You are on page 1of 8

JURNAL MINGGU KESEMBILAN

AKTIVITI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) MURID TAHUN 3


ARIF
NAMA : NUR AIN FATIHAH BINTI JUSOF
NO. K/P : 910209-03-5080
UNIT : PISMP PENGAJIAN ISLAM & AL-QURAN JANUARI 2011

PERNYATAAN MASALAH
Pada minggu kesembilan sesi praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan
Masjid Tanah (Integrasi), Melaka saya mendapati pengajaran yang saya
laksanakan tidak menyentuh Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid.
Hal ini turut disedari oleh guru pembimbing, Puan Hjh Salwa bt Abu yang
menyelia pengajaran saya sepanjang minggu kesembilan ini. Oleh hal yang
demikian, saya memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini dengan
menggunakan aktiviti-aktiviti pengajaran yang dapat menjana kemahiran
berfikir aras tinggi murid khususnya murid tahun 3 Arif.

Berdasarkan Kementerian Pelajaran Malaysia (2013), kemahiran
berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. Justeru, kemahiran ini perlu dibiasakan sejak sekolah
rendah lagi bagi memastikan produk yang dilahirkan sekolah mampu
memberi sumbangan yang berguna terhadap diri mereka sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara. Apatah lagi, dunia kini menuntut kita
bersedia dan sentiasa terbuka untuk menimba ilmu pengetahuan bagi
mendepani maklumat dan ilmu pengetahuan yang sering berubah. Kita turut
diajukan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis dalam kehidupan
seharian kita. Begitu juga dalam dunia pendidikan yang memerlukan kita
menyoal soalan yang relevan kemudian disokong dengan fakta yang kukuh
tentang sesuatu isu yang dinyatakan. Oleh itu, jelas di sini bahawa, sebagai
guru, kita perlu mempersiapkan masyarakat secara amnya, dan murid-murid
khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir aras tinggi bagi menghadapi
cabaran globalisasi. Hal ini disebabkan, Mohammad (1998) turut
mengatakan bahawa kemahiran pemikiran kritikal dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Selain itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan aras
yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. Menurut Onosko & Newman
(1994), KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru,
menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan
sedia ada dan menjana maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau
menyelesaikan situasi rumit. Maka KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan
potensi minda untuk menangani cabaran baru. (Yee Mei Heong, et. al, 2011).

ANALISIS MASALAH
Memandangkan hal ini akan bertambah serius jika dibiarkan berlarutan, saya
cuba untuk mengenal pasti punca-punca masalah yang telah dinyatakan
sebelum ini. Saya cuba menganalisis masalah yang timbul dan
menghubungkaitkan masalah tersebut dengan resolusi yang telah ditentukan.
Antara soalan-soalan yang timbul apabila menganalisis masalah tersebut
ialah:
- Adakah soalan yang dilontarkan dapat menjana pemikiran murid-
murid?
- Adakah aktiviti yang dijalankan dapat merangsang Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid?
- Kenapakah aktiviti yang dijalankan tidak merangsang Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) murid?
- Apakah aktiviti yang sesuai bagi merangsang Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) murid?
- Apakah bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan sepanjang
aktiviti pengajaran berlangsung?
- Adakah hanya saya sahaja yang menguasai keseluruhan
pengajaran?
Menurut Yahya Buntat & Norhusna Mohamed (2009) setiap manusia
menjalani proses berfikir. Namun jenis dan cara mereka berfikir adalah
berbeza-beza di antara individu yang lain. Kualiti serta buah fikiran yang
dihasilkan juga berbeza. Oleh itu, sebagai guru Pendidikan Islam, adalah
menjadi tugas kita untuk memastikan murid-murid berjaya menjalani proses
berfikir walaupun mereka dari kalangan murid lemah melalui kepelbagaian
aktiviti KBAT, soalan-soalan aras tinggi dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai lebih-lebih lagi penggunaan multimedia atau ICT. Hal
ini turut disetujui oleh Mohd Aris (2007) yang melihat bahawa kaedah
pengajaran berbantukan komputer memberi kesan yang amat
memberangsangkan terhadap pencapaian murid. (Rafiza Abdul Razak &
Maryam Abdul Rahman, 2013).

Walau bagaimanapun, menurut Thornton (1982), para pendidik kurang
berminat untuk menjalankan aktiviti yang kreatif di dalam bilik darjah
disebabkan beberapa perkara. Antaranya, ialah kawalan kelas dan
penggunaan masa. Oleh itu, para guru perlu bijak memainkan peranan dan
menggunakan segala ruang bagi merangsang kemahiran berfikir murid.
Perkara ini turut disokong oleh pendapat Perkins (1993) yang mencadangkan,
Teaching is less about what the teacher does than about what the teacher
gets the students to do. The teacher must arrange for the students to think
with and about the ideas they are learning for an extended period of time, so
that they learn their way around the topic (Perkins, 1993, m.s 31).

Malahan, menurut N.S Rajendran (2001), terdapat banyak faktor yang
menghalang guru untuk menjana KBAT murid. Salah satu daripada faktor
tersebut ialah cara pengajaran guru yang memonopoli sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam erti kata lain, guru hanya
menggunakan pendekatan berpusatkan guru yang membantutkan minda
murid untuk menyoal apatah lagi berfikir secara kritikal. Hal ini perlu
dielakkan oleh para pendidik kerana perkara ini akan menyebabkan minda
murid-murid tertutup dan tidak berkembang. Oleh itu, murid tidak mampu
untuk melangkah ke peringkat seterusnya iaiatu peringkat aplikasi seperti
mana yang dinayatakan oleh Bloom dalam 6 tahap pemikiran Taksonomi
Bloom.

CADANGAN
Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah mengambil langkah awal dan
merangka tindakan-tindakan susulan. Antara langkah awal yang telah saya
ambil adalah :
- Mengutarakan soalan-soalan aras tinggi semasa sesi penerangan
dilaksanakan.
- Memaparkan paparan gambar yang merangsang murid untuk bersoal
jawab dengan guru.
- Memastikan aktiviti KBAT tidak menggunakan masa yang panjang dan
sesuai dijalankan di dalam kelas.
- Menggunakan pendekatan berpusatkan murid dan bahan
Manakala, tindakan susulan yang saya ambil ialah :
- Berbincang dengan guru dan pensyarah pembimbing mengenai
aktiviti KBAT yang sesuai digunakan bagi sesuatu pengajaran.
- Memasukkan unsur penyerapan bidang Pendidikan Islam lain dan
rentasan subjek lain dalam pengajaran
- Menggunakan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang
minda murid untuk berfikir.
- Membina aktiviti yang merangsang KBAT murid.

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana bilik
darjah yang merangsang murid untuk turut serta dalam keseluruhan proses
pembelajaran. Hal ini bermaksud, murid-murid seharusnya terlibat secara
langsung dalam pengajaran dan pembelajaran dari mula hingga akhir.
(Bereiter & Scardamalia, 1987). Oleh itu, guru haruslah menerima
penglibatan murid-murid yang aktif supaya mereka menerima pengalaman
yang bermakna melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, menurut N.S Rajendran (2001),guru harus menukar amalan
penagajaran mereka di dalam kelas. Hal ini adalah bagi memastikan
kemahiran KBAT murid-murid dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini
adalah disebabkan, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tidak boleh
dipandang mudah kerana pemikiran sebegini diperlukan bagi tujuan
mengelakkan kesilapan, berfikir, meningkatkan pemikiran secara kreatif dan
kritis, memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan wawasan 2020.

Penggunaan soalan juga merupakan salah satu cara guru
menyampaikan kandungan pengajarannya kepada murid-murid. Malahan
menurut Zamri Mahamod & Nor Razah Lim (2011), soalan-soalan yang
dikemukakan berpotensi untuk membantu murid untuk mencapai keupayaan
kognitif optimum. Melalui soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru dalam
proses pembelajaran danpengajaran (P&P), guru dapat mendedahkan murid
menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang
diperoleh dan kemudiannya menggunakan maklumat tersebut untuk
penyelesaian masalah. Walau bagaimanapun, penyoalan guru perlu
dirancang dengan baik bagi menepati penggunaan soalan dalam P&P yang
berkesan. Bagi merangsang kemahiran KBAT murid, guru boleh
menggunakan soalan untuk mencabar pemikiran murid atau menimbulkan
perasaan ingin tahu dan minat murid pada awal pengajaran hinggalah
membawa kepada menajwab soalan yang dikemukakan oleh guru. (M.
Mojibur, 2010). Sebagai contoh, ketika mengajar bidang Aqidah : Beriman
kepada Hari Akhirat, selain soalan-soalan secara langsung, saya juga
mengutarakan soalan-soalan di luar tajuk tetapi masih mempunyai kaitan
dengan tajuk yang diajarakan seperti soalan yang berkaitan dengan malaikat.
Seterusnya, soalan tersebut digarap dan dikaitkan dengan tajuk yang diajar
bagi merangsang pemikiran aras tinggi mereka.

TEMPOH PENYELESAIAN
1 APRIL 2014 hingga 11 APRIL 2014

TINDAKAN SUSULAN
Setelah melaksanakan langkah awal, saya perlu meneruskan lagi dengan
menjalankan tindakan susulan agar aktiviti pengajaran yang dijalankan dapat
menjana minda murid. Selain itu, segala aktiviti yang saya jalankan selari
dengan keperluan murid dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti
yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) iaitu komponen-komponen Kemahiran Berfikir
meliputi :
a) Pemikiran kritis
b) Pemikiran kreatif
c) Menyelesaikan masalah
d) Membuat keputusan
e) Kemahiran belajar







SENARAI RUJUKAN
Lim, Z. M. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan dalam Pengajaran
Guru Bahasa Melayu : Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1-15.
Malaysia, K. P. (2012). Kreativiti dan Inovasi. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohamed, A. H. (n.d.). Penggunaan Kemahiran Berfikir di Kalangan Pelajar
dalam Persekitaran Perisian Geometri Interaktif. 1st International
Malaysian Educational Technology Convention, 1-10.
Mohamed, S. Z. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir
Kreatif dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif
dalam Kalangan PelajarTingkatan 4. Universiti Sains Malaysia (pp. 10-
30). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Mohamed, Y. B. (2009). Aplikasi Pemikiran Kreatif dan Kritis dalam
Pengajaran Guru-guru Teknikal bagi Matapelajaran Teknikal di
Sekolah Menengah Teknik Negeri Johor. Jurnal Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, 1-7.
Rajendran, N. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi : Kesediaan
Guru Mengendalikan Proses Pengajaran Pembelajaran. Seminar
Poster "Warisan-Pendidikan-Wawasan", 1-13.
Sukiman Saad, N. S. (Vol2 No.1). Pengajaran Kemahiran Berfikir : Persepdi
dan Amalan Guru Matematik Semasa Pengjaran dan Pembelajaran di
Bilik Darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 1-19.
Yee Mei Heong, J. M. (2009). Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Marzano dalam Penjanaan Idea. 1-10.
Zainudin Hassan, T. S. (2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di
Kalangan Guru Pelatih. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institit
Perguruan Batu Lintang, 2-9.

You might also like