You are on page 1of 13

KUMPULAN 1

NOMBOR BULAT
(NOMBOR HINGGA 1 000 000)
TAY HUI SHIA
AZLINA BINTI UDIN
MAHANI BINTI MD BASIR
MASLEEYATON BINTI YUSOF
NOREMARDIANA BINTI NORDIN
HAIRUNIZA BINTI MUSTAFA
JURAIDAH BINTI OTHMAN
SURAYA BINTI HASHIM
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Tajuk : Nombor Bulat
Topik : Nombor hingga 1 000 000
Masa : 60 minit (9.00 10.00 pagi)
Standard Kandungan : 1.1.1 Menamakan sebarang nombor
hingga 1 000 000.
Standard Pembelajaran : 1.1.1 (i) Menama dan menulis nombor
hingga 1 000 000
EMK : Keusahawan, kreativiti dan inovatif.
Objektif : Di akhir sesi PDP murid dapat,
1. Menamakan nombor hingga 1 000 000
dengan betul.
2. Menulis nombor hingga 1 000 000
dalam perkataan dan angka dengan
betul.




RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Objektif pembelajaran : Murid boleh menyebut dan
menulis nombor dengan betul.
Pendekatan : 1. Mudah kepada susah.
2. Konkrit kepada abstrak.
Kaedah : Permainan, latih tubi, nyanyian.
Kemahiran berfikiran : Membentuk daripada 6 keping
kad nombor.
Kurikulum : Kreativiti dan inovasi ,
Keusahawanan, TMK
Bahan Bantu Belajar : Kad nombor, slide power point,
slaid lagu, kotak beracun,
lembaran kerja






FASA CADANGAN AKTIVITI
Set induksi
(5minit)
1. Murid murid mendengar lagu nombor bulat.
2. Murid menyanyi bersama-sama guru.
3. Murid-murid mendengar penjelasan guru tentang lirik
lagu.
4. Guru menerangkan objektif pembelajaran.

Langkah 1
( 10 minit )

1. 6 orang murid diminta ke hadapan untuk mengambil
kad nombor (0 hingga 9)
2. Murid-murid menyebut dan menampal nombor.
3. Murid mendengar nombor yang disebut oleh guru
yang dipaparkan dipapan tulis dan diikuti oleh murid.
4. Murid dibimbing menulis nombor dalam angka dan
perkataan.

Langkah 2
( 10 minit )

1. Murid duduk di dalam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan set nombor 0 hingga 9.
3. Murid menyusun kad nombor kepada nombr 6 digit
(selama 5 minit).
4. Ketua kumpulan yang membentuk nombor paling
banyak dan yang menghasilkan nombor paling sedikit
untuk membentangkan di hadapan dengan menyebut
nombor berkenaan.
5. Semua murid menampal hasil kerja masing-masing.

Langkah 3
( 10 minit)
1. Murid diberikan penerangan tentang syarat-syarat
permainan.
2. Murid mendengar lagu sambil mengedarkan kotak.
3. Murid yang memeggang kotak beracun diminta
menjawab soalan yang dipaparkan.
4. Kotak itu berhenti bergerak apabila muzik dihentikan.
Aktiviti
pengukuhan
( 10 minit)
1. Murid mendengar guru memberikan arahan untuk
membuat lembaran kerja bagi pengukuhan dan
pengayaan.
Penutup
(5 minit)

1. Murid menyanyikan lagu.
2. Murid membuat kesimpulan tentang pembelajaran
dengan bimbingan guru.
LANGKAH 3

KOTAK BERACUN

SOALAN 1

TULIS NOMBOR BERIKUT DALAM ANGKA

DUA RATUS LIMA PULUH RIBU SEMBILAN PULUH ENAM

SOALAN 2

TULIS NOMBOR BERIKUT DALAM PERKATAAN

189 207

SOALAN 3

TULIS NOMBOR BERIKUT DALAM ANGKA

ENAM RATUS RIBU SATU RATUS TUJUH BELAS

SOALAN 4

TULIS NOMBOR BERIKUT DALAM PERKATAAN

109 202

SOALAN 5

TULIS NOMBOR BERIKUT DALAM ANGKA

TUJUH RATUS TUJUH PULUH TUJUH RIBU TUJUH PULUH LIMA

You might also like