You are on page 1of 5

1.

0 PENDAHULUAN
Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam
masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya
dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai
profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam
matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan istem
pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum
sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang
tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta
melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada
negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan
Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang
bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p) menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai
wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu
bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi
sebagai institut perkembangan ilmu.
2.0 CIRI-CIRI GURU BERKUALITI
Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus
pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan
kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula
mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh
sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk
menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang
memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah,
kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru
berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:
2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu
Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai
ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum
sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada
tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap
membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.
Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap
konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat
menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara
yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan
pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan
potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan
Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.
2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model
Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut
Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak
yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu
diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya
mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni
supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu
bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi
contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah
Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para
pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa
ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.
2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu
Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan
ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat
kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek
kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu
mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya,
bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir
Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan
adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal
ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus
dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya.
Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu
matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi
teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.
2.4 Mengamalkan kemahiran profesional
Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru
yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi
memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan,
berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah
pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang
perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar
mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan
pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual
tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif
perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia).
2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan
Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional,
seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang
profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau
dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak
Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan
menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat
tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping
membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru
perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui
program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan
pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing,
spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p
Joginder Sigh, 2007).
2.6 Mengamalkan pengajaran efektif
Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi
perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 2.5.1 Perancangan
pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran
bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan
objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan
salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al,
(1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus
membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai
melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam
memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk
melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik
mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana
pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan
pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
2.5.2 Pelaksanaan pengajaran
Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan
kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti
menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan
seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-
bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian
untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam
pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan
mengajar. 2.5.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas
Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan
pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna
bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj,
2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai
perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan
cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran
kepada masing-masing. 3.0 KESIMPULAN Oleh itu dalam menuju pendidikan
bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak
bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian
guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak
sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan,
dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda
untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri,
ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih,
penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat
sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia
yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.

You might also like