You are on page 1of 2

Burung Pekaka berwarna-warni,

Menjamu selera si anak ikan,


Bismillah pembuka bicara ini,
Assalamualaikum saya ucapkan.

Sejambak kasih,seharum kasturi buat saudari/a pengerusi majlis,barisan panel hakim yang tega
menegakkan paksi keadilan pastinya,penjaga masa yang setia dengan jam randeknya seterusnya hadirin
hadirat yang berintelektual sekalian.
Berdirinya saya di sini bukan untuk mempamerkan wajah tetapi ingin menyampaikan sebuah pidato yang
bertajuk Negeri B ersih, Rakyat Sihat.
Tema 'Negeri Bersih rakyat Sihat' menekankan bahawa untuk memastikan negeri indah dan sihat, rakyat
mestilah terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan sebagai sebahagian yang penting dalam amalan
kehidupan kita. Kebersihan hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya yang
bukan sahaja diperkatakan tetapi juga diamalkan dalam kehidupan harian
Hadirin sekalian,
Indikator saya yang pertama di bawah kata kunci implikasi negeri yang bersih kepada
rakyatnya.Daripada segi kesihatan pula, umum mengetahui akan peranan kebersihan dalam mencegah
merebaknya berbagai-bagai jenis penyakit. Lalat dan nyamuk yang menjadi vector bagi penyakit-
penyakit yang boleh membawa maut seperti denggi berdarah dan demam kepialu.Jika masalah ini
berterusan tidak mustahil tahap kesihatan rakyat terjejas.Cuba kita sama-sama fikirkan bagaimana
rakyat hendak hidup sihat jika tinggal dalam negeri yang kotor.?Aduh...nampaknya rakyat sendiri
mendapat kesan daripada perbuatannya sendiri.Negeri yang bersih secara tidak langsung mampu
melahirkan rakyat yang sihat.
Hadirin yang berintelektual,
Indikator saya yang ke dua di bawah kata kunci, kebersihan membawa banyak manfaat kepada kita
semua. Kehidupan kita bukan sahaja menjadi lebih selesa daripada segi pemandangan dan iklim yang
nyaman, tetapi juga kita akan menjadi manusia yang lebih sihat. Seseorang yang sihat mempunyai
kemampuan berdayamaju lebih daripada yang letih dan yang selalu diganggu oleh bermacam-macam
penyakit. Pendekata, persekitaran yang bersih membawa kejayaan yang lebih tinggi.Negeri yang bersih
mampu meningkatkan taraf kesihatan rakyat.Rakyat dapat hidup dengan lebih selesa. Terangguk-
angguk saudari di belakang,angguk setuju agaknya..
Hadirin hadirat sekalian
Indikator saya yang ke tiga,penyemaian sikap yang bersih. Apabila kebersihan sudah menjadi darah
daging atau sebati dengan kita rakyat Malaysia, apabila kita berasa malu jika kita kotor dan
mengotorkan alam sekeliling, maka dengan sendirinya kekotoran akan berkurangan dan pencemaran
tidak lagi akan menjadi masalah serta beban yang berat kepada masyarakat.Justeru itu, tumpuan
hendaklah diberikan kepada penyemaian sikap yang bersih di kalangan kita melalui didikan dan teladan
masa. Jika kita sendiri tidak kotor dan tidak pula mengotorkan, insya- Allah anak-anak buah kita akan
mengikutinya.
Hadirin sekalian,
Memang tidak dapat dinafikan bahawa walaupun berbagai- bagai kempen telah diadakan oleh kerajaan
berkaitan dengan kebersihan dan keindahan, masih terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak
mengambil berat perkara ini. Ini mungkin kerana terdapat segolongan rakyat yang mempunyai tabiat
tidak mempedulikan kebersihan dan keindahan. Kalau sukapun, ada pula mereka yang menggunakan
'double-standard' -- mementingkan kebersihan dan keindahan di dalam rumah masing-masing tetapi di
luar rumah, mereka tidak mengambil berat tentang kebersihan dan membuang sampah di mana-mana
mereka suka. Tabiat ini perlu dikikis dan dibendung mungkin melalui program-program yang bercorak
didikan yang memberi kesedaran kepada mereka.

Hadirin hadirat sekalian,
Sebenarnya tidak ada jentera atau pentadbiran yang boleh membersihkan keadaan sekeliling jika rakyat
mengotorkannya sepanjang masa. Walaupun diadakan pasukan pembersih yang amat besar, keadaan
kotor akan terus ada jika kita selalu mengotorkan persekitaran kita. Ayuh...marilah kita sama-sama
menjaga negeri kita.Negeri yang bersih mampu melahirkan rakyat yang sihat,saya ulang Negeri yang
Bersih nampu melahirkan rakyat yang sihat.
Nampaknya masa telah mencemburui kita,saya akhiri pidato saya dengan serangkap pantun
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh hamba berpidato lagi.
Wabilllah................................wassalam............................

You might also like