You are on page 1of 2

Laporan Kewangan

Lawatan Ilmiah Kursus PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani


dan Sukan di Malaysian Woodball Association, Kuala Lumpur, Malaysia.
1.0 Sebelum
Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan pengurusan
kewangan maka sebelum terlaksananya lawatan ilmiah kursus PJM3112 Pengurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, tugasan saya adalah mendapatkan
sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui bahagian kewangan Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas melalui beberapa proses. Peruntukan yang diterima
oleh kami adalah dalam bentuk Loan Order, iaitu saya selaku bendahari tidak akan
mendapat peruntukan tersebut secara tunai. Peruntukan bagi setiap orang pelajar
adalah RM10.00 bagi aktiviti atau program yang dijalankan dalam lingkungan 12 ilometer
daripada Institut, maka sepanjang program akan dilangsungkan, peruntukan yang akan
diterima oleh kami secara keseluruhannya berjumlah RM390.00

Tugas seterusnya adalah bekerjasama dengan ahli jawatankuasa lain terutamanya
pengerusi, setiausaha, ajk makanan, dan ajk cenderamata bagi membuat perbelanjaan
dari segi makanan dan cenderamata. Senarai perbelanjaan (sila rujuk Lampiran A)
dihasilkan atas persetujuan semua guru pelatih dalam minit mesyuarat sebelum ini untuk
membuat penganggaran yang tepat sepanjang lawatan ilmiah berlangsung.

2.0 Semasa
Sepanjang lawatan ilmiah berlangsung di Malaysian Woodball Association, tidak banyak
tugas yang melibatkan jawatankuasa ini kecuali terlibat dan membantu jawatankuasa
lain iaitu jawatankuasa aktiviti yang dibahagikan kepada 2 aktiviti utama iaitu bidang
akademik dan permainan.

3.0 Selepas
Selepas tamat lawatan ilmiah di Malaysian Woodball Association, tugasan pada
peringkat ini adalah menilai keberkesanan tugas jawatankuasa yang dijalankan dengan
melakukan refleksi dan mengadakan mesyuarat post-mortem. Saya selaku bendahari
perlu menghasilkan laporan kewangan bagi keseluruhan lawatan ilmiah dan disemak
oleh juruaudit.

..............................................................................................................................................
Saya ONG SHER YIN, (Bendahari) dengan ini mengaku bahawa laporan bendahari
adalah benar.

Disediakan oleh,


_________________
( ONG SHER YIN) Tarikh: 24 FEBRUARI 2014


..............................................................................................................................................
Saya RAJESWARI A/P RAVENDERAN (Pemeriksa kira-kira) dengan ini mengesahkan
laporan kewangan lawatan ilmiah yang diadakan pada 6 Februari 2014 adalah yang
benar.

Disemak oleh,


________________
(RAJESWARI A/P RAVENDERAN) Tarikh: 26 FEBRUARI 2014

You might also like