You are on page 1of 15

DSPBahasaMelayuTingkatan1

15Mac2012

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


DOKUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 1
DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

3
PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru
menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

4
TAFSIRAN
o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu.

o Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran
holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi
kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan
dengan satu atau lebih petunjuk prestasi ( qualifier ) menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan
standard hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard kualiti yang
dapat ditaksir dan dicapai.

o Evidens :

Murid - Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai
berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .
DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

5
KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND STANDARD

6

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

5

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJ I

4

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

3

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

2

TAHU DAN FAHAM

1

TAHU


DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

6
TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB TERPUJ I
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baharu, dengan
mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.
3 TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran
dalam satu-satu situasi.
2 TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukarkan bentuk komunikasi atau
menterjemahkan serta menjelaskan apa-apa yang telah dipelajari.
1 TAHU
Murid mengetahui perkara asas, atau dapat melakukan kemahiran asas
ataupun memberikan respons kepada perkara yang asas.

DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

7
MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MELAYU
Matlamat kurikulum bersepadu Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan
berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.



OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MELAYU

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah, murid dapat:

i. melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan
hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan;

ii. mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca, dan ditonton untuk
memperoleh ilmu dan maklumat;

iii. menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, serta menyebarkan
maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;

iv. mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan sastera dan bukan sastera;

v. melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan secara kreatif dan berkesan; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan cinta akan negara.

DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

8
BAND PERNYATAAN STANDARD
6 Menilai sesuatu perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
5 Memproses maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
4 Membuat penjelasan tentang maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.
3

Memahami dan memberikan respons kepada maklumat yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis
2

Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis

1

Mengetahui perkara yang didengar-dituturkan, dibaca dan ditulis.

DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

9

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS



1

Tahu






B1
Mengetahui perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.




B1 DL1
Berinteraksi dengan menggunakan
perkataan yang mudah.


B1 DB1
Membaca ayat daripada sesuatu
sumber.


B1 DT1
Menulis ayat mudah.




B1 DL1 E1
Berinteraksi tentang sesuatu perkara yang
berkaitan dengan kehidupan harian.



B1 DB1 E1
Membaca ayat secara mekanis daripada
sesuatu sumber dengan bimbingan.


B1 DT1 E1
Menulis ayat mudah dengan bimbingan.
(FN +FN, FN +FK, FN +FA, FN +FS)










DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

10

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS



2

Tahu dan
Faham



B2
Mengetahui dan memahami
perkara yang didengar-dituturkan,
dibaca dan ditulis.




B2 DL1
Mendengar dan memahami sesuatu
perkara.





B2 DB1
Membaca dan memahami maksud
perkataan mengikut konteks.




B2 DT1
Menulis jawapan pemahaman.











B2 DL1 E1
Menceritakan perkara yang didengar .






B2 DB1 E1
Memberikan maksud perkataan yang
terdapat dalam petikan.




B2 DT1 E1
Menulis jawapan soalan pemahaman
dengan ayat yang gramatis.





DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

11

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS


3

Tahu, faham
dan boleh
buat


B3
Memahami dan memberikan
respons kepada maklumat yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.





















B3 DL1
Bersoal jawab tentang sesuatu perkara.







B3 DB1
Membaca petikan dan mengenal pasti
isi-isi penting.





B3 DT1
Menulis ayat dalam perenggan.




B3 DL1 E1
Mengemukakan soalan yang sesuai untuk
mendapatkan maklumat.

B3 DL1 E2
Memberikan maklum balas tentang sesuatu
perkara.


B3 DB1 E1
Menyaring maklumat daripada bahan yang
dibaca.

B3 DB1 E2
Menyusun isi penting.


B3 DT1 E1
Menggunakan kata dan frasa dalam
perenggan.


B3 DT1 E2
Menggunakan penanda wacana yang
sesuai dalam perenggan.

DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

12

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS



4

Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab




B4
Membuat penjelasan tentang
maklumat yang didengar-dituturkan,
dibaca dan ditulis.



B4 DL1
Berbincang dan membidas hujah
dengan sopan dalam pelbagai situasi.





B4 DB1
Membaca dan menjelaskan maklumat
daripada pelbagai bahan.





B4 DT1
Menulis dan menghuraikan maklumat
tentang sesuatu tajuk.



B4 DL1 E1
Mengemukakan hujah untuk menerima atau
menolak pendapat dengan sopan dalam
perbincangan.




B4 DB1 E1
Menjelaskan maksud yang tersurat dan
tersirat dengan betul daripada pelbagai
bahan.




B4 DT1 E1
Menulis kerangka penulisan berdasarkan
sesuatu tajuk.

B4 DT1 E2
Menulis idea utama dan idea sokongan
dalam perenggan dengan betul.



DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

13

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS



5

Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
terpuji



B5
Memproses maklumat yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.



B5 DL1
Menyatakan pendirian tentang sesuatu
perkara .




B5 DB1
Membaca dan mengolah maklumat.









B5 DT1
Mengolah maklumat secara bertulis.




B5 DL1 E1
Mengemukakan pendapat tentang sesuatu
perkara secara bertatasusila.




B5 DB 1 E1
Membaca secara ekstensif untuk
mendapatkan maklumat.

B5 DB 1 E2
Menghuraikan maklumat daripada bahan
yang dibaca secara logik untuk membuat
inferens.



B5 DT1 E1
Menghasilkan penulisan yang lengkap
dengan laras bahasa yang sesuai dan ayat
yang gramatis.




DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

14

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS



6

Tahu, faham,
boleh buat
dengan
beradab
mithali.




B6
Menilai sesuatu perkara yang
didengar-dituturkan, dibaca dan
ditulis.



B6 DL1
Mempertimbangkan perkara-perkara
yang dikemukakan dalam perbincangan
secara rasional.







B6 DB1
Membaca dan menilai secara
keseluruhan sesuatu maklumat
daripada pelbagai bahan.














B6 DL1 E1
Menyampaikan hujah secara kritis dengan
sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai
dengan beradab untuk mempengaruhi
pihak lain.

B6 DL1 E2
Membuat pertimbangan tentang pendapat
yang dikemukakan dalam perbincangan.


B6 DB1 E1
Membuat ramalan dengan memberikan
alasan berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam bahan.

B6 DB1 E2
Menilai dan memberikan pendapat daripada
bahan yang dibaca.







DSPBahasaMelayuTingkatan1
15Mac2012

15

B6 DT1
Menghasilkan penulisan kreatif dan
bukan kreatif yang dapat dijadikan
contoh.




B6 DT2
Menyunting dan memurnikan sesebuah
karya yang telah dihasilkan.





B6 DT1 E1
Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai
ungkapan yang indah.

B6 DT1 E2
Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan
contoh.

B6 DT2 E1
Mengenal pasti dan membetulkan
kesalahan bahasa dalam sesebuah
penulisan.

You might also like