You are on page 1of 1

KISAH GURU

Cikgu, bukan setakat mengajar ilmu


kena baca banyak buku
serba serbi kena tahu
kalau tak haru biru
murid-murid bercelaru
tiada tempat rujukan padu
gurulah 'mesin' setiap waktu.

Pagi-pagi cikgu jadi kerani
siapkan dokumen rasmi
ambil kedatangan murid setiap pagi
siapa mari siapa tak mari
semuanya kena hitung dengan teliti
ada yang sakit
cikgu kena jadi 'misi'.

Cikgu kena pandai jadi kawan
murid-murid inginkan perhatian
dalam kelas ada yang meragam
bertingkahlaku tak ikut peraturan
banyak kena belajar ilmu menawan
agar murid hormat dan sopan
tiada yang melawan.

Cikgu juga kena jadi pelakon
pengajaran perlu skrip tersusun
mengajar dengan penuh tekun
murid berminat, pulangnya otak tak kosong
menyampai ilmu bercontoh, bukanya omong kosong
murid mudah faham tak terlopong
bila ujian markah tak kosong.

Cikgu juga kena pandai melatih
apa saja bidang yang dipilih
kena belajar walau bertatih
demi anak didik yang dikasih
kebolehan guru sentiasa tercanggih
tidaklah murid terhegeh-hegeh
mencontohi guru yang terpilih.

Cikgu juga kena pandai berkebun
kalau tak, sekolah jadi macam dusun
tanam pokok bersusun
nampak cantik kemas dan anggun
pendek kata semua kerja kena pulun
itulah kerja guru bertahun-tahun
walaupun dipandang serong.

Selamat Hari Guru.
Terima kasih cikgu.

You might also like