You are on page 1of 5

Kertas ini mengandungi soalan:-

Soalan Bahagian 1 a: Rumusan Teks ( 30 markah)


( Rujuk nota berkaitan cara menjawab soalan rumusan teks)

Soalan Bahagian 2 A: Pemahaman Teks Umum / Rumusan ( 9 markah)
i) Soalan berkaitan maksud rangkai kata (2m)
ii) Soalan berkaitan petikan teks ( 3m )
iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m)

( Soalan Bahagian 2 B,C, dan D Berdasarkan Kajian Komsas Antologi)
Fokus soalan Ting. 4: Antologi Harga Remaja
Fokus soalan Ting. 5: Antologi Dirgahayu Bahasaku
Soalan Bahagian 2B : (9 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Moden Cerpen atau Drama)
Soalan i) Berdasarkan teks dan jawapan ada dalam teks. ( 3 m)
Soalan ii) Berdasarkan pendapat anda. ( 3 m)
Soalan iii) Berkaitan kajian komsas persoalan, watak dan perwatakan,
latar, nilai dan pengajaran. ( 3 m)
( Fokus soalan 1 berdasarkan dalam teks dan 1 soalan di luar
teks)


Soalan Bahagian 2C: ( 8 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Tradisional )
Soalan i) Berdasarkan maksud rangkai kata. (2m)
Soalan ii) Berdasarkan teks dan jawapan ada di dalam teks ( 3 m)
Soalan iii) Meminta pendapat anda dan jawapan berdasarkan
pandangan anda sendiri ( 3 markah)



Soalan Bahagian 2 D: (9 Markah)
Soalan berdasarkan ( Puisi Moden atau tradisional)
Soalan i) Berdasarkan teks puisi. ( 2 m)
Soalan ii) Berdasarkan pendapat anda ( 3 m)
Soalan iii)Berdasarkan kajian komsas persoalan, nilai,
masyarakat dan pengajaran. ( 4 m )


( Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa)

Soalan bahagian 3 (a) ( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah)

Soalan 3 (A) Membina ayat daripada perkataan atau frasa diberikan.
Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda
perlu membina ayat yang gramatis untuk menunjukkan
anda faham maksudnya.
Anda tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa
dan tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan
diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar mendapat 6
markah.
** Peringatan soalan SPM 2012, arahan soalan bahagian 3a
membenarkan pelajar menambah imbuhan semasa membina
ayat tetapi tidak boleh menggunakan perkataan tersebut
sebagai kata nama khas. Oleh sebab itu, pelajar perlu
berhati-hati semasa membaca arahan soalan.


Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )
Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-
i) ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii) Jenis ayat ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan.
iii) Ragam ayat ayat aktif dan ayat pasif.
iv)Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah dan sebaliknya.
v) Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS)
vi) Mencerakinkan ayat kepada subjek dan prediket. ( Binaan ayat
gramatis)
** Soalan ini memerlukan pelajar menguasai setiap pecahan
soalan seperti di atas.



Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah )
Soalan bahagian ini memerlukan pelajar mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan
imbuhan.
Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.
Anda boleh menjawab dengan menulis kedua-dua kesalahan berkenaan dengan menulis
jawapan salah dan pembetulannnya:
contoh: Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan
kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
Pada tahun 2008 pelajar diberikan satu petikan mengandungi keenam-enam kesalahan ejaan
dan imbuhan.

kesalahan pembetulan
Eko-pelancongan Ekopelancongan ( ejaan)
mengayakan Kekayaan ( imbuhan)

Soalan Bahagian (D) mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa. ( 6 markah)
Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga
kesalahan tatabahasa.
Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
Calon boleh menjawab seperti soalan di bawah:-
Stesen- minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan
konsep layan sendiri.

kesalahan pembetulan
Stesen minyak-minyak Stesen minyak ( tatabahasa)
Layan sendiri Layan diri ( istilah)



Soalan Bahagian 3 (E ) PERIBAHASA ( 6 Markah )

Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah,
simpulan bahasa, perbilangan, lidah pendita, kata-kata hikmat) anda.
Soalan mungkin meminta anda mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang
sesuai dengan petikan.
Calon mungkin juga diminta mengisi tempat kosong dengan atau dialog dengan peribahasa yang
sesuai.
Calon juga mungkin diminta membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan.
Markah akan diberi sekiranya peribahasa yang ditulis tepat dengan maksud petikan atau
pernyataan yang diberikan.

(SOALAN MERUJUK KOMSAS NOVEL)

Novel Ting. 4 ( Azfa Hanani)
Novel Ting. 5 ( Kembara Amira)

Soalan Bahagian 4 (Novel) ( 15 Markah )

Soalan bahagian ini membawa 15 markah dan terbahagi kepada soalan bahagian 4 (a) dan 4(b).

Soalan 4 (a) membawa 7 markah
Soalan 4 (b) membawa 8 markah.

Markah Isi Bahasa
Soalan 4 (a) 4 3
Soalan 4 (b) 6 2

You might also like