You are on page 1of 7

TEORI HURAIAN BAHASA

Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi. Dianggap sebagai tingkah laku


manusia melalui ucapan. Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi.
Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat bahasa
dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-
ahli bahasa. Ketika itu muncul bidang linguistik dan psikolinguistik lingusitik yang
bermaksud ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan
dengan teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari
segi sains atau empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori
bahasa. Psikolinguistik pula merupakan kajian bahasa yang digabungkan dengan
kajian ilmu-ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungan bahasa dengan jiwa
manusia, jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan
oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur.
Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada empat iaitu aliran
tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif serta fungsional.
Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada
pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut.

Teori Tradisional (Panini)
Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M). Pada masa itu tatabahasa
merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji
sifat tabii alam. Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika Plato (429-327 S.M)
membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan
perbuatan. Kata nama yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan kata
kerja menggambarkan tindakan (predikat ). Pembahagian ayat pula berdasarkan
fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut. Ayat definisikan sebagai ucapan yang
mengandungi fikiran yang lengkap. Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat
penyata, tanya, seru dan perintah. Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek,
predikat, objek dan keterangan. Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif
wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan
logika dalam ayat. Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian
bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat
berdasarkan makna.

Ciri-ciri tatabahasa tradisional.
Tatabahasa tradisional bersifat nasional dan tidak mengikut konsep formal
atau struktur. Ketiadaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan
sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur. Ketiadaan pemeringkatan atau
pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang
mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh
diajar atau tidak. Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan.
Bahasa adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah.

Kelemahan Teori Tradisional
Teori ini terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan
dalam tatabahasa dan jenis kata. Guru mungkin terpengaruh dan terlalu
menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran akan melahirkan pelajar yang
cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna
dan gramatis analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-
kategori bahasa bersifat universal.

Teori Struktural (Bloomfield)
Dikenali juga dengan aliran taxonomic atau bloomfeildian. Muncul akibat
bertentangan dengan aliran tradisional. Tentangan utama ialah dasar nasional yang
digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa
dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal. Aliran
struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan. Data-data adalah
daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa
yang hendak dikaji. Analisis struktural bersifat structure centered. Setiap bunyi
perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan
linguistik. Setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu
bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik.
Analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa
dan ayat serta unsur-unsur supra segmental. Ayat akan dipecahkan mengikut
konstituen-konstituennya yang paling kecil ialah perkataan diikuti frasa, klausa,
subjek dan predikat.


Teori Transformasi-Generatif (Chomsky).
Teori ini bermula pada tahun 1957. Teori ini menghuraikan ayat-ayat dengan
menggunakan sistem rumus-rumus. Terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu
struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat
pada struktur dalaman dan rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau
struktur ayat-ayat tersebut sehingga membawa kepada peringkat struktur
permukaan. Komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu
ucapan dan komponen semantik merujuk representasi semantik. Oleh itu bunyi
dan makna berhubung melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur
dalaman dan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi si penutur dalam
komunikasi dan interaksi sosial. Rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah
pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara kata yang terdapat dalam
sesuatu dasar. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa akan
menjadi input kepada komponen rumus-rumus transformasi. Rumus-rumus
transformasi itu berkuasa untuk menggugur,menambah dan mengubah atau
menyusun semula susunan unsur kata itu. Penukaran struktur itu disebut sebagai
transformasi dan ayat baru yang diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan.

Teori Fungsionalis (Halliday dan Wilkins)
Teori ini mengkaji bahasa sebagai alat komunikasi dan perubahan bentuk
bahasa yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi. Bahasa berkeupayaan
menyampaikan maklumat tentang penuturnya. Eleman dalam struktur bahasa ialah
semantik bukan hubungan sintaksis dari segi struktur bahasa. Halliday
menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagai alat
berkomunikasi. Sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang
diutamakan dalam pengajaran pembelajaran. Guru perlu menggunakan bentuk-
bentuk ujaran yang tepat untuk menjadi contoh kepada pelajar. Penggunaan variasi
bahasa yang pelbagai dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar.
Variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu situasi sosial pengajaran dan
pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu.






TEORI PEMEROLEHAN BAHASA.
Seseorang bayi yang sempurna dilahirkan bersama-sama alat-alat
artikulasi dan anggota fizikal lain untuk memperoleh bahasa. Pemerolehan berlaku
sedikit demi sedikit mengikut perkembangan otak. Penguasaan bahasa pertama
kanak-kanak dengan cara memperoleh (tidak formal) bukan secara pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun adalah jangka
masa penguasaan bahasa yang kritikal dan mudah menerima pengaruh bahasa
yang didedahkan kepada mereka. Teori pemerolehan bahasa menghuraikan tentang
bagaimana sesuatu bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak melalui proses
pemerolehan bahasa pertama.

Teori Behaviorisme (Skinner)
Bahasa adalah proses perilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan
sebab dan kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak balas. Aliran ini menolak
sebarang pendapat yang menghubungkan penghasilan bahasa dengan operasi
mental. Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman
daripada otaknya. Pemerolehan kemahiran bahasa memerlukan latihan dan latih
tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai
kebiasaan. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Kanak-kanak belajar
secara tidak formal melalui proses peniruan. Mereka menguasai bunyi-bunyi dan
menyebut perkataan-perkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga
mereka dapat menyebutnya menjadi ayat-ayat yang lengkap. Bloomfield menyokong
aliran ini dan berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang
sama dengan tingkah laku manusia yang lain. Bahasa dilahirkan akibat gerak balas
daripada rangsangan. Mengikut teori ini, tingkah laku yang terjadi ketika ucapan itu
diujarkan perlu dikaji. Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran
dan pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada kanak-
kanak apabila mereka memberikan gerak balas yang betul. Ganjaran akan dapat
membentuk perlakuan berbahasa yang dikehendaki dan berterusan.





Teori Kognitif

Teori kognitif dipelopori oleh Jean Piaget da Gestalt. Teori kognitif merupakan
proses mental yang memainkan peranan penting untuk memperoleh bahasa,
khususnya bahasa pertama (bahasa ibunda). Kanak-kanak mempunyai keupayaan
khusus untuk mendengar, mentafsir bunyi-bunyi bahasa yang didengar. Kanak-
kanak juga memperoleh bahasa pertama dalam masa yang amat singkat iaitu 4
sehingga 5 tahun sahaja.
Pembelajaran bahasa ialah proses mental (berfikir). Oleh sebab itu, kanak-
kanak perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami bahasa (makna) dan
bukanlah bergantung pada latihan giat semata-mata. Kesalahan yang dilakukan
murid bukan kegagalan tetapi percubaan yang baik. Teori ini juga menyatakan
kanak-kanak belajar berdasakan konsep cuba jaya. Maksudnya di sini, murid-murid
akan diberi peluang untuk cuba menjawab soalan sehingga mereka berjaya
melaksanakannya. Peranan guru dalam memberi latihan pula, guru tidak harus
memberi latihan yang berbentuk kebiasaan yang automatik tetapi memberi latihan
yang membina kecekapan dengan menggunakan rumus-rumus yang dibentuk.
Menurut teori ini tulisan dan bacaan adalah diutamakan kerana sebagai peneguhan
kepada lisan. Oleh sebab itu, guru perlu mengutamakan penulisan dan pembacaan.

Teori Mentalis

Teori ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Menurut Noam Chomsky, kanak-
kanak dilahirkan dengan keupayaan Language Acquisition Device (LAD). Kanak-
kanak mendengar bahasa di persekitaran mereka. Berdasarkan situasi sebenar,
mereka mendengar, menganalisis, membentuk konsep dan rumus tatabahasa.
Kemudian mereka akan membentuk ayat. Menurut Noam Chomsky, kanak-kanak
mula bertutur dalam bahasa pertama mereka ketika mereka berumur lapan belas
bulan. Penguasaan sebutan (struktur luaran) adakala tidak sama dengan
penguasaan rumus tatabahasa dan makna (struktur dalaman) walaupun
penguasaan bahasa luaran bergantung kepada keupayaan bahasa dalaman.
Di dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid seharusnya berupaya
menguasai bahasa dengan sempurna kerana mereka mempunyai LAD. Guru perlu
mengajar bahasa secara deduktif. Manakala tatabahasa pula diajar secara langsung
dan berstruktur. Pada masa yang sama, mereka perlu menguasai rumus tatabahasa
agar mereka dapat menggunakannya secara kreatif. Maksudnya di sini, murid dapat
menghasilkan ayat-ayat baharu.
Selain itu, guru digalakkan memberi peluang kepada murid untuk berfikir ketika
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Hal ini kerana mereka dapat membina
konsep dan makna.Ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid perlu
didedahkan dengan bahan-bahan sebenar (authentik) bukan bahan yang diada-
adakan. Pengajaran dan pembelajaran bahasa juga mementingkan kemahiran
membaca dan menulis dan tidak mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur.
Dari aspek memberi latihan pula, guru perlulah memberi latihan-latihan yang
membina kecekapan dengan menggunakan rumus bahasa secara kreatif. Selain itu,
guru digalak menyedarkan kesilapan murid dan menggalakkan murid membaiki
kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan rumus yang telah dipelajarinya.

Teori Interaksionalis
Teori ini dipelopori oleh Halliday. Teori ini menerangkan perkembangan
bahasa kanak-kanak melibatkan interaksi bahasa dan proses mental. Kanak-kanak
memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi
dengan ahli keluarga dan masyarakat. Sebagai ahli masyarakat, mereka juga
seharusnya mempunyai kemampuan menguasai kemahiran menggambarkan
pemikiran dalam bentuk bahasa yang sesuai dengan situasi sosial. Ketika kanak-
kanak berinteraksi, mereka akan menguasai makna yang lebih tepat. Teori ini lebih
memberi penekanan dalam membina keyakinan berkomunikasi idea atau makna.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penyampaian makna yang
tepat adalah penting untuk berinteraksi di samping struktur tatabahasa yang betul.
Oleh sebab itu, makna dan tatabahasa diajar serentak. Murid juga harus didedahkan
kepada situasi linguistik untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam
interaksi yang berkesan. Guru perlulah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan dan menarik supaya dapat memberi makna kepada murid. Dari
aspek kesilapan yang dilakukan oleh murid, guru tidak perlu membaiki kesilapan
bahasa murid. Guru hanya menyedarkan murid sama ada bentuk atau struktur yang
mereka guna itu betul atau salah. Kemudian, guru meminta mereka membetulkan
sendiri. Guru juga boleh menggunakan teknik latih tubi yang bermakna secara
sedikit untuk mendedahkan struktur ayat.

You might also like