You are on page 1of 16

Table of Contents

1.0 Pengenalan ...................................................................................................................... 2


1.1 Ringkasan eksekutif ..................................................................................................................2
1.2 Motto .......................................................................................................................................2
1.3 Misi ..........................................................................................................................................2
1.4 Visi ...........................................................................................................................................2
1.5 Objektif ....................................................................................................................................2
1.6 Logo Mixed Brick Sdn. Bhd ........................................................................................................3
2.0 Latar belakang syarikat .................................................................................................... 4
3.0 Tujuan rancangan perniagaan ......................................................................................... 5
3.1 Penerangan produk syarikat .....................................................................................................5
3.1.1 Kelebihan produk ......................................................................................................................... 5
4.0 Struktur organisasi ........................................................................................................... 7
4.1 Carta organisasi ........................................................................................................................7
4.2 Perancangan pasukan ...............................................................................................................8
4.3 Jadual tugasan & tanggungjawab ..............................................................................................8
7.0 Rancangan operasi ......................................................................................................... 10
7.1 Carta aliran operasi ................................................................................................................. 10
7.2 Susun atur operasi .................................................................................................................. 12
7.3 Keperluan bahan .................................................................................................................... 13
7.4 Mesin dan peralatan ............................................................................................................... 13
7.5 Tenaga buruh ......................................................................................................................... 14
7.6 Overhed operasi ..................................................................................................................... 14
7.7 Lokasi ..................................................................................................................................... 15
7.8 Perbelanjaan operasi .............................................................................................................. 15






1.0 Pengenalan
1.1 Ringkasan eksekutif
Mixed Brick Sdn. Bhd merupakan perniagaan baru yang telah ditubuhkan oleh pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), disekitar Batu Pahat. Perniagaan ini telah
membuka cawangan pertama di Batu Pahat, kerana permintaan yang tinggi terhadap produk bata.
Produk bata yang dikeluarkan oleh syarikat kami adalah produk yang menggunakan campuran
bahan lain bagi mengukuhkan lagi struktur bata disamping dapat menjimatkan kos. Produk bata
syarikat kami adalah berlainan, dan kami mengutamakan produk bata yang mampu mengalas
beban yang rendah. Fokus utama syarikat adalah untuk menjadi pembekal kepada penduduk
sekitar Batu Pahat yang ingin menggunakan bata bersaiz sederahana, dan pembinaan-pembinaan
kecil seperti tandas, pondok polis, bangunan TNB, stesen bus dan kilang bersais sederhana.
1.2 Motto

1.3 Misi
Menjadi pembekal bata yang mengutamakan keselesaan pelanggan
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan mampu milik
Menekan staf untuk memberikan layanan mersa pelanggan, bermotivasi tinggi dan
komitmen yang tinggi.
1.4 Visi
Komited mewujudkan satu ruang keselesaan pelanggan dengan memberikan layanan
yang baik,telus dan cepat.
Komited menjadi pembekal yang pertama menggunakan campuran bahan lain.
Komited membentuk nilai-nilai usahawan yang bersifat dinamik, progresif dan
berwibawa.


1.5 Objektif
Objektif syarikat Mixed Brick Sdn. Bhd adalah:-
I. Menyediakan dan membekalkan permintaan bata block yang diperolehi daripada
penduduk sekitar Batu Pahat, dengan mengutamakan keselesaan yang maksimum.
II. Memberikan harga istimewa mampu beli kepada pelanggan.
III. Membantu menyelesaikan masalah kepada pelanggan yang ingin menggunkan jumlah
bata yang sedikit, kos murah, dan terjamin.
IV. Untuk menjadikan syarikat kami, satu-satunya syarikat yang beroperasi di Batu Pahat
yang mengeluarkan produk bata block campuran tempurung kelapa.

1.6 Logo Mixed Brick Sdn. Bhd





2.0 Latar belakang syarikat
Nama syarikat : Mixed Brick Sdn Bhd
Alamat syarikat : 20A, Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu Pahat, Johor.
Alamat surat menyurat: 20A, Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, 8300 Batu Pahat Johor.
No telefon: 07-978 8563
E-mail : mixed.brick@yahoo.com
Alamat facebook : https://www.facebook.com/mixedbrickbatupahat
Bentuk perniagaan : Sendirian Berhad
Jenis perniagaan : Produk pembinaan (Bata Block campuran tempurung kelapa)
Tarikh daftar : 10 Febuari 2011
No pendaftaran : JH003010788-M
Modal permulaan : RM 180,000.00








3.0 Tujuan rancangan perniagaan
Menurut portal rasmi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, rancangan
perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Dalam
sesebuah perniagaan ianya perlu disediakan terlebih dahulu dan menjadi sumber rujukan utama
untuk memulakan satu perniagaan yang baharu. Antara panduan yang terdapat didalam
rancangan perniagaan ini adalah perkara yang berkaitan dengan aspek pengurusan, pembekal,
pontesi pasaran, dan kod yang terlibat dalam melaksanakana perniagaan yang dirancang.
Rancangan perniagaan ini juga adalah untuk membantu kami meyakinkan pelabur berpotensi,
pekerja-pekerja dan bank-bank untuk mendapatkan modal dan kemudahan pembiayaan.Di
samping itu rancangan perniagaan ini akan dikemukakan kepada MARA atau SME Bank untuk
tujuan pembiayaan sebanyak RM 50,000.00. Seterusnya, dengan menggunakan rancangan
perniagaan ini, rakan kongsi telah menggariskan tanggungjawab dan tugas-tugas masing-masing
dalam menguruskan dan mentadbir syarikat dengan cara yang betul.
3.1 Penerangan produk syarikat
Mixed Brick Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan dan membekalkan
bata blok yang berkualiti tinggi bagi pembinaan yang bersaiz sederhana. Syarikat kami telah
mengelurakan produk bata blok yang mempunyi campuran bahan lain bagi menggantikan
campuran asal dalam penghasilan bata blok. Campuran yang digunakan syarikat kami ialah,
tempurung kelapa dan diikuti bahan-bahan asal iaitu simen dan pasir. Campuran ini adalah
campuran yang dijamin berkualiti dan mampu memberikan keselesaan kepada pelanggan.
Tambahan pula, kesesuiaannya dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh golongan
pelanggan yang berpendapatan rendah yang ingin membina sesuatu pembinaan bersaiz kecil.
Produk ini adalah kitar semula, dimana bahan tambahannya adalah daripada sisa tempurung
kelapa dan ianya adalah produk mesra alam.
3.1.1 Kelebihan produk
Pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi dengan menggunakan produk bata campuran
tempurung kelapa. Antara kelebihan yang bakal diperolehi oleh pelanggan setelah menggunakn
produk ini adalah:-
1. Produk bata blok dengan harga terendah
2. Menjimatkan kos
3. Ringgan dan mudah digunakan dalam pembinaan
4. Mesra alam





4.0 Struktur organisasi
4.1 Carta organisasi
Pemimpin atau ketua merupakan orang yang terpenting dalam memulakan sesuatu
perniagaan dan berfungsi untuk menentukan tahap kejayaan dan kemajuan organisasi. Hal ini
kerana, setiap pemimpin perlu memiliki daya pemikiran yang kreatif, berwibawa,
bertanggungjawab dan mampu menerima cabaran yang datang walaupun berbeza-beza. Dengan
ini, pemimpin juga perlulah bijak dalam mengatur strategi, bijak berkomunikasi dan bersikap
kerterbukaan. Berikut adalah carta organisasi dalam syarikat Mixed Brick Sdn. Bhd:-







PENGARAH
EKSEKUTIF
MOHD RIDZUAN
PENOLONG
PENGARAH
EKSEKUTIF MOHD
HIBATULLAH
UNIT PEMASARAN
KAMARUL
UNIT
PERKHIDMATAN
RIDWAN RATAG
PENGURUS
KEWANGAN
TEH
UNIT SUMBER
MANUSIA
MOHD NASRIQ
UNIT KAWALAN
DAN KUALITI
SHAHIRAH
UNIT
PEMBANGUNAN
PRODUK
HASBULLAH
SUHAIMI
SETIAUSAHA
JINO
4.2 Perancangan pasukan
Jawatan: Bilangan pekerja:
Pengarah eksekutif 1
Penolong pengarah eksekutif 1
Setiausaha 1
Pengurus kewangan 1
Unit pemasaran 1
Unit perkhidmatan 1
Unit sumber manusia 1
Unit logistik 1
Unit kawalan kualiti/unit pembangunan produk 1
Jumlah: 9

4.3 Jadual tugasan & tanggungjawab

JAWATAN:


TUGASAN & TANGGUNGJAWABNYA:
Pengarah Eksekutif Menerangkan konsep dan operasi
seluruh kedai
Memberi pendedahan kepada ahli
lembaga tentang fungsi kedai secara
keseluruhannya
Merupakan pemantau bagi setiap
organisasi dan memegang kuasa
untuk menentukan semua keputusan
Penolong Pengarah Eksekutif Merupakan pembantu kepada
pengarah eksekutif
Menjalankan kerja sama dengan apa
yang dilakukan oleh pengarah
eksekutif
Sstiausaha Mengeluarkan sebarang surat-
menyurat
Merekod minit mesyuarat
Menyediakan dokumen-dokumen
penting
Menyimpan surat atau dokumen sulit
organisasi
Pengurus Kewangan Memegang dan menguruskan asset
dan harta benda kedai
Mengutip modal daripada setiap ahli
kumpulan
Membuat laporan dan catatan
terhadap modal dan keuntungan
Memproses pembayaran kepada
pembekalan yang dikendalikan
berdasarkan resit
Ketua Pemasaran Mendapatkan tempat/lokasi yang
stategik dan bersesuaian untuk
memasarkan produk agar mendapat
hasil jualan yang maksimum
Ketua Perkhidmatan Mengenali dan memenuhi kehendak
pelanggan dalam mengekalkan
keuntungan perniagaan
Ketua Sumber Manusia Menjaga kebajikan dan sosial ahli
lembaga dengan mengambil kira
kualiti perkhidmatan
Menitikberatkan kualiti perkhidmatan
kakitangan agar reputasi kedai tidak
terjejas akibat ketidakcekapan
menjalani tugas yang diamanahkan
Ketua Logistik Mengelakkan pembaziran akidat
kerosakan inventori
Menyimpan stok bahan mentah yang
mencukupi untuk aktiviti pengeluaran
setiap hari
Menjaga keselamatan inventori
Mengedarkan hasil keluaran
mengikut permintaan dalam pasaran
Sentiasa menyemak kuantiti inventori
yang sedia ada
Ketua Kawalan Kualiti/Ketua Pambangunan
Produk
Memastikan hasil produk adalah
berkualiti tinggi
mencapai matlamat kecacatan sifar
meningkatkan kapasiti daya saing
dalam perniagaan
mengawal pasaran stok yang stabil
memastikan aktiviti perniagaan
dijalani mengikut jadual
memastikan bahan pengeluaran adlah
mencukupi
memastikan sumber-sumber diurus
dengan optima dan keluaran tersebut
memenuhi cita rasa pelanggan dari
segi kualiti dan kuantiti
7.0 Rancangan operasi
7.1 Carta aliran operasi





Mula
Penyediaan bahan seperti pasir,
simen dan tempurung kelapa.
Bata blok diproses
menggunkan mesin
Bata blok siap untuk dipasarkan
Pelanggan membuat pembelian
dan tempahan
Proses penghantaran bahan ke
tempat pelanggan
Pelanggan terima tempahan
Tamat

Kilang
Pelanggan
Berdasarkan kepada carta aliran diatas, syarikat kami memulakan operasi perniagaan
dalam penghasilan bata blok adalah dengan menyediakan bahan-bahan asas. Bahan-bahan asas
yang digunakan oleh syarikat kami adalah seperti pasir, simen dan campuran bahan lain iaitu
tempurung kelapa. Lazimnya, kami akan menghasilkan bata blok dalam satu-satu proses
sebanyak 1000 -1500 bata blok. Bahan yang sudah siap tersedia akan diproses dengan
menggunakan nisbah yang sesuai. Nisbah yang kami guna ialah 1:8 iaitu mengikut spesifikasi
bata yang sedia ada. Proses yang diambil untuk menghasilkan bata blok ini mengambil masa
selama 3 hari. Selepas ianya siap, bata blok berkenaan akan dibungkus dan siap untuk dibeli oleh
pelanggan. Pada peringkat ini, ianya melibatkan kilang pengeluaran sahaja.
Pada peringkat seterusnya, ianya dinamakna proses bahagian pelanggan, dimana ianya
dimulakan dengan pembelian tempahan oleh pelanggan. Pelanggan akan membuat tempahan dan
syarikat akan menyediakan bata blok mengikut tempahan yang ada. Pelanggan juga akan terus
membuat pembayaran sebelum bata blok diserahkan kepada pelanggan. Kemudian itu, syarikat
kami akan membuat penghantaran terus ke rumah pelanggan, dengan tidak mengenakan caj
penghantaran. Tempoh penghantarab akan mengambil masa selama sehari dan juga mengikut
jarak tempat tinggal pelanggan. Selepas itu, pelanggan akan menerima bata blok yang dihantar.
Pada bahagian ini, proses operasi sudah tamat.









7.2 Susun atur operasi



1



2



3

11


8

9

4


5

10
6
7

Petunjuk:-
1-3 Ruang kerja
4-7 Rak produk
8 Stor jualan
9 Ruang pejabat Am
10 Bilik mesyuarat
11 Kaunter utama



7.3 Keperluan bahan
Barangan untuk penhasilan produk bata blok ini kami dapatkan terus daripada pengeluar asal
dengan harga yang rendah. Sebagai permulaan, kami telah memperolehinya secara tunai. Berikut
ialah rekod pembelian kami.
Bil Bahan Kuantiti Harga/ Unit (RM) Jumlah (RM)
1. Simen 10,000kg 12.65/beg 5,224.00
2. Pasir 125 tan 109.00/tan 13,625.00
3. Tempurung kelapa 15,000/biji 15.00/beg 3,500.00
Jumlah 22,349.00

*Jumlah keperluan bahan diatas adalah bagi penghasilan sebanyak 80,000 biji bata blok untuk
sebulan.

7.4 Mesin dan peralatan
Perkara Kos (RM)
Mesin daftar tunai 1,100.00
Mesin operasi 3,000.00
Komputer dan Perisian 4,000.00
Pencetak 500.00
Kelengkapan 1,800.00
Alat pemadam api 150.00
Jumlah 10,550.00



7.5 Tenaga buruh
Bagi menjalankan bahagian operasi, kami telah menyediakan seorang penyelia dan tiga
orang pekerja am. Waktu operasi telah ditetapkan dalam tempoh 8 jam sehari iaitu bermula pada
jam 8 pagi hingga 1 petang dan 2 petang hingga 5 petang. Tugas dan tanggungjawab pekerja
dalam operasi syarikat ini adalah seperti berikut:-

Jawatan Fungsi
Penyelia Operasi Berfungsi sebagai mengawal pekerja dan memastikan
operasi pengeluaran berjalan seperti yang telah
dianggarkan.
Pekerja am Melakukan kerja-kerja operasi untuk mencapai target

7.6 Overhed operasi
Kemudahan asas yang menjadi keperluan utam operasi syarikat kami ialah, bekalan air
dan juga bekalan elektrik. Berikut adalah anggaran operasi bagi syarikat kami dalam tempoh
sebulan:-
Kemudahan Anggaran (RM)
Bekalan air 600
Bekalan elektrik 250
Jumlah 850





7.7 Lokasi
Lokasi memainkan peranan penting terutama dalam memulakan sesuatu perniagaan.
Antara faktor yang perlu dipertimbangkan ialah, kawasan tumpuan dan mudah dikunjungi oleh
orang ramai, berdekatan dengan kawasan penduduk, saiz kedai yang ingin dibuka. Lokasi yang
telah kami ambiil untuk projek kami ialah 20A, Jalan Kuning, Taman Bukit Pasir, 83000 Batu
Pahat, Johor. Kawasan ini strategi dimana, pelanggan boleh dengan mudah mengunjugi syarikat
kami disamping terdapatnya kawasan letak kereta yang banyak dan selesa. Ianya berdekatan
dengan jalan raya utama yang memudahkan barang dihantar dengan cepat kepada pelanggan.
Selain itu ianya, juga merupakan titik temu antara beberapa kawasan bagi sekitar Batu Pahat.

7.8 Perbelanjaan operasi
Perbelanjaan operasi telah mengambilkira dari aspek perbelanjaan harta, bulanan dan lain-lain
lagi. Perbelanjaan ini dianggarkan seperti berikut:
Butir-butir Jumlah (RM)
Keperluan aset tetap
Ubah suai tapak 3000
Mesin dan peralatan 45000
Keperluan modal pekerja
Belian bahan dan
pembungkusan
23509
Sewa kilang 2000
Pengujian bahan (SIRIM) 600
GAJI & CARUMAN





Bulan Ramalan Jualan
Januari 285, 120.00
Februari 285, 120.00
Mac 285, 120.00
April 285, 120.00
Mei 285, 120.00
Jun 286, 120.00
Julai 286, 120.00
Ogos 287, 120.00
September 287, 120.00
Oktober 288, 120.00
November 288, 120.00
Disember 288, 120.00
JUMLAH 3, 436,440.00

penyelia 1200
pekerja 2400
Jumlah (RM) RM 77709

You might also like