You are on page 1of 25

HUBUNGAN ETNIK, INTEGRASI DAN

MENANGANI CABARAN
KULIAH 8
- Hubungan etnik yg mantap sangat perlu dalam
kalangan rakyat sesebuah negara yg mempunyai
kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan
etnik.
- Persoalan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi
amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan
seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa
sebarang gangguan.
- Perpaduan dan Integrasi penting supaya tenaga
negara dapat disalurkan kepada memajukan
negara drp digunakan utk menyelelsaikan masalah
yg wujud drp kepelbagaian etnik.
PEMBINAAN JATIDIRI MALAYSIA.

- Jatidiri bermaksud ciri-ciri, gambaran atau keadaan
khusus seseorang. Ia juga boleh dianggap sbg identiti
bangsa, keperibadian nasional, semangat kebangsaan,
patriotisme dan kewarganegaraan yg menjurus kpd
ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa.
- Jatidiri ialah sesuatu yg kita miliki bersama,
mempunyai nilai sendiri, dihayati secara kolektif
dan dominan sifatnya yg dpt mencirikan rupa
dan peribadi bangsa (semangat, sikap,
pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa)
yg mampu membina personaliti dan identiti kendiri
yg bersifat dinamik dan struktural.
- Cita-cita pemupukan jatidiri boleh dicapai kerana
sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan
perlakuan yg sama mengikat seluruh negara. Sebagai
sebuah negara yg merdeka dan berdaulat, sepatutnyalah
Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yg
sesuai dgn negara ini.
- Namun krisis yg berlaku pd tahun 1969
(peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat Malaysia
belum mempunyai suatu budaya nasional yg menjadi
asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah
wujud permuafakatan di antara rakyat di negara ini dlm
mewujudkan perlembagaan sbg undang2 tertinggi
negara.
Melalui Perlembagaan Malaysia terdapat beberapa garis
kasar tentang bentuk kebudayaan Malaysia seperti:
1. Kedudukan YDA sbg ketua negara sbg
manifestasi penerapan unsur kebudayaan
Melayu.
2. Perkara 152 B.Melayu sbg bahasa
kebangsaan.
3. Kedudukan agama Islam sbg agama
persekutuan mencerminkan corak budaya
Melayu tradisional kerana agama menjadi
pegangan masyarakat Melayu sejak zmn
kesultanan Melayu Melaka lagi.
Berdasarkan garis kasar tsb satu Kongres Kebudayaan
Kebangsaan telah diadakan pd th 1971 yg menetapkan 3
prinsip asas utk membina kebudayaan kebangsaan iaitu:
1. Kebudayaan kbgsaan haruslah berteraskan
kpd kebudayaan rakyat asal di rantau ini.
2. Unsur2 kebudayaan lain yg sesuai dan wajar
blh diterima menjadi unsur kebudayaan
kbgsaan.
3. Islam menjadi unsur yg penting dlm
pembentukan kebudayaan kbgsaan.
Penerimaan Dasar Kebudayaan Kbgsaan (DKK) sbg jatidiri
rakyat Malaysia kerana ia menjadi asas kebudayaan nasional
yg berkait rapat dgn budaya, sejarah, politik dan
perlembagaan negara ini.
Bagaimanakah Jatidiri acuan Malaysia?
- Perlukah kita menjadi salad bowl dalam
meraikan perbezaan?
- Penyatuan pada peringkat kerohanian adalah
mustahil kerana kesamaan agama adalah pada
etika & moral bukannya pada persoalan kerohanian
(hakikat ketuhanan, syurga dan neraka dll).
- Penyatuan hanya boleh berlaku pd peringkat
kesedaran yg mencetuskan kemahuan memilih untuk
bersatu. Kita hanya boleh bersatu jika kita ada ilmu
tentang penyatuan dan suka untuk bersatu.
- Dari segi fizikal hubungan etnik yg kelihatan adalah
menerusi aktiviti2 yg boleh dikategorikan sbg aktiviti
penyatuan.

- Sebarang acuan yg hendak diketengahkan di
negara ini perlu menghasilkan agen hubungan
etnik yg memilih, tahu, suka dan melakukan
aktiviti2 dlm kerangka hubungan etnik
nasional.
- Perlukah kita meraikan perbezaan ataupun
mengiktiraf perbezaan?
- Meraikan perbezaan harus dlm lingkungan
manifestasi fizikal spt fesyen pakaian, makanan,
permainan dll, tetapi bukannya meraikan fahaman
kenegaraan yg pelbagai atau menyamatarafkan kedudukan
semua agama sbg agama rasmi demi meraikan
kepelbagaian.
- Kemahuan majoriti amatlah penting kerana
tanpanya tidak ada kerjasama yg menyeluruh.
Kerjasama mesti berpadanan dgn kontrak sosial
kerana ia tlh dipersetujui dan didokumenkan,
bukan sesuatu yg subjektif dan tertakluk kpd
citarasa semberono iaitu asalkan ada aktiviti
shj.
- The chemistry of ethnic relations ini sewajarnya
mengandungi unsur2 penyatuan yg mencetuskan &
memudahkan kerjasama dlm sesuatu sistem masyarakat.
Cth dlm kelab2 sukarela, badan2 amal, PIBG dll dgn
menjadikan hubungan etnik dan integrasi sbg
acara tahunan.
- Agen hubungan etnik mempunyai tahap2 fungsi
hubungan etnik yg pelbagai iaitu pd peringkat
diri sendiri, keluarga, jiran, masyarakat dan negara.
- Melalui agen hubungan etnik ini budaya yg
mencetuskan perpaduan blh dibentuk, budaya
yg berpaksikan kpd wawasan yg boleh dikongsi
bersama, disokong oleh media yg positif dan
dasar2 kesedrhanaan yg membawa kpd
keseimbangan.
- Keseimbangan sangat perlu kerana sebarang
aspek budaya yg diekstrimkan tanpa berpandu
kpd kontrak sosial akan membawa keretakan
kpd integrasi nasional.

- Ketidakseimbangan itu juga termasuklah
semangat perkauman yg mgatasi semangat
kebangsaan, semangat kenegerian yg mgatasi
semangat keMalaysiaan dan semangat keakuan
yg mgatasi semangat kekitaan.

Hubungan etnik menurut acuan Malaysia seharusnya
mengandungi sekurang-kurangnya 6 unsur2 berikut:
1. Political Will hubungan etnik diinstitusikan oleh
kepemimpinan kerajaan dgn niat, kemahuan,
dan kesukaan dlm aktiviti yg disengajakan. Niat
dicetuskan oleh kesedaran tentang kepentingan
hubungan etnik.

2. Khalayak Kritikal Adanya badan induk sbg faktor
pemangkin kpd semua program hubungan etnik
dan integrasi misalnya peranan Jbtn Perpaduan
Nasional dan Integrasi Nasional.
3. Kekukuhan ekonomi hubungan etnik, integrasi
dan perpaduan hanya blh terhasil jika ada
keperluan asas utk survival manusia dipenuhi,
cth. Makanan utk meneruskan kehidupan (faktor
ekonomi).
4. Agama Islam realitinya majoriti penduduk yg
beragama Islam, sewajarnya hbgn etnik & integrasi
nasional serasi dgn majoriti pnduduk dan blh
diterima oleh minoriti. Ketamadunan blh dikongsi
bersama oleh seramai mungkin rakyat Malaysia.
5. Wawasan yg dikongsi bersama kerana yg
hendak diintegrasikan itu mesti mempunyai
visi yg sama tentang hala tuju & hasil integrasi
yg dimahukan Wawasan 2020.
6. Penggunaan Sains & Teknologi Teknologi dpt
menangani masalah hbgn etnik dan integrasi
dgn berkesan. Cth: penggunaan mykad utk
mengatasi masalah imigresen, peningkatan interaksi
maya dgn penggunaan teknologi tanpa wayar 3G,
penerbangan yg lebih murah dan perkongsian laman
web.
7. Menerima perbezaan antara agama, menghormati
perbezaan dan menghayati persamaan dalam etika dan
moral.
CABARAN HUBUNGAN ETNIK
1. Perbezaan & pertentangan kepentingan di antara
etnik.
i. Cabaran dalam aspek sosial:
a. Pemisahan penempatan: bukan shj boleh
merenggangkan hbgn & interaksi pelbagai etnik
tetapi memperkuatkan lagi perasaan
kekitaan & etnosentrisme dlm kalangan
anggota yg seterusnya menimbulkan
prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn
etnik trhadp etnik yg lain.
b. Pengasingan sistem pendidikan : interaksi
hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama.



ii. Cabaran dlm aspek ekonomi
a. Perbezaan pekerjaan.
b. Dominasi sektor ekonomi : wujudnya jurang
pendapatan antara etnik merupakan cabaran yg
sering membawa kpd ketidakstabilan
masyarakat majmuk.
iii. Cabaran dari aspek politik.
- Politik perkauman : menjadi lebih parah
apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk
kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan
rakyat.


2. Perbezaan & pertentangan nilai di antara etnik.
- Perbezaan dari segi agama, bahasa dan
kebudayaan. Perbezaan ini bertambah sukar
apabila setiap kaum terus mengutamakan kaum
sendiri dlm memilih sahabat, mendapatkan
pekerjaan dan dlm urusan seharian sehingga
mewujudkan polarisasi antara etnik.

3. Cabaran globalisasi.
- Proses globalisasi atau pembaratan corak
hidup berasaskan gagasan ekonomi & politik
Barat sejagat.

- Oleh sebab penjajahan tidak lagi diterima dlm
rangka nilai & kebebasan manusia masa kini,
maka kuasa Barat memperjuangkan pula hak
asasi manusia.
- Pengaruh Barat dari segi ideologi, budaya
hedonisme & nilai negatif, ekonomi bebas, sains
& teknologi yg memusnahkan, serta sistem politik
yg dianggap terbaik bagi semua manusia
dieksport / dibawa masuk ke seluruh dunia.
- Malaysia tidak terkecuali drp pengaruh arus
pembaratan dan globalisasi yg mendesak.
Globalisasi menjadi faktor perubah budaya yg
amat kuat & deras, mengakibatkan lenyapnya
nilai2 luhur secara tidak disedari dan pemikiran
Barat diterima secara halus ke dalam
masyarakat.

Ketiga-tiga cabaran tsb jika tidak dibendung & dikawal akan
menjurus kpd pembentukan semangat perkauman yg
mendalam, menimbulkan prasangka & mengukuhkan lagi
fahaman etnosentrisme yg akan meninggalkan kesan kpd
hbgn etnik, integrasi & mudah terjadinya konflik yg
mengundang rusuhan kaum. Situasi ini ditambah lagi dgn
beberapa persepsi yg kurang tepat tetapi menjadi pegangan
dan terus dipercayai oleh sebahagian besar masyarakat
Malaysia.

Sejarah hbgn etnik di Malaysia membuktikan bhw hbgn
etnik mengalami turun naik mengikut kategori baik,
sederhana,dingin dan baik.
Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi kerana pelbagai faktor:
- Faktor jangka panjang: kesan dasar pecah & perintah
British.
- Dasar2 pembangunan selepas merdeka belum
cukup mantap dalam menangani masalah
pembangunan sosioekonomi rakyat dan hbgn
etnik.
- Perjalanan kempen pilihan raya yg dipenuhi dgn
isu-isu perkauman & sensitif spt bahasa, agama
& kedudukan istimewa Melayu.
- Ketidakseimbangan dlm ekonomi dan jurang
perbezaan yg wujud dlm bidang pendidikan antara
org Melayu dan bukan Melayu menimbukan rasa tidak
puas hati org Melayu.
Iktibar drp Peristiwa 13 Mei 1969
1. Kerosakan harta benda awam : rusuhan itu tidak
mendatangkan faedah kpd semua etnik, malah
tragedi itu mengakibatkan banyak nyawa
terkorban (kematian: 196 orang dan
kecederaan: 493 orang) dan harta benda musnah.
2. Perintah berkurung & pgisytiharan darurat:
menyekat kebebasan dan pergerakan semua
org utk menjalankan urusan, berinteraksi dan
berniaga.
3. Mencabar kedudukan org Melayu dlm keadaan
org Melayu belum terjamin dr segi ekonomi akan
sia-sia shj kerana ia mengundang konflik
perkauman berdarah.

Penghayatan Islam sbg kaedah penyelesaian.
- Sbg agama rasmi, kedudukan Islam harus
mendapat tempat yg wajar dlm penyelesaian
masalah seperti yg diperakui dlm Perlembagaan
Malaysia.
- Ajaran Islam yg mengandungi norma-norma yg
bercorak universal dan menentang paksaan
terhadap orang bukan Islam sangat sesuai utk
masyarakat berbilang kaum.
- Unsur toleransi dlm Islam harus ditonjolkan dan
diterima dlm konteks penyelesaian cabaran yg
wujud dlm hbgn etnik di Malaysia.

Sahifah Madinah / Piagam Madinah.
- Piagam yg digunakan semasa Nabi Muhammad
mendirikan kerajaan di Madinah yg ketika itu
wujud kepelbagaian etnik (golongan pendatang
yg trdiri drp Yahudi & Muhajirin, golongan
tempatan Ansar, perbezaan dari segi agama spt
Islam, Yahudi dan Kristian)

- Menerusi sahifah/piagam tsb, Nabi Muhammad
telah memperkenalkan konsep perpaduan &
kesatuan dlm menyatukan org Islam dan bukan
Islam yg tidak ada dlm mana2 negara atau agama
lain.

Antara beberapa peraturan berhubung org bukan Islam
ialah:
i. Semua org bukan Islam & penganut agama Yahudi
dlm kalangan kabilah Arab Madinah hendaklah mengikut
org Islam dan menolong mempertahankan negara
bersama mereka dlm mana2 peperangan. Mereka tidak
dibenarkan menolong orang Quraisy Mekah dan
menghalang org Islam menyerang org Quraisy
Mekah.

ii. Keselamatan mereka dijamin dan mereka diberi
hak kewarganegaraan dgn syarat mereka
memutuskan segala hubungan atau ikatan dgn
org Quraisy dan bersikap berkecuali.
iii. Setiap orang tidak mengira bangsa dan agama
berhak mendapat pertolongan dan persamaan,
tidak dizalimi dan diserang.
iv. Setiap orang hendaklah berpegang kpd agama
mereka.
v. Setiap orang tidak boleh dihalang daripada
menuntut haknya apabila dicerobohi.

You might also like