You are on page 1of 5

BIODATA TOKOH

NAMA : DASHANI GANESALINGAM


UMUR : 62 TAHUN
TEMPAT TINGGAL : CHERAS, KUALA LUMPUR
PEKERJAAN : PENYANYI
: GURU MUZIK SANGEETHAM
TARIKH LAHIR : 1 February 1952
TEMPAT LAHIR : SUNGAI SIPUT, IPOH
HOBI : MEMBACA BUKU BUKU AGAMA
: MELAWAT TEMPAT-TEMPAT
BERSEJARAH



SUMBANGAN TOKOH DALAM BIDANG
MENYANYI

1. Berkongsi ilmu muziknya dengan pelajar-pelajar beliau.

2. Memupuk minat di kalangan anak muda.

3. Menganjurkan pertandingan di peringkat daerah dan negeri
bagi menyunkil bakat menyanyi dan mengasah kebolehan
orang lain dalam bidang mizik.

4. Memperkayakan budaya bangsa dengan menganjurkan
program-program menyanyi.


5. Menghasil dan mengubal lirik lagu dan muzik mengikut
peredaran masa dan dengan menggunakan peralatan muzik
moden tanpa mengabaikan nilai-nilai budaya muzik asli
supaya ia sentiasa menyubur dan tidak ditelan zaman.













HARAPAN TOKOH TERHADAP BIDANG
MENYANYI
Kebudayaan warisan bangsa bolehlah ditakrifkan sebagai
kebudayaan sesuatu bangsa yang amat dihargai oleh rakyat.
Kebudayaan warisan bangsa merujuk kepada budaya yang sudah
diamalkan sejak berkurun lamanya oleh sesuatu bangsa itu.
Antara ciri kebudayaan ialah pakaian, makanan, nyanyian, tarian,
muzik dan juga bahasa bangsa itu sendiri. Pihak media massa juga
menyiarkan pelbagai ulasan tentang kebudayaan warisan bangsa
kita yang semakin terhakis terutama dalam jiwa remaja zaman
moden ini.
Oleh yang demikian, kita haruslah bersatu padu untuk mengekalkan
dan memelihara kebudayaan warisan bangsa ini dengan
mengamalkannya, memupuk minat dan menurunkannya ke generasi
baru.
Kerjasama dari semua pihak terutamanya dari golongan remaja
amat diperlukan agar budaya kita terus dipelihara. Kegagalan untuk
mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej bangsa
dan masyarakat itu akan hilang dikekang masa. Bak kata pepatah
'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan

betapa pentingnya memelihara sesuatu kebudayaan bangsa itu
dalam kehidupan harian supaya dikenali identiti bangsa dan
masyarakat di mata dunia.

You might also like