You are on page 1of 15

1

Pengenalan
Artikel Silvio Pons yang bertajuk Stalin, Togliatti and The Origins of The Cold War in
Europe menyatakan bahawa meskipun negara Itali bukanlah sebuah negara yang mengamalkan
dasar luar Kesatuan Soviet di Eropah, namun perkembangan peringkat domestik yang berlaku di
dalam negara tersebut antara tahun 1943 sehingga pasca-Perang Dunia Kedua merupakan
manifestasi terhadap dasar Kesatuan Soviet di Itali dan gambaran keseluruhan asal-usul Perang
Dingin yang berlaku di Eropah. Bermula dengan tindakan unilateral Kesatuan Soviet
membelakangi pendirian berat sebelah Amerika Syarikat dan Britain terhadap isu pengaruh
Pakatan Bersekutu di Itali dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Bagdolio
pada tahun 1944, diikuti dengan perluasan pengaruh Parti Komunis Itali (Italian Communist
Party atau PCI) pimpinan Palmiro Togliatti sehingga mendapat kedudukan yang istimewa dalam
politik Itali, negara Itali pada tahun-tahun berikutnya tidak terlepas daripada terjerumus ke dalam
kancah bibit-bibit awal persaingan antara blok kuasa Barat pimpinan Amerika Syarikat dengan
Kesatuan Soviet sebagai blok kuasa Timur.
Tahun berikutnya, perkembangan domestik negara Itali tidak terlepas daripada
pergolakan yang berlaku pada peringkat antarabangsa. Negara Itali telah menjadi salah satu
negara yang menonjolkan persaingan antara Amerika Syarikat dan Britain dengan Kesatuan
Soviet mengenai soal pengaruh dan kuasa di Eropah. Perlaksanaan Plan Marshal, penubuhan
Cominform, dan rampasan kuasa komunis di Czechoslovakia pada tahun 1948 telah
perkembangan peringkat domestic Itali seperti ancaman golongan anti-Fasis, pemberontakan
pejuang pembebasan Itali, dan kemunculan Parti Demokratik Kristian yang mendapat sokongan
Amerika Syarikat. Semua ini mempengaruhi perkembangan dasar luar Soviet di Itali.
2

Dasar Luar Soviet Dan Itali : Strategi Yang Tidak Tetap
Bahagian ini menjelaskan mengenai keadaan perkembangan yang berlaku di peringkat
pentadbiran Soviet selepas Persidangan Moscow 1943 sehingga pasca-Perang Dunia Kedua
1945. Meskipun para pemimpin Kesatuan Soviet mula memasukkan negara Itali sebagai antara
perkara penentu dasar luar Soviet selepas Persidangan Moscow 1943, namun hanya selepas
peristiwa Pertemuan Rahsia Stalin-Togliatti pada Mac 1944 barulah Kesatuan Soviet dilihat
mempunyai sebuah ketetapan dasar luar yang jelas terhadap kerajaan Itali. Artikel tersebut
menyatakan keadaan sepanjang tempoh November 1943 sehingga Mac 1944 tersebut, kerajaan
Soviet di Moscow dilihat sering berubah-ubah dasar luar terhadap pentadbiran Bagdolio di Itali.
Keceruan corak dasar luar Soviet ini dapat dilihat dengan perbezaan antara hala tuju dasar luar
Moscow selepas Persidangan Moscow pada November 1943 dengan hala tuju Moscow selepas
kenyataan Andrei Vyshinkii pada Januari 1944. Selepas Persaidangan Moscow, Menteri Luar
Kesatuan Soviet, Vyaslav Molotov telah menetapkan bahawa dasar diplomasi politik adalah
dasar yang paling sesuai diamalkan Soviet terhadap Itali.
Walau bagaimanapun, Andrei Vyshinkii, Perwakilan Soviet yang pertama dalam Majlis
Penasihat Konsul Itali (Italian Advisory Council) telah mempersoalkan semula dasar sedarhana
dan diplomasi politik yang digunapakai oleh Soviet dan PCI, sedangkan pesaing Soviet,
terutamanya Britain sememangnya berhasrat besar untuk memperluaskan pengaruh di Itali.
Persoalan yang diutarakan oleh Vyshinkii ini benar-benar telah mendapat perhatian peringkat
Kementerian Luar Soviet sehinggakan segala usaha diperingkat pentadbiran Moscow pada
selepas itu adalah khusus kepada tindakan campur tangan terhadap kerajaan Itali. Hanya selepas
Pertemuan Rahsia Stalin-Togliatti pada Mac 1944 barulah Kesatuan Soviet beralih semula
kepada dasar bersederhana Togliatti.
Terdapat dua pendapat mengenai apakah dasar luar yang sesuai digunapakai oleh
Kesatuan Soviet terhadap kerajaan Bagdolio di Itali. Pendapat pertama dikemukakan oleh
pemimpin PCI, iaitu Togliatti yang menegaskan bahawa langkah sederhana (moderate action)
adalah strategi yang paling sesuai untuk negara seperti Itali. Dalam cadangan ini, Togliatti
mencadangkan bahawa PCI perlu mengaplikasikan dasar Svolta di Salerno dengan
mengamalkan kerjasama dengan kerajaan pimpinan Bagdolio di Itali berbanding dengan usaha
untuk menjadikan kerajaan Itali tersebut sebagai kerajaan berhaluan komunis. Beliau juga
3

menegaskan ancaman yang kemungkinan bakal dihadapi oleh PCI sekiranya mengambil
pendekatan yang berbeza selain pendekatan sederhana, iaitu ancaman kuasa Britain di
Maditerranean. Namun, cadangan Togliatti ini tidak dipersetujui di peringkat perwakilan Soviet
di Itali. Vyshinkii yang berpendapat bahawa dasar sederhana Togliatti tersebut tidak akan
mampu membantu Soviet mengukuhkan pengaruh di Itali kerana ancaman sekutu Eropah lain,
terutamnya British yang mempunyai berkeinginan besar untuk meluaskan pengaruhnya di Itali.
Oleh itu, Vyshinki bertegas bahawa Moscow perlu campur tangan secara langsung di dalam
pentadbiran kerajaan pimpinan Bagdolio bagi membolehkan kerajaan Itali tidak jatuh ke tangan
kawalan pesaing Soviet. Walau bagaimanapun, usaha Vyshinkii ini berjaya dikekang seketika
oleh PCI dan Togliatti di Itali dengan bantuan pegawai Pejabat Dasar Luar Soviet, Georgi
Dimitrov.
Ketidakstbilan dasar-dasar luar Soviet terhadap Itali, yang juga merupakan cerminan bagi
tindak-tanduk Soviet di Eropah, akhirnya terlerai dengan Pertemuan Stalin-Togliatti pada Mac
1944. Silvio Pons menyatakan bagaimana pertemuan tersebut adalah sangat rahsia sehingga tiada
kenyataan rasmi daripada pihak Soviet mengenai pertemuan antara pemimpin Soviet dengan
pemimpin PCI tersebut. Ada beberapa perkara penting yang diungkitkan dalam artikel ini
mengenai Pertemuan Stalin-Togliatti. Pertama, pertemuan tersebut merupakan tanda persetujuan
Stalin terhadap cadangan Togliatti mengenai dasar sederhana PCI yang diamalkan terhadap
kerajaan Bagdolio di Itali. Ini sekaligus menghentikan segala usaha untuk menjadikan kerajaan
Itali sebagai kerajaan berhaluan komunis seperti yang dicadangkan oleh Vyshinkii. Kedua,
pertemuan itu juga menjadi penyelesai kepada masalah dasar luar Soviet yang kabur selepas
Persidangan Moscow 1943. Ketiga, pertemuan ini juga menjelaskan kenyataan awal Silvio Pons
dalam artikel ini yang menyebut bahawa meskipun PCI bukanlah parti utama di Itali, namun PCI
masih menjadi cerminan bagi setiap tindak-tanduk Soviet di Eropah. Pertemuan ini juga
menjelaskan bahawa sebarang dasar komunis di Eropah adalah perlu melalui Stalin sendiri.
Sebeb itu pertemuan Stalin-Togliatti ini diadakan, iaitu untuk membenarkan dasar PCI yang
diamalkan Togliatti di Itali, negara yang menjadi bayangan kewujudan Soviet di Eropah.
Suatu perkara menarik di dalam artikel ini iaitu mengenai Fikiran Stalin (Stalin Minds).
Silvio Pons mejelaskan bagaimana Pertemuan StalinTogliatti pada Mac 1944 telah menjadi
jawapan kepada teka-teki mengenai perkara-perkara yang bermain di dalam fikiran Stalin
4

tentang strategi Soviet untuk di Eropah sejak Persidangan Moscow. Stalin selepas Persidangan
Moscow 1943 tidak mempunyai sebuah strategi khusus tentang urusan dasar luar Soviet terhadap
usaha perkembangan pengaruh komunis di bahagian Eropah, terutamanya di Itali. Silvio Pons
sendiri menyebut bahawa sikap pemimpin tertinggi Soviet ini ada kaitan dengan pendirian
peribadi beliau yang lebih bersetuju untuk mengamalkan dasar memecahbelahkan Eropah
daripada membentuk Eropah sebagai sebuah kesatuan Komunis. Untuk itu, Stalin lebih
mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap perkembangan yang berlaku di dalam kalangan
pegawai-pegawainya yang sedang bertelingkah mengenai dasar luar Soviet, di samping beliau
mengambil langkah sendiri dengan memerhatikan situasi perkembangan di Eropah.
Pertama sekali, Stalin-Togliatti bersetuju bahawa parti-parti komunis di Eropah adalah
sebagai pengimbang terhadap pengaruh Amerika Syarikat dan Britan yang cuba untuk
mendirikan sebuah blok pakatan dengan negara-negara Eropah lain yang dikenali sebagai Blok
Barat (Western Europen Bloc). Selagi Moscow mampu mengimbang pengaruh Blok Barat di
Eropah, kepentingan Soviet di dalam benua itu juga akan turut terjamin. Untuk itu, parti-parti
naungan komunis tidak semestinya menjadi peneraju di dalam hal-ehwal pentadbiran tempatan
negara-negara Eropah, sebaliknya cukuplah sekadar sebagai check-and-balance dengan parti-
parti tempatan. Di dalam politik Itali peringkat domestik pula, PCI berperanan sebagai
pengimbang terhadap pengaruh Amerika Syarikat dan Britain di dalam politik peringkat
domestik Itali, lebih-lebih lagi selepas kewujudan Parti Demokratik Kristian Itali (Christian
Demokratic Party) yang mendapat sokongan Amerika Syarikat. Meskipun PCI bukanlah parti
yang memerintah di Itali, namun kedudukan PCI sebagai parti kedua terpenting di Itali sudah
cukup untuk menjadikan parti tersebut mempunyai pengaruh bessar di dalam kerajaan Itali
pimpinan Bagdolio berbanding dengan Parti Demokratik Kristian tersebut.
Selain itu, perkara yang menarik di dalam Fikiran Stalin juga adalah mengenai persoalan
kaedah yang paling sesuai untuk digunapakai oleh Stalin bagi menyaingi Blok Barat di Eropah.
Meskipun Stalin tidak berniat untuk menjadikan Eropah sebagai sebuah kesatuan komunis,
seperti yang diulas pada awal artikel, namun niat Stalin ini tidak bermaksud bahawa beliau
sewenang-wenangnya menyerahkan Eropah sebagai milik keseluruhan Blok Barat, kerana
tindakan ini bakal menggugat pengaruh Soviet yang sangat besar di bahagian Timur Eropah (Far
Easten Europen). Kewujudan Blok Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat dan Britain di
5

Eropah ini sememangnya tidak terlepas daripada perhatian Stalin. Malah, Blok Barat inilah
menjadi perkara yang paling utama sekali mempengaruhi pertimbangan dan tindakan Stalin
dalam apa juga dasar Soviet yang dibuat di Eropah. Terdapat banyak ulasan di dalam artikel ini
yang menyentuh mengenai perilaku Stalin ini. Pertama sekali, sikap Stalin ini dapat dilihat dalam
tindakannya bersetuju dengan dasar sederhana (moderate action) yang dibuat oleh Togliatti
sebagai dasar yang paling sesuai diamalkan PCI di Itali. Sebenarnya, perkara terpenting yang
berlegar di dalam fikiran Stalin sehingga beliau memilih dasar Togliatti berbanding dengan dasar
agresif Vyshinkii terhadap Itali adalah kedudukan tentera Britain di sepanjang wilayah
Mediterranean. Stalin, seperti juga Togliatti, berpendapat bahawa perubahan agresif dan keadaan
anarki di dalam geopolitik Itali bakal mengundang usaha campur tangan dan kemaraan tentera
Britain dari selatan negara tersebut. Oleh itu, Stalin dengan usahanya untuk cuba mengelakkan
segala kemungkinan yang bakal menyebabkan tercetusnya huru-hara dan keadaan anarki di Itali,
menggesa Soviet menggunapakai dasar sederhana PCI di negara seperti Itali.
Begitu juga dengan perilaku Stalin semasa Peristiwa Trieste pada May 1945, iaitu
penaklukan wilayah Trieste di sempadan wilayah timur Itali oleh tentera komunis Yugoslavia,
yang juga merupakan sekutu Soviet di Eropah. Meskipun Stalin memberi kebenaran kepada
tentera Yugoslavia menawan wilayah Trieste, namun desakan dan amaran yang tidak henti-henti
daripada Blok Barat terhadap tindakan sekutu Soviet tersebut sehingga bakal mengundang
konflik serius antara Soviet dengan Amerika Syarikat dan Britain menyebabkan Stalin terpaksa
mengeluarkan arahan kepada tentera Yugoslavia supaya berundur daripada wilayah tersebut dan
memberikan Trieste kepada tentera Bersekutu. Perilaku Stalin ini memperlihatkan bahawa beliau
sedaya upaya cuba untuk mengelakkan persengketaan serius dengan Blok Barat meskipun
terpaksa menarik balik keputusan yang beliau sendiri buat. Selain itu, peristiwa Trieste ini juga
menjadi contoh kepada Stalin tentang akibat yang bakal beliau berdepan sekiranya membiarkan
sekutu komunis mengambil langkah radikal dan agresif di Itali. Sudah tentu, PCI akan berdepan
dengan penentangan terbuka daripada pihak Blok Barat yang hanya akan menggugat kedudukan
istimewa PCI di Itali. Oleh itu, Stalin mengambil pendekatan sederhana Togliatti kerana
kedudukan yang selamat ini akan memberikannya peluang dan ruang yang cukup untuk
menyusun strategi komunis di negara-negara Eropah.
6

Selepas pertemuan penting tersebut, dasar sederhana yang digunapakai oleh PCI di Itali
dilihat telah menjadi sebuah strategi politik yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dalam
dan luar Soviet. Malah, Silvio Pons sendiri menyatakan bahawa Stalin dan Togliatti berjaya
mengatasi tekanan dan cabaran masing-masing daripada Blok Barat dan pegawai-pegawai Soviet
yang tidak bersetuju dengan dasar sederhana Togliatti. Di Itali, dasar sederhana Togliatti ini telah
berjaya mengatasi tekanan-tekanan pegawai Soviet seperti Aleksander Bogomolov yang
merupakan perwakilan baru Soviet di dalam Majlis Penasihat Konsul Itali. Bogomolov secara
jelas menentang dasar PCI yang dilihatnya tidak mampu mengekang pengaruh Blok Barat yang
semakin berkembang di Itali. Oleh itu, beliau secara peribadi telah mengkritik Togliatti dan PCI
serta menggalakkan sebuah revolusi sosial diadakan di Itali. Namun, kritikan Bogomolov ini
berjaya ditepis oleh hujah-hujah sederhana Togliatti. Pemimpin PCI tersebut menjelaskan
bahawa dasar sederhana ini telah menjamin Itali daripada terjerumus ke dalam kancah perang
saudara seperti yang berlaku di negara-negara jiran Itali seperti Greece dan Yugoslavia yang
dipimpin oleh pemimpin-pemimpin komunis berfahaman tegas (hardline) seperti Bogomolov.
Malah, kelebihan strategi Togliatti di Itali ini telah member manfaat kepada Stalin untuk bedepan
dengan tekanan Blok Barat yang cuba mengekang pengaruh komunis di negara tersebut, seperti
pemimpin British, Winston Churchill.
Walau bagaimanapun, peristiwa Trieste May 1944 adalah peristiwa yang benar-benar
telah menguji persefahaman antara Stalin dengan Togliatti mengenai tindak-tanduk dan dasar-
dasar komunis di Eropah. Di sebalik dasar sederhana yang dipersetujui oleh Stalin dan Togliatti
di Eropah, penaklukan Bandar Trieste memperlihatkan bahawa pentadbiran Stalin dan Togliatti
mempunyai perbezaan pendapat dalam isu komunis di luar Itali. Tindakan Stalin membenarkan
penaklukan Trieste oleh sekutu Soviet, Yugoslavia telah menimbulkan tanda tanya kepada
pemimpin PCI tersebut di sebalik persetujuan Stalin untuk menggunapakai pendekatan sederhana
di Eropah. Meskipun tidak menjejaskan hubungan baik antara Stalin dan Togliatti, namun
peristiwa Trieste pada May 1944 sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan terhadap
persefahaman antara PCI dan pegawai-pegawai Kementerian Luar Soviet di Moscow pada
tahun-tahun berikutnya.


7

Krisis 1947
Artikel ini menjelaskan bahawa krisis 1947 yang dihadapi oleh Kesatuan Soviet dan PCI
yang juga merupakan klimaks dalam susur galur peristiwa perkembangan Soviet di Eropah dan
PCI di Itali. Krisis 1947 memperlihatkan bagaimana pertembungan pengaruh secara terang-
terangan di antara Soviet dengan Blok Barat telah membawa kepada persaingan hebat masing-
masing di negara-negara Eropah Barat selepas tamat Perang Dunia Kedua sehinggakan implikasi
persaingan tersebut dapat dilihat di negara pengaruh masing-masing seperti Soviet di Itali. Bagi
PCI dan Togliatti pula, krisis yang dihadapai parti tersebut pada tahun 1947 menjelaskan
mengenai beberapa perubahan drastik di peringkat dalaman PCI yang ternyata bertentangan
dengan amalan dasar mereka pada sebelum ini demi membantu Soviet di Eropah. Namun,
kerjasama Soviet-PCI ini banyak dibantu oleh hubungan rapat antara Stalin dan Togliatti.
Krisis yang paling awal dinyatakan di dalam artikel ini berkenaan Krisis 1947 adalah
mengenai ketidaksefahaman antara Menteri Luar Soviet, Molotov dengan pemimpin PCI,
Togliatti. Ketidaksefahaman pendapat Silvio Pons menjelaskan bahawa persengketaan Molotov-
Togliatti ini merupakan persengketaan dalaman yang berlaku di peringkat Kementerian Luar
Soviet yang tidak dapat memahami dasar-dasar PCI berkenaan kepentingan Soviet di Itali dan di
Eropah Barat. Isu Trieste Mac 1944 adalah contoh yang paling sesuai untuk menjelaskan
ketidakserasian antara Kementerian Luar Soviet dengan PCI berkenaan dengan kepentingan
Soviet di Eropah Barat. Bagi PCI, krisis Trieste perlu diselesaikan oleh Soviet dengan
menggunakan model dasar sederhana PCI di Itali, iaitu dengan cara mengekalkan pengaruh
komunis di Itali sehingga dapat mengimbangi pengaruh Blok Barat dalam politik domestik, di
samping menggalakkan perkembangan parti-parti sayap kiri komunis sehingga komunis menjadi
pengaruh yang dominan di Itali pada masa hadapan. Namun, perkara ini tidak dipersetujui oleh
Molotov. Beliau menegaskan bahawa agenda politik nasional PCI tersebut tidak mampu
membantu Soviet menghalang perluasan pengaruh seterunya di Eropah Barat. Krisis
persefahaman Molotov-Togliatti ini kemudiannya banyak memberi kesan terhadap urusan
pentadbiran Soviet dan pentadbiran Togliatti pada tahun mendatang.
Krisis tahun 1947 juga memperlihatkan kewujudan jurang perbezaan antara dasar luar
Soviet dengan dasar parti-parti komunis di Eropah Barat. Artikel tersebut ada menjelaskan
bahawa jurang perbezaan antara dasar luar Soviet di Eropah Barat dengan dasar parti-parti
8

komunis di dalam negara-negara Eropah Barat telah bermula sejak Soviet memulakan langkah
radikal memperkembangkan pengaruhnya di peringkat global pada tahun 1946. Pada bulan
September, pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Kersatuan Soviet, iaitu Molotov dan Andrei
Zhdanov, pegawai pangkat tinggi Soviet, secara terang-terangan telah mengishtiharkan
penentangan terhadap pembentukan Blok Barat yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat dan
Britain. Tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi Soviet ini jelas telah membawa kepada konflik
yang lebih serius antara Soviet dengan Amerika Syarikat dan Britain di peringkat global
sehinggakan Silvio Pons sendiri mendakwa bahawa tindakan Molotov dan Zhdanov inilah yang
telah mencetuskan Perang Dingin.
Walau bagaimanapun, perkembangan drastik dasar luar Soviet ini tidak mendapat
sokongan konsisten daripada peringkat pemimpin-pemimpin parti komunis di Eropah Barat.
Meskipun parti-parti komunis Eropah seperti PCI dan PCF telah menyatakan pendirian masing-
masing untuk menyokong kenyataan Molotov dan Zhdanov menentang pembentukan Blok Barat
yang dibuat pada September 1946, namun pendirian sekutu Soviet ini tidak bertahan lama.
Masing-masing PCI dan PCF menyedari bahawa kesan perubahan dasar luar Soviet yang agresif
tersebut telah mengundang padah terhadap kedudukan parti-parti komunis tersebut di peringkat
politik domestik. PCI dan PCF telah menjadi sasaran agenda Amerika Syarikat dan Britain
sehinggakan kedua-dua parti tersebut semakin kehilangan pengaruh di dalam kerajaan Perancis
dan Itali. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila masalah domestik yang dihadapi oleh parti-
parti komunis Eropah ini tidak mendapat perhatian yang sepatutnya daripada pentadbiran
Moscow yang lebih mengutamakan kepentingan dasar luar Soviet di peringkat global. Togliatti
kemudiannya sedar bahawa PCI sebenarnya bersendirian dalam masalah domestik ini. Malah
beliau sendiri mula menyelar dasar luar Soviet yang tidak menjaga kepentingan sekutunya.
Sesuatu lagi perkara yang menarik di sepanjang Krisis 1947 adalah mengenai perubahan
drastik yang berlaku di peringkat PCI. Ada dua perkara menarik mengenai perubahan drastik
dasar PCI ini. Pertama adalah mengenai haluan PCI sebagai perwakilan Soviet di Eropah Barat.
Berbanding tahun-tahun sebelumnya yang memperlihatkan bagaimana corak pentadbiran PCI
yang lebih berdikari disamping mendapat sokongan Stalin di Moscow seperti isu dasar Soviet di
Itali, terdapat perubahan ketara berlaku di dalam corak pentadbiran PCI ini apabila parti komunis
tersebut pada tahun 1946 dilihat lebih terikat dengan dasar-dasar luar pentadbiran Soviet di
9

Moscow. Setelah bertegas bahawa Soviet perlu lebih sederhana dalam menyelesaikan masalah
Trieste 1944, dan menggalakkan peranan PCI sebagai parti check-and-balance kepada parti-parti
pemerintah, pendirian Togliatti ini telah berubah apabila beliau sendiri menyatakan kesediaan
dan keperluan PCI untuk meninggalkan dasar sederhana ini bagi menggalakkan penyebaran
pengaruh Soviet secara agresif di Eropah Barat. Namun, Togliatti kemudiannya sedar bahawa
perubahan pendiriannya ini telah mengundang perkara yang cuba dielakkannya selama ini, iaitu
persaingan secara langsung dengan Amerika Syarikat dan sekutunya di peringkat politik Itali
sehinggakan PCI sendiri kehilangan pengaruh di dalam parti kerajaan Bagdolio setelah
kekalahan parti tersebut dalam pilihanraya pada tahun 1947. Bagi mendapatkan sokongan semula
kerajaan Itali, PCI mengambil tindakan yang apa dilihat oleh Silvio Pons sebagai tindakan yang
bakal mengundang konflik dengan pentadbiran Soviet, iaitu menerima perlaksanaan Pelan
Marshall di Eropah. Sejak perubahan pendirian Togliatti ini, jurang antara pentadbiran Soviet
dan PCI semakin meluas.
Bahagian akhir subtopik artikel ini pula menyentuh mengenai kejatuhan pengaruh parti-
parti politik komunis di negara-negara Eropah dan perbezaan pendirian dan haluan yang semakin
menyimpang antara parti-parti komunis di Eropah dengan pentadbiran pusat Soviet di Moscow.
Bermula dengan krisis Trieste, sehingga kepada isu perkembangan pengaruh Soviet di peringkat
global, masing-masing Molotov dan Togliatti masih tidak lagi mencapai persefahaman antara
satu sama lain. Malah, usaha agresif di peringkat pentadbiran pusat Soviet bagi menggalakkan
perkembangan pengaruh komunis di peringkat global semakin gagal untuk melihat kepentingan
PCI sebagai antara perkara yang menjadi pertimbangan sebarang tindakan Soviet di Eropah.
Perkara ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Molotov pada Jun 1947 yang menyebut bahawa
dasar-dasar parti komunis Eropah Barat sudah tidak lagi selaras dengan dasar pusat pentadbiran
Soviet pada ketika itu. Di peringkat parti-parti komunis Eropah pula, keadaan lebih
memburukkan. Bagi sekutu komunis tersebut ancaman sebenar bukanlah Pelan Marshall seperti
yang digembar-gemburkan Moscow, tetapi ancaman Soviet di Eropah menolak Pelan Marshall
yang bakal digunakan oleh Amerika Syarikat dan Britian sebagai alasan untuk menyekat
pengaruh Soviet secara keseluruhan di peringkat global. Ketidakserasian Moscow dengan parti-
parti komunis Eropah ini berlarutan sehingga membawa kepada tindakan penubuhan Cominform
oleh Soviet.
10


Kesan Cominform
Cominform adalah merujuk kepada Nama Rasmi bagi Biro Maklumat Komunis dan
pekerja parti di Eropah. Cominfrom merupakan forum rasmi Pergerakan Komunis Antarabangsa
selepas pembubaran Comintern selepas Perang Dunia II. Merujuk kepada artikel ini
menceritakan bahawa kesan kesan daripada Cominform terhadap Perang Dingin di Eropah.Pada
perjumpaan dengan Dimitrov iaitu ketua Parti Komunis Perancis (PCF) pada Ogos 1947, Stalin
yang merupakan ketua Soviet Union telah mengkritik dengan terbuka ketidakpuasan hatinya
terhadap tingkah laku Komunis Perancis dengan mengkritik polisi mereka yang dianggap
sebagai satu kesilapan. Stalin turut mengkritik Parti komunis Itali. Dengan kelantanganya dalam
mesyuarat ini, Stalin sudah bersedia untuk mengecam PCI dan PCF dalam sidangCominform
yang akandiadakan pada September 1974. Mesyuarat ini merupakan permulaan kepada serangan
Zhdanov terhadap Komunis Itali dan Komunis Perancis pada persidangan Cominform yang
diadakan pada September 1974.
Menurut artikel ini, keputusan untuk menentang Komunis barat secara terbuka telah
dibuat padaOgos 1947 melalui memorandum yang telah dihantar oleh Zhdanov kepada Stalin.
Persiapan Soviet Union menjelang forum pertama Cominfom telah dirahsiakan. Pada
pertengahan Ogos dua pemimpin Komunis Poland iaitu Wladyslaw Gomulka dan Boleslaw
Bierut menyedari tentang penubuhan Cominform namun mereka masih lagi tidak menyedari
bahawa Kesatuan Soviet bukan sahaja mahu mewujudkan badan perunding tetapi sebuah
organisasi antarabangsa yang baru.
Dalam artikel ini turut menerangkan bahawa model Yunani ataupun Greek Model telah
diperkenalkan oleh Yugoslavia dan bukannya dari Kesatuan Soviet. Kesatuan Soviet telah
Berjaya memenangi sokongan kuat daripada orang Yugoslavia dan pihak-pihak Eropah Timur
lain. Pendekatan yang digunakan oleh Kesatuan Soviet adalah sedikit kabur sehingga
menyebabkan dua kesan antaranya PemimpinI tali dibenarkan membuat keptusan sendiri namun
perlu tinggal dalam batas perlembagaan. Kekaburan ini turutmencipta ketidakpastian yang ketara
tentang objektif dan matlamat Cominform sehingga menyebabkan perpecahan berlaku dalam
Parti Kominis Itali diantara majority yang sederhan dan minority radikal.
11

Artikel ini turut membincangkan tentang bagaimana Parti Komunis Itali dan Parti
Komunis Perancis mencari penjelasan terhadap perkara yang berlaku kepada Stalin dengan ada
nyamisi Thorezs ke Moscow pada bulan November 1947 dan Secchias trip sebulan selepas itu.
Namun, Stalin telah mengarahkan Komunis Eropah Barat untuk menjauhkan diri dari Yugoslavia
tetapi masih lagi samar mengenai prospek perang saudara pada masa hadapan.Hasil perjumpaan
Secchias melaporkan Togliatti menganggap tidak wajar untuk melaksanakannya pada perang
saudara namun konfflik bersenjata telah berkembang dalam parti komunis. Stalin telah bersetuju
dengan pandangan Togliatti namun member amaran agar bersiap sedia menghadapi ancaman
musuh.
Hasil daripada perjumpaan itu juga gagal member penerangan yang secukupnya dan
masih lagi samar. Menurut artikel ini juga Stalin tidak menghalalkan kecenderungan radikal
dalam Parti Komunis Itali tetapi Stalin tidak member arahan atau pun objektif yang tepat.
Penubuhan Cominform dilihat dapat menambah baik keadaan antarabangsa di samping segala
keputusan dapat memihak kepada mereka. Namun perkara yang menjadi persoalan adalah yang
pertama persidangan Cominform ini tidak diberi penjelasan yang jelas kepada Komunis Barat
Eropah sama ada harus mengekalkan cara parlimen atau pun tidak. Selain itu juga hasil
perjumpaan dengan Stalin melalui misi yang dilakukan tidak dapat menyelesaikan persoalan
tentang strategi masa depan persidangan Cominform. Perkara melibatkan Cominform dibiarkan
tidak jelas kerana pemimpin soviet tidak mahu tersilap langkah kerana ketidakpastian dalam
proses membuat keputusan. Rekod mesyuarat di antara Secchia, Zhdanov dan Stalin adalah
bercanggah dengan aspek-aspek tindak balas Kesatuan Soviet untuk pelancaran Pelan Marshall.
Artikel ini turut membincangkan tentang Komunis Itali yang menggesa Kesatuan Soviet
untuk membuat satu ikrar rasmi untuk member bantuan makanan dan ekonomi sekiranya
kemenangan dapat dicapai oleh Persatuan Berhaluan Kiri dalamPilihanraya Kebangsaan. Namun
Stalin mendakwa permintaan ini adalah berbahaya dan setiap langkah yang dilakukan boleh
ditafsirkan melanggar kedaulatan Negara Itali. Kesatuan Soviet terpaksa mematuhi kedaulatan
mengelakkan gangguan kepada mereka yang boleh melibatkan kos yang tinggi.
Menurut artikel ini juga pada 23 Mac 1948 isyarat yang disampaikan di Moscow untuk
Parti Komunis Itali yang muncul semula secara rahsia antara sekumpulan Togliatti dan Kostylev.
Togliatti bertanya mengenai pandangan kepimpinan Soviet yang berkemungkinan
12

pemberontakan bersenjata. Menurut Kesatuan Soviet kemungkinan provokasi serius daripada
Barisan Popular sebelum dan selepas Pilihanraya dan Parti Komunis Itali hanya akan bertindak
sekiranya keadaan menjadi serius. Namun langkah ini boleh membawa kepada satu lagi perang
dunia dimana Kesatuan Soviet dan Negara Demokrasi Baru akan menyokongBarisan popular
terhadap Negara-negara barat termasuk Amerika Syarikat.
Melalui artikel ini juga menerangkan bahawa tiada kejelasan tentang senario campur
tangan Amerika Syarikat ke atas Itali yang mula di rancang pada tahun 1948 oleh pihak Moscow.
Secara peribadi Pemimpin Soviet telah melihat Pilihanraya Itali pada April 1948 sebagai titik
perubahan seperti Amerika Syarikat. Keputusan tersebut bukan hanya mengesahkan kegagalan
strategi yang diterima pakai oleh Parti Komunis Eropah Barat selepas penubuhan Cominform
tetapi juaga telah menunjukkan kekuatan kuasa-kuasa musuh. Perkembangan ini telah membawa
kepada tamatnya tempoh tegang dan tidak menentu hubungan antara Moscow dan Parti Komunis
Itali yang muncul selepas pembentukan Cominform. Keruntuhan penyelarasan yang sederhana
ditubuhkan pada tahun1944 antara Kesatuan Soviet dan Parti Komunis Itali bagaimanapun
menimbulkan strategi politik yang baru. Dasar Komunis di Eropah telah dikurangkan kepada
propaganda dan hanya menunggu teknologi maklumat yang baru. Parti Komunis Itali
mengukuhkan peranannya dalam Itali dan membangunkan amalan demokrasi ,mengira secara
eksklusif dengan sendirinya.

Kemerosotan Strategi
Bahagian ini lebih berkisar tentang usaha Togliatti dan PCI dalam politik domestik Itali
selepas kemerosotan pengaruh Soviet dalam beberapa siri persaingan dengan Blok Barat.
Togliatti sedar bahawa kedegilan pentadbiran Soviet di peringkat pusat yang tanpa
mengambilkira kepentingan parti-parti komunis Eropah seperti PCI semasa membuat dasar
penting Soviet, dan kemerosotan perti tersebut dalam politik domestik Itali berikutan saingan
hebat sekutu-sekutu Blok Barat di dalam parti kerajaan, telah menyedarkan Togliatti bahawa
beliau sepatutnya harus mengekalkan amalan dasar sederhana PCI dan lebih mengutamakan
kepentingan parti tersebut berbanding dengan kepentingan Soviet. Pemimpin PCI tersebut sedar
bahawa peristiwa sepanjang tahun 1945-1949 telah menunjukkan kepada beliau bahawa parti
13

komunis tersebut tidak akan mampu memenuhi keperluan dan kepentingan pentadbiran Soviet di
Moscow. Sebab itulah pada tahun 1947, Togliatti menggunakan kesempatan perbincangan
dengan duta Soviet di Itali, Kostylev untuk mengingatkan pentadbiran Soviet mengenai
kepentingan PCI dan amalan dasar sederhana parti tersebut dalam usaha untuk mengekalkan
pengaruh komunis di negara-negara Eropah, seperti Itali yang sedang diancam hebat oleh Blok
Barat.
Artikel ini juga menyentuh mengenai perjumpaan Stalin dan Togliatti, perjumpaan dua
orang tokoh tertinggi Soviet yang pernah memberikan manfaat penting kepada agenda Soviet
dan PCI seperti yang berlaku pada Mac 1944. Walau bagaimanapun, pertemuan Stalin-Togliatti
pada Disember 1949 tidak meninggalkan makna yang mendalam kepada kepentingan Soviet dan
PCI. Malah, pertemuan tersebut lebih berkisar mengenai penjelasan Stalin kepada Togliatti
mengenai perkembangan dasar-dasar luar Soviet di negara-negara Eropah Barat. Silvio Pons
berpendapat bahawa pertemuan Stalin-Togliatti ini dibuat untuk mengurangkan prejudis buruk
parti-parti komunis Eropah seperti PCI terhadap pentadbiran pusat Soviet yang selama ini jelas
telah meminggirkan kepentingan sekutu-sekutu Soviet tersebut dalam beberapa isu-isu penting
Soviet di Eropah Barat. Manakala, pertemuan Stalin-Togliatti sepanjang dua tahun berikutnya
pula adalah untuk membincangkan keberlangsungan (survival) Cominform dan cadangan Stalin
untuk menjadikan Togliatti sebagai pemimpin tertinggi Cominform. Namun, Togliatti telah
menolak cadangan Stalin ini kerana pendirian beliau untuk meneruskan perjuangan PCI di Itali.
Bahagian ini juga menjelaskan mengenai kepentingan PCI kepada pentadbiran pusat
Soviet di Moscow selepas penubuhan Cominform. Ada beberapa perkara yang mempengaruhi
kedudukan PCI dalam pandangan pentadbiran pusat Soviet. Pertama adalah mengenai dasar-
dasar dan pendirian pemimpin PCI, Togliatti mengenai perjuangan parti tersebut dalam
membantu usaha perkembangan pengaruh Soviet di Eropah. Namun, seperti yang telah
diperjelaskan pada awal tadi bahawa pendirian Togliatti selepas penubuhan Cominform lebih
berkisar tentang kepentingan PCI di peringkat domestik Itali berbanding dengan dasar
pentadbiran pusat Soviet itu sendiri. Kedua adalah kedudukan parti politik tersebut di dalam
landskap politk domestik Itali. Walau bagaimanapun, PCI selepas pembentukan kerajaan baru
Itali pada tahun 1946 bukan lagi sebuah parti yang berpengaruh besar di dalm kerajaan Itali,
seperti yang pernah berlaku sepanjang tahun 1943-1946. Selain itu, pentadbiran Moscow juga
14

mempertimbangkan keberkesanan usaha Cominform di peringkat Eropah Barat. Namun,
pertubuhan komunis tersebut gagal untuk membantu parti-parti komunis di Eropah Barat
disebabkan ketidakserasian dasar dalaman masing-masing.
Dengan mengambilkira kesemua aspek tersebut, pentadbiran pusat Soviet lebih
cenderung untuk menjadikan PCI sebagai alat propaganda Soviet. Pendirian Soviet ini adalah
kerana beberapa sebab. Pertama, pendirian Togliatti selepas tahun 1947 sememangnya tidak lagi
sehaluan dengan pendirian Moscow dan Molotov. Ini banyak dipengaruhi oleh tanggapan
peribadi beliau bahawa pentadbiran Moscow telah mengetepikan kepentingan parti-parti
komunis di Eropah Barat seperti PCI. Kedua, PCI selepas pembentukan semula kerajaan Itali
pada tahun 1946 sudah tidak lagi berpegaruh besar dalam kerajaan Itali yang baru. Kedudukan
PCI ini sudah tidak lagi memberikan apa-apa manfaat kepada kepentingan Soviet di dalam
negara Itali. Selain itu, Cominform juga terbatas dalam usaha membantu perkembangan Soviet di
Itali kerana ketidakserasian dasar pertubuhan tersebut dengan dasar wakil Soviet di negara
tersebut iaitu PCI. Disebabkan faktor-faktor inilah yang telah membuatkan pentadbiran pusat
Soviet di Moscow bertindak mengubah pandangan mereka terhadap PCI dengan menjadikan
parti tersebut sebagai alat propaganda Soviet di Itali.

15

Kesimpulan
Kesimpulan artikel ini menjelakan 4 perkara. Pertama adalah mengenai corak
perkembangan dasar-dasar Soviet di peringkat Eropah. Silvio Pons menjelaskan bahawa corak
dasar Soviet merupakan gambaran strategi Moscow yang tidak konsisten. Selepas hampir berjaya
mencapai matlamat cita-cita seperti yang Moscow inginkan pada tahun 1943-1947, usaha
Moscow pada selepas tahun tersebut sudah tidak lagi mencerminkan tindakan bersama Moscow
dan parti-parti komunis di negara-negara Eropah Barat. Penubuhan Cominform pula dilihat
kurang membantu usaha Soviet untuk mengembangkan pengaruh komunis di Eropah. Malah,
pertubuhan tersebut dilihat tidak selari dengan dasar dan agenda nasional parti-parti komunis di
peringkat domestik negara masing-masing seperti yang berlaku di antara pertubuhan tersebut
dengan PCI. Silvio Pons juga memuji dasar sederhana Togliatti dan PCI di Itali sehingga berjaya
memastikan parti-parti tersebut masih mempunyai pengaruh tersendiri setidak-tidaknya di dalam
peringkat politik tempatan. Mengenai Stalin pula, ketokohan peribadi pemimpin Kesatuan Soviet
itu gagal membantu pekembangan keseluruhan komunisme di Eropah Barat, seperti yang beliu
lakukan terhadap PCI di Itali.

You might also like