You are on page 1of 2

UCAPAN JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAAN pn Rohani

TEKS UCAPAN PERSARAAN


Assalamualaikum w.b.t

Yang berusaha Pn Norasikin Bt Abdullah, Guru Besar SK Pinji, Yang diraikan Pn. Rohani Bt
Hamdan dan suami.

Yang dihormati

Tn Syed Azmai B Syed Yeop GPK Pentadbiran, Pn Norlela Bt Hanafi GPK HEM, Pn Norafiza Bt
Ahmad GPK KO-kurikulum

Rakan-rakan guru, Jawatankuasa penganjur majlis Persaraan dan murid-murid yang dikasihi
sekelian.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, sebagai wakil guru dapat saya
menyampaikan sepatah dua kata di majlis yang indah ini. Hari ini bolehlah dikatakan sebagai
hari terakhir bagi kita dapat bersama-sama Pn. Rohani kita di dalam majlis rasmi seperti ini.

Hadrin yang dihormati sekalian,

Tujuan majlis ini diadakan, bukan sahaja untuk meraikan Pn. Rohani, ia juga menjadi medan
terakhir bagi kita untuk beramah mesra sesama kita. Melunaskan rasa rindu kita kepada Pn.
Rohani kita sebelum pemergian beliau. Bercakaplah dan bersapalah di majlis ini sepuas-
puasnya dengan beliau selagi ruang masih ada. Di sini juga kita dapat berpeluang mendengar
amanat terakhir dari Pn. Rohani yg kita kasihi. Sudah tentu ada kata-kata hikmah dan pesanan
yang akan menjadi ingatan dan panduan kepada kita untuk menjadi pendidik yang berjaya dan
berkarisma seperti beliau.

Hadrin yang dihormati sekalian,

Kami sebenarnya merasai satu kehilangan besar di sini, beliau umpama sebutir permata di
lautan luas, walaupun tenggelam di dasar selut yang hitam, beliau tetap bersinar walaupun
hanya bekas yang ditinggalkan.

Hadrin yang dihormati sekalian,

Masa beredar terlalu pantas. Kami rasa seperti baru semalam mengenali Pn. Rohani. Rupanya
kami hanya bermimpi di siang harisedar-sedar Pn. Roani kita telah mencapai persaraan wajib
pada hari ini. Adalah diakui bahawa banyak sumbangan dan peranan yang telah beliau
lontarkan pada SK Pinji.

Hadrin yang dihormati sekalian,


tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung,
hati terkenan mulut menyebut,
budi yang baik rasa nak dijunjung.

patah dahan bunga kemboja,
pucuk paku subur di titi,
budi puan kami tak lupa,
sudah terpaku di dalam hati.

Saya akhiri ucapan saya dengan assalamualaikum w.b.t

You might also like