Esei Ilmiah

You might also like

You are on page 1of 36

1.

0 Pengenalan
Tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3103 ini menuntut kami untuk membuat
banding beza bagi konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian dalam bentuk
pengurusan grafik. Selain itu, tugasan kerja kursus ini juga menuntut kami untuk
menyediakan banding beza bagi KBSR dan KSSR.
Di samping itu, tugasan ini memerlukan kami untuk menganalisis 20 item soalan
UPSR Bahasa Melayu, Kertas 1 sama ada bagi tahun 2012, 2011 ataupun 2010 dan
mengaitkannya dengan unsur KBAT dan KBAR berdasarkan Taksonomi Bloom
(Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).
Selain menganalisis soalan, kami juga diminta untuk membina Jadual Spesifikasi
Ujian (JSU) bagi Kertas 1, Tahun 4. Kemudian, berdasarkan JSU tersebut, kami
dikehendaki untuk membina 20 item soalan bagi Tahun 4 berdasarkan sukatan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)











2.0 Banding Beza Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Berdasarkan KBSR dan
KSSR.

Menurut Buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, ia merupakan satu
proses mendapatkan maklumat untuk membuat penghakiman dan pertimbangan
tentang sesuatu produk atau suatu pendidikan.
Brown J ames (2002), satu proses pengumpulan maklumat seperti maklumat
perkembangan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), pentaksiran dianggap sebagai suatu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberikan skor (markah) dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran
seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu.
Pentaksiran
Menurut Buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, pengujian merujuk
kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku
seseorang individu.
Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 4 oleh Mok Soon Sang
(2002), R. M. Gagne mengatakan satu cara yang sistematik untuk mengukur
perubahan tingkah laku seseorang individu.
Ia digunakan untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti
pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
Suatu alat pengukuran dengan tujuan mendapatkan maklumat tentang pencapaian
murid-murid daripada pelbagai bidang kognitif, psikomotor ataupun afektif.
Pengujian memerlukan murid menunjukkan secara eksplisit seperti menjawab secara
lisan atau bertulis atau mendemonstrasikan, perubahan tingkah laku berkaitan
dengan perkara-perkara yang telah dipelajarinya.
Pengujian
Menurut Buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, penilaian merupakan
suatu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang
berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) semakan (2003) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (mulai 2011), penilaian merupakan satu proses
untuk menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau
kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian
Pendidikan Malaysia (1983 - 2010 ), penilaian bermaksud satu proses mengumpul
maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan,
penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.
Terry D. Ten Brink (1974:8), penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat
yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan
dalam membuat keputusan.
Penilaian

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
I) Menurut Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM), KBSR
dilaksanakan pada tahun 1983
sehingga 2010.
II) Memastikan perkembangan potensi
murid secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.
III) Meliputi aspek-aspek intelek,
rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang,
harmonis, dan berakhlak mulia.
IV) Direka bentuk berasaskan tiga
bidang iaitu komunikasi, manusia
dan alam sekelilingnya dan
perkembangan diri individu.
V) Kaedah ini menggunakan elemen
berfikir secara kritis dan kreatif
dengan berfokuskan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira.
i) Menurut Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia, KSSR mula dilaksanakan
pada tahun 2011.
ii) Ia merupakan transformasi kurikulum
persekolahan iaitu penyusunan
semula dan penambahbaikan yang
dilakukan kepada kurikulum sedia
ada iaitu KBSR.
iii) Memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi
cabaran abad ke-21.
iv) Konsep reka bentuk bagi KSSR ialah
berasaskan enam tunjang iaitu
komunikasi, kerohanian, sikap dan
nilai, kemanusiaan, perkembangan
fizikal dan estetika, sains dan
teknologi serta keterampilan diri.
v) KSSR menggunakan elemen
kreativiti dan inovasi, keusahawanan
dan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) secara eksplisit
dengan memfokuskan kepada 4M
iaitu membaca, menulis, mengira
dan menaakul.

3.0 BANDING BEZA KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.
Menurut Lee Shok Mee & Mok Soon Sang (1991) dalam buku Pentaksiran
Bahasa Melayu oleh Tuan Jah Tuan Yusof PhD dan Faridah Nazir PhD, perkaitan
antara pentaksiran, pengujian dan penilaian ditunjukkan melalui enam aspek iaitu :
i) Definisi
ii) Tujuan
iii) Cara
iv) Masa
v) Liputan
vi) Keputusan
Perkara

Aspek
Pengujian Pentaksiran Penilaian
i) Definisi Alat pengukuran
perubahan sesuatu
aspek tingkah laku.
Proses untuk
menentukan
peringkat
pencapaian dan
kedudukan murid.
Proses untuk
menentukan
perubahan tingkah
laku dan melakukan
pertimbangan nilai.
Persamaan Ketiga-tiga konsep tersebut berperanan sebagai alat
pengukuran perubahan tingkah laku dan pencapaian murid.
ii) Tujuan Menentukan
pencapaian
sesuatu
pembelajaran.
Melakukan
pengelasan
pencapaian dan
kedudukan dalam
pembelajaran.
Memberi maklumat
tentang pencapaian
objektif pelajaran,
kaedah mengajar
dan kurikulum.
Persamaan Mengukur dan memberi maklumat tentang pencapaian
pembelajaran murid-murid berdasarkan objektif pelajaran,
kaedah mengajar dan kurikulum.
iii) Cara Dijalankan melalui Dijalankan dengan Dijalankan melalui
cara pemerhatian
atau soalan-soalan
ujian.
pelbagai cara
pengumpulan data
kuantitatif.
data kuantitatif dan
penghuraian
kualitatif.
Persamaan Ketiga-tiganya memperlihatkan cara untuk mengukur yang
sama iaitu kuantitatif atau kualitatif atau kedua-duanya.
iv) Masa Dijalankan selepas
pelajaran.
Dijalankan selepas
pelajaran.
Dijalankan
sebelum, semasa
dan selepas
pelajaran.
Persamaan Ketiga-tiga konsep tersebut dijalankan selepas pelajaran kecuali
penilaian pada fasa sebelum dan semasa.
v) Liputan Liputan terhad
kepada sesuatu
kemahiran atau
pelajaran.
Terhad kepada
sesuatu peringkat
pembelajaran.
Liputan daripada
sesuatu
pembelajaran
tertentu kepada
keseluruhan
kurikulum.
Perkaitan /
persamaan.
Daripada ciri terkecil untuk pengujian kepada liputan sederhana
untuk pentaksiran sehingga ke ciri terbesar untuk penilaian
yang meliputi keseluruhan kurikulum.
Keputusan Menunjukkan
prestasi sesuatu
kemahiran atau
penguasaan
pembelajaran
secara spesifik.
Menunjukkan
pencapaian secara
relatif.
Menunjukkan
pencapaian
keseluruhannya
tetapi tidak
semestinya
membayangkan
kebaikan
seseorang individu.
Persamaan Dijalankan untuk menunjukkan prestasi dan pencapaian dalam
sesuatu kemahiran sama ada secara umum, spesifik atau
keseluruhan.
4.0 Sejauhmanakah pengisian KBAT dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa
Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012, 2011 dan 2010) berdasarkan Model
Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).

Di sekolah, amalan pentaksiran PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
mengikut KBSR merupakan satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan
prestasi murid-murid. Alat yang digunakan untuk mentaksir murid-murid merupakan alat
yang dibina oleh guru sekolah itu sendiri. Dalam KBSR, penilaian berasaskan sekolah
telah diamalkan dalam aktiviti penilaian. Penilaian terhadap murid-murid ini bertujuan
untuk mengesan tahap perkembangan individu secara menyeluruh. Ia dikenali sebagai
Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) atau Penilaian Kemajuan Sekolah
Menengah (PKSM) mengikut matlamat KBSR atau KBSM.
Mengikut pembacaan saya di sebuah blog, terdapat beberapa isu yang sering
membelenggu amalan pentaksiran PdP Bahasa Melayu KBSR adalah seperti yang
berikut:
a. Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pelaksanaan pentaksiran yang seperti
memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam
perkhidmatan, memperoleh pengetahuan daripada latihan selepas 1 hingga 5
tahun dan guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan
pentaksiran.
b. Selain itu, guru-guru di sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis.
Sebagai contoh, guru Bahasa Melayu banyak menggunakan soalan berbentuk
esei untuk membuat pentaksiran tentang murid-murid.
c. Dari aspek keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan pentaksiran pula,
guru banyak menggunakan ujian objektif aneka pilihan dalam membuat
pentaksiran tentang pelajar mereka dan kurang menggunakan soalan yang
berbentuk pemadanan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan pengaruh
peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian.
d. Amalan pembentukan dan penggunaan skema permarkahan.
Isu-isu seperti di atas telah mentransformasikan pentaksiran PdP Bahasa
Melayu mengikut KBSR kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mengikut
KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008.
Walaupun demikian, melalui analisis keputusan UPSR pada tahun 2012 yang
saya perolehi dalam Buku Laporan Tahunan Lembaga Peperiksaan (2012), didapati
bahawa;
Prestasi keseluruhan UPSR 2012 menunjukkan penurunan berbanding trend tahun-
tahun 2008 hingga 2011 berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN). Berbanding tahun 2011
prestasi keseluruhan UPSR 2012 menurun sebanyak 0.01 mata GPN.
Bilangan yang peroleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diduduki menurun
seramai 958 calon (0.54%), iaitu daripada 46,012 calon (9.48%) bagi tahun 2011 kepada
45,054 calon (8.94%) bagi tahun 2012. Walau bagaimanapun bilangan yang melepasi tahap
penguasaan minimum (minimum gred C termasuk semua A) dalam semua mata pelajaran yang
diduduki, meningkat seramai 16,951 calon (0.95%), iaitu daripada 315,033 calon (64.93%) bagi
tahun 2011 kepada 331,984 calon (65.88%) bagi tahun 2012. Bilangan yang tidak mencapai
tahap penguasaan minimum (gred D/E atau kombinasi kedua-duanya) dalam semua mata
pelajaran yang diduduki meningkat seramai 3,293 calon (0.54%), iaitu daripada 13,958 calon
(2.88%) bagi tahun 2011 kepada 17,251 calon (3.42%) bagi tahun 2012.
Seramai 1,752 Calon Berkeperluan Khas menduduki UPSR 2012 berbanding 1,329
pada tahun 2011. Daripada jumlah tersebut seramai 25 calon (1.43%) peroleh gred A dalam
semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 17 calon (1.28%) bagi tahun 2011;
peningkatan seramai 8 calon (0.15%). Bilangan yang melepasi tahap penguasaan minimum
(minimum gred C termasuk semua A) dalam semua mata pelajaran yang diduduki, juga
meningkat seramai 77 calon (0.44%), iaitu seramai 295 calon (16.84%) bagi tahun 2012
berbanding 218 calon (16.40) bagi tahun 2011.



Nota:
Keputusan UPSR, PMR dan SPM dilapor berdasarkan calon.
Melalui graf di atas, kita dapat lihat bahawa berlaku penurunan pada GPN bagi
tahun 200 sehingga 2012. Pihak yang bertanggungjawab seharusnya mengkaji semula
mengenai penurunan GPN ini agar kemerosotan ini dapat dibendung.
Dalam KSSR, terdapat satu unsur yang telah diberi penekanan iaitu pengisian
KBAT dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012,
2011 dan 2010) berdasarkan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan
Krathwohl, 2001). Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 2025, penambahbaikan telah dilakukan terhadap kerangka
pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT). Selain itu, KPM juga akan menambah secara sistematik bilangan soalan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam PBS dan peperiksaan awam. Soalan ini akan
digubal berpandukan Taksonomi Bloom dan akan menguji tahap aplikasi, analisis,
penilaian dan penjanaan murid. Tetapi, persoalannya disini, sejauh manakah unsur
KBAT ini mampu menjamin peningkatan prestasi murid dalam peperiksaan seperti
peperiksaan UPSR? Sejauh manakah kesesuaian tahap kesukaran soalan dengan
daya kognitif dan afektif murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada pelbagai
keupayaan metakognitif dan afektif? Dan apakah punca kemerosotan tersebut berlaku?
Disini terdapat beberapa isu dan cadangan tindakan yang telah dibincangkan oleh
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai isu dan cabaran
dalam melaksanakan KBAT. Antaranya ialah :
Isu isu Cadangan Tindakan Susulan
Kefahaman Guru
- Guru kurang jelas dengan makna
item KBAT
- Mesti sukar
- Terhad kepada bentuk item respons
terbuka.
- Lembaga Peperiksaan membina
manual pembinaan item KBAT.
- Mempelbagaikan kaedah
persembahan item KBAT.
- Menunjukkan contoh-contoh item
KBAT bagi pelbagai tahap umur
murid.
Kemahiran Guru
- Guru kurang mahir membina item
KBAT.
- Lembaga Peperiksaan melatih ahli
panel semasa mesyuarat panel.
- Pementoran diberikan semasa
melakukan proses penjaminan
kualiti PBS.
Kesediaan Murid
- Kurang mampu untuk menjawab
item KBAT.
- Berdasarkan skrip jawapan UPSR,
PMR dan SPM, hampir 30% pelajar
tidak mencuba untuk menjawab
apabila item itu tidak dalam bentuk
lazim.
- Persembahan item KBAT mesti
dalam bentuk yang menarik.
- Murid dibiasakan dengan pelbagai
item KBAT semasa pentaksiran
dilakukan di sekolah.

Instrumen Pentaksiran
- Item KBAT tidak memenuhi
spesifikasi piawaian item semasa di
- Lembaga Peperiksaan akan
menambah baik reka bentuk
instrumen pentaksiran.
prauji. - Peratusan item KBAT dinaikkan
sedikit demi sedikit.


5.0 Definisi Istilah
Terdapat pelbagai definisi kemahiran berfikir yang dikemukakan oleh tokoh
pemikir tentang maksud sebenar kemahiran berfikir. Pendapat tokoh pemikiran seperti
George (1970), Edward de Bono (1976), Mayer (1977), Chaffee (1988), Vincent Ryan
Ruggiero (1984) dan John Barrel (1991) mengaitkan kemahiran berfikir dengan proses
menggunakan minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Oleh itu,
kemahiran berfikir boleh didefinisikan sebagai proses menggunakan minda untuk
mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan
idea atau ciptaan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya
membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir
terdiri daripada dua peringkat iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).


Berdasarkan Rajah 6, kita dapat lihat bahawa terdapat enam aras kognitif bagi
Taksonomi Bloom tersebut. Peringkat mengingat, memahami dan mengaplikasi
merupakan peringkat pemikiran aras rendah, manakala menganalisis, menilai dan
mencipta adalah peringkat pemikiran aras tinggi.
Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR)
Schmatz (1973) menegaskan KBAR termasuk kemahiran kognitif mengingat
semula dan kemahiran mengaplikasi konsep serta pengetahuan dalam situasi biasa
atau konteks yang lazim.
KBAR adalah keupayaan individu untuk mengingat kembali iaitu dengan menguji
kebolehan individu mengingat sesuatu semula, mengecam idea, mengenal pasti,
menyenaraikan dan menamakan keterangan serta prinsip atau fakta yang ingin
dipelajari. Selain itu, KBAR juga merupakan keupayaan untuk memahami iaitu
berkaitan dengan kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa
situasi baharu dan kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan
penjelasan bagi suatu situasi baharu.
Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAR merangkumi tiga
peringkat dalam Taksonomi Bloom. Antaranya ialah :
Peringkat 1
Aras Mengingat
- Menguji kebolehan calon mengingat
sesuatu semula, mengecamkan
idea, mengenal pasti,
menyenaraikan dan menamakan
keterangan, prinsip atau fakta yang
telah dipelajari.
Peringkat 2
Aras Memahami
- Menguji kebolehan kognitif yang
melibatkan penggunaan
pengetahuan tanpa situasi baharu.
- Aras memahami juga melibatkan
proses penterjemahan, intepretasi
dan ekstrapolasi.

Peringkat 3
Aras Mengaplikasi
- Menguji kemahiran menggunakan
pengetahuan untuk memberikan
penjelasan bagi suatu situasi
baharu atau menyelesaikan
masalah yang baharu seperti
mengaitkan peristiwa masa kini
dengan peristiwa masa lalu.


Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
KBAT merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. Di samping itu, KBAT
merangkumi lima kebolehan kemahiran berfikir iaitu menaakul, teknik menyoal,
kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuiri.
Quellmalz (1985) menghuraikan bahawa murid akan menggunakan KBAT
seperti menganalisis, banding beza, merumus, mentafsir, menilai dan menjana idea
apabila diberikan sesuatu tugasan untuk diselesaikan.
Lewis dan Smith (1993) berpendapat bahawa KBAT berlaku apabila seseorang
individu menerima maklumat baharu, memproses maklumat tersebut, membuat
penilaian seterusnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang bukan
lazim.
Tomei (2005) menyatakan KBAT melibatkan kemahiran kognitif yang lebih tinggi
iaitu kemahiran menganalisis, sintesis menilai dan menghasilkan sesuatu idea yang
baharu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) telah mentakrifkan KBAT sebagai
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi
dan berupaya mencipta sesuatu.
Menurut penyelidik dalam jurnal Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Marzano dalam Penjanaan Idea, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan
salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kemahiran ini boleh dipelajari melalui rangsangan dan latihan dan seterusnya pelajar
mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian. Di samping itu, KBAT juga
merupakan aras yang paling tinggi dalam hierarki proses kognitif. KBAT berlaku apabila
seseorang mendapat maklumat baru, menyimpannya dalam memori dan menyusun,
mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan menjana maklumat ini untuk mencapai
sesuatu tujuan atau menyelesaikan situasi rumit. Maka, KBAT ditakrifkan sebagai
penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann,
1994). Dalam situasi ini, seseorang perlulah memahami, menterjemah, menganalisis
dan memanipulasikan maklumat. KBAT memerlukan pelajar menilai maklumat secara
kritis, membuat inferens dan membuat generalisasi. Mereka juga akan menghasilkan
komunikasi asli, membuat ramalan, mencadangkan penyelesaian, mencipta,
menyelesaikan masalah yang bukan rutin yang berkaitan dengan kehidupan seharian,
melahirkan pendapat dan idea yang baru, menilai idea, membuat pilihan dan membuat
keputusan.
Sehubungan dengan kehendak kerja kursus bagi kursus BMM 3103 ini, bahasa
Melayu (BM) sebagai bahasa keempat terbanyak penuturnya di dunia mempunyai
tanggungjawab yang besar untuk memastikan penuturnya menguasai kemahiran
berfikir, lebih-lebih lagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). KBAT membolehkan
penutur menilai maklumat, pendapat secara kritis, membuat kesimpulan, inferens, dan
generalisasi. Ia juga memberi kemahiran kepada penuturnya untuk membuat
keputusan, menyelesaikan masalah, menghasilkan pendapat asli, mencipta dan
membuat pilihan.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAT merangkumi tiga
peringkat seterusnya dalam Taksonomi Bloom. Tiga peringkat tersebut adalah :
Peringkat 4
Aras Menganalisis
- Menguji kemahiran mencerakinkan
atau mengumpul maklumat atau
bahagian-bahagian dalam satu set
komunikasi sehingga pertalian
antara bahagian-bahagian tersebut
dapat ditunjukkan dengan jelas.
- Menguji kebolehan calon
membandingkan dan menghuraikan
fakta-fakta kesamaan, perbezaan
dan perhubungan di antara satu
sama lain.
Peringkat 5
Aras Menilai
- Menguji kebolehan calon untuk
membuktikan, menilai,
mengesahkan, mengkritik,
merumuskan atau memberikan
pendapat terhadap sesuatu
pernyataan.
- Calon juga perlu melihat fakta dari
aspek pro dan kontra semasa
membuat penilaian.
- Kemahiran membuat pertimbangan
atau memberikan gred dengan
menggunakan kaedah dan kriteria
standard tentang kesesuaian,
ketepatan, kecekapan,
keberkesanan dan sebagainya.
Peringkat 6
Aras Mencipta
- Menguji kebolehan calon
merancang, mereka atau mencipta
atau menghasilkan sesuatu yang
kreatif dan menggabungan pelbagai
unsur.
- Hal ini termasuklah penghasilan
sesuatu rancangan, rumusan,
kaedah atau prosedur atau
cadangan.
- Kemahiran yang boleh
menggabungkan elemen-elemen
dan bahagian-bahagian untuk
membentuk suatu set maklumat.
- Melibatkan proses menyusun dan
membuat keputusan serta lebih
bersifat pemikiran bercapah dan
kreatif.

Pentaksiran, pengujian dan penilaian yang dilaksanakan dalam bilik darjah
mempunyai beberapa fungsi penting. Secara amnya, ketiga-tiga aktiviti tersebut boleh
mengesan sejauh manakan murid-murid telah menerima pelajaran baharu yang
diperkenalkan atau semua topik dalam mata pelajaran yang dipelajarinya untuk sesuatu
jangka masa tertentu. Oleh itu, adalah penting untuk para pendidik dan guru
menyediakan serta merangka soalan yang akan dikemukakan terlebih dahulu.
Sehubungan itu, terdapat tiga faktor yang perlu diambil perhatian oleh guru ketika
merangka soalan iaitu :
a) Soalan itu mestilah tepat dengan susunan perkataan yang jelas agar murid-
murid dapat mengenal pasti jawapan yang dikehendaki.
b) Soalan yang dikemukakan itu mestilah mempunyai aras yang berbeza-
beza, iaitu sukar ke mudah dan sebaliknya.
c) Pemilihan aras soalan perlu mengambil kira tahap kebolehan murid-murid
yang diuji.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan pencapaian murid. Guru juga merancang dan membina alat pengukuran,
mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilainya,
melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan
pemulihan. Pentaksiran, pengujian dan penilaian merupakan kaedah atau prosedur
yang digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan sifat atau trait
seseorang berhubung dengan domain pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995).
Hal ini disebabkan oleh ketiga-tiga aktiviti tersebut adalah penting untuk menentukan
kejayaan atau kegagalan murid dalam melakukan sesuatu peperiksaan.
Selain itu, ketiga-tiganya juga turut berfungsi untuk menempatkan murid-murid
dalam kumpulan tertentu di samping mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.
Oleh itu, berdasarkan pengelasan tiga domain dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran (PdP), iaitu kognitif, afektif dan psikomotor, maka Taksonomi Bloom
disusun. Taksonomi Bloom disusun untuk pertama kalinya oleh Benjamin S. Bloom
pada tahun 1956 untuk domain kognitif. Seterusnya, Bloom bekerjasama pula dengan
Krathwohl dan Betram B. Masia (1965) lalu menghasilkan Domain Krathwohl khusus
untuk domain afektif.














Analisis Elemen KBAT dalam UPSR bagi subjek Bahasa Melayu Kertas 1, Tahun
2011.
Soalan UPSR yang dianalisis hanya mendasari Kertas 1, Tahun 2011. Analisis
dilaksanakan pada 20 soalan yang dipilih iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 20, 21, 22, 23,
24, 25, 26, 27, 28, 29, 30. Bagi analisis soalan UPSR ini, saya memberikan fokus dari
segi aras soalan, item soalan, kemahiran dan sistem bahasa. Analisis dan intepretasi
elemen KBAT soalan UPSR dikaitkan dengan aras dalam Taksonomi Bloom (Semakan
Anderson dan Krathwohl, 2001)
Dimensi
pengetahuan
Dimensi Proses Kognitif
Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta
Pengetahuan
Fakta
Senarai Ringkaskan Klasifikasi Aturan Susunan Gabungkan
Pengetahuan
Konsep
Terangkan Interpret Eksperimen Hurai Taksir Rancangkan
Pengetahuan
Proses
Bentangkan Ramalkan Hitungkan Bezakan Simpulkan Gubah
Pengetahuan
Metakognitif
Kegunaan
sesuai
Laksanakan Binakan Rumuskan Tindakan Wujudkan










6.0 Jadual Analisis Komponen KBAR dan KBAT dalam 20 soalan UPSR Bahasa
Melayu, Kertas 1, Tahun 2011.
Nombor
Soalan
Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001)
Aras Rendah Aras Tinggi
Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta
1 -
2 -
3 -
4 -
5 -
6 -
7 -
8 -
9 -
10 -
21 -
22 -
23 -
24 -
25 -
26 -
27 -
28 -
34 -
38 -
Jadual 1.0




7.0 Huraian Jadual Analisis Komponen KBAR dan KBAT dalam 20 soalan UPSR
Bahasa Melayu, Kertas 1, Tahun 2011.

Berdasarkan Jadual 1.0, terdapar 20 soalan yang telah dipilih untuk dianalisis
berpandukan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).
Soalan Huraian Analisis
SOALAN KBAR
Soalan 1 (sila rujuk Lampiran 1)

Pada pendapat saya, Soalan 1 merupakan
soalan berbentuk aneka pilihan. Sistem
bahasa yang terlibat ialah tatabahasa iaitu
kata ganti nama orang kedua dan kata
ganti nama orang ketiga. Hal ini kerana
soalan bertanya mengenai kata ganti
nama diri bagi bapa Farah. Bapa Farah
merujuk kepada orang kedua dalam
sistem ganti nama orang kedua. Bagi aras
soalan ini pula, ia merupakan soalan pada
aras mengingat kembali kerana murid
sudah mempelajari kata ganti nama diri
sejak Tahun 3 dan 4.
Soalan 2 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam
soalan ini ialah tatabahasa iaitukata ganti
nama orang ketiga. Soalan ini berada
pada aras kefahaman kerana situasi
tersebut melibatkan konteks kerabat
diraja. Murid perlu mengetahui dan
memahami kata ganti nama yang sesuai
dan betul bagi kerabat diraja. Di samping
itu, kata ganti nama tersebut tidak
digunakan dalam komunikasi seharian
murid kerana murid merupakan golongan
rakyat biasa sahaja. Jadi, murid harus
tahu dan faham mengenai peralihan kata
ganti nama bagi kerabat diraja.
Soalan 3 (sila rujuk Lampiran 1)

Pada pendapat saya, soalan ini
merupakan soalan aneka pilihan yang
disertakan bahan rangsangan. Soalan ini
menguji sistem tatabahasa murid yang
berkenaan dengan kata kerja pasif
berdasarkan aksi pada gambar tersebut.
Selain itu, wujud juga imbuhan awalan
meng-, men- dan me- pada pilihan
jawapan tersebut. soalan ini merupakan
soalan pada aras mengingat kembali dan
pengetahuan kerana gambar jelas
menunjukkan aksi yang dilakukan dan ia
sekaligus memberi klu kepada jawapan
murid.
Soalan 4 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan yang disertakan bahan rangsangan
iaitu gambar seorang lelaki yang sedang
mengetam papan. Sistem bahasa yang
terlibat ialah kata kerja pasif. Soalan ini
pada aras kefahaman kerana murid perlu
memahami setiap maksud bagi setiap
pilihan jawapan yang diberikan. Murid
harus meneliti dan memahami perbuatan
yang ditunjukkan pada gambar tersebut.

Soalan 5 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam
soalan ini ialah kata tugas bagi kata
adverba. Aras soalan ini adalah pada aras
mengingat kembali. Hal ini kerana murid
tahu bahawa apabila kita hendak berhenti,
kita akan menekan loceng bas. Jadi,
jelaslah bahawa soalan ini adalah soalan
pada aras meningat kembali dimana murid
menggunakan pengetahuan sedia ada
mereka untuk menjawab soalan ini.
Soalan 6 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan. Sistem bahasa yang telibat ialah
kata adjektif. Saya berkata demikian
kerana jika dilihat pada jawapan
pilihannya, keempat-empat pilihan
jawapan tersebut melibatkan perasaan.
Soalan ini adalah pada aras mengingat
kembali. Hal ini kerana jika dibaca
soalannya, ia mengatakan bahawa
seorang nenek itu rindu akan cucunya
yang telah lama tidak pulang ke kampung.
Ini jelas menunjukkan soalan ini pada aras
mengingat kembali dimana murid
menggunakan pengetahuan sedia ada
untuk menjawab soalan ini.


Soalan 7 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam
pembinaan soalan ini ialah kata adjektif.
Saya berkata kerana soalan bertanyakan
mengenai keadaan air sungai akibat
pencemaran. Jadi murid diminta untuk
memilih jawapan yang sesuai. Soalan ini
pada aras kefahaman. Saya berpendapat
sedemikian kerana jawapan bagi soalan
ini bersifat agak tricky yang mana ia
dapat mengelirukan murid. Murid harus
mempunyai kefahaman yang tinggi untuk
menjawab soalan ini.
Soalan 8 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan. Sistem bahasa yang terlibat ialah
kata adjektif cara. Saya berkata demikian
kerana jika dilihat pada pilihan
jawapannya, saya melihat keempat-empat
pilihan jawapan tersebut merujuk kepada
sifat atau perlakuan seseorang apabila
dipanggil oleh guru. Soalan ini adalah
pada aras aplikasi. Saya berkata demikian
kerana murid tahu akan perkara yang
perlu dilakukan jika seseorang guru
memanggil kita ke hadapan kelas. Selain
itu, murid juga mungkin pernah
mempunyai pengalaman tersebut dan
diaplikasikan dalam konteks soalan ini.

Soalan 9 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan yang berbentuk pemadanan. Hal ini
kerana murid harus tahu untuk
memadankan perkataan yang tepat pada
kedua-dua ruangan jawapan tersebut. Jika
murid memilih perkataan yang salah pada
ruangan yang pertama, maka jawapan
yang kedua juga salah. Jadi, murid harus
mencari padanan jawapan yang sesuai.
Bagi sistem bahasa, soalan ini
menggunakan Kata Tugas Kata Hubung
Gabungan, kata pancangan keterangan
dan kata pangkal ayat. Saya berkata
demikian kerana murid perlu mencari kata
hubung yang sesuai dengan kehendak
soalan. Bagi arasnya pula, saya
berpendapat bahawa soalan ini adalah
pada aras aplikasi. Saya berfikiran
sedemikian kerana murid sudah belajar
dan tahu mengenai kata hubung. Jadi,
murid hanya perlu menggunakan
pengetahuan sedia ada mereka mengenai
kata hubung untuk menjawab soalan ini.
Soalan 10 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan aneka
pilihan yang berbentuk pemadanan. Murid
harus tahu mengenai sistem bahasa yang
digunakan dalam soalan ini. Sistem
bahasa yang digunakan ialah penanda
wacana dan kata sendi nama untuk
menjawab soalan ini. Soalan ini adalah
soalan pada aras memahami. Saya
berkata demikian kerana jika dilihat pada
konteks situasi yang diselitkan pada
soalan tersebut. Seolah-olah memerlukan
murid memahami soalan terlebih dahulu
sebelum memilih jawapan yang tepat.
Jadi, jelaslah soalan ini adalah soalan bagi
aras memahami.

SOALAN KBAT
Soalan 21 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini adalah soalan pada aras
menganalisis. Aras kemahiran analisis
adalah menguji kemahiran mencerakinkan
atau mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk mencari
maklumat yang sesuai berdasarkan
makna perkataan yang dinyatakan pada
setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat
yang betul berdasarkan penggunaan
perkataan deras mengikut pengetahuan
dan kefahaman murid. Kemahiran bahasa
yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca. Sistem bahasa yang digunakan
dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri
daripada morfologi iaitu mengkaji
golongan kata terdiri daripada kata adjektif
cara bagi perkataan deras.


Soalan 22 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini adalah soalan pada aras
menganalisis.Aras kemahiran analisis
adalah menguji kemahiran mencerakinkan
atau mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk mencari
maklumat yang sesuai berdasarkan
makna perkataan yang dinyatakan pada
setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat
yang betul berdasarkan penggunaan
perkataan lahir mengikut pengetahuan dan
kefahaman murid. Kemahiran bahasa
yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca. Sistem bahasa yang digunakan
dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri
daripada morfologi iaitu mengkaji
golongan kata terdiri daripada kata kerja
iaitu pembentukan kata kerja tunggal bagi
perkataan lahir.

Soalan 23 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini adalah pada aras menganalisis.
Aras kemahiran analisis adalah menguji
kemahiran mencerakinkan atau
mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk mencari jawapan
yang betul berdasarkan maklumat yang
terdapat dalam soalan yang telah
diberikan seperti langkah-langkah atasi
dan masalah disiplin murid. Kemahiran
bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca. Sistem bahasa yang digunakan
dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri
daripada morfologi iaitu mengkaji
golongan kata terdiri daripada kata tugas
iaitu berkaitan dengan kelompok dasar
kata bagi kata tanya.


Soalan 24 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini adalah soalan pada aras
menganalisis. Aras kemahiran analisis
adalah menguji kemahiran mencerakinkan
atau mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk mencari ayat
tanya yang betul berdasarkan maklumat
pada jawapan yang terdapat dalam soalan
yang telah diberikan seperti diberikan
taklimat keselamatan. Kemahiran bahasa
yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca. Sistem bahasa yang digunakan
dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri
daripada morfologi iaitu mengkaji
golongan kata terdiri daripada kata tugas
iaitu berkaitan dengan kelompok dasar
kata bagi kata tanya.

Soalan 25 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini adalah soalan bagi aras
kemahiran menganalisis. Aras kemahiran
analisis adalah menguji kemahiran
mencerakinkan atau mengumpul
maklumat atau bahagian-bahagian
sehingga pertalian antara bahagian-
bahagian tersebut dapat ditunjukkan
dengan jelas. Soalan ini memerlukan
murid untuk mencari ayat yang
mempunyai sama maksud dengan soalan
berdasarkan maklumat berkaitan yang
terdapat pada soalan. Kemahiran bahasa
yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca di samping merujuk keupayaan
murid membaca dengan sebutan, intonasi,
jeda, dan kelancaran yang betul. Sistem
bahasa yang digunakan dalam soalan ini
ialah tatabahasa terdiri daripada sintaksis
iaitu mengkaji unsur utama yang terdiri
daripada kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek
dan predikat.

Soalan 26 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini merupakan soalan bagi aras
menganalisis. Aras kemahiran analisis
adalah menguji kemahiran mencerakinkan
atau mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk mencari ayat
yang mempunyai sama maksud dengan
soalan berdasarkan maklumat berkaitan
yang terdapat pada soalan. Kemahiran
bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca di samping merujuk keupayaan
murid membaca dengan sebutan, intonasi,
jeda, dan kelancaran yang betul. Sistem
bahasa yang digunakan dalam soalan ini
ialah tatabahasa terdiri daripada sintaksis
iaitu mengkaji unsur utama yang terdiri
daripada kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian subjek
dan predikat.

Soalan 27 (sila rujuk Lampiran 1)

Soalan ini adalah soalan bagi aras
menganalisis. Aras kemahiran analisis
adalah menguji kemahiran mencerakinkan
atau mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk membuat
banding beza mengenai ayat yang betul
daripada empat ayat disediakan, serta
mencari fakta-fakta yang betul di dalam
ayat disediakan. Kemahiran bahasa yang
terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran
membaca kerana soalan menekankan
aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik-teknik membaca.
Sistem bahasa yang digunakan dalam
soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada
sintaksis iaitu mengkaji unsur utama yang
terdiri daripada kata, frasa, klausa dan
aspek pembinaannya serta pembahagian
subjek dan predikat.
Soalan 28 (sila rujuk Lampiran 1)

Aras kemahiran analisis adalah menguji
kemahiran mencerakinkan atau
mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk membuat
banding beza mengenai ayat tanya yang
betul daripada empat ayat tanya
disediakan, serta mencari fakta-fakta yang
betul di dalam ayat tanya disediakan.
Kemahiran bahasa yang terlibat dalam
soalan ini ialah kemahiran membaca
kerana soalan menekankan aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai
bahan secara kritis dengan menggunakan
teknik-teknik membaca. Sistem bahasa
yang digunakan dalam soalan ini ialah
tatabahasa terdiri daripada sintaksis iaitu
mengkaji jenis ayat iaitu ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.

Soalan 34 (sila rujuk Lampiran 1)

Aras kemahiran analisis adalah menguji
kemahiran mencerakinkan atau
mengumpul maklumat atau bahagian-
bahagian sehingga pertalian antara
bahagian-bahagian tersebut dapat
ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini
memerlukan murid untuk membuat
banding beza mengenai ayat jawapan
yang betul daripada empat ayat jawapan
disediakan, serta mencari fakta-fakta yang
betul di dalam ayat berdasarkan petikan
yang telah disediakan. Kemahiran bahasa
yang terlibat dalam soalan ini ialah
kemahiran membaca kerana soalan
menekankan aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dengan menggunakan teknik-teknik
membaca. Sistem bahasa yang digunakan
dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri
daripada kosa kata iaitu mengkaji
penguasaan kosa kata dalam
mengungkap maklumat dan buah fikiran
selaras dengan penambahan ilmu.

Soalan 38 (sila rujuk Lampiran 1)

Aras kemahiran penilaian adalah menguji
kemahiran murid membuktikan, menilai,
mengesahkan, mengkritik, merumuskan
atau memberikan pendapat terhadap
sesuatu pernyataan. Soalan ini
memerlukan murid untuk memberi satu
pendapat mengenai soalan diberikan iaitu
bagaimanakah pendidikan mempengaruhi
amalan pantang larang dalam kalangan
generasi muda?. Murid diminta untuk
memberikan pendapat atau pandangan
dalam mengatasi isu yang dinyatakan
pada soalan di atas setelah membuat
pembacaan terhadap petikan yang
diberikan. Kemahiran bahasa yang terlibat
dalam soalan ini ialah kemahiran
membaca kerana soalan menekankan
aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan teknik-teknik membaca.
Sistem bahasa yang digunakan dalam
soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada
kosa kata iaitu mengkaji penguasaan kosa
kata dalam mengungkap maklumat dan
buah fikiran selaras dengan penambahan
ilmu.














8.0 Jadual Rumusan Analisis Elemen KBAR dan KBAT dalam 20 soalan UPSR
bagi subjek Bahasa Melayu Tahun 2011.
No.
Soalan
Item Soalan
Aras Kemahiran
(Taksonomi
Bloom)
Kemahiran
Bahasa
Sistem Bahasa
1 Aneka pilihan Mengingat Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata Ganti
Nama Orang
2 Aneka Pilihan Memahami Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata Ganti
nama orang
3
Aneka Pilihan
(Bahan
Rangsangan)
Mengingat Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata kerja
4
Aneka Pilihan
(Bahan
Rangsangan)
Memahami Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata kerja
pasif
5 Aneka Pilihan Mengingat Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata tugas
kata adverba
6 Aneka Pilihan Mengingat Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata
adjektif perasaan
7
Aneka Pilihan
(Bahan
Rangsangan)
Memahami Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata nama
8
Aneka Pilihan

Menganalisis Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata
adjektif cara
9
Aneka Pilihan
(Padanan)
Menganalisis Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : Kata Tugas
Kata Hubung Gabungan, kata
pancangan keterangan dan kata
pangkal ayat.
10
Aneka Pilihan
(Padanan)
Memahami Bacaan
Tatabahasa : Morfologi : penanda
wacana kata sendi nama
21 Padanan Analisis Bacaan
Tatabahasa: Morfologi: Kata Adjektif
Cara (deras)
22 Padanan Analisis Bacaan
Tatabahasa: Morfologi: Kata Kerja:
Pembentukan Kata Kerja Tunggal
(lahir)
23 Struktur Terhad Analisis Bacaan
Tatabahasa: Morfologi: Kata Tugas:
Kelompok Dasar Kata Tugas: Kata
Tanya
24 Struktur Terhad Analisis Bacaan
Tatabahasa: Morfologi: Kata Tugas:
Kelompok Dasar Kata Tugas: Kata
Tanya
25 Struktur Terhad Analisis Bacaan
Tatabahasa: Sintaksis:
Unsur utama yang terdiri daripada
kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian
subjek dan predikat.
26 Struktur Terhad Analisis Bacaan
Tatabahasa: Sintaksis:
Unsur utama yang terdiri daripada
kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian
subjek dan predikat.
27 Struktur Terhad Analisis Bacaan
Tatabahasa: Sintaksis:
Unsur utama yang terdiri daripada
kata, frasa, klausa dan aspek
pembinaannya serta pembahagian
subjek dan predikat.
28 Struktur Terhad Analisis Bacaan
Tatabahasa: Sintaksis:
Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat
tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
34
Aneka Pilihan
(Rangsangan)
Analisis Bacaan
Kosa kata: Penguasaan kosa kata:
Mengungkap maklumat dan buah
fikiran selaras dengan penambahan
ilmu
38
Aneka Pilihan
(Rangsangan)
Penilaian Bacaan
Kosa kata: Penguasaan kosa kata:
Mengungkap maklumat dan buah
fikiran selaras dengan penambahan
ilmu

Aras Kemahiran Berfikir Peratusan
KBAR 10 Soalan 50%
KBAT 10 soalan 50%
Jadual 8 Jumlah soalan dan peratusan KBAR dan KBAT dalam soalan UPSR Bahasa
Melayu, Kertas1, 2011

You might also like