You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI

45200 SABAK BERNAM SELANGOR


MESYUARAT GURU-GURU SKS BIL 3 / 2011
TARIKH : 07.09 .2011

AGENDA MESYUARAT :

1) Bacaan Surah Al-Fatihah
2) Ucapan Pengerusi
3) Perkara Baru
4) Hal-hal lain.




















MINIT MESYUARAT KALI KETIGA BIL 3 /2011
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKENDI 45200 SABAK BERNAM SELANGOR

TARIKH : 07.10.2011
HARI : Khamis
MASA : 04.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT SUMBER SEKOLAH SEK KEB SEKENDI
PENGERUSI : TN GURU BESAR CEMERLANG (TN HJ ABU HASSAN B ABU BAKAR )


KEHADIRAN 1.PN HJH NOORMAH BT NARODDIN
2.PN MUSINAH BT YUSA
3.PN MASLINDA BT HJ TAIB
4.PN SITI AMBARIATI
5.EN SAUD B JAAFAR
6.PN NORAZAH BT MOHAMMAD
7.PN JUHANA BT JOHAR
8.PN LINDA GOSTELLOW
9.PN HJH KAMARIAH BT UTOH
10.EN SYARIFUDIN B ABDAN
11.EN YAHYA B ZAKARIA
12.EN MUSTAFA KAMAL B ABD RAHMAN
13.EN ABD RAHMAN B IDRIS
14.TN HJ ABDULLAH B HASYIM





GURU YANG TIDAK HADIR
1. EN RAFEZA B ABDULLAH ( KURSUS)
2. PN ROHANI BT SIDEK ( KURSUS )
3. PN SAADATUN NOOR BT ABU SUHOD ( MESYUARAT)
4. CIK HASLINA BT HUSIN ( KURSUS )
5. PN RUSNANI BT UDIN ( KURSUS )
6. EN FADHIL B SAFAK ( KURSUS )

Agenda :
1.Ucapan Pengerusi ( Tn Guru Besar )
1.1 Bacaan Surah Al -fatihah. Semoga majlis akan mendapat keberkatan
1.2 Melafazkan salam dan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan merakamkan ucapan terimakasih
kepada guru-guru kerana dapat hadir dalam mesyuarat GURU kali ketiga pada tahun ini.
1.3 Tujuan mesyuarat atau perjumpaan pada kali ini adalah untuk memaklumkan bahawa
beberapa mesyuaratt akan diadakan sebelum penghujung tahun 2011.
1.4 Acara hari kecemerlangan akan dibentangkan oleh En Saud b Jaafar untuk semakan dan
dipersetujuioleh guru-guru sebelum dibawa ke mesyuarat AJK PIBG.
1.5 Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan bermula pada18.10.2011 hingga
21.10.2011,semua solan akan dibuat oleh guru mata pelajaran kecuali tahun lima ,soalan
disediakan oleh JPN untuk dibuat TOV bagi tahun 2012.
1.6 Linus saringan 3 dan 6, soalan untuk membaca telah diambil.Saringan boleh dijalankan.
1.7 Soalan pendidikan islam dan Bahasa Arab disediakan oleh pihak PPD, sekolah boleh
memperbanyakkan soalan.
1.8 KSSR tahun 1-simpan semua markah dan dibuat analisis PBS, semua fail murid tahun 1
perlu dilengkapkan dan setelah siap ,hendaklan disimpan di pejabat.
1.9 Buku tulis Majlis Guru Besar , berharga RM 2.50 boleh dimasukkan dalam senarai yuran
2012.
1.10 Fail peribadi setiap murid perlu diosediakan dari tahun 1 hingga tahun 6.
1.11 Seramai 22 orang murid tahun 1telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2012 ,
kemungkinan jumlah murid akan bertambah setelah sesi 2012 dibuka.
1.12 Semu guru kelas diingatkan agar jadual kedatangan murid perlu dilengkapkan di semua
bahagian.
1.13 Buku teks akan dikumpulkan atas arahan guru penyelaras SBT selepas peperiksaan akhir
tahun selesai. Buku teks untuk tahu berikutnya akan diserahkan kepada murid sebelum
tamat penghujung sesi persekolahan.
1.14 Buku rujukan yang dipinjam oleh guru-guru juga perlu dikembalikan kepada penyelaras .
1.15 Persekitaran sekolah yang bersih dan cantik perlu dijaga dan dipelihara bersama, ini akan
lebih mengeratkan hubungan guru dan pekerja sekolah.
1.16 Ucapan terimakasih kepada semua guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus mengajar
anak didik tanpa mengira masa , tenaga dan wang ringgit, semata-mata untuk meraih
kejayaan dan kecemerlangan keputusan UPSR 2011.
1.17 Susun atur kelas bagi tahun 6 2012 , mengosongkan kelas yang bersebelahan dengan
tahun 6 sekarang , tujuan untuk memudahkan murid dipantau oleh guru-guru yang
berada dikelas sebelah.


Tindakan : Makluman

2. Ucapan GPK 1 ( Pn siti Ambariati bt Mahfuz )
2.1 Hari Kecemerlangan akan dimulakan awalpagi kerana ada nmenandatangai rekod profil
bersama penjaga.
2.2 Borang SAPS HEADCOUNT amat penting sebagai rujukan bagi tahun23012 terutama bagi
murid tahun 6.
2.3 Program kecemerlangan seperti dalam lembaran kertas kerja,begitu juga dalam
bahagian kategori hadiah mengikut seperti dalam lampiran kertas kerja.
2.4 Hadiah untuk kedudukan dalam kelas akan di beri hanya tempat pertama hingga ke tiga
sahaja, nilai setiap tempat akan ditambah , dan hadiah iringan seperti alat tulis akan
diberi.
2.5 Hadiah tambahan untuk kehadiran dan kebersihan juga akan diberi bagi murid lelaki dan
perempuan setiap tahun.
2.6 Bayaran tambahan yuran 2012 akan dipanjangkan ke mesyuarat AJK PIBG, pembelian
fail murid fail KSSR peribadi , buku penulisan PEKA di tahun 3 dan pensel warna akan
dimasukkan dalam ruangan yuran peralatan.
Tindakan : Makluman
3 . Taklimat bersama GPK HEM ( Pn hjh Noormah bt Nordin )
3.1 Mengucapkan ribuan terimakasih di atas kerjasama semua guru yang terlibat di bawah
HEM.
3.2 Mengingatkan semua guru kelas menyiapkan buku kesihatan murid,perlu diisi dan
kemaskini timbang berat dan tinggi terutama muerid tahun 6 yang akan melangkah ke
tingkatan satu.
3.3 Yuran yang tertunggak kepada murid bagi tahu 2011 , tidak perlu dikutip kerana telah
dibayar oleh YB Rahman .

Tindakan : Makluman
4. Taklimat daripada GPK KO-KURIKULUM ( En Syarifudin b Abdan )
4.1 Ucapan terimakasih kepada guru-guru yang banyak membantu beliau dalam unit KO-KU
4.2 Guru-guru PJK perlu mengemaskinistor PJ, pihak PPD akan datang ke sekolah untuk
membuat pemantauan .
4.3 Mengenai kehadiran KO-KU, guru-guru yang tidak hadir perlu member surat tunjuk
sebab kepad guru besar atau GPK KO-KU.
.
Tindakan : Makluman


5 Hal-hal lain

5.1.1 Cikgu Linda mencadangkan agar hadiah saguhati untuk murid yang Berjaya
mendapat keputusan cemerlang 5A , dikekalkan dan tidak perlu dikurangkan.

5.1.2 Cikgu Juhana mencadangkan , bilik bilik air samaada guru atau murid perlu dinaik
taraf terutama dari segi suasana nya.Tandas lama yang tidak digunakan boleh
digunakan untuk penyimpanan stor sukan.

5.1.3 Cikgu Ambariati mencadangkan pemberian anugerah kepada guru linus dan guru
tahun 6.

5.1.4 Tn Hj Abdullah memberitahu bahawa banyak kelas-kelas dan bilik rosak tombol
pintu.

5.1.5 En Yahya mencadangkan murid yang bersifat negative perlu diberi hadiah
berwawasan supaya sikapnya akan berubah di masa akan datang.

6. Penutup
6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua perkara telah dipersetujui dalam mesyuarat
dan akan dilaksanakan seperti yang telah ditetapkan



Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.35 minit. Mesyuarat akan dilaksanakan pada masa akan
datang. Tarikh mesyuarat akan diberitahu kemudian .
Disediakan oleh, Disahkan oleh
. ..
( Pn Musinah bt Yusa) (Pn Siti Ambariati bt Mahfuz)

You might also like