You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu transformasi pendidikan yang
dijalankan secara rasmi di sekolah mulai 1 J anuari 2011 bagi pelajar Tahun 1 sekolah
rendah dan peringkat menengah rendah mulai tahun 2012.Tujuan PBS dijalankan adalah
untuk meningkatkan pencapaian pelajar, memperbaiki kelemahan atau masalah pelajar
dalam pembelajaran, meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar dan mengubahsuai
strategi pengajaran.Ini kerana sistem pendidikan sebelum ini adalah berdasarkan
peperiksaan sahaja yang mana pelajar hanya dinilai melalui keupayaan akademik semata-
mata.Hal ini mengakibatkan lahirnya insan yang tidak seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani.

Idea untuk mentransformasikan sistem pendidikan sedia ada ini tercetus daripada
resolusi Apec International Colloqium On Educational Assessment: East Meets West,
pada 13 hingga 15 September 2005 yang menyatakan bahawa perlu ada keseimbangan
antara pentaksiran yang dikendalikan oleh pusat dan pentaksiran yang dikendalikan oleh
sekolah. Kemudian, dalam Kuala Lumpur International Conference On Assessment
(KLICA) Humanising Assessment yang diadakan pada tahun 2006 memberi resolusi
bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu membentuk sistem pentaksiran
mengikut acuan Malaysia sendiri. Seterusnya, pada mei 2007, satu forum diadakan iaitu
Forum Antarabangsa Educational Assessment System- Looking Ahead membuat
kesimpulan bahawa transformasi pendidikan memberi maklumat holistik dan realistik
berkaitan dengan pertubuhan murid dalam pelbagai aspek (akademik dan bukan
akademik) dalam membina modal insan. Sehubungan dengan itu, pada 20 Jun 2010, YAB
Tan Sri Dato Hj Muhyiddin b. Hj Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, membuat
pengumuman bahawa kemungkinan UPSR dan PMR akan dimansuhkan dan digantikan
dengan PBS. Pada 17 Disember 2010, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya
penambahbaikan sistem Pentaksiran Kebangsaan bagi UPSR dan PMR dilaksanakan dan
pada 1 Januari 2012 secara rasminya PBS dijalankan bagi pelajar Tahun 1.


PBS merupakan satu pentaksiran yang holistik atau menyeluruh iaitu menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani).Terdapat dua
komponen dalam PBS iaitu akademik dan bukan akademik.Bagi komponen akademik
terdapat dua jenis pentaksiran iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Petaksiran Sekolah
(PS).Manakala, bagi komponen bukan akademik, pelajar ditaksir oleh Pentaksiran
Aktiviti J asmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik.


Bagi membuat penilaian untuk kaedah PBS, Standard Prestasi digunakan yang
bertujuan untuk memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
dilaksanakan secara adil dan berfokus.Standard Pencapaian telah ditetapkan dan standard
ini merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang penguasaan seseorang individu
dalam sesuatu bidang pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal
pasti.

Kerangka Standard Prestasi
Band Standard
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu


Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut band iaitu Band 1, Band 2,
Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yangdisusun mengikut hierarki.Pernyataan Standard ini
diperjelaskan lagi dengan deskriptor yang menyatakan tentang tingkah lakuterperinci yang
boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi atau tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran.




Kerangka Dokumen Standard Prestasi
Band Pernyataan Standard Deskriptor Evidens
1
2
3
4
5
6
Penerangan yang umum tentang
tahap kemajuan pembelajaran
(merujuk objektif Mata Pelajaran)
Apa yang murid
tahu dan boleh buat
(merujuk standard
kurikulum tahun-
tahun tertentu bagi
Mata Pelajaran)
Bagaimana murid
menunjukkan apa
yang dia tahu dan
boleh buat

Peranan Standard Prestasi Dalam Pentaksiran Sekolah (PS)
a. Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan diajar dengan memilih
kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam dokumen kurikulum.
b. Guru akan menentukan kaedah pengajaran serta mengenalpasti kaedah pentaksiran.
Guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikan
kandungan mata pelajaran tersebut kepada murid denganmenggunakan pelbagai
strategi mengikut kreativiti guru.
c. Guru seterusnya akan mentaksir tahap penguasaan murid tentang perkara yang diajar.
Pentaksiran boleh dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen
pentaksiran yang bersesuaian bagi perkara yang ditaksir berdasarkan Dokumen
Standard Prestasi (DSP) . Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara formal atau
tidak formal.
d. Guru menilai prestasi murid. Guru akan merujuk DSP untuk melaporkan
tahapprestasimurid berdasarkan evidensyang dikemukakan oleh murid, sama ada
dalam bentuk proses, produk atau diri murid itusendiri.
e. Murid yang tidak menguasai standard yang ditetapkan, guru akan menjalankan sesi
pemulihan untuk membimbingdan membantu murid tersebut dengan menentukan
strategi pengajaran yang sesuai.
f. Murid yang telah menguasai standardkurikulumyang ditetapkan, guru akan merekod
dan melaporkan tahap penguasaan murid serta meneruskan P&P yang berikutnya
berdasarkan pemeringkatan dalam dokumen kurikulum.
g. Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

















PBS pada dasarnya mempunyai objektif yang mantap dalam evolusi pendidikan di
Malaysia baik untuk guru mahupunpelajar itu sendiri.Namun demikian, terdapat elemen yang
paling penting telah terlepas pandang oleh pihak kementerian.Elemen tersebut adalah
pendukung PBS iaitu para guru.

Dengan kemunculan sistem PBS ini, para guru telah mempunyai pertambahan dalam
tugasan mereka yang sedia ada.Pertambahan tugas yang bukan sedikit telah menyebabkan
para guru tertekan.Ini diburukkan lagi dengan sistem sokongan ICT yang teruk dan
menyebabkan para guru tidak lagi dapat menahan diri mereka dari meluahkan ketidak-puasan
hati mereka kepada pihak KPM dan juga masyarakat awam.Apa yang lebih membimbangkan
ialah kelihatan objektif atau misi kerajaan mewujudkan PBS hampir tidak tercapai langsung
berikutan kelemahan didalam sistem sokongan terhadap PBS ini dan seterusnya yang menjadi
mangsa akhir adalah pelajar itu sendiri. Pelajar-pelajar Tahun 1, 2011 dan Tingkatan 1, 2012
yang menjadi perintis kepada sistem ini kelihatan hilang arah dalam pembelajaran mereka.

2.0 ISU YANG DIANALISIS.

2.1 Latar Belakang
Tidak dinafikan sistem PBS pada dasarnya mempunyai objektif yang baik, mantap
dan berhala tuju. Namun demikian, kurangnya persediaan dan kajian dalam
menjalankan sistem ini ia telah bertukar menjadi satu masalah kepada pendukung
terbesar sistem ini iaitu guru.

Guru dibebani oleh tugas-tugas iaitu mengisi evidens untuk setiap pelajar,
memasukkan markah secara dalam talian dan ditambah lagi dengan tugas guru yang
sebenar iaitu menyediakan rancangan mengajar, menyediakan alat bantu mengajar
serta mengajar disamping tugas-tugas lain. Sebagai contoh, seorang guru muzik yang
mengajar 12 buah kelas dan setiap kelas mempunyai 30 orang pelajar. Guru tersebut
perlu mengisi evidens, markah dan sebagainya bagi setiap pelajar yang diajar setiap
hari.

Apabila sistem tersebut mengalami masalah seperti lembab, tidak dapat diakses
dan sebagainya, kerja tersebut tertangguh dan beban kerja semakin meningkat dari
hari ke hari.Ini menyebabkan guru-guru lebih tertekan dari keadaan yang telah sedia
ada.Dan seterusnya, fokus utama mereka iaitu mendidik dan mengajar menjadi
terganggu.Apabila sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) tidak berjalan dengan
sempurna, maka akhirnya kesan tersebut terus kepada pelajar dan akhirnya pelajarlah
yang menjadi mangsa keadaan ini.

2.2 Paparan Isu
Antara isu yang dipaparkan di dalam akhbar tempatan ialah sebagai contoh yang
dilaporkan oleh The Star Online- Ensuring The PBS Works For Teachers And
Students. Dalam akhbar ini ada dinyatakan bahawa terdapat guru-guru yang
menghantar surat kepada media yang meluahkan rasa kekecewaan terhadap sistem
PBS ini dan terdapat juga mencapai tahap segelintir para guru mengadakan
demonstrasi membantah PBS.



Selain itu, dalam akhbar Berita Harian Online juga ada dipaparkan sepucuk
surat yang dihantar oleh seorang guru dari Lembah Klang yang melahirkan rasa
kecewa dan tertekan disebabkan oleh kekurangan sistem PBS ini.


2.3 Respon Masyarakat Terhadap Isu
Masyarakat terutamanya pihak guru yang merupakan pendukung utama sistem PBS
ini telah memberi pelbagai respon.Respon yang diberikan oleh para guru
kebanyakannya merupakan respon yang negatif dan meminta agar PBS ditambahbaik
dan tidak kurang juga yang meminta agar PBS dimansuhkan.

Para guru terutamanya menyalurkan ketidakpuasan hati mereka mengenai PBS
ini di alam maya, menghantar surat kepada akhbar dan terdapat juga yang
menjalankan demonstrasi bagi menyuarakan isi hati mereka mengenai sistem PBS
yang dikatakan sangat membebankan tugas mereka. Kebanyakan daripada mereka
menghantar surat kepada akhbar untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka
terhadap sistem ini. Selain itu juga, terdapat juga para guru yang menghantar e-mail
kepada pihak kementerian meminta pihak KPM mengatasi masalah ini.

Selain itu, terdapat juga persatuan bukan kerajaan seperti Suara Guru
Masyarakat Malaysia (SGMM) meminta agar kerajaan memansuhkan sistem
PBS.Namun, terdapat pihak lain seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) meminta agar pihak KPM mengkaji dan meneliti semula sistem
PBS supaya tidak membebankan guru sehingga menyebabkan pembangunan
akademik dan kokurikulum pelajar terganggu. Dalam Utusan Malaysia Online yang
bertarikh 16 Disember 2012, presiden NUTP berkata bahawa pihaknya tidak
menghalang sistem PBS dilaksanakan namun usaha penambahbaikan perlu dilakukan
segera agar sistem tersebut lebih berkesan.

2.4 Cara Isu Ditangani
Ekoran dari rungutan dan keluhan para guru mengenai sistem PBS yang
membebankan ini, pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengkaji semula sistem
ini secara menyeluruh.Selain itu juga, aduan mengenai kesukaran untuk mengakses
pangkalan data bagi memasukkan markah juga dipandang serius oleh
kerajaan.Sehubungan dengan itu, kerajaan telah membuat pengumuman penangguhan
dari segi aspek tersebut sehingga 1 April 2014.Namun demikian, proses PBS tetap
diteruskan.

YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin b. Hj Mohd Yassinjuga telah membuat
pengumuman bahawa PBS yang akan ditambahbaik pada 1 April 2014 nanti akan
mengurangkan kira-kira 70 hingga 80 peratus beban yang ditanggung oleh guru.
Antara penambahbaikan tersebut ialah guru tidak perlu lagi memasukkan data
mengenai pencapaian pelajar ke dalam talian seperti sebelum ini.Ini bermakna
maklumat itu sudah sedia ada pada guru dan disimpan dalam sistem offline mengikut
kesesuaian masa guru.Selain itu juga, beliau mengumumkan bahawa peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

3.0 KESELARASAN ISU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN/TEORI/AKTA/DASAR ATAU PERATURAN.

3.1 Isu Yang Tercetus
PBS yang diperkenalkan ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan (Akta 550) dan
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II,
Perkara 3 yang menggariskan fungsi Lembaga Peperiksaan adalah:
a. Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis
tentang penilaian berasaskan sekolah;
b. Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut
peraturan-peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
c. Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan
peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis panduan dan
arahan tentang peperiksaan.

3.2 Cara Isu Ditangani
Isu yang tercetus disebabkan oleh sistem PBS ini mendapat perhatian yang serius
daripada pihak KPM.Oleh yang demikian, pihak KPM telah mengambil inisiatif untuk
menangguhkan PBS.Dalam akhbar Berita Harian Online yang bertarikh 12 Februari
2014, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penangguhan ini dibuat bagi mengenal pasti
rumusan melaksanakan PBS secara berkesan. Selain itu, pihak kerajaan juga
menangguhkan aspek kemasukan data secara dalam talian ekoran dari aduan guru
mengenai aspek tersebut sehingga 1 April 2014.Namun demikian, proses PBS masih
tetap diteruskan.


Pada 1 April 2014, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kepada
pihak media bahawa para guru tidak perlu lagi mengisi maklumat secara dalam talian.
Maklumat tersebut boleh dimasukkan secara offline mengikut kesesuai masa dan
kaedah daripada guru sendiri.Selain itu, PMR bagi tingkatan 3 juga telah ditukarkan
kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

4.0 KESIMPULAN
Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia ini merupakan satu transformasi bagi memperkasakan dan bagi mencapai
pendidikan setaraf negara maju.Namun yang demikian, disebabkan oleh kurangnya kajian
sebelum sistem ini diterapkan di sekolah telah menyebabkan kewujudan sistem ini bagi
pendidikan di negara Malaysia menjadi satu masalah kepada penggerak utama sistem ini
iaitu para guru.

Kehadiran sistem ini telah menyebabkan guru dibebani tugas yang terlampau banyak
terutamanya kesukaran mengakses pangkalan data.Hal ini mengakibatkan para guru
bertindak bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dan bebanan mereka terhadap sistem ini
yang disifatkan sebagai menyusahkan. Para guru menggunakan medium alam maya serta
media massa dan menggesa pihak kerajaan untuk memansuhkan sistem ini.

Atas keprihatinan kerajaan, maka PBS ditangguhkan dan dikaji semula.Pada 1 April,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa guru tidak perlu lagi
memasukkan data ke dalam talian sebaliknya guru boleh memasukkan data secara
offline.Penambahbaikkan ini dikatakan telah mengurangkan 80% daripada beban
guru.Selain itu juga, PMR juga telah digantikan dengan PT3.

Kesimpulannya, sistem PBS merupakan satu evolusi yang baik bagi pendidikan
negara Malaysia.Ini kerana sistem ini telah lama dijalankan di negara-negara
maju.Namun demikan, kajian secara terperinci dan menyeluruh seharusnya dijalankan
sebelum sistem ini diterapkan dalam pendidikan negara Malaysia. Ini kerana, tanpa kajian
yang terperinci sesuatu sistem baru akan menjadi masalah kepada banyak pihak dan
seterusnya pelajar yang menjadi mangsa yang merupakan perintis kepada sistem ini.



BIBLIOGRAFI
Airunnisa Alaui. (2014). PBS: Elak Masalah Berulang. Utusan Malaysia Online.
Diambil pada 29 Mac 2014 daripada www.utusan.com.my
Anuar. (2014). Kaji PBS Secara Menyeluruh. Berita Harian Online. Diambil pada 29
Mac 2014 daripada www.bharian.com.my
Azwan H., N. (2012). Kaji Kewajaran PBS ganti PMR. Berita Harian (Isnin, 24
Septermber 2012) dalam ruangan Isu Pendidikan. Magendran R., & Suhaila
Shahrul
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Transformasi Pentaksiran. Diambil pada 29
Mac 2014 daripada www.moe.gov.my
Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Buku Panduan
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Putrajaya: Penulis.
Subramaniam Raman. (2012). Perhalusi Masalah Pelaksanaan PBS. Berita Harian
(Isnin, 30 Julai 2012) dalam ruangan Pendidikan. Muka surat 30.
Suhaila Shahrul Anuar. (2014). PBS Lebih Mesra Guru. Berita Harian (Rabu, 24 Mac
2014). Mukasurat 8.
The Star Online. (2014) Ensuring the PBS Works for Teachers and Students. Diambil
pada 29 Mac 2014 daripada www.thestar.com.my
Utusan Malaysia Online. (2012). NUTP minta PBS dikaji, diteliti semula. Diambil pada
29 Mac 2014 daripada www.abhamz.com
Wan Syamsul Amly. (2014). Penambahbaikan PBS Bermula 1 April. Astro Awani.
Diambil pada 29 Mac 2014 daripada www.astroawani.com


LAMPIRAN

You might also like