You are on page 1of 2

Refleksi

Mohammad Saifullah Hanif Bin Md Nawi


(920518-03-5569)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya kami masih lagi diberi
kesempatan untuk menuntut ilmu khususnya melalui program Bina Insan Guru yang telah diadakan
pada kali ini. Program kali ini yang telah memberi banyak manfaat khususnya sebagai persediaan bagi
menjadi seorang guru yang berkualiti kelak.
Terdapat banyak kebaikan yang telah saya perolehi sepanjang mengikuti program kali ini.
Antaranya ialah melalui ceramah sesi pertama yang telah disampaikan oleh ustaz Mohamad Fahmi bin
Mohd Jamli iaitu merangkap penolong Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana, saya telah
memperolehi gambaran yang jelas mengenai peranan Pejabat Pendidikan Daerah. Penerangan yang
sangat jelas telah diberikan oleh penceramah membolehkan kami faham dan dapat membuat gambaran
mengenai peranan Pejabat Pendidikan Daerah.
Selepas mengulas panjang mengenai peranan Pejabat Pendidikan Daerah, penceramah juga
telah menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan profesion keguruan. Melalui ceramah yang
disampaikan juga secara tidak langsung ia telah memberi banyak input khususnya mengenai isu-isu
keguruan yang telah berlaku pada hari ini. Secara tidak langsung ia dapat mendorong kami agar menjadi
seorang guru yang baik dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku dengan keadaan sekeliling. Malah
isu-isu yang dibawa seperti masalah yang berlaku yang melibatkan guru dengan murid, guru dengan ibu
bapa dan guru dengan masyarakat telah memberi banyak manfaat kepada kami. Bagi isu yang berkaitan
dengan permasalahan daripada guru, ia talah mendorong kami agar tidak melakukan kelasalah yang
serupa pada masa akan datang manakala bagi permasalah yang berlaku yang melibat permasalahan an
bukan daripada guru pula akan mendorong kami agar sentiasa berhati-hati dan sentiasa peka dengan
keadaan yang berlaku disekitar profesion keguruan.
Malalui sesi ceramah kedua yang disampaikan sendiri oleh pensyarah di Institut ini juga iaitu Dr
Husin bin mohamad Yusoff, kami telah memperolehi input yang sangat banyak. Ceramah beliau yang
telah menyentuh mengenai tajuk Guru dan Perundangan telah memberi banyak input-input baru
kepada kami. Jika sebelum ini kami hanya memperoleh sedikit input yang berkaitan dengan tajuk ini
khususnya melalui akhbar-akhbar atau apa sahaja bahan yang telah dibaca namun ceramah yang telah
diadakan telah memberi gambaran yang sangat jelas kepada kami megenai tajuk yang disampaikan. Jika
sebelum ini kami langsung tidak peka dengan isu rasuah yang berlaku yang melibatkan golongan-
golongan guru, namun melalui fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh penceramah menyebabkan
semua peserta program kali ini terkejut kerana terdapat banyak kesalahan rasuah yang telah melibatkan
guru yang berlaku pada hari ini. Jika sebelum ini ramai yang berpendapat profesion ini dapat
mengelakkan seseorang itu terjebak dengan rasuah, namun melalui ceramah yang diadakan
menyebabkan kami sedar bahawa profesion ini juga tidak terlepas daripada isu-isu yang berkaitan
dengan rasuah.
Bukan itu sahaja, malah terdapat juga isu-isu lain yang telah disentuh oleh penceramah iseperti
pelanggaran kod etika yang telah dilakukan oleh guru, hasil kerja yang kurang memuaskan dan
sebagainya. Mungkin kelemahan guru pada hari ini menguasai bidang perundangan juga menyebabkan
banyak guru yang mudah ditindas seperti disaman oleh pihak ibu bapa dan sebagainya. Oleh itu sesi
penerangan kali ini bukan sahaja telah memberikan gambaran berkaitan dengan perundangan yang
melibatkan guru malah ia juga telah menrik minat kami untuk lebih mendalami bidang yang barkaitan
dengan pfofesion keguruan sebagai persediaan pada masa akan datang.
Antara perkara lain yang telah saya pelajar pada sesi Bina Insan Guru pada kali ini juga ialah
berkaitan dengan disiplin. Terdapat perkara yang telah ditegur oleh pensyarah pada permulaan program
ini seperti isu kedudukan tempat iaitu berkaitan dengan ramai peserta yang tidak mahu berada
dibahagian hadapan, peraturan dan adab menuntut ilmu dan kedatangan yang lewat daripada peserta
program. Malah terdapat juga perkara lain yang telah ditegur oleh pihak pensyarah yang telah
memberikan kesedaran kepada kami. Mungkin kerjasama yang kurang daripada peserta program kali ini
juga menyebabkan perjalanan program sedikit terganggu.
Oleh itu sebagai kesempulannya, sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang, masih
banyak lagi perkara yang harus kami pelajari. Tajuk-tajuk yang telah dikemukakan pada kali ini juga telah
menarik minat kami untuk lebih mendalami isu-isu berkaitan dengan tajuk ceramah yang telah
disampaikan. Melalui program pada kali ini juga saya harapkan agar ilmu yang diperolehi dapat menjadi
pedoman kepada saya sebagai persediaan untuk menempuh liku-liku kehidupan seorang pada masa
akan datang.

You might also like