You are on page 1of 1

ARAHAN KEPADA CALON

1. Pada hari peperiksaan anda perlu membawa perkara berikut:


i. Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan ini;
ii. Kad Pengenalan;
iii.Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan lain-
lain yang difikir perlu;
2. Calon mesti berada di pusat peperiksaan 30 minit sebelum
peperiksaan dimulakan.
3. Calon hanya dibenar meninggalkan pusat peperiksaan apabila
diarah oleh Ketua Pengawas.
4. Calon diwajibkan berpakaian kemas dan sopan.
5. Calon yang tidak menghadiri peperiksaan tidak akan
disenaraihitamkan.


6. Sila baca arahan dan soalan dengan teliti sebelum
menjawab. Pastikan Angka Giliran, Nombor Kad Pengenalan
dan maklumat lain ditulis dan dihitamkan di ruangan yang
disediakan dalam borang jawapan dengan betul. Sebarang
kesilapan boleh menyebabkan borang jawapan dibatalkan.
7. Calon diwajibkan mengenal pasti lokasi pusat peperiksaan
yang berkenaan.
8. Semakan keputusan boleh dibuat di Portal SPA, 5 minggu dari
tarikh peperiksaan dijalankan.
9. Layari Portal SPA www.spa.gov.my untuk mengetahui
maklumat terkini mengenai peperiksaan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN
PEGAWAI PENERANGAN GRED S41

SEKSYEN A PENGETAHUAN AM

Seksyen ini menguji pengetahuan calon terhadap tanggungjawab
Pegawai Penerangan dalam memasarkan maklumat dan program
Kerajaan untuk tujuan meningkatkan kefahaman, sokongan,
keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program
Kerajaan. Dalam seksyen ini, calon dikehendaki untuk mengetahui
secara umum perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa,
dasar-dasar awam, perlembagaan, undang-undang, pengurusan
maklumat dan amalan komunikasi.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 (aneka pilihan)

SEKSYEN B DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini menghendaki calon untuk menyelesaikan masalah-
masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

a) Kemahiran Menggunakan Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala
pengetahuan, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi
maklumat-maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang
paling tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang
dikemukakan.

b) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang
menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisis
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.








c) Konsep-konsep Matematik

Konsep matematik yang digunakan termasuklah algebra dan
geometri. Asas-asas matematik yang digunakan adalah tidak
melebihi sukatan peperiksaan Tingkatan 5 (SPM). Walaupun ada
di antara calon mempunyai kelayakan dalam bidang matematik di
peringkat universiti, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi
mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain
kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada
bentuk soalan logik.

Masa : 45 minit
Soalan : 40 (aneka pilihan)


SEKSYEN C - ESEI BAHASA MELAYU

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan
kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Melayu. Penilaian
adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam
Soalan : 3 soalan (Jawab 1)


SEKSYEN D - ESEI BAHASA INGGERIS

Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kreativiti dan
kebolehan calon dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Penilaian
adalah berdasarkan pendapat-pendapat calon yang disusun
dengan jelas, teratur dan munasabah.
Masa : 1 jam
Soalan : 3 soalan (Jawab 1)

You might also like