You are on page 1of 3

JURNAL MINGGU KE DUA

TARIKH: 2 FEBRUARI 6 FEBRUARI 2014



MASALAH:
Permasalahan yang timbul sepanjang minggu ini ternyata memberi kesan yang
mendalam kepada saya sepanjang tiga bulan menjalani praktikum di sekolah ini.
Masalah utama ialah pemilihan tajuk yang ingin di ajar dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 3 dan 4. Masalah ini timbul apabila saya dapati tajuk
yang diajar pada minggu ini tenyata tidak sesuai dengan alatan di sekolah ini iaitu
tajuk berkaitan gimnastik. Ternyata ia memberikan masalah kepada saya dalam
mengikuti susunan tajuk yang terdapat di dalam Rancangan Pengajaran Tahunan.
Maka, sebagai langkah keselamatan saya tidak digalakkan menjalankan pengajaran
jika alatan yang digunakan tidak mencukupi atau tidak selamat untuk digunakan.

ANALISIS:
Permasalahan ini wujud akibat daripada kekurangan alatan sukan. Secara
tidak langsung ia menganggu proses kelangsungan pengajaran dan pembelajaran
saya dari satu minggu ke minggu yang lain. Berikutan daripada hal ini, guru
pembimbing saya telah memberikan keizinan untuk saya memilih tajuk yang sesuai
diajar dengan keadaan dan jumlah alatan sukan yang sedia ada di sekolah ini.
Sebagai langkah keselamatan, saya mengikuti segala yang disarankan oleh guru
pembimbing saya. Namun begitu, rujukan daripada pensyarah pembimbing saya
iaitu En. Khairuddin bin Mat Hassan juga turut diperlukan bagi memastikan apa yang
di ajar oleh saya ketika memantau diterima oleh beliau







CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI:
Antara cadangan yang harus saya lakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:
a) Saya perlu berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi
membincangkan hal ini
b) Berbincang dengan En. Rizal, guru Pendidikan Jasmani Tahun 3 dan 4
berkenaan topik yang sesuai diajar
c) Meneliti tajuk dan mengubahsuai aktiviti sesuai dengan peralatan sukan yang
sedia ada
d) Memeriksa alatan sukan yang ingin digunakan sehari sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku bagi memudahkan proses pengasingan
alatan
e) Merekod kembali alatan sukan yang boleh digunakan dan tidak boleh
digunakan bagi memudahkan guru lain menjalankan aktiviti Pendidikan
Jasmani pula.

TEMPOH MASA:
Saya perlu bertindak dengan cepat dan berbincang akan masalah ini bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran saya berjalan lancar dan tiada
berlakunya sebarang kecederaan kepada murid-murid semasa mereka menjalankan
aktiviti.

PENILAIAN KEJAYAAN:
Hasil perbincangan saya menampakkan hasil apabila berbincang dengan
semua pihak yang terdiri daripada pihak sekolah sendiri. Melalui perbincangan bagi
mengatasi masalah ini, saya telah menetapkan keputusan untuk memilih tajuk yang
sesuai diajar iaitu berkaitan kemahiran asas permainan.






TINDAKAN SUSULAN:
Kesimpulannya, pada pembelajaran yang akan datang, saya akan berbincang
dengan guru Pendidikan Jasmani pada minggu ketiga Ianya bertujuan agar masalah
ini tidak timbul secara tiba-tiba apabila saya dapati tajuk ingin di ajar pada minggu ini
tidak sesuai dijalankan.

You might also like