepada kepada sektor-sektor tertentu sahaja seperti pengilangan dan pembinaan.

Oleh itu setiap daripada kita yang masih bekerja perlu menerapkan ‘Budaya Kerja Selamat’.

You might also like