You are on page 1of 4

Contoh RPH Kajian Tempatan Tahun 5

Rancangan Mengajar Harian Kajian Tempatan Tahun 5



Mata Pelajaran : Kajian Tempatan

Tahun : 5 Ceria

Bil. Murid : 24 Orang

Tarikh : 1 November 2012

Masa : 10.10pagi 10.40 pagi ( 30 minit )

Tema : Sejarah Negara Kita

Topik : Sejarah Awal Sarawak.

Subtopik : Asal usul nama Sarawak.

Hasil pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran ini, murid akan dapat :

1. Menceritakan asal usul nama sarawak.
2. Mengisahkan cerita-cerita lagenda tentang asal usul Sarawak.
Objektif pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Menceritakan asal usul nama sarawak iaitu sempena frasa serah kepada awak
dan sempena daripada nama buah nanas.
2. Melakonkan kisah berkaitan asal usul nama sarawak sempena frasa serah
kepada awak dan sempena daripada nama buah nanas.

Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mengetahui serba sedikit berkaitan
dengan negeri Sarawak seperti lagu negeri dan bendera negeri Sarawak.
Nilainilai murni : Bekerjasama, berani mencuba.

Unsur patriotisme : Berbangga dengan sejarah negara sendiri.

Bahan bantu mengajar :
1. Video lagu Puteri Santubong.
2. LCD
3. Slaid Powerpoint.
4. Kad Tugasan

KBKK : Menjana idea, menyelesaikan masalah

Pembelajaran Koperatif : Perbincangan (Sumbangsaran) , main peranan,lakonan.

Langkah /
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Lagu Puteri
Santubong
1. Guru memperdengarkan lagu
Puteri Santubong melalui
tayangan video.
2. Guru bertanyakan kepada murid
tentang isi lagu tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan
murid dengan isi pelajaran.

BBM
-Video lagu
Puteri
Santubong

KBKK
-Menjana idea.
Langkah 1
(10 minit)
Penerangan tentang
asal usul nama
Sarawak
1. Murid melihat tayangan slaid
Power Point berkaitan tentang
asal usul nama Sarawak.
2. Murid mendengar penerangan
tentang asal usul nama
Sarawak sempena frasa serah
kepada awak dan sempena
daripada nama buah nanas
melalui slaid Power Point yang
BBM
-Slaid Power
Point.



Unsur
Patriotisme.
-Berbangga
ditayangkan oleh guru.
3. Murid-murid bersoaljawab
dengan guru berkaitan isi
pelajaran.

dengan
sejarah negara
kita.


Langkah 2
(10 minit)
Aktiviti kumpulan.
-Lakonan.
1. Murid dibahagikan kepada 4
kumpulan kecil.
2. Wakil setiap kumpulan diminta
oleh guru untuk pergi ke
hadapan kelas untuk mencabut
kad tugasan untuk setiap
kumpulan.
3. Murid berbicang dalam
kumpulan masing-masing
setelah mendapat kad tugasan
daripada guru.
4. Guru memberi masa 5 minit
untuk murid-murid berbincang
dalam kumpulan dan setelah
tamat masa tersebut setiap
kumpulan diminta
membentangkan hasil
perbincangan mereka dalam
bentuk lakonan.

5. Murid membentangkan hasil
kerja mereka melalui lakonan di
hadapan kelas.

6. Guru membuat penilaian
terhadap lakonan setiap
kumpulan.

BBM
-Kad tugasan.

Nilai Murni
-Bekerjasama
dalam
kumpulan.
-Berani
mencuba.

Unsur
Patriotisme.
-Berbangga
dengan
sejarah negara
kita.

KBKK.
-Menjana idea.
-
Menyelesaikan
masalah
Penutup
(5 minit)
-Membuat rumusan.
-Menyanyikan lagu
Puteri Santubong
1. Beberapa orang murid diminta
menyatakan apa yang telah
mereka pelajari dan apa yang
mereka faham dengan
pembelajaran yang telah
dijalankan.
2. Murid diminta menceritakan
semula asal usul nama
Sarawak daripada frasa serah
kepada awak dan sempena
daripada nama buah nanas.
3. Murid menyanyikan lagu Puteri
Santubong secara beramai-
ramai.

BBM
-Video lagu
Puteri
Santubong


KBKK
-Menjana idea.

Nilai murni.
-Berani
mencuba

You might also like