You are on page 1of 1

Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan prestasi semasa dan jangka panjang

perniagaan untuk meningkatkan prestasi semasa perniagaan boleh dijalankan dengan


meningkatkan kecekapan pengurusan stok. Dengan cara ini, saya dapat mengurangkan
risiko stok dengan mengimbangkan stok yang sedia ada. Sekiranya, bilangan stok terlalu
banyak, saya boleh mengurangkan tempahan stoksebaliknya jika stok berkurangan, saya
boleh membuat tempahan stok dengan lebih kerap. Jika stok berkurangan, saya tidak dapat
menepati permintaan pelanggan,saya mungkin akan kehilangan kepercayaan daripada
pelanggan. Tambahan pula, promosi jualan besar boleh dilancarkan untuk meningkatkan
prestasi semasa perniagaan. Melalui promosi,dapat menarik lebih banyak pelanggan
mengunjungi kedai dan membuat perbelanjaan. Merekaakan belanja lebih banyak dengan
harga yang lebih lumayan. Selain itu, saya boleh meningkatkan tempoh pengutipan hutang
daripada penghutang. Dengan cara ini, hutang lapuk boleh diminimumkan kerana
penghutang membayar hutang dalam masa yang singkat. Diskaun boleh diberikan kepada
mereka untuk mengalakkan mereka menjelaskan hutang dengan cepat.Sehubungan dengan
itu, saya boleh mempercepatkan tempoh bayaran kepada pemiutang. Jika saya membuat
bayaran kepada pemiutang dalam tempoh yang ditentukan, saya mungkin diberi diskaun yang
banyak daripada pemiutang. Sekiranya saya tidak membuat bayaran kepada pemuitang, nama
baik perniagaan saya mungkin akan terjejas dan mereka enggan berniaga dengan saya.Bagi
meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang, saya boleh membuat
kajian terhadap perniagaan saya dari masa ke masa. Sebagai contohnya, saya boleh membuka
pasaran yang lebih luas supaya lebih ramai pelanggan mengunjungi kedai saya. Saya juga
boleh membuka cawangan di daerah yang lain seperti di Kuching, Miri, Bintulu.Selain
itu,saya boleh mengambil strategi panjang untuk membuka cawangan di negeri yang lain
seperti diSabah, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Saya juga boleh meluaskan perniagaan
saya dengan membuka cawangan di luar negara, contohnya China dan Singapura. Di samping
itu, saya boleh mengadakan promosi lebih kerap untuk menarik lebih banyak pelanggan.
Promosi boleh dilancarkan sebanyak empat kali setahun dengan jualan yang lebih murah
terutamanya menjelang musim perayaan seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya
Aidilfitri, Hari Gawaidan sebagainya. Pada musim perayaan, pelanggan lebih senang dan
mereka boleh bersiar-siar di pasar. Pelanggan boleh menjadi ahli untuk menikmati lebih
banyak faedah. Pada hari keahlian,mereka boleh membuat perbelanjaan dan berpeluang untuk
memenangi hadiah misteri.Sehubungan dengan itu, saya juga akan mengurangkan kos
operasi untuk meningkatkan prestasi perniagaan dalam jangka masa yang panjang.
Saya boleh membuat kajian yang lebih jelas dan menentukan strategi yang boleh diambil
untuk meningkatkan prestasi perniagaan saya.

You might also like