You are on page 1of 2

Jurnal Minggu Keenam

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
6/8
Minggu Keenam
02 September 07 September 2013
Masalah Kemahiran Pengukuhan dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
1. Masalah / Peristiwa
Pada minggu ini, saya menghadapi masalah dalam kemahiran pengukuhan
sewaktu sesi interaksi PdP bersama murid. Teknik atau kemahiran pengukuhan adalah
kata-kata baik yang berunsur peghargaan atau motivasi seperti baik, bagus, boleh
diterima, pandai jawapan yang tepat dan lain-lain kata pengukuhan yang berbentuk
positif yang membolehkan murid menerima dengan hati terbuka dan tenang.

2. Analisis
Masalah ini berpunca kerana saya sering lupa untuk melakukan pengukuhan
kepada murid-murid saya sewaktu di dalam proses PdP di dalam kelas. Sebagai contoh
saya tidak memberikan atau jarang memberikan reaksi berbentuk positif apabila murid
berjaya menjawab soalan atau melakukan aktiviti PdP dengan betul. Di sini, murid tidak
tahu sama ada jawapan yang diberikan sama ada betul atau salah kerana sikap saya
yang mengabaikan kemahiran pengukuhan ini.

3. Cadangan Susulan
a) Saya patut mengkaji masalah kemahiran pengukuhan yang tepat yang dihadapi
oleh saya mungkin kerana kecuaian dari aspek lupa untuk memberi murid pengukuhan
kepada murid dan saya akan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran
pengukuhan yang berkesan agar saya mampu mengukuhkan ilmu pengetahuan murid
yang telah diajarkan dengan kata-kata bersifat motivasi.





4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penegukuhan adalah
satu kemahiran atau teknik memberi kata-kata perangsang kepada orang lain terutamanya
murid-murid. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu
pengajaran guru sewaktu interaksi PdP bersama murid di dalam kelas menjadi sia-sia dan
murid akan menjadi tidak begitu bersemangat dan berminat untuk belajar di dalam kelas kerana
berasa tidak dihargai oleh guru.


Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan : ................................................
Nama : ...............................................
Tarikh : ................................................

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ................................................
Nama : ...............................................
Tarikh : ................................................

You might also like