You are on page 1of 9

Ampunkan Aku

Ayah, Cek minta ampun, Cek bukan nak dera ayah.


Seorang ketua jururawat menghampiri ake setelah 10 minit kami sampai di Hospital
Sultanah ahiyah yang tersergam megah di negeri yang terkenal dengan nama jolokan
!elapang "adi #alaysia. Aku dapat rasa kemesraannya yang mengalir ke jemari kurus ayah,
lalu meresap ke dalam jiwa. $impahan kasihnya aku terima, sejujur bibirnya
mengu%apkan,&&sabarlah, kepada aku.
Aku selalu mendengar perkataan itu selama ' tahun menemani &&ayah terbaikku ini.
(tulah rangsangan masyarakat untuk menguatkan aku, walau tidak pernah sekali pun aku
mengu%apkan ketidak sabaran menghadapi anugerah ini. Aku akui, dalam masa enam bulan
pertama, )asa penyakit osteoporosis, asma dan ulser yang sedang bersebati dengan tubuh
ayah, membuatkan aku tidak dapat memahami dan kadang kala merajuk serta ambil hati
dengan perangai ayah yang sering marah*marah padaku. Abang membekalkan +#,00 buat
belanja aku menenangkan hati .
Aku berkelana men%ari diri.-alau bagaimanapun, hingga ke saat ini, Ayah tidak tahu
aku pergi kerana merajuk dengannya, bukan berkursus jahitan sebagaimana yang aku dan
abang beritahu kepada ayah.
Ayah, Cek minta ampun. Cek bohong ayah. Cek tipu ayah Selepas perpisahan itu,
Ayah tidak marah*marah lagi dan aku semakin mengenali hiasan usia pada warga yang telah
menghadiahkan aku dunia.
Akulah insan terpilih menemani usia emas&&$elaki terbaik ini... angga menatap
wajahnya yang meniti tahun sehingga ke angka /0. ahagia mendukung. 1ikmat membasuh
berak ken%ingnya. 2mak meninggal ketika usiaku awal belasan tahun kerana menderita barah
rahim. Sejak dari hari itu segala urusan terpikul di bahu ayah kerana ayah tidak mahu kahwin
lagi. #asanya banyak dihabiskan dengan memba%a buku*buku ilmiah. 3ialah ibu dialah ayah
padaku. Semua hal itu tidak teru%ap dengan kata*kata untuk aku %eritakan kebaikan dan kasih
sayang yang ayah limpahkan padaku. Aku pernah menjulang piala, namun kemenangannya
tidak semegah menatang tubuh ayah empat kali sehari ke bilik air.
#enggenggam wang hasil kemenangan tidak sepuas menekan mengeluarkan najis dari
dubur ayah. 2nam tahun memproses sisa buangan itu,membuatkan aku sentiasa menanti
kehadiran saat itu, kalau sehari ayah tidak menunjukkan tanda hendak membuangnya.
4etua jururawat itu menghulurkan salam perpisahan dan sentuhan kemesraan di kaki
ayah. 3oktor wanita datang menyuakan stetoskopnya ke dada ayah. 3ia mengarahkan ayah
dibawa ke dalam bilik.
2n%ik 5sman, sakit apa, kurus ma%am ni6 Soal doktor yang merawat ayah.
Aku yang sedang merenung mata ayah tersentak dari lamunan, Apa punya soalan
tanya pesakit ma%am tu. Hah7 "emiliknya seorang doktor lelaki, berdiri lebih dari satu kaki
jauhnya hujung usungan yang menempatkan tubuh ayah yang seberat lebih 8, kilorgram. 3ia
memandang ayah, seperti melihat makhluk asing yang baru mendarat ke bumi. "andangannya
tajam, menikam hati. #ana pergi do%tor yang awal tadi. Aku ter%ari*%ari, kelibat jururawat
tadi pun tidak kelihatan. 9ang tinggal hanya aku, ayah dan do%tor sombong perasan bagus
sangat sahaja di dalam bilik rawatan tersebut
:ak boleh duduk hospital, sini banyak kuman7 :anpa sentuhan rawatan, suara kasar
itu menerjah telinga kami. Aku sempat menangkap ketakutan pada wajah ayah sebelum luruh
ke tangannya. Aku genggam jemari yang sering mengusap kepalaku suatu ketika dulu, dan
matanya meluahkan bi%ara. :itisan air matanya menyayat sukma.
Ayah, %ek minta ampun. Cek sayang ayah. Hanya itu komunikasi kami sejak '
bulan, suara ayah diangkat ke langit.
Cek bukan nak tinggalkan ayah di hospital, %uma nak minta doktor tolong sedut
darah dalam hidung ayah sahaja. Aku bersuara memberitahu ayah. 3ari riak wajahnya aku
tahu dia risau ditinggalkan sendirian di hospital. Ayah paling takut datang ke hospital. 3ia
lebih rela menanggung sakit dari di rawat di hospital.
3arah itu tidaklah banyak, tetapi titisannya menyekat perjalanan na)as. Aku tahu ayah
telah hampir ke hujung usia. Aku tidak mendoakan begitu, namun aku tahu kerana telah '
tahun aku merawatnya.
Setiap petang, aku bawa ayah menyedut udara luar dengan kerusi rodanya. +utin itu
tidaklah setiap hari aku lakukan kerana ayah malu dilihat dalam keadaan begitu. -alau
bagaimanapun, ayah suka benar jikalau waktu pagi aku membawanya menghirup haruman
bunga dihalaman rumah atau ke tepi sungai melihat memerang menangkap ikan.
1amun begitu, sejak tiga tahun lalu, ayah hanya terbaring sahaja kerana tulang
belakangnya yang kian reput itu sudah tidak mampu menahan duduk. Hendak beralih pun
tidak berdaya. 4alau dibiarkan terlentang, terlentanglah sampai bila*bila. #akannya pun tidak
pernah diminta. 4en%ing tidak berasa. Cuma beraknya, aku perlu menekan*nekan di hujung
dubur untuk mengeluarkannya kerana tulang belakang ayah sudah tidak kuat manakala isyarat
dari otaknya tidak lagi ber)ungsi mengaturkan perjalanannya. 4eajaibannya mengerjakan itu,
hanya kami berdua sahaja yang merasa.
3alam keadaan begitu, kepada abang*abang dan kakak*kakak iparku pun aku tidak
menyerahkan tanggungjawab ini, apatah lagi hendak meninggalkan ayah terlantar di katil
hospital seorang diri. :idak. :idak sekal* kali. iarlah aku bersusah payah menjaga ayah. Aku
rela, Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk ayah asalkan ayah sentiasa di depan mataku.
3oktor itu pergi ke meja tulisnya. Aku merasai kesakitan dalam riak wajah ayah yang
mengalirkan air mata apabila plet ;*ray disorong dan ditarik di bawah belakangnya yang luka.
Ayah, %ek tahu ayah sakit. Cek minta ampun. Cek bukan nak dera ayah, kita nak
berubat. kita nak buang darah dalam hidung ayah. Aku memberitahu ayah dengan penuh rasa
bersalah. Aku tahu ayah menahan sakit. 4alau boleh bersuara tentu ayah dah jeritkan
kesakitan itu. 1amun begitu ,suara ayah telah diambil oleh "en%iptanya pada suatu malam
selepas kami mengu%ap sayang dan ayah mela)a<kan kalimah Allah mengakhiri perbualan
kasih kami. Sejak itu, hanya aku yang meluahkan bi%ara hati ayah dan ayah hanya memerhati.
#aha besar kuasa Allah yang menjadikan kita memahami antara satu sama lain hanya
dengan pandangan mata hati.
:uhan mengambil sedikit demi sedikit anugerah yang dipinjam kepada lelaki terbaik
ini. 4alaulah masa yang dijanji itu benar*benar telah tiba, biarlah ayah pergi setelah habis
ikhtiar yang terdaya. Aku dan abang*abangku berpakat membawa ayah ke hospital yang baru
dibuka ini. Aku tidak lagi menemui petugas hospital dan doktor yang selalu melayan kami
dengan kemesraan yang terpan%ar dari hati.
#a%am ni, darah dalam hidung itu kami pun tak boleh buat apa. Suara doktor yang
tidak mesra itu datang menerjah telinga. Aku yang sedang memandang ayah, beralih
melihatnya.
:ak ada alat nak buang 6 Soalku kehairanan.
:anpa menyentuh dan melihat hidung ayah, doktor itu membuat keputusan6
Hah7 sebuah hospital yang nilainya ratusan juta tidak ada alat di unit ke%emasannya
untuk menyedut ketulan darah yang hanya mungkin sebesar tahi hidung, atau alat itu tidak ada
untuk orang seperti kami6. Soal aku dengan nada sinis. =eram dengan kata*kata do%tor yang
sombong itu.
eginilah, pergi ke klinik 21:, tapi malam ini tak ada. 4linik hari (snin . kita buat
janji temu6 alas doktor tadi dengan penjelasan ringkas. Aku tahu dia terasa dengan sindiran
aku.
Hari ini Selasa. 4ena tunggu enam hari lagi, baru boleh jumpa do%tor. Ayah tidak
pernah membiarkan na)as anaknya terganggu walaupun hanya enam saat. (nikan pula enam
hari nak biarkan masa berlalu. :idak. Aku merenung keangkuhan doktor yang langsung tidak
menyentuh, melihat dan memeriksa hidung ayah.
1a)as dia tersumbat. :akkan tak ada alat nak buang6 Soal aku tanda tidak puas hati.
4an dah terangkan tadi7 3oktor itu menjawab ringkas dengan nada yang tinggi.
4etinggian suaranya dapat didengar oleh orang lain. Sinis pandangannya, aku renung
jauh*jauh dari jangkauan tangan. 1amun begitu suara kasarnya telah menembusi seluruh
anggota tubuh. 4ini darah bukan sahaja didalam hidung ayah, tetapi telah membanjiri
keseluruh tubuhku. Hilang segala penghormatan pada jawatan yang mulia itu. Aku
merenungnya dan amat berharap suatu hari nanti, dia akan duduk di tempat aku.
Saya lebih bimbangkan paru*paru dia. 2n%ik 5sman duduk wad, nak6 sarannya
kendur, sambil menghulur surat janji temu dengan klinik 21: kepada aku.
Sebelum suaranya diambil oleh "en%ipta, berkali*kali ayah berpesan, dia tidak mahu
menghabiskan usia tuanya di katil hospital. Aku pula tidak sanggup melihat ayah pergi tanpa
ikhtiar untuk menangguhkan perjalanan itu sedikit lagi. 4ami pulang tanpa rawatan,
walaupun aku tahu keadaan paru*paru ayah yang dah lama kritikal. :entu Allah telah
mengatur jadual terbaik untuk kami.
+ekod %emerlang dan kebaikan yang kami terima daripada kakitangan Hospital esar
Alor Setar, telah di%emari oleh kebiadapan seorang doktor lelaki yang bertugas di unit
ke%emasan Hospital Sultanah ahiyah pada senja malam 1> !anuari ?000. #ungkin gegaran
dalam ambulans !"A8 yang menghantar kami telah menolak dan meluluskan ketulan darah
dalam hidung ayah. "erna)asannya mulai lan%ar, seperti lan%arnya perjalanan ambulans yang
tidak berhenti di lampu isyarat.
Sebelum menidurkan ayah dengan kalimah Allah ditelinganya, aku u%apkan,&&Ayah,
%ek minta ampun. Cek bawa ayah pergi hospital tadi, nak buang darah dalam hidung ayah.
:api doktor kata, tak ada alat nak buang . Air mata ayah dan air mata aku menyatu apabila
pipi kami bertemu.
Cek sayang ayah. (ya, %ek tahu, ayah pun sayang %ek, kan. Aku mengenggam tangan ayah,
dia merenung. Aku bahagia, namun kebimbangannya lebih terasa. "agi +abu,10 !anuari ?000
sebelum jam >.80 pagi, Aku menele)on ke pejabat pengarah hospital.
(ya, saya doktor (dris, "engarah hospital. Aku pun ber%erita dan pengarah itu
mendengar kisah layanan yang kami terima.
etulkah tak ada alat itu di unit ke%emasan hospital6 Soal aku ingin kepastian.
Ada.!awab pengarah hospital itu sepatah.
Aku terus meluahkan emosi. 3ia mendengar dengan penuh sabar dan akhirnya meminta
alamat aku serta nombor tele)on aku. Aku kurang berpuas hati tanpa menele)on doktor 1orida
Ahmad, :imbalan pengarah hospital, kenalan yang selalu menjadi tempat aku meluahkan isi
hati.
4ak (da sibukkah6 Soal aku ringkas. imbang panggilan aku menggganggu
tugasannya.
1ak mesyuarat sayang, ada apa6 !awab 3r 1orida.
1ak mengadu. Aku mengulang %erita dan soalan yang sama,
etulkah tak ada alat tu6 Soalku mohon kepastian.
:ak ada. !elas 3r 1orida memberi kata pasti padaku.
"agi tadi, pengarah hospital, 3oktor (dris kata ada, petang ni, 4ak ida, timbalan
pengarah hospital kata tak ada, mana satu yang betul ni6 Aku berbisik dalam hati, %uba
berteka*teki men%ari satu kepastian. Aku tidak ingat ma%am mana kami mengakhiri
perbualan.
Ayah, Cek sayang ayah. Sayang sangat. Ayah sayang Cek kan6 Aku tidak
tahu,ma%am mana lagi hendak ber%akap dengan ayah yang hanya mendengar sahaja. Aku
amat merindui suaranya. +indu sungguh7 Ayah aku dulunya seorang yang periang. =uru
besar pen%en. Sekolah terakhirnya ialah S4 Charok 4udong. 3ia suka ber%erita tentang hal*
hal yang berlaku di seluruh dunia. #ajalah kegemarannya 1ational =eogra)i%. #asa
terluangnya dihabiskan dengan menghasilkan buku skrap tentang perkara*perkara menarik
yang didapati dari majalah kegemarannya. Aku letakkan semua hasil kerja tangan ayah di satu
rak khas di dalam bilik. 4adang*kadang aku ba%akan buku untuk ayah.
Aku menidurkan ayah dengan ba%aan ayat*ayat $a<im. Ayah merenung muka aku,
namun %ahaya dari matanya telah lama pudar. Aku men%ium pipinya berkali*kali. 4ulit
pipinya sudah kendur dan berkedut. =aris*garis halus diwajahnya memaparkan usianya yang
menginjak tua. Aku merenung muka %engkungnya. arisan giginya sudah lama tiada. +adang
gusi yang dihidapi ayah membuatkan gigi ayah perlu di%abut semuanya 8 tahun dulu. -alau
wajah sudah dimamah usia namun padaku ayah masih lagi lelaki dan ayah terbaikdi dunia
ini. Aku tidur di sisi ayah dan terjaga pukul 8.00 pagi apabila terdengar bunyi air liur tersekat
di kerongkongnya. Aku bangun mengangkat sedikit kepala ayah, perlahan*lahan mendengar
air liur itu hilang. Aku merenung perjalanan na)as di dadanya, tiada ombak yang melanda.
#ata aku teramat mengantuk.
"ukul enam pagi aku terjaga sekali lagi. Cuma mampu mengerling ke arah ayah. Aku
tidak berdaya mengangkat tangan, apatah lagi kepala dan badan. Aku terlelap dan terjaga
sekali lagi. 1ampak jam di hujung kaki, pukul /.@0 pagi. Aku bingkas bangun, pantas
menerpa kearah ayah. 2ntah kenapa jari telunjuk aku lentangkan kearah hidung ayah yang
seperti jambu air.
3egupan kasar menerjah dada. ayah sudah tiada. ' tahun aku mengabaikan dunia.
2nam tahun aku mengurus ayah bagaikan bayi yang baru di lahir. Cuma tiga jam aku terlena
pada pagi ?0 !anuari ?000 bersamaan 1? +abiulawal 1@80, Ayah pergi tanpa sempat aku
menghantar perjalanannya dengan kasih syahadah dan kalimah Allah yang selalu aku u%apkan
ke telinganya.
Ayah, Cek minta ampun. Ampunkan %ek, anak yang gagal menyudahkan tugas di
hujung usia ayah.
9a Allah, ampunkan dosa*dosa ayahku. 4alau boleh dipindahkan segala dosanya,
letakkanlah di bahu aku. Aku redha. Sungguh redha7
erkali*kali aku menyelak kain yang menutup jena<ah ayah. Aku %ium pipinya, usap
rambutnya, meraba bawah belakang hingga punggungnya.
Ada air7 #asa buka lampin pakai buang pagi tadi, kering.tiada apa*apa, kenapa
sekarang ada air ken%ing.
Ayah tak matiA.ayah tak matiAayah tak mati7 aku memeluk dan men%ium ayah.
Ayah, %ek minta ampun. Ayah tak mati, %ek kata ayah tak mati. Cek minta ampun,
ampunkan %ek. :angisku hiba. Aku tak sanggup menerima kenyataan bahawa ayahku telah
pergi untuk selama*lamanya menemui pen%ipta1ya.
Ayah senyum. #anis sekali. #emang dialah lelaki terbaikdi dunia ini. :idak lama
kemudian, pegawai perubatan datang mengesahkan takdir. Ayah memang tidak berna)as lagi.
1amun begitu, bila nyawa terpisah dari badan, setiap rongga akan terbuka dan %e%air akan
keluar melaluinya.
Ayah, Cek minta ampun. Cek tak tahu. Cek sayang ayah.
Ayah akhirnya tinggalkan aku sendirian setelah ?' tahun aku hidup bertemankan ayah.
Akulah satu*satunya anak perempuan ayah yang akan terus mengabdikan kalimat keramat
bahawa ayah adalah lelaki terbaik dalam hidup aku.
Semasa jena<ah ayah di bawa keluar aku menele)on :imbalan "engarah Hospital
Sultanah ahiyah yang sedang berehat di rumahnya.
4ak (da, ayah saya dah meninggal. 4irim salam terima kasih kepada doktor yang
mahu sedut darah dalam hidung ayah.
BS24(A1B
Cerpen ini aku dedikasikan buat arwah ayah aku 5sman bin #ohamad, yang kembali
kerahmatullah pada tanggal ?0 !anuari ?000.

You might also like