You are on page 1of 1

Aspek keselamatan dan kesihatan tidak boleh dikompromi.

Di mana, bila, mengapa, siapa dan apa cara


sekalipun, ia wajar disedari, difahami dan diamalkan setiap waktu supaya bahaya tidak menimpa kita,
rakan sekerja atau mereka yang berada di sekitarnya. Menyedari hakikat itu, Majlis Negara Bagi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) yang ditubuhkan pada 1995 mengikut kehendak
Seksyen 8 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), memainkan peranan penting ke
arah itu dengan sokongan padu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta Institut
Kebangsaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH). MNKKP ditubuhkan bagi menjadikan
semua tempat kerja di Malaysia selamat, di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan
pekerjaan serta menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat
negara ini yang berlandaskan kepada proses tiga pihak iaitu pekerja-majikan-kerajaan. MNKKP
mempunyai kuasa melakukan semua perkara yang wajar, munasabah atau bersangkutan dengan
pencapaian tujuan Akta 514. Ia boleh menjalankan penyiasatan dalam isu keselamatan dan kesihatan
yang luas serta boleh menubuhkan jawatankuasa untuk membantunya dalam menjalankan fungsinya.
Pembentukan budaya kerja selamat dan sihat adalah matlamat utama MNKKP bagi mempertingkatkan
kualiti kehidupan rakyat. Aktiviti MNKKP yang berterusan dan berkesan ialah mengadakan Kempen
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kempen KKP). Selama lebih 10 tahun MNKKP ditubuhkan,
banyak program kempen ke arah mewujudkan budaya itu sudah dianjurkan dan mendapat sambutan
menggalakkan daripada orang ramai, pekerja dan majikan. Konsep Kempen KKP yang dianjurkan
terbahagi kepada dua iaitu peringkat MNKKP - secara besar-besaran meliputi sebulan promosi budaya
selamat dan sihat. Biasanya kempen ini meliputi dialog bersama pihak industri berhubung isu semasa
KKP. Selain itu, larian KKP (OSH Run) dengan penyertaannya terbuka kepada semua golongan
masyarakat dan berkonsepkan lari dan jawab soalan berkaitan KKP. MNKKP juga menganjurkan seminar
dua hari yang dihadiri penceramah tempatan dan luar negara yang berpengalaman bagi membentang
dan membahas isu semasa berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam konteks negara ini. Di
samping itu, pameran juga diadakan serentak dengan seminar yang mempamerkan sistem dan peralatan
keselamatan serta kesihatan terkini daripada pembekal tempatan dan luar negara. Kemuncaknya adalah
penyampaian Anugerah Cemerlang KKP kepada calon industri yang berjaya mencapai tahap cemerlang
KKP di tempat kerja masing-masing. MNKKP juga mengadakan kempen mini, kempen selamat dan sihat
yang dianjurkan sepanjang tahun, contohnya sempena perayaan Deepavali dan Aidilfitri, Kempen
Tempat Kerja Bebas Dadah anjuran bersama dengan Pemadam Kebangsaan. Untuk peringkat industri
pula, MNKKP melalui JKKP menggalakkan program atau aktiviti promosi budaya kerja selamat dan sihat
di pelbagai industri semasa kempen berkenaan dijalankan. Tumpuan utama MNKKP apabila
menganjurkan kempen ialah untuk: - Mempromosi dan meningkatkan kesedaran semua peringkat
masyarakat, terutama golongan bekerja supaya mementingkan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; -
Sebagai platform untuk menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan bagi memastikan keselamatan
dan kesihatan tempat kerja terjamin; - Memperkenalkan peraturan dan perundangan baru atau bentuk
penguatkuasaan terkini yang akan dikuatkuasakan oleh JKKP; dan - Mengenengahkan sistem atau
peralatan KKP terkini daripada luar negara, melalui penceramah atau pembekal antarabangsa semasa
seminar dan pameran

You might also like