You are on page 1of 9

PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN

PEX2102


TEORI PENTAKSIRAN ASAS
Pengukuran adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan di
nyatakan dalam unit pernomboran atau peratusan atau gred
.. mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan kedudukan dan pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang
sama
.. skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut pencapaian markah
.. skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai tersendiri dan digunakan untuk membandingkan
gred diantara bilik darjah dan lain-lain

Dalam erti kata,

skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian
skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di antara murid di dalam bilik darjah

Pengujian adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu (Gagne. R.M, 1965)
Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang diperolehi
adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian murid dalam bidang atau domain kognitif ,
psikomotor dan afektif
.. adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid dalam perubahan tingkahlaku melalui pemerhatian atau ujian formal
.. bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat pemeringkatan
.. bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi pengetahuan yang di berikan

Penilaian di definisikan sebagai proses bagi menentukan , mendapatkan dan menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan
matlamat yang di perlukan
Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dan menganalisa dan menterjemahkan keputusan
Penialain adalah satu proses kualitatif
Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan


Tujuan Pengujian

i) Menentukan perubahan tingkahlaku murid
ii) Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu
iii) Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian
iv) Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran
v) Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat

Tujuan Pengukuran

i) Menempatkan murid ke aliran yang sesuai
ii) Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu
iii) Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu
iv) Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu

Tujuan Penilaian

i) Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran
ii) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan
pemulihan
iii) Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan strategi pengajaran yang
lebih berkesan
iv) Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan
jika diperlukan
v) Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

Apa itu Pentaksiran ?

Pentaksiran adalah dari perkataan Latin yang bermaksud "duduk bersama" dengan pembelajar dan mengesahkan respon adalah
bermaksud dengan apa yang dimaksudkan !

Dalam kebanyakan perancangan pentaksiran kepastian atau kebolehpercayaan terhadap pentaksiran adalah amat
berkurangan.

Kebanyakan pentaksiran dikatakan tidak mempunyai nilai "kesahan" dan "kebolehpercayaan"

Apa Yang Boleh Di Taksir? Pengetahuan, Sikap, Kemahiran

Perancangan Pentaksiran hendaklah :

Bebas dari bersifat berat sebelah atau di pengaruhi oleh .... (bias)
Menunjukkan apa yang telah (atau apa yang sepatutnya) di ajar dan dipelajari
Menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengajarab (pengajaran dan.atau kuikulum)
Memaklumkan ketidak sefahaman

(Dipetik dari Adapted from Champagne, Lovitts and Calinger (1990).Assessment in the Service of Instruction. Washington, AAAS.)

Mengapa guru atau pendidik perlu tahu mengenai pentaksiran ?

Mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid
Memantau kemajuan murid
Memberi dan menetapkan penggredan
Menentukan keberkesanan pengajaran
Mempengaruhi penerimaan pihak awam terhadap keberkesanan pendidikan
Menilai guru dan pendidik
Menjelaskan niat dan hasrat pengajaran dan pembelajaran

Terdapat beberapa jenis pentaksiran yang digunakan bagi pentaksiran berasaskan sekolah

Di antaranya adalah pentaksiran formatif, pentaksiran sumatif, pentaksiran kebolehan, ujian kertas dan pensil, ujian kecergasan, ujian
rujukan norma dan ujian rujukan kriteria.

Pentaksiran Formatif
direka bagi tujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran apa yang dipelajari
diajalankan secara informal, seperti pemerhatian, soal jawab, pembacaan, kuiz dan kerja-rumah
kesilapan di perbetulkan serta merta
boleh digunakan untuk mentaksir kemajuan pembelajaran melalui ujian pensil dan kertas
keputusan ujian dicatatkan dalam rekod kemajuan murid
membuat dan mengambil keputusan berikutan seperti menempatkan kumpulan pelajar mengikut tahap, menjalankan aktiviti
pengayaan dan pemulihan

Oleh itu, pentaksiran formatif adalah untuk membimbing dan memperbaiki pembelajaran yang termasuklah mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan, membimbing pembelajaran, penempatan dan pemilihan dan mengenalpasti dan mengesan kemajuan potensi

Pentaksiran Sumatif
meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan ketika sesi
persekolahan, pertengahan tahun dan akhir tahun
biasanya ujian pensil dan kertas yang formal atau ujian bertulis
digunakan untuk menentukan dan memberi gred
digunakan untuk menentukan pencapaian murid dan keputusan ujian boleh digunakan untuk tujuan mengadakan aktiviti susulan ,
pemulihan dan pengayaan
di catatkan didalam rekod kemajuan murid, untuk membuat pemilihan dan penempatan ke aliran kumpulan yang sesuai
dijalankan terutamanya untuk menentukan pencapaian dalam kelas dan membuar perbandingan diantara satu dengan lain
dijalankan pada pertengahan tahun, akhir tahun pengajian seperti UPSR, Penilaian Berasaskan Sekolah (SBE), PMR, SPM dan
STPM
Menentukan gred mengikut tahap pencapaian dan sijil diberikan

Pentaksiran Kemajuan/Pencapaian
digunakan untuk menguji pencapaian dan kebolehan setiap murid dalam keadaan sebenar
digunakan untuk menentukan sejauhmanakah murid tahu dan berupaya melihat potensi diri
dikenali juga dengan nama pentaksiran auntentik
e.g. pentaksiran pembangunan
- mentaksir kemajuan berdasarkan sikap, tingkah laku, personal dan pembangunan sosial
- mengunakan skala pemerhatia dan Likert
pencapaian berasaskan persampelan pemikiran
- menghendaki murid menjawab soalan, menyelesaikan masalah, menulis atau menjalankan sesuatu akitiviti
pameran atau persembahan
- mengunakan dan memerlukan kompetensi murid tentang menunjukkan kebolehan visual, persembahan , kemahiran atau
lisan portfolio
- pencapaian dan kebolehan berterusan berasaskan koleksi tugasan sebenar, hasilan lukisan. penulisan, ujian , kuiz

Pentaksiran Pensil dan Kertas
melibatkan kemahiran bahasa
murid perlu memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis
kecuali ujian lisan dan persembahan
mengunakan kemahiran kognitif
e.g. objektif (dalam bentuk jawapan pendek, melengkapkan atau aneka pilihan (MCQ) dan ujian subjektif (esei terbuka, fakta dan
esei terarah)

Pentaksiran Kecergasan
digunakan sebagai ujian kebolehan dalam pendidikan jasmani
ujian kelajuan bagi mengukuri kepantasan seperti lari 100 meter , Malaysian Teacher Selection Test (MTest)
ujian ketahanan bagi mengukur tahap ketahan dan kecergasan murid pendidikan jasmani

Pentaksiran Pemerhatian
teknik alternatif yang digunakan sebagai penilaian formatif tnkahlaku murid
juga digunakan untuk aktiviti pembelajaran, pentaksiran persembahan, dan akitviti amali e.g. PE, bengkel
kaedah yang digunakan adalah berstruktur (sistematik), tidak berstrukutur (kritikal) dan pemerhatian separa struktur
mengunakan borang atau senarai semak

Pentaksiran Rujukan Norma

Digunakan untuk membandingkan pencapaian individu dengan individu yang lain atau diantara satu kumpulan dengan satu
kumpulan yang lain dengan mengunakan keputusan dari ujian yang sama
Sejenis ujian sumatif
e.g. PMR, UPSR, SPM, STPM
Aras kesukaran ujian ditetapkan pada tahap 25% mudah,50% sederhana dan 25% sukar
ujian rujukan norma menpunyai kekurangan; keputusan ujian tidak mengambarkan samada murid adalah bersedia untuk bergerak
keperingkat lebih tinggi atau lebih baik
ujian rujukan norma juga tidak sesuai untuk mengukur objekif afektif dan psikomotor e.g. sikap dan nilai adalah bersifat peribadi ,
oleh itu, membandingkan diantara murid lain adalah tidak sesuai; untuk mengukur pembelajaran psikomotor satu ketetapan
keterangan adalah perlu untuk membuat penghakiman keatas sesorang individu
ujian rujukan norma mengalakkan persaingan dan perbandingan terhadap skoran





Pentaksiran Rujukan Kriteria
Digunakan untuk menentukan pencapaian individu mengikut kriteria atau piawai tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu
bidang dan kemahiran pembelajaran
Dijalankan selepas sesuatu kemahiran telah di tunjukkan dan keputusannya digunakan untuk membanding kriteria yang telah
ditetapkan sebelumnya
eE.g. ketetapan telah ditetapkan bahawasanya murid harus boleh menjawab sekurang-kurangnya 4 dari 5 soalan dengan betul tetapi
jika murid hanya mampu menjawab 3 sahaja dari 5 soalan maka murid dianggap gagal untuk menguasai kemahiran yang telah
ditetapkan
Ujian yang dijalankan atau di tetapkan kepada objektif pembelajaran dipanggil sebagai ujian berasaskan atau rujukan objektif
Merupakan ujian formatif dan oleh itu memerlukan tindakan pemulihan dan pengayaan

Pentaksiran Diagnostik

Boleh merupakan pentkasiran formatif atau sumatif
Digunakan untuk menganalisa dan menterjemah data yang disediakan oleh pentaksiran formatif dan sumatif
Membuat anggaran kekuatan dan kelemahan murid dan guru agar boleh diambil tindakan selanjutnya







Pengukuran melibatkan data sistematik yang dikumpulkan mengikut "peraturan"
Pengujian satu bentuk pengukuran spesifik
Penilaian memberikan penghakiman keatas pengumpulan data
Pentaksiran pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk menyediakan maklumat mengenai
pembelajar, apa yang diajar dan bagaimana ianya di ajar

Pentaksiran = Pengukuran+ Pengujian + Penilaian

You might also like