You are on page 1of 12

MENYEDIAKAN SATU PELAN TINDAKAN

MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MESRA


BUDAYA DI DALAM KELAS YANG BOLEH
DIAMALKAN
Ahli kumpulan :
LESLIE WILLIAM CHIN
SURIANA BINTI KADIR
SHELLA BINTI DAUD GAN ABDULLAH
Usaha Kerajaan Mengubah Minat
Belajar Masyarakat Orang Asli?
Inisiatif pertama adalah pemantapan tadbir
urus sekolah-sekolah yang mempunyai murid
orang asli bermula di peringkat sekolah,
pejabat pelajaran daerah, jabatan pelajaran
negeri dan kementerian.
Inisiatif kedua adalah memasukkan elemen
Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di
peringkat menengah rendah di semua
sekolah menengah harian yang menjadi
tumpuan masyarakat orang asli.
Inisiatif ketiga ialah mengurangkan kadar
keciciran murid orang asli ke sekolah
sebanyak 6 peratus setiap tahun.
Inisiatif keempat pula, kementerian pelajaran
memutuskan pengambilan pelajar bagi
Program Khas Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan
Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, kuala
lipis ditingkatkan mengikut keperluan
semasa.
Inisiatif kelima penambahbaikan kemudahan
infrastruktur dan prasarana pendidikan orang
asli.
Inisiatif keenam memperkasa jalinan
kerjasama melalui pewujudan hubungan
yang lebih strategik dengan rakan sinergi,
rakan di lapangan serta rakan
antarabangsa bagi membolehkan hasrat
untuk merealisasikan transformasi itu
tercapai.
Inisiatif ketujuh mewujudkan satu sistem
pengesanan prestasi sekolah dan murid
orang asli.
Transformasi Pendidikan
TERAS PERTAMA adalah meningkatkan kualiti
kepimpinan dan kemahiran mengurus di semua peringkat
terutamanya di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah.
TERAS KEDUA pula akan memberikan tumpuan kepada
isu yang berkaitan kurikulum, penyusunan pengajaran,
pendekatan pedagogi dan penilaian pengajaran. Langkah
ini bertujuan untuk memastikan murid-murid pedalaman
dapat mencapai prestasi akademik yang cemerlang
setanding dengan murid di kawasan bandar.


TERAS KETIGA, meningkatkan pembangunan infrastruktur
fizikal, akses internet dan persekitaran pembelajaran maya.
Sekolah dan asrama akan dilengkapi dengan kemudahan
capaian internet sekurang-kurangnya 2Mbps serta kemudahan
radio amatur bagi membolehkan murid dan guru memanfaatkan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
TERAS KEEMPAT pula, kualiti murid dan prasekolah akan
terus ditingkatkan dengan harapan semua murid mampu
meningkatkan diri sendiri untuk belajar dan boleh berjaya. Oleh
itu, pendekatan membangunkan sekolah K9 di Sabah dan
Sarawak akan terus diperluaskan bagi menjamin
kesinambungan pendidikan murid di peringkat rendah ke
peringkat menengah dapat dilaksanakan
TERAS KELIMA akan memastikan kualiti dan kebajikan
guru terjamin. Bersesuaian dengan konsep rakyat
didahulukan dan pencapaian diutamakan, keperluan dan
kebajikan guru-guru yang mengajar di kawasan-
kawasan pedalaman akan terus dibela.
Rumah guru sedia ada akan dinaiktarafkan atau
ditambah mengikut keperluan dan ditentukan oleh
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bersama Kementerian,
khusus di kawasan pedalaman 2 dan pedalaman 3. Ini
adalah untuk memastikan guru-guru sebagai peneraju
utama sistem pendidikan memperoleh kediaman yang
selesa dan kondusif. Selain itu, usaha ini juga
diharapkan dapat meningkatkan lagi motivasi dan kualiti
hidup guru.


TERAS KEENAM pula adalah untuk meningkatkan
kemudahan asrama yang kondusif. Oleh itu, asrama
sedia ada akan dinaiktarafkan atau ditambah
bilangannya mengikut keperluan bagi memastikan
asrama tersebut berupaya menampung keperluan murid.
Rumah transit atau bilik tamu bagi ibu bapa bermalam
juga akan disediakan bagi memudahkan mereka
berurusan dengan anak-anak..
TERAS KETUJUH ekosistem pembelajaran akan
dibentuk bagi membina jaringan yang harmonis dengan
masyarakat setempat dan rakan sinergi, di mana usaha
sama antara masyarakat setempat dan sekolah di
kawasan tersebut akan dipertingkatkan. Oleh itu,
penglibatan, penyertaan dan dorongan semua pihak
amatlah diperlukan bagi memastikan anak-anak berjaya
dalam pendidikan mereka.
NKRA
Enam bidang tumpuan NKRA ialah :
1. Mengurangkan jenayah - Datuk Seri Zaid Hamidi (Menteri Dalam
Negeri)
2. Memerangi rasuah - Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di
Jabatan Perdana Menteri)
3. Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu - Tan
Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Pelajaran)
4. Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah - Dato'
Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak (Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
5. Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman - Datuk Seri
Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)
6. Menambah baik pengangkutan awam bandar - Dato' Seri Kong
Cho Ha (Menteri Pengangkutan)
Pelan tindakan sekolah pedalaman
kementerian pelajaran Malaysia
KPM akan terus berusaha untuk mendemokrasikan
pendidikan bagi merapatkan jurang dalam kalangan
masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosio ekonomi
di negara ini.
Mantan Menteri Pelajaran, datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein berkata bahawa Kementerian Pelajaran
Malaysia sentiasa mengambil langkah ke hadapan bagi
memastikan tidak ada murid yang akan ketinggalan
dalam mengikuti arus perkembangan pendidikan di
negara ini.
Sementara itu, dalam konteks pembelajaran anak-anak
orang asli, kementerian memberikan penekanan dan
fokus kepada keperluan mendefinisikan semula
persekolahan mereka.
Pendefinisian semula ini dilakukan untuk
membantu anak-anak orang asli supaya
tidak terus tercicir dalam pendidikan.
Mereka ini boleh dikelompokkan dalam
golongan berisiko tinggi yang perlu diberi
perhatian agar tidak wujud jurang besar
dalam pelbagai aspek antara murid di
kawasan bandar dan luar bandar.

Nur Atikah Kamaruddin
Nurul Atikah Kamaruddin, 15, memilih
untuk meneruskan pelajaran di Sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
(SERATAS), Taiping yang menjadi
idamannya.

You might also like