You are on page 1of 16

Pengurusan risiko

Pengurusan risiko adalah mengenal pasti, menilai, dan mengatur kepentingan risiko (ditakrifkan
dalam ISO 31000 sebagai kesan ketidak tentuan pada matlamat, samaada positif atau negetif) diikuti
oleh penggunaan sumber secara teratur dan ekonomi bagi mengurangkan, memantau, dan
mengawal kemungkinan dan/ kesan peristiwa tidak diingini [1] atau bagi memaksimakan penzahiran
peluang. Risiko boleh dating dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada
sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liability
perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (kejadian alam dan malapetaka) termasuk juga
serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka. Beberapa
teknik piwaian pengurusan risiko telah dibangunkan termasuk Institute Pengurusan Projek, Institute
Kebangsaan Piwaian dan Teknologi,persatuan aktuari, dan piwaian ISO.[2][3] Kaedah, takrifan dan
matlamat jauh berbeza menurut samaada kaedah pengurusan risiko adalah dalam konteks
pengurusan projek, keselamatan, analisa risiko kejuruteraan, proses industri, portfolio kewangan,
penilaian aktuari, atau keselamatan dan kesihatan awam.
Strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain,
mengelak risiko, mengurangkan kesan negetif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau
keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu.
Sesetengah aspek bagi kebanyakan piwaian pengurusan risiko telah mendapat kritikan sebagai tidak
memiliki kebaikan boleh diukur pada risiko, samaada keyakinan pada anggaran dan keputusan
kelihatannya semakin meningkat.[1]
Isi kandungan
1 Pengenalan
1.1 Kaedah
1.2 Prinsip pengurusan risiko
2 Proses
2.1 Penetapan konteks
2.2 Mengenal pasti
2.3 Penilaian
3 komposit Index Risiko
4 Pilihan Risiko
4.1 Menangani risiko dijangka
4.2 Mencipta rancangan pengurusan risiko
4.3 Perlaksanaan
4.4 Penilaian dan semakan rancangan pengurusan risiko
5 Kekangan
6 Bidang pengurusan risiko
6.1 Pengurusan risiko enterprise
6.2 Aktiviti pengurusan risiko sebagaimana dilaksanakan bagi pengurusan projek
6.3 Pengurusan risiko bagi projek mega
6.4 Pengurusan projek teknologi maklumat
6.5 Teknik pengurusan risiko bagi petroleum dan gas asli
7 Pengurusan Risiko Positif
8 Pengurusan risiko dan kesinambungan perniagaan
9 Risiko komunikasi
9.1 Tujuh aturan penting bagi amalan risiko perhubungan
10 Rujukan
11 Bacaan lanjut
12 Pautan luar
Pengenalan[sunting | sunting sumber]



Risiko pada bank.
Perbendaharaan kata bagi pengurusan risiko ditakrifkan dalam Panduan 73 ISO, "Perbendaharaan
kata pengurusan risiko."[2]
Dalam pengurusan risiko ideal, ia diikuti dengan proses keutamaan di mana risiko dengan kerugian
terbesar (atau kesan) dan kemungkinan terbesar berlaku ditangani dahulu, dan risiko dengan
kemungkinan lebih rendah berlaku dan kerugian kurang ditangani dalam aturan menurun. Dalam
amalan proses menetapkan risiko menyeluruh adalah sukar, dan mengimbangi sumber yang
digunakan bagi mengurangkan antara risiko dengan kemungkinan ia berlaku mungkin sukar, dan
mengimbangi sumber yang digunakan bagi mengurangkan antara risiko dengan kemungkinan
berlaku yang tinggi berbanding kerugian tinggi tetapi kemungkinan berlaku rendah sering kali
disalahtangani.
Pengurusan risiko tidak kelihatan mengenal pasti jenis baru risiko yang memiliki 100% kemungkinan
berlaku tetapi diabaikan oleh organisasi akibat ketiadaan keupayaan mengenalpasti. Sebagai contoh,
apabila kekurangan pengetahuan diamalkan pada satu situasi, wujudlah risiko pengetahuan. Risiko
hubungan muncul apabila berlaku kerjasama tidak berkesan. Risiko perlaksanaan-proses mungkin
menjadi isu apabila prosedur operasi tidak berkesan digunakan. Risiko ini secara langsung
mengurangkan produktiviti pekerja berpengatahuan, mengurangkan keberkesanan kos, keuntungan,
perkhidmatan, kualit, reputasi, nilai jenama, dan kualiti pendapatan. Pengurusan risiko tidak dilihat
membenarkan pengurusan risiko bagi mencipta nilai segera dari risiko dikenal pasti dan
pengurangannya pada kehilangan produktiviti.

Pengurusan risiko turut berhadapan dengan kesulitan membahagi sumber. Idea ini bagi kos peluang.
Sumber dihabiskan pada pengurusan risiko boleh digunakan bagi aktiviti lebih menguntungkan.
Sekali lagi, pengurusan risiko ideal mengurangkan perbelanjaan (atau tenaga kerja atau sumber lain)
dan turut meminimakan kesan negetif risiko.
Kaedah[sunting | sunting sumber]
Bagi sebahagian besarnya, kaedah berikut, dilaksanakan, lebih kurang, dalam aturan berikut.
mengenalpasti, mecirikan, dan menilai ancaman.
menilai kelemahan aset penting pada ancaman khusus
menentukan risiko (contoh. Jangkaan kemungkinan dan kesan jenis serangan khusus pada aset
khusus)
mengenalpasti cara mengurangkan risiko tersebut
Menetap kepentingan langkah pengurangan risiko berdasarkan strategi
Prinsip pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]
Organisasi Antarabangsa bagi Piwaian (International Organization for Standardization ISO)
mengenalpasti prinsip pengurusan risiko berikut:[4]
Pengurusan risiko perlu:
mencipta nilai sumber digunakan bagi mengurangkan risiko adalah kurang berbanding akibat tiada
tindakan, atau (dalam kejuruteraan nilai), dapatan perlu melebihi usaha
menjadi sebahagian penting dalam proses organisasi
menjadi sebahagian dari pembuat keputusan
menangani dengan jelas ketidak pastian dan jangkaan
secara sistematik dan tersusun (berstruktur)
berasaskan maklumat terbaik yang ada
boleh disesuaikan
mengambil kira factor manusia
telus dan merangkumi (inclusive)
dinamik, iteratif dan bertindak balas pada perubahan
berkeupayaan bagi peningkatan berterusan dan perelokan
dinilai secara berterusan atau berkala
Proses[sunting | sunting sumber]

Menurut piwaian ISO 31000 "Pengurusan Risiko Prinsip dan garis panduan bagi perlaksanaan,"[3]
proses pengurusan risiko terdiri dari beberapa langkah seperti berikut:
Penetapan konteks[sunting | sunting sumber]
Penetapan konteks membabitkan:
mengenalpasti risiko pada ruang kepentinganyang dipilih
merancang proses seterusnya.
memeta yang berikut:
skop masyarakat pengurusan risiko
identity dan matlamat yang berkepentingan (projek tersebut)
asas bagi mana risiko akan dinilai, kekangan.
Mentakrifkan rangka kerja bagi aktiviti dan agenda bagi mengenal pasti.
Membangunkan analisa risiko terbabit dalam proses.
Mengurangkan atau Penyelesaian risiko dengan menggunakan teknologi, manusia, dan sumber
organisasi yang ada.
Mengenal pasti[sunting | sunting sumber]
Selepas menetapkan konteks, langkah berikut dalam proses pengurusan risiko adalah mengenal
pasti potensi risiko. Risiko adalah mengenai peristiwa yang, apabila tercetus, menimbulkan
masaalah. Dengan itu, mengenalpasti risiko boleh bermula dengan sumber masaalah, atau dengan
masaalah itu sendiri.
Analisa sumber. Sumber risiko mungkin dalaman atau luaran pada system yang merupakan sasaran
bagi pengurus risiko
Contoh sumber risiko adalah: orang berkepentingan sesuatu projek, pekerja sesebuah syarikat, atau
cuaca atas lapangan terbang.
Menganalisa masaalah: Risiko berkait dengan mengenal pasti ancaman. Sebagai contoh: ancaman
kehilangan wang, ancaman penyalahgunaan maklumat sulit atau ancaman kemalangan atau
kecederaan. Ancaman mungkin wujud dengan pelbagai entiti, lebih penting dengan pemilik saham,
pelanggan, dan badan penyelia seperti kerajaan.
Apabila samaaada sumber atau masaalah diketahui, peristiwa yang mungkin dicetuskan oleh sumber
boleh disiasat. Sebagai contoh: orang berkepentingan menarik diri semasa projek mungkin
membahayakan pembiayaan projek; maklumat sulit mungkin dicuri oleh pekerja walaupun dengan
jaringan tertutup; kilat mungkin menyambar kapal terbang ketika berlepas menyebabkan kesemua
yang di dalamnya korban segera. Kaedah yang dipilih bagi mengenal pasti risiko mungkin bergantung
pada budaya, amalan industry, dan kepatuhan (compliance). Kaedah mengenalpasti dibentuk
melalui templat atau pembangunan templat bagi mengenal pasti sumber, masaalah atau peristiwa.
Kaedah mengenal pasti risiko yang biasa adalah:
Mengenal pasti risiko berasaskan objektif: Organisasi dan ahli projek memiliki objektif. Sebarang
peristiwa yang membahayakan sebahagian atau sepenuhnya objektif dikenall pasti sebagai risiko.
Mengenal pasti risiko berasaskan senario: Dalam analisis senario, senario berbeza dicipta. Senario
mungkin cara lain mencapai objektif, atau analisa pada interaksi kuasa dalam, sebagai contoh,
pasaran atau pertempuran. Sebarang peristiwa yang mencetus senario yang tidak diingini dikenal
pasti sebagai risiko lihat Kajian Masa Hadapan bagi metodologi yang digunakan oleh Futuris.
Mengenalpasti berasaskan taksonomi: Taksonomi pada mengenalpasti berasaskan taksonomi
merupakan memecahkan kemungkinan sumber risiko. Berasaskan taksonomi dan pengetahuan
amalan terbaik, satu soal selidik disediakan. Jawapan pada soalan mendedahkan risiko.[5]
Memeriksa risiko biasa: Dalam beberapa industry, senarai dengan risiko yang diketahui sedia ada.
Setiap risiko dalam senarai boleh diperiksa bagi pengunaan dalam keadaan tertentu.[6]
Pencartaan risiko: [7]Kaedah ini menggabungkan pendekatan di atas dengan menyenaraikan sumber
berisiko, ancaman pada sumber tersebut, mengubah factor yang mungkin meningkat atau
mengurangkan risiko dan hasil ia ingin elakkan. Mencipta matriks risiko dibawah judul ini
membolehkan pelbagai pendekatan. Seseorang boleh bermula dengan sumber dan menimbang
ancaman yang terdedah dan kesan setiap satunya. Sama juga seseorang boleh bermula dengan
ancaman dan memeriksa dumber apa yang akan dijejaskannya, atau seseorang boleh bermula
dengan kesan dan menentukan gabungan ancaman dan sumber mana yang terbabit
menyebabkannya.
Penilaian[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Penilaian risiko
Sebaik sahaja risiko telah dikenal pasti, ia perlu dinilai bagi potensi kesan terjejas (pada umumnya
kesan negetif, seperti kerosakan atau kerugian) dan kemungkinan ia berlaku. Kuantiti ini boleh jadi
mudah diukur, dalam kes nilai kehilangan bangunan, atau mustahil diketahui secara sebenar dalam
kes kemungkinan peristiwa yang mustahil berlaku. Dengan itu, dalam proses penilaian adalah kritikal
untuk membuat keputusan kajian terbaik agar dapat mengatur kepentingan perlaksanaan rancangan
pengurusan risiko.
Malah perelokkan positif jangka pendek boleh mendorong kepada kesan negetif jangka panjang.
Ambil contoh "turnpike". Lebuh raya diperluaskan bagi membenarkan lebih banyak trafik
melaluinya. Peningkatan kapasiti trafik mendorong kepada pembangunan lebih pesat dikawasan
sekeliling keupayaan trafik diperelok. Dalam perubahan masa, trafik dengan itu meningkat bagi
mengisi keupayaan sedia ada. Turnpike dengan itu perlu diperluaskan dalam kitaran yang tiada
penghujungnya. Terdapat banyak contoh kejuruteraan lain di mana peningkatan kapasiti (bagi apa-
apa fungsi) tidak lama diisi dengan permintaan yang meningkat. Oleh kerana perkembangan dating
dengan kos, pertumbuhan terhasil boleh menjadi tidak dapat dikekalkan tanpa jangkaan dan
pengurusan.
Kesukaran asas dalam penilaian risiko adalah bagi menentukan kadar berlaku disebabkan maklumat
statistic tidak ada bagi kesemua kajadian lalu. Tambahan lagi, menilai tahap teruk hasil kejadian
(kesannya) sering sukar bagi aset tidak nyata. Penilaian aset merupakan satu lagi persoalan yang
perlu ditangani. Dengan itu, pendapat terpelajar terbaik dan statistic yang ada merupakan sumber
maklumat utama. Walaupun begitu, penilaian risiko perlu menghasilkan maklumat tersebut kepada
pengurusan organisasi agar risiko utama mudah difahami dan keputusan pengurusan risiko boleh
diatur. Dengan itu, terdapat beberapa teori dan cubaan bagi mengukur risiko. Banyak formula risiko
wujud, tetapi kemungkinan formula yang paling meluas diterima bagi kuantifikasi adalah:
Kadar (atau kemungkinan) ia berlaku di darab dengan kesan kejadian bersamaan magnitud
komposit Index Risiko[sunting | sunting sumber]

Formula di atas juga boleh ditulis semula dalam istilah Komposit Index Risiko, seperti berikut:
Komposit Index Risiko = Kesan Kejadian Risiko x Kemungkinan Berlaku
Kesan kejadian risiko biasanya dinilai pada skala 1 hingga 5, di mana 1 dan 5 mewakili minima dan
maksima kesan yang mungkin bagi berlakunya risiko (biasanya dari segi kerugian kewangan).
Bagaimanapun, skala 1 hingga 5 boleh jadi arbitari dan tidak perlu pada skala lurus (sekata).
Kemungkinan berlaku juga biasanya dinilai pada skala 1 hingga 5, di mana 1 mewakili kemungkinan
risiko berlaku sebagai amat rendah, sementara 5 mewakili kemungkinan untuk berlaku amat tinggi.
Paksi ini mungkin digambarkan samaada dalam istilah mathmatik (kejadian berlaku sekali setahun,
sekali sepuluh tahun, sekali seratus tahun dsb.) atau digambarkan dalam "bahasa jelas " kejadian
sering berlaku di sini; kejadian diketahui telah berlaku di sini; kejadian diketahui berlaku dalam
industry dsb.). Sekali lagi, skala 1 hingga 5 boleh jadi secara arbitari atau tidak sekata bergantung
pada pendapat pakar subjek berkenaan.
Index komposit dengan itu boleh mengambil nilai (biasanya) dari 1 sehingga 25, dan julat ini
biasanya dibahagi secara rawak kepada tiga julat kecil. Penilaian risiko keseluruhan dengan itu
adalah Rendah, Serdahana, atau Tinggi, bergantung pada julat kecil yang mengandungi nilai kiraan
Index Komposit. Sebagai contoh, tiga julat kecil boleh dikelaskan sebagai 1 hingga 8, 9 hingga 16 dan
17 hingga 25.
Perhatikan bahawa kemungkinan kemungkinan berlakunya risiko sukar dijangkakan, kerana data lalu
mengenai kekerapan tidak mudah didapati, sebagaimana disebut di atas. Lagipun, kemungkinan
tidak membayangkan kepastian (bahawa ia pasti berlaku).
Sama juga, kesan risiko tidak mudah dijangkakan kerana seringkali adalah sukar untuk menjangkakan
potensi kerugian apabila berlaku kejadian risiko.
Tambahan lagi, saiz kedua faktor di atas boleh berubah bergantung kepada kesediaan langkah
pencegahan dan pengelakan risiko yang diambil dan akibat perubahan pada persekitaran perniagaan
luaran. Dengan itu adalah amat penting bagi menilai semula risiko secara berkala dan
meningkat/mengurangkan langkah pengurangan, atau menurut keperluan.
Perubahan pada prosedur, teknologi, jadual, peruntukan, keadaan pasaran, persekitaran politik, atau
sebarang faktor lain biasanya memerlukan risiko dinilai semula.
Pilihan Risiko[sunting | sunting sumber]

Langkah pengawalan risiko biasanya dirumuskan menurut satu atau lebih pilihan risiko utama
berikut, iaitu:
Mereka proses perniagaan baru dengan kawalan bina dalam mencukupi dan mengubah langkah
pencegahan.
Menilai risiko secara berkala yang menerima proses berlangsung sebagai ciri normal operasi
perniagaan dan mengubah langkah pencegahan.
Memindahkan risiko pada agensi luaran (contoh. Syarikat insuran)
Mengelak risiko sama sekali (contoh. Dengan menutup kawasan perniagaan berisiko tinggi)
Penyelidikan berikut telah menunjukkan kebaikan kewangan bagi pengurusan risiko kurang
bergantung pada formula yang digunakan tetapi lebih bergantung kepada kekerapan dan bagaimana
penilaian risiko dilaksanakan.
Dalam perniagaan adalah penting bagi membentangkan hasilan penilaian risiko dalam istilah
kewangan, pasaran, atau jadual. Robert Courtney Jr. (IBM, 1970) mencadangkan formula bagi
membentangkan risiko dalam istilah kewangan. Formula Courtney diterima sebagai kaedah analisa
risiko rasmi bagi agensi kerajaan Amerika Syarikat. Formula tersebut mencadangkan pengiraan
jangkaan kerugian tahunan (ALE-annualised loss expectancy) dan membandingkan nilai kerugian
dijangka dengan kos perlaksanaan kawalan keselamatan (analisa kos-faedah).
Menangani risiko dijangka[sunting | sunting sumber]
Apabila risiko telah dikenal pasti dan dinilai, semua teknik bagi menangani risiko tergolong dalam
satu atau lebih dari empat langkah utama:[8]
Mengelak (menyingkir, menarik diri dari atau tidak membabitkan diri)
Pengurangan (optima pengurangan)
Perkongsian (memindahkan luaran atau insuran)
Pengekalan (menerima dan budget)
Penggunaan sempurna bagi strategi ini mungkin tidak berlaku. Sesetengahnya mungkin
membabitkan pertukaran yang tidak boleh diterima kepada organisasi atau orang yang membuat
keputusan pengurusan risiko. Sumber lain, dari Jabatan Pertahanan, Universiti Dapatan Pertahanan
(Defense Acquisition University), mengelar kategori ini sebagai ACAT, bagi Avoid (Mengelak),
Control (mengawal), Accept (Terima), atau Transfer (Pemindahan). Kegunaan singkatan ACAT ini
serupa seperti ACAT lain (bagi Kategori Dapatan (Acquisition Category)) yang digunakan dalam
dapatan industry Pertahanan Amerika Syarikat, di mana angka Pengurusan Risiko memainkan
peranan penting dalam perancangan dan membuat keputusan.
Pengelakan Risiko[sunting | sunting sumber]
Ini termasuk tidak melakukan aktiviti yang berisiko. Sebagai contoh tidak membeli harta tanah atau
perniagaan agar tidak mengambil bebanan perundangan (legal liability) yang dating bersamanya.
Yang lain termasuk tidak terbang agar tidak mengambil risiko bahawa kapal terbang akan dirampas.
Pengelakkan mungkin kelihatan sebagai jawapan bagi semua risiko, tetapi pengelakan bererti
kehilangan kemungkinan keuntungan yang mungkin didapati dengan menerima (mengekalkan)
risiko. Tidak mencebur perniagaan bagi mengelakkan kerugian turut bererti mengelak kemungkinan
mendapat keuntungan.
Pencegahan Ancaman[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Pencegahan ancaman
Pencegahan ancaman merujuk kepada menghalang risiko semasa kecermasan. Tahap pertama dan
paling berkesan bagi pencegahan ancaman adalah penyingkiran ancaman. Sekiranya ia mengambil
masa terlalu lama, terlalu mahal, ataupun tidak dapat dilaksanakan, tahap kedua iaitu Pengurangan
bencana.
Pengurangan risiko[sunting | sunting sumber]
Pengurangan risiko atau "pengoptimaan" membabitkan mengurangkan tahap kerugian atau
kemungkinan rugi dari berlaku. Sebagai contoh, perenjis kebakaran direka bagi memadamkan
kebakaran bagi mengurangkan risiko kerugian akibat kebakaran. Kaedah ini mungkin menyebabkan
kerosakan lebih teruk melalui kerosakan akibat air dan dengan itu tidak sesuai, contohnya dalam
bilik komputer. Sistem pemadam kebakaran Halon mungkin mengurangkan risiko tersebut, tetapi
kos yang tinggi mungkin menghalang kegunaannya sebagai satu strategi.
Menerima bahawa risiko boleh menjadi positif atau negetif, mengoptima risiko bererti mencari
keseimbangan di antara risiko negetif dan keuntungan sesuatu operasi atau aktiviti; dan antara
pengurangan risiko dan usaha dilakukan. Seseorang kontraktor carigali luar pantai melaksanakan
Pengurusan HSE Management secara berkesan dalam organisasinya, ia boleh mengoptima risiko
bagi mencapai tahap sisa baki risiko pada tahap yang boleh diterima.[9]
Metodologi pembangunan perisian moden mengurangkan risiko dengan membangunkan dan
menghantar perisian secara berperingkat. Motodologi sebelumnya lemah kerana ia menghantar
perisian pada fasa akhir pembangunan; dengan itu sebarang masaalah yang dijumpai pada fasa
sebelumnya menimbulkan langkah pemulihan yang mahal dan sering mengancam keseluruhan
projek. Dengan membangunkannya secara iterations, projek perisian boleh menghadkan usaha yang
rugi pada iterasi tunggal.
Khidmat luaran (Outsourcing) juga merupakan contoh pengurangan risiko sekiranya Khidmat
luaran boleh membuktikan keupayaan lebih baik bagi menangani atau mengurangkan risiko.[10]
Sebagai contoh, sesebuah syarikat boleh menggunakan khidmat luaran bagi pembangunan
perisiannya, pengilangan barangan, atau keperluan pelayan pelangan pada syarikat yang lain,
sementara mengendalikan pengurusan syarikan dengan sendiri. Dengan cara ini, syarikat boleh
menumpu pada pembangunan perniagaan tanpa perlu bimbangkan mengenai proses pengilangan,
menguruskan pasukan pembangunan atau mencari tapak lokasi fizikal bagi pusat panggilan.
Perkongsian risiko[sunting | sunting sumber]
Ditakrifkan secara ringkas sebagai "berkongsi dengan pihak lain bebanan kerugian atau pulangan
dari risiko, dan satu langkah mengurangkan risiko."
Istilah 'pemindahan risiko' sering digunakan menggantikan perkongsian risiko akibat salah faham
bahawa seseorang boleh memindahkan risiko pada pihak ketiga melalui insuran atau khidmat
luaran. Dalam amalan sekiranya syarikat insuran atau kontraktor jatuh muflis atau dihadapkan ke
mahkamah, risiko asal kemungkinannya masih kembali kepada pihak pertama. Dengan itu
terminologi yang digunakan oleh sarjana dan pengamal, pembelian kontrak insuran sering
digambarkan sebagai "pemindahan risiko." Bagaimanapun, secara teknikal, pembeli kontrak pada
umumnya mengekalkan risiko perundangan bagi kerugian "dipindahkan", bererti insuran boleh
digambarkan dengan lebih tepat sebagai mekanisma gantirugi selepas kejadian. Sebagai contoh,
polisi kecederaan peribadi tidak memindahkan risiko kemalangan kereta kepada syarikat insuran.
Risiko itu masih terikat pada pemegang polisi iaitu orang yang terbabit dalam kemalangan. Polisi
insuran sekadar menyatakan bahawa jika kemalangan (peristiwa) berlaku membabitkan pemegang
polisi ganti rugi yang setimpal dengan kecederaan / kerosakan mungkin akan di bayar.
Sesetengah cara menguruskan risiko merangkumi pelbagai kategori. Takungan simpanan risiko
secara teknikal menyimpan risiko bagi kumpulan, tetapi menyebarkannya dikalangan keseluruhan
kumpulan membabitkan pemindahan dikalangan ahli individu pada kumpulan. Ini berbeza dari
insuran tradisi, di mana tiada premium ditukarkan dikalangan ahli kumpulan pada awalnya, tetapi
sebaliknya kerugian dinilai pada kesemua ahli dalam kumpulan.
Pengekalan risiko[sunting | sunting sumber]
Pengekalan risiko membabitkan menerima kerugian, atau keuntungan, akibat risiko apabila ia
berlaku. Insuran diri sebenar tergolong dalam kategori ini> Pengekalan risiko merupakan strategi
boleh diterima bagi risiko kecil apabila kos insuran terhadap risiko berkali ganda berbanding jumlah
kerugian keseluruhan yang dialami. Kesemua risiko yang tidak dielak atau dipindahkan dikekalkan
secara ingkar. Ini termasuk risiko yang begitu besar atau melapetaka sehinggakan ia tidak boleh
diinsuran atau premiumnya tidak berbaloi. Perperangan adalah satu contoh kerana kebanyakan
harta benda dan risiko tidak diinsuran bagi perperangan. Juga sebarang jumlah potensi kerugian
(risiko) pada jumlah yang diinsuran adalah risiko dikekalkan. Ini mungkin boleh diterima sekiranya
peluang bagi kerugian amat besar adalah kecil atau kos bagi membeli insuran lebih besar amat
mahal sehingga ia amat menghalang matlamat organisasi.
Mencipta rancangan pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Rancangan pengurusan risiko
Memilik kawalan yang bersesuaian atau langkah pencegahan bagi setiap risiko. Pengurangan risiko
perlu diluluskan oleh tahap pengurusan yang bersesuaian. Sebagai contoh, risiko berkenaan imej
sesebuah organisasi memerlukan keputusan pengurusan atasan sedangkan pengurusan IT akan
memiliki bidang kuasa bagi memutuskan risiko virus komputer.
Rancangan pengurusan risiko perlu mencadangkan kawalan keselamatan yang berkesan dan boleh
dilaksanakan bagi mengawal risiko. Sebagai contoh, risiko tinggi ancaman virus komputer boleh
dikurangkan dengan mendapatkan dan melaksanakan perisian anti virus. Rancangan pengurusan
risiko yang baik patut mengandungi jadual bagi perlaksanaan kawalan dan orang yang
bertanggungjawab bagi tindakan tersebut.
Menurut ISO/IEC 27001, tahap langsung sejurus selepas melengkapi penilaian risiko terdiri daripada
penyediaan Rancangan Menangani Risiko, yang perlu merekodkan keputusan bagaimana setiap
risiko yang dikenalpasti perlu ditangani. Pengurangan risiko sering bererti pemilihan kawalan
keselamatan, yang perlu direkodkan dalam Kenyataan Amalan (Statement of Applicability), yang
mengenalpasti kawalan dan matlamat kawalan yang mana telah dipilih dari piwaian, dan mengapa.
Perlaksanaan[sunting | sunting sumber]
Perlaksanaan mengikut semua kaedah dirancang bagi mengurangkan kesan risiko. Pembelian polisi
insuran bagi risiko yang telah diputuskan untuk dipindahkan kepada syarikat insuran, mengelak
semua risiko yang boleh dielak tanpa mengorbankan matlamat entity, mengurangkan yang lain,
mengekalkan yang terbaik.
Penilaian dan semakan rancangan pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]
Rancangan pengurusan risiko awal tidak akan sempurna. Latihan, pengalaman, dan hasil kerugian
sebenar akan memerlukan perubahan pada rancangan dan menyumbang maklumat bagi
membenarkan keputusan berbeza dilakukan apabila menangani risiko yang dihadapi.
Hasil analisa risiko dan rancangan pengurusan perlu dikemas kini secara berkala. Terdapat dua sebab
utama bagi melakukannya:
bagi menilai samaada kawalan keselamatan yang dipilih sebelum ini masih boleh diguna pakai dan
berkesan
bagi menilai kemungkinan perubahan tahap risiko dalam persekitaran perniagaan. Sebagai contoh,
risiko maklumat merupakan contoh yang baik bagi persekitaran perniagaan yang pesat berubah.
Kekangan[sunting | sunting sumber]

Mementingkan proses pengurusan risiko terlalu tinggi mampu menghalang organisasi dari
menyelesaikan sesuatu projek atau memulakannya. Ini adalah benar sekiranya kerja lain digantung
sehingga proses pengurusan risiko dianggap selesai.
Juga penting bagi mengingati perbezaan antara risiko dan ketidak tentuan. Risiko boleh diukur
melalui kesan dan kebarangkalian kemungkinan berlaku.
Sekiranya risiko salah dinilai dan diberi kepentingan, masa terbuang bagi menangani risiko kerugian
yang tidak mungkin berlaku. Menghabiskan terlalu banyak masa menilai dan menguruskan risiko
yang tidak mungkin berlaku boleh melencong sumber yang boleh digunakan dengan lebih berkesan.
Kejadian yang tidak mungkin ada berlaku tetapi sekiranya risiko ia berlaku agak kecil ia mungkin
adalah lebih baik bagi mengekalkan risiko dan menangani hasil sekiranya kerugian benar-benar
berlaku. Penilaian risiko kualitatif adalah subjektif dan tidak tetap. Alasan utama bagi proses
penilaian risiko adalah perundangan dan birokratik.
Bidang pengurusan risiko[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana diamalkan pada kewangan korporat, pengurusan risiko adalah teknik bagi mengukur,
memantau, dan mengawal kewangan atau risiko operasi pada timbang duga syarikat kunci kira-kira.
Rangka kerja Basel II membahagikan risiko pada risiko pasaran (risiko harga), risiko kredit dan risiko
operasi dan juga kaedah khusus bagi mengira keperluan modal bagi setiap komponen.
Rangka kerja Basel II membahagikan risiko pada risiko pasaran (risiko harga), risiko kredit dan risiko
operasi dan juga kaedah khusus bagi mengira keperluan modal bagi setiap komponen.
Pengurusan risiko enterprise[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Pengurusan Risiko Enterprise
Dalam pengurusan risiko enterprise, risiko ditakrifkan sebagai kemungkinan kajadian atau keadaan
yang boleh membawa kesan negetif pada enterprise tersebut. Kesannya boleh menjejaskan
kewujudannya, sumber (manusia dan modal), keluaran dan perkhidmatan, atau pelanggan
enterprise, termasuk juga kesan luaran pada masyarakat, pasaran, atau persekitaran. Bagi institusi
kewangan, pengurusan risiko enterprise juga biasanya difikirkan dari segi gabungan risiko kredit,
risiko kadar faedah atau pengurusan tanggungan aset (asset liability), risiko pasaran, dan risiko
operasi.
Dalam kese lebih umum, setiap kemungkinan risiko boleh diadakan perancangan awal bagi
menangani dengan kesan kejadian (bagi memastikan pelan kecermasansekiranya risiko menjadi
tanggungan).
Daripada maklumat di atas dan kos purata pekerja menurut masa, atau kadar himpunan kos (cost
accrual ratio), seseorang pengurus projek boleh menganggarkan:
kos berkait dengan risiko sekiranya timbul, dianggar dengan mendarab kos pekerja setiap unit masa
dengan anggaran kos waktu hilang (kesan kos, C di mana C = kadar himpunan kos * S).
kemungkinan meningkat menurut masa berkait dengan satu risiko (variasi berjadual akibat risiko, Rs
di mana Rs = P * S):
Menyusun nilai ini meletakkan risiko tertinggi dalam jadual dahulu. Ini bertujuan bagi menyebabkan
kos terbesar pada projek dicuba dahulu agar risiko dikurangkan secepat mungkin.
Ini agak mengelirukan kerana variasi jadual dengan P besar dan S kecil dan sebaliknya adalah tidak
sama. (Risiko RMS Titanic tenggelam berbanding hidangan penumpang dihidang salah masa sedikit).
kemungkinan peningkatan kos berkait dengan risiko (variasi kos akibat risiko, Rc di mana Rc = P*C =
P*CAR*S = P*S*CAR)
menyusun berdasarkan nilai ini meletakkan risiko tertinggi pada budget dahulu.
lihat kebimbangan mengenai variasi jadual kerana ia adalah fungsi baginya, sebagaimana
digambarkan dalam persamaan di atas.
Risiko dalam projek atau proses perniagaan boleh disebabkan oleh Punca Khas Variasi (Special
Cause Variation atau Punca Umum Variasi (Common Cause Variation) dan memerlukan layanan
yang sewajarnya. Perlu ditekankan bahawa kerisauan mengenai punca luaran tidak sama dengan
senarai di atas.
Aktiviti pengurusan risiko sebagaimana dilaksanakan bagi pengurusan projek[sunting | sunting
sumber]
Dalam pengurusan projek, pengurusan risiko termasuk aktiviti berikut:
Merancang bagaimana risiko diuruskan dalam projek tertentu. Rancangan perlu merangkumi
tugasan pengurusan risiko, tanggung jawab, aktiviti, dan belanjawan.
Menugaskan pegawai risikoseorang ahli pasukan selain pengurus projek yang bertanggung jawab
bagi menjangka masaalah projek. Ciri-ciri biasa bagi pegawai risiko adalah rasa syak wasangka yang
sihat.
Mengekalkan pengkalan data projek berterusan. Setiap risiko perlu memiliki maklumat berikut:
tarikh buka, judul, gambaran ringkas, kemungkinan, dan kepentingan. Secara optima, risiko perlu
ditugaskan pada seseorang bagi menyelesaikannya dan tarikh bila risiko tersebut perlu diselesaikan.
Membuka saluran tanpa nama bagi melaporkan risiko. Setiap pasukan perlu bertanggung jawab bagi
melaporkan risiko yang dijangkakan mungkin terjadi dalam projek.
Menyediakan rancangan mitigasi bagi risiko yang dipilih bagi dikurangkan. Tujuan rancangan mitigasi
adalah bagi menggambarkan bagaimana risiko ini akan ditangani apa, bila, siapa, dan bagaimana ia
akan dilakukan bagi mengelak atau mengurangkan kesan sekiranya ia menjadi bebanan.
Meringkaskan risiko yang dihadapi dan dirancang bagi ditangani, keberkesanan aktiviti mitigasi, dan
usaha dilakukan bagi pengurusan risiko.
Pengurusan risiko bagi projek mega[sunting | sunting sumber]
Projek mega (kadangkala juga dikenali sebagai "projek utama ") merupakan projek pelaburan
berskala besar, biasanya menelan kos lebih dari US$1 bilion setiap projek. Projek mega termasuk
jambatan, terowong, lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan, logi kuasa, empangan, kumbaha,
skim perlindungan pantai, projek pengeluaran gas asli, bagunan umum, system teknologi maklumat,
projek aeroangkasa, dan system pertahanan. Projek mega terbukti amat berisiko dari segi kewangan,
keselamatan, dan kesa social dan persekitaran. Pengurusan risiko dengan itu amat berkait bagi
projek mega dan kaedah khusus dan pendidikan khusus telah dibangunkan bagi pengurusan projek
sedemikian.[11][12]
Pengurusan projek teknologi maklumat[sunting | sunting sumber]
Rencana utama: Pengurusan risiko IT
Teknologi maklumat semakin meluas dalam kehidupan moden di semua sektor.[13][14][15]
Risiko IT adalah risiko berkait dengan teknologi maklumat. Ini merupakan istilah agak baru
disebabkan kesedaran meningkat bahawa keselamatan maklumat merupakan satu lembaran dari
pelbagai risiko yang berkait pada IT dan dunia sebenar yang disokongnya.
Sejumlah metodologi pengurusan risiko telah dibangunkan bagi menangani risiko sebegini.
ISACA's Risk IT framework ties IT risk to Enterprise risk management.
Teknik pengurusan risiko bagi petroleum dan gas asli[sunting | sunting sumber]
Bagi industry gas dan minyak luar pantai, pengurusan risiko operasi diselaras oleh regim kes
keselamatan bagi banyak negara. Mengenal pasti ancaman dan peralatan penilaian risiko dan teknik
digambarkan dalam piwaian antarabangsa ISO 17776:2000, dan organisasi seperti IADC
(International Association of Drilling Contractors) menerbitkan garis panduan bagi pembangunan kes
HSE yang berasaskan piwaian ISO. Tambahan lagi, diagram gambaran kejadian mengancam sering
dijangka oleh penyelia kerajaan sebagai sebahagian pengurusan risiko bagi pelaporan kes
keselamatan; ini dikenali sebagai diagram bow-tie. Teknik ini turut digunakan oleh organisasi dan
pengawal bagi perlombongan, kesihatan, pertahanan, pengilangan, dan kewangan.[16]
Pengurusan Risiko Positif[sunting | sunting sumber]

Pengurusan Risiko Positif merupakan pendekatan yang mengambil kira kepentingan factor manusia
dan perbezaan individual terhadap mengambil risiko. Ia mengambil dari penyelidikan sejumlah para
akademik dan professional yang telah menyatakan kebimbangan mengenai kekakuan saintifik dalam
perdebatan pengurusan risiko lebih meluas,[17] atau yang telah menyumbang penekankan dimensi
manusia pada risiko.[18][19] Partama, ia mengakui bahawa sebarang objek atau keadaan boleh
menjadi merbahaya dengan pembabitan seseorang yang memiliki kecenderungan melampau
terhadap risiko; samaada terlalu mengambil risiko atau terlalu mengelak risiko. Keduanya, ia
mengakui bahawa risiko merupakan unsur yang wujud sepanjang hidup dan tidak dapat dielak: dari
kehamilan sehingga titik penghujung hayat di mana kita akhirnya mengakhiri pertempuran peribadi
kita dengan risiko mengancam nyawa. Ketiga, ia mengambil kira bahawa setiap individual memiliki
kecenderungan tersendiri terhadap risiko; ketika pada satu arah orang mungkin secara semulajadi
takut, bimbang, resah, dan takut, yang lain adalah mencabar, spontan, hampir tidak menghiraukan
mara bahaya. Perbezaan ini terbukti dalam cara kita memandu kereta, permakanan, hubungan,
kerjaya. Akhir sekali, Pengurus Risiko Positif mengakui bahawa mengambil risiko adalah penting bagi
semua usaha, daya kreatif, heroism, pendidikan, kemajuan saintifik malah bagi sebarang aktiviti
dan semua inisiatif yang telah menyumbang pada kejayaan evolusi dan peradapan. Adalah menarik
untuk menyedari bahawa berapa banyak aktiviti yang mengembirakan adalah membabitkan rasa
takut dan kesanggupan mengambil risiko.
Dalam keseluruhan penulisan mengenai Pengurusan Risiko hanya sedikit atau tiada rujukan
mengenai bahagian manusia dalam persamaan risiko kecuali apa yang mungkin dibayangkan melalui
istilah 'patuh'. Ini menggambarkan tumpuan sempit yang merupakan mercu tanda bagi kebanyakan
amalan pengurusan risiko masakini. Keadaan ini timbul dari tanggapan asas bagi pengurusan risiko
tradisional dan amalan berkait dengan kesihatan dan keselamatan dalam persekeliling tempat kerja.
Terdapat logic asas bahawa sebarang kemalangan mungkin menandakan satu keadaan lepas
pandang atau kecenderungan keadaan yang, jika dikenal pasti boleh diperbetulkan. Tetapi,
kebanyakannya hampir disebabkan pengabaian institusi terhadap factor kemanusiaan, paradigma
menumpu situasi telah tumbuh sulur paut yang mencapai hampir segenap ceruk kehidupan moden
dan kedalaam keadaan di mana akibat negetif yang tidak disengajakan mengancam mengatasi
kebaikannya.
Pengurusan Risiko Positif melihat kedua-dua mengambil risiko dan mengelak risiko sebagai
pelengkap dan sama nilai dan penting dalam konteks bersesuaian. Dengan itu,ia dilihat sebagai
pelengkap pada paradigm pengurusan risiko tradisional. Ia memasukkan keseimbangan yang amat
diperlukan pada amalan pengurusan risiko dan meletakkan lebih banyak tanggung jawab pada
kemahiran pengurusan dan membuat keputusan. Ia merupakan pendekatan dinamik pada pengurus
bola sepak yang menghargai bakat menyerang dan pertahanan dalam kumpulan pemain yang ada.
Setiap organisasi memiliki peranan yang lebih sesuai bagi pengambil risiko dan peranan lebih baik
bagi pengelak risiko. Tugas pengurusan adalah untuk memastikan orang yang betul diletakkan di
setiap kedudukan. Makam bekas huara dipenuhi contoh di mana keseimbangan risiko menjadi silap
besar; kisah ENRON dan RBS menjadi simbol rujukan dalam pantheon bagi penyeliaan korporate dan
penutupan korporate. Eastman Kodak mungkin menjadi calon bagi hujung bersetentangan
korporate yang mengelak risiko.
Pengurusan Risiko Positif bergantung pada keupayaan mengenal pasti perbezaan individual bagi
kecenderungan mengambil risiko. Sains dalam bidang ini berkembang pesat selama abad lalu dalam
domain penilaian personaliti. Satu masa bahagian yang hampir berpuak-puak pada bidang pemikiran
yang berlainan, kini terdapat persetujuan meluas mengenai struktur penilaian personality dan
statusnya dalam bidang kerja kemajuan silang bidang dalam pemahamanan kita terhadap
Kemanusiaan. Model Lima Faktor (Five Factor Model FFM)*20+ bagi perwatakan telah
ditunjukkan sebagai memiliki kaitan merentasi banyak budaya berlainan, kekas sekata sepanjang
hayat kerja dewasa dan sebahagian besarnya diwarisi. Dalam rangka kerja ini terdapat banyak
untaian yang memiliki kaitan dengan penerimaan risiko dan mengambil risiko. Sebagai contoh,
Eysenck (1973) melaporkan bahawa pengaruh peribadi samaada menumpu pada apa yang mungkin
salah atau apa yang mungkin membawa keuntungan;[21] Nicholson et al (2005) report that higher
extroversion is related to greater risk tolerance;[22] McCrae dan Costa (1997) mengaitkan
perwatakan pada penerimaan ketidak tentuan, inovasi, dan kecenderungan berfikir di luar
kekangan;[23] Kowert, 1997) menghubungkan perwatakan dengan mencari cabaran, imaginasi,
pencarian pengalaman baru dan mencari risiko secara aktif.[24] Membina dari asas ini dengan
menggunakan amalan penilaian yang disahkan, penilaian lebih khusus telah dikembangkan,
termasuk penilaian Jenis Risiko.[25]
Pengurusan risiko dan kesinambungan perniagaan[sunting | sunting sumber]

Pengurusan risiko merupakan amalan memilih pendekatan kos efektif secara sistematik mudah bagi
mengurangkan kesan berlakunya ancaman pada organisasi. Kesemua risiko tidak boleh dielakkan
sepenuhnya atau dikurangkan secara ringkasnya kerana kekangan kewangan dan kewajaran. Dengan
itu kesemua organisasi terpaksa menerima tahap tertentu sisa risiko.
Di mana pengurusan risiko cenderung bersedia sebelum kejadian berlaku, perancangan
kesinambungan perniagaan (business continuity planning BCP) dicipta untuk menangani akibat
risiko sisa yang terjadi. Keperluan bagi memiliki BCP tresedia timbul kerana kejadian yang tidak
mungkin juga akan berlaku sekiranya cukup masa diberikan. Pengurusan Risiko dan BCP sering kali
silap dilihat sebagai amalan bersaing atau bertindanan. Sebenarnya proses ini begitu berkait rapat
sehinggakan pemisahan sedemikian kelihatan dibuat-buat. Sebagi contoh, proses pengurusan risiko
mencipta input penting bagi BCP (aset, penilaian kesan, anggaran kos dsb.). Pengurusan risiko turut
mencadangkan kawalan boleh guna bagi risiko kelihatan. Dengan itu, pengurusan risiko merangkumi
beberapa bidang yang penting bagi proses BCP. Bagaimanapun, proses BCP melangkaui pendekatan
preemptif pengurusan risiko dan berpandangan bahawa bencana akan berlaku pada satu masa.
Risiko komunikasi[sunting | sunting sumber]

Risiko komunikasi merupakan bidang akademik silang displin yang rumit. Masaalah bagi risiko
komunikasi termasuk membabitkan bagaimana menyampaikan pada hadiran yang diingini, bagi
menjadikan risiko dapat difahami dan boleh dikaitkan dengan risiko lain, bagaimana memberikan
penghargaan yang bersesuaian dengan nilai pendengar berkait dengan risiko, bagaimana menjangka
tindak balas pendengar pada siaran, dll. Matlamat utama risiko komunikasi adalah bagi
meningkatkan membuat keputusan bersama-sama dan individual. Risiko komunikasi agak berkait
dengan krisis komunikasi.
Tujuh aturan penting bagi amalan risiko perhubungan[sunting | sunting sumber]
Menerima dan membabitkan awam/ dan pengguna lain sebagai rakan sah (contoh. Berkepentingan
(stakeholders)).
Rancang dengan teliti dan menilai usaha anda dengan tumpuan pada kekuatan, kelemahan, peluang,
dan ancaman. (strengths, weaknesses, opportunities, and threats - SWOT).
Mendengar kebimbangan khusus mereka yang berkepentingan.
Jujur, jelas dan terbuka.
Menyelaras dan bekerjasama dengan sumber dipercayai yang lain.
Memenuhi keperluan media.
Bercakap dengan jelas dan lembut hati.

You might also like