You are on page 1of 2

Mohamad Syamil Bin Roseli

7 PISMP RBT/PJ/BM
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350 Larkin,
Johor.


Encik Baharom Bin Sulman
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350 Larkin,
JOHOR. 14 JANUARI 2012

Tuan,

Memohon Maaf Kerana Tidak Memakai Kad Metrik

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Mohamd Syamil Roseli 7 PISMP RBT/PJ/BM 1 memohon maaf kepada pihak tuan kerana
tidak memakai kad metrik di dalam kawasan IPG. Di sini saya menyatakan alasan saya mengapa saya
tidak dapat mematuhi peraturan yang telah di berikan. Saya tidak memakai kad metrik pada hari tersebut
kerana saya telah tergesa-gesa untuk pergi kelas kerana telah lewat untuk pergi ke kelas dan
menyebabkan saya terlupa untuk kad metrik tersebut. Walau bagaimanapun, saya mengakui ia
merupakan satu kesalahan yang telah saya lakukan.

3. Oleh itu, saya berharap pihak tuan dapat memaafkan kesalahan yang saya telah lakukan. Saya
meminta jasa baik tuan supaya tidak mengambil sebarang tindakan tatertib terhadap kesalahan yang
saya telah lakukan. Saya berjanji saya tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi dan mematuhi setiap
peraturan yang telah di tetapkan.

4. Kerjasama dan budi bicara daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Berkhidmat Untuk Negara



Yang benar,



(Mohamd Syamil Bin Roseli)

You might also like