You are on page 1of 11

ASIH ADAKAH ANAK-ANAK MUDA SEPERTI MEREKA INI LAGI..

JIKA
ADA..ALHAMDULILLAH....
MUJAHID & MUJAHIDAH yang patut dicontohi.
Masing-masing telah pergi menghadap Ilahi dalam usia 20 tahun pada tahun 2013.
Luangkan sedikit masa untuk menghayati kisah mereka berdua. Semoga ia bermanfaat
untuk kita bersama.
~Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam~
Beliau digelar oleh sahabat-sahabatnya sebagai Syahid yang tertangguh. Ahmad
Ammar Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia 20 tahun di dalam
kemalangan jalan raya 2 Nov 2013 di Istanbul, Turki.
Beliau memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa
Kerajaan Turki. Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat
Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah,
dakwah dan pengorbanan. Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman,
mantan Presiden Abim sudah tidak asing lagi bagi para pendakwah dan gerakan Islam
di Malaysia. Ahmad Ammar satu-satunya anak lelaki kepada pasangan Tn. Hj Ahmad
Azam Abdul Rahman dan Puan Nur Azlina Aziz.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa
telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali. Namun tidak untuk Ammar. Beliau
dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di
beberapa negara di dunia. Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar
tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan
hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus
membantu Syria. Allahu Akbar! Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat
menggelarnya Syahid yang Tertangguh.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri
perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik. Ribuan manusia
memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat
agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad untuk membebaskan
Konstantinopel dahulu.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah Muhajir dan menjadi tetamu kepada Abu
Ayyub al-Ansari. Subhanallah indahnya tawafuk yang disusun Allah dan bukan
kebetulan. Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah
ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina
Abu Ayyub al-Ansari? Bukankah unta baginda s.a.w dengan hidayah Allah telah
memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari
Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda s.a.w dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan
Rasulullah s.a.w di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada
Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki. Inilah rezeki beliau yang
pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.Janji Allah
amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa:
Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan
RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi
Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari
Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur
karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi. Malah catatan terakhirnya dan di masukkan
ke dalam beg sandang beliau berbunyi:
Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan
seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima
amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan
pun Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan
utama di dalam khidmat dakwah ini.
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya Tn. Hj. Azam beliau sempat melintasi
jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan.
Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid. Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan
bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar
cita-citanya. Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga
pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini
dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar. Masya Allah Tabarakallah!
"Kematian Ahmad Ammar telah menyentuh satu bahagian dalam diri saya yang tak
mampu disentuh oleh tasawwuf mahupun rasional. Bukan hati dan bukan akal. Tetapi
sesuatu. Saya yang fakir perkataan, menamakannya sebagai 'ammar'." - Ust Hasrizal
~Siti Hajar Binti Ahmad Sabir~
Mujahidah yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir . Allahyarhamah adalah seorang
pelajar UTEM dan telah pulang ke rahmatullah pada 20 Januari 2013 dalam usia 20
tahun setelah bertaruh nyawa selama 2 minggu di hospital akibat kemalangan bersama
3 orang sahabatnya . Di bawah ini kronologi hari-hari terakhirnya yang ditulis sendiri
oleh ibunya iaitu Puan Nuraini Che Mat .
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke
Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat
lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan
mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan
dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan
darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka
dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah
petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di
betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan
berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di
luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa. Dia tenang
je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan
tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak
dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah
cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi
berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia
dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria,
aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan
pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika
Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol
air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar
senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan
jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup
mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan
dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air
terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2
melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria
berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM
sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis
Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia
ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan
pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak
stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat
kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan
supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang
menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami
nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu
motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk
mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada
Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi
sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya
yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu
berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang
luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri.
Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang
dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu
untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa,
yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2dan
sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa,
maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas
menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang
belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah
dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa
mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh
redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar
sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia akan
bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata Mak dengar tak
tu? Suara seruan tu? Saya terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah
yang tak pasti. Orang azan kot tingkah saya. Dia jawab mana pulak, azan mana ada
SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok
jam, bukan masa azan, kan?.akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, Selalu ke akak
dengar? Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya jawabnya naif
14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk
makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di
saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan
tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit
meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin
penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang
menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir
lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh
keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua
berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah
malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg
teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami
memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2
dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg
tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa
mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam
panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula
menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami
beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab Ayah percaya Allah tak?jawab
suamiPercaya. Tambah Hajar lagi, Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah
ada jaga akak kat sini.Sesekali dia tersenyum manis. Kami tanyakan kenapa
senyum? Dia jawabada bau wangi sangat. Selalu ke akak terbau macam
tu?Jawabnya, Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat
ziarah Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur
kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai.
Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya,
sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja
nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang
tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi.
Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan
pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia.
Bila dia sebut teringin makan pisangtetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk
tapi kepalanya agak senget masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata,
Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal
yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya
diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak
sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya
bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. Akak, ingat ye, ubat ni alat je,
Allah yang menyembuhkan Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil
matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, Air
ape tadi?. Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain. Dia senyum lagi. Saya
tertanya2. Dia kata Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam
zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak
cubalah Macam mana ni.nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan
tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki
ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak
berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram
kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu.
Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih
arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade
saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. Akak dah
lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil
darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau
ditampar2 tangan akak, dicubit2dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah.
Akak tak nak doktor tu lagi. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana
boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambilalih.
16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula
membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah.
Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air
hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan
tekak. Tapi muntah berterusanlagi. lagi dan lagiAkak tak nak pelawat hari ni.
Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya
katakan, nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlahDia jawab
Allah ada, Allah boleh bantu akak. Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat.
Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati
nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian
dia kata, Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah,
tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia
datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain
menahan muntah hajar. Muntahminum lagidan kemudian muntah semula. Bila reda
sedikit, kami mula berbicara. Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima
lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk
basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer
yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau
usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk
ayah lagi, Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan
makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah
cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air
matanya. Dia kata Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha.
Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan
berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya
kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan.
Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia
minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai
jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan
uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang
kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. susah ke rasanya nak muntah tu tadi? Jawabnya, Taklah, senang
je, Allah tolong. Tolong macamana? tambahnya Dah badan akak tak boleh
keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak
susah pun, rasa macam meludah je MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja
yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah
seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita
yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut
membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut
doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke
anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah
menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang
membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke
perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan
dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke
semasa. Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak
bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia
akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak . Dalam keletihan beliau
jawab, beratnya dugaan Allah ni , mak.. memanglahkan syurga Allah tu mahal
harganyasabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat Dia angguk.. Doktor
pasang dripDalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk
menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat
dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah
mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya
beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa?
Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya : Allah marah sebab tak
dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang. Saya jawab
Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah, Angguk.Tak lama lepas tu, dia
kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah.
Angguk.Dalam termengah2 dia berkatamak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak
nampak jalan Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan
jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu
bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse
mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula
memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan
Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU
okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin
pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata
kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus
Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar
berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, )saya
nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris terukcpr dilakukan di
dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat
sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1%
sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta pernafasan di
paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut
untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar
diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak
dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani.
Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta
tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan
tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami
dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada
Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami.
Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau
lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan
kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni
organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya
merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana
keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti
lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga
boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat?
Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan
kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2
bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk
dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai
selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA
TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami
iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak
membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa
akibatnya nanti? Saya jawab, ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan
saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan
dihentikan Doktor menjawab, Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh
pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua
yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit
takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah
tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita
semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2
yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami
kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat
jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang
dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih
menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan
kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima
kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami
kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih
sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai
sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan
terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam
seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca
mendung berterusan dari pagi hingga ke petang, ( tetapi tidak pula hujan), turut
menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya.
*Kisah pemuda-pemudi pada jalan Illahi, sedang kita sedang melalui jalan yang
bagaimana. Allah.

You might also like